Halaman

Selasa, 20 November 2012

Sesuatu yang kita ada tapi jarang guna

Kalau perasan aku jarang menggunakan sentimen agama dalam penulisan aku kerana aku akui aku bukan seorang yang begitu arif dalam agama dan banyak lagi yang perlu aku belajar, so kalau aku tulis dan jatuhkan hukum itu ini, mungkin ada yang betul, tapi mungkin juga salah dan boleh disalaherti oleh orang lain. Sebab tu aku biasa menulis suatu pandangan based on common sense, atau dalam Bahasa Melayunya akal fikiran, sesuatu yang semua orang ada tapi jarang digunakan.


So dalam isu doa hancur Umno, hancur BN oleh penyokong Pas ni, aku setuju dengan pandangan Ustaz Dr. Mohd Asri a.k.a Dr. Maza. Kenapa aku suka ambil pandangan dia? Sebab Dr. Maza ni bersifat neutral dan tidak memihak kepada mana2 parti politik di Malaysia.

Sumber twitter DrMaza. Baca selanjutnya di blog DrMaza.

Berdasarkan doa penyokong Pas yang diketuai Ustaz Razi based on blog Amenoworld ni, ada rangkap seperti berikut:

Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.
Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ...

HANCUR UMNO.. TUMBANG BN.. [menjerit]
Sebenarnya aku tak nampak dalam doa tu perkataan hancur atau musnah, so aku assume yang orang dok maksudkan dengan hancur dan musnahkan Umno dan BN tu pada perkataan hukumkan Umno BN, KO BN dan jahanamkan Umno yang dikaitkan dengan sejarah2 terdahulu. [UPDATED] Memang ada perkataan Hancur Umno tu, my bad... Aku juga taknak ulas pasal perkataan "Kalau la" tu, banyak blog pro-BN dah tulis. Dan aku juga tak setuju doa ni kait kes ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam2 lagi dengan Umno. Jenayah ni kat mana2 ada, hatta negeri BN, PR atau negara Islam lain pun berlambak jenayah.


Tapi cuba fikir secara common sense, dah tau korang ni adalah parti politik yang punyai ramai musuh politik, adakah wajar berdoa sampai nak jahanamkan orang lain? Dah tentu free2 je akan dijadikan bahan dan modal untuk kenakan korang balik yang akhirnya memakan diri sendiri. Perlu ke sebut juga nama Umno dan BN dalam doa tu? Aku lebih prefer kalau mereka hanya berdoa "berilah kemenangan kepada Pas dan Pakatan Rakyat dalam PRU13" cukup, tak perlu jerit2, tak perlu babit2kan pihak lain. Matlamat doa masih lagi sama, cuma instead of cakap "Kalahkanlah mereka", kita cakap "Menangkanlah kami". At least takde sapa akan jadikan modal untuk serang balik. Korang tak rugi apa pun. Ini tidak, takkan tak boleh fikir yang benda2 macam ni akan dijadikan bahan oleh pihak musuh untuk menyerang kita balik?


Begitu juga dengan minggu lepas orang upload video lama Rosmah menari Hindustan Jai Ho atas pentas diiringi penari2 depan orang ramai dalam sebuah majlis. Aku taknak ulas pasal hukum ke apa, tapi guna common sense la, dah tau diri tu seorang isteri pemimpin negara dan dah banyak cerita2 tak best pasal diri, so tak payah la buat something yang musuh politik boleh jadikan modal untuk tembak balik. Perlu ke menari? Ada orang marah ke kalau tak menari? Kalau menari boleh meningkatkan tahap sokongan rakyat ke? Tak perlu kan... So kalau tak perlu tak payah buat. Ini bila dah jadi macam ni, sapa yang terpaksa bersusah payah membacking dia, blogger2 pro-BN jugak yang jadi mangsa.


Malam AIM19 minggu lepas, Shila Amzah menang anugerah lagu terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) dengan lagu ciptaan sendiri Patah Seribu. Ok dah menang, sepatutnya kisah kemenangannya dah menjadi topik yang hangat dan trending, tapi sebab lepas diumum menang tu dia pergi cium tangan boyfriend dia Sharnaaz Ahmad tu, terus cerita tu menjadi lebih panas dan hot dari kisah kemenangan dia sendiri. Elok2 boleh bergembira dan meraikan kemenangan, terpaksa pulak mohon maaf kepada semua orang. Sekali lagi aku taknak ulas pasal hukum hakam, rata2 semua dah tahu. At the very beginning, perlu ke salam tangan dia? Kalau tak salam anugerah kena tarik ke? Tidak kan...


Gunalah common sense bila nak buat sesuatu tindakan untuk elak benda2 yang tak sepatutnya jadi isu pun. Takkan tak boleh jangka benda2 ni akan berlaku kalau kita buat sesuatu yang tak perlu pun sebenarnya. Belajar dari kes2 dulu masa zaman kegemilangan Nabil Raja Lawak menang pelawak paling popular ABPBH beberapa tahun dulu, elok2 boleh berbangga dengan kejayaan, last2 isu dia terpeluk ex-awek dia masa tu jugak yang jadi lebih trending berbanding cerita kejayaan dia sendiri.


So please everybody, USE YOUR COMMON SENSE atau guna akal fikiran sebelum buat suatu tindakan, terutama kepada golongan2 ternama, pemimpin, selebriti, penyokong2 politik dan sebagainya. Sebelum buat sesuatu, fikir dulu adakah benda yang kita buat ni perlu atau tidak, kalau ianya hanya akan membawa kerugian dan mendatangkan keburukan pada diri kita, keluarga kita, parti kita, penyokong kita, malah tidak perlu dilakukan pun sebenarnya, adakah kita patut juga buat? Banyak benda yang pada asalnya tak perlu jadi isu pun tapi kita sendiri yang menempah jalan untuk ianya dijadikan isu.


Untuk benda2 simple ni guna je common sense. Kat mana nak cari common sense tu? Serious aku cakap ia tak perlu dicari, it's already in your brain, just use it.




tags: penyokong pas doa minta mohon hancur binasa musnah tumbang kalah lebur umno barisan nasional bn wakil dewan ulamak kelantan ustaz nik razi nik mat nik aziz tok guru jus menang mudah kejayaan pakatan rakyat pr pkr dap pru13 pilihanraya pandangan penjelasan pendirian dr mohd asri maza twitter rangkap petikan rosmah menari joget hindustan bollywood jaiho millionaire slumdog atas pentas 2010 shila amzah menang aim19 anugerah industri muzik lagu terbaik patah seribu isu cium tangan kekasih sharnaaz ahmad minta mohon maaf atas kekhilafan common sense guna akal fikiran dalam otak brain

101 ulasan:

  1. orang yang bersalah tentulah terasa hukum bagi mereka ialah hancur musnah

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://www.facebook.com/photo.php?v=506195522739165

      Padam
    2. Apo korang nak KISAH..
      Korang leh berdoa tak kira la korang ni sape
      Dari orang alim sampai ke orang kapir semua boleh berdoa..

      Tapi yang perkenana dan makbulkan tu tuhan..
      Ingat semua orang dan sesiapa saja angkat tangan berdoa makbul semudah macam tu ka?

      Tuhan perkenan dan makbulkan suatu doa tu ada sebab dan hikmahnya..
      Jadi tak kisah la ko nak doa camna.. hak masing-masing..

      Padam
    3. KO BN, KO BN, KO BN
      BN KO, BN KO, BN KO..
      kahkah!! doa dari mazhab pas je amalkan doa ni..
      Dengan izin nik aziz dan nik razi, mereka yang amalkan doa ni DIJAMIN masuk syurga pas..

      Padam
    4. Common sense la...

      Dah BN kata macam kat pas macam-macam kat tv1 tv2 tv3 utusan bh macama-macam dia kata Pas. Pas sape? pembakang? eh eleh bukan pas ni wakil rakyat kelantan (kebanyakannya) dan juga negeri2 lain PR? wakil Pas ni bukan makan gaji dibayar elaun oleh kerajaan ke?

      Dah kalau BN & PR ni sesama kerajaan yang bergaduh2 ni buat apa? Macamana la Malaysia ni nak maju.. Pemimpin yang pegang AMANAH bergaduh.. Rakyat pon bergaduh.. dah la Rakyat bukan semua cerdik malah digula-gulakan pulak..

      Apa nak jadi la Malaysiaku ini..
      Kerajaan Malaysia = Kerajaan PR (+/-) Kerajaan BN..

      Cuba la sama-sama majukan Malaysia ni stop all these nonsense..

      Bukak TV/Surat khabar je kata PR itu ini..
      Bukak Internet kata BN itu ini..

      Bosan bosan bosan..

      Buat la suatu yang ilmiah yang positif contoh
      Kerajaan PR dan BN bekerjasama memajukan Malaysia.. merangka Malaysia maju 2020.. Merangka pelan ke angkasa ke apa..

      Apa korang dapat UNDI & ELUAN kerajaan untuk bergaduh ka?

      Padam
  2. Aq bkn penyokong fanatik BN n PKR. aq satu pengundi common sense..

    BalasPadam
  3. Muslimkah jika seseorang tu menolak hukum yg termaktub jelas di dalam Al-Quran??? Dr Asri, gunakanlah common sense...

    BalasPadam
    Balasan
    1. din tak payah la taksub sgt dgn parti.dr asri komen pasal doa BN KO,bukan pasal isu murtad2.so ko nak ckp semua org umno murtad ke apa?

      Padam
    2. Org umno byk yg jahil...cer google pe yg ex PM ckp ttg hukum Islam. Na'uzubillah..

      Padam
    3. Salam Din,
      Read a lot of knowledgeable books, travel round the world and mix a lot with other people with different religions, background and cutures.I guaranteed, your perspective will be different. You will not simply accused people 'jahil'. You will be more humble person..Your Islamic scope will be more broad..Islam is addin..not only ritual practise..never act holy than thou.. and never judge people..Only Allah knows what inside people heart. Nowadays, the serious disease of muslim is they always think they are holy than other and always judge the people solely on basis of hearsay.

      One simple question tentang addin : Mana lebih Islam, negeri Melaka or Kelantan (in terms of kebersihan).

      HA

      Padam
    4. suruh membaca malas. bila nampak jahil, kan ke memalukan diri.

      sokong Tanpa Nama 11:49

      Padam
    5. Salam tanpa nama, terpulang lah. saya hanya menyampaikan sahaja. saya akui mmg saya lemah n jahil selaku hambaNya. Jazakallah...

      Padam
  4. "Common sense is like deodorant" kah kah kah kah kah

    Lepas ni aku nak bahan member aku, "wei, ko tak gunakan common sense ko ke hari ni?"

    BalasPadam
  5. common sense is almost like the ability to comprehend sarcasm, not everyone has that super power ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah saya ade common sense?hehe

      Padam
    2. bla..bla..bla..

      Padam
    3. @berserk: tak tau/tak bleh nak kata...sbb tak kenai ang in real life ^^

      @anon 21 nov 8.03pg: moo..moo..moo.. XD

      Padam
    4. yeah,biarkan ia menjadi misteri..jeng,jeng,jeng

      Padam
    5. mungkin berserk ini peminat kamu ya plain83 :)

      Padam
    6. hahaha.. saje je nak provoke cik plain83 tu.. :)

      Padam
    7. jeng jeng jeng hahaha XD

      berz, dia PUAN ZA..LoL ^^
      ooh mystery...ya ku suka ku suka~ (=^w^=)

      Pizza, jangan kau taburkan fitnah terhadapku ohhh! LoL!!XD

      Padam
    8. hahaha.. saje je nyakat. gurau2 manje gituuwww~~

      Padam
  6. Kalau komen melebih karang ada yang sakit hati disini. Hewhew

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesalahan di dalam penggunaan bahasa telah dikesan, sepatutnya saudari menaip 'di sini', dan bukan 'disini'...'di' dan 'sini' perlu dijarakkan oleh kerana perkataan 'sini' itu bukan suatu kata kerja, harap teguran ini tidak dipandang pada sudut negatif ;D

      - guru bahasa sekolah rendah anda

      Padam
    2. Cikgu, bagaimana pula dengan perkataan 'Hewhew'. Minta penjelasan dari cikgu. Mungkin penulis terasa 'cool' dengan gaya ketawa mcm tu.

      Padam
    3. Mari belajar ketawa sebelum ianya dikenakan cukai 3%

      kah kah kah
      har har har
      hik hik hik
      he he he
      hu hu hu
      his his his
      hew hew hew
      la la la

      Padam
    4. la la la pun termasuk dalam kategori ketawa ya?haha

      apa pendapat cikgu?

      Padam
    5. pendapatan saya cukup-cukup makan

      Padam
    6. Cukup-cukup makan!!! Seperti ada banyak ketidakpuashatian dalam penggunaan ayat tersebut?? :-pp

      Padam
    7. Macam lagu cukup-cukup sudah hehehe

      Padam
    8. lalu jadi la cukup-cukup susah lorr.. muekekekeke.. eh bley ke gelak cam gini.. arghhh.. taram je lar.. muakakakakaka.. commonsense2

      Padam
    9. gwagwagwa.. :)

      Dari kelas Bahasa Melayu bertukar jadi kelas vokal pulak.

      Padam
  7. Artikel yang sangat mantap. These day memang banyak orang yang dah tak pandai guna hukum ' common sense '.

    BalasPadam
  8. Nice. Common Sense Rocks

    BalasPadam
  9. common sense da x common da..

    BalasPadam
  10. kan..padahal banyak je benda yang takde isu jadi isu sebab pengisu tak mengcommonsensekan isu tersebut..media pun apa lagi..bahan..

    BalasPadam
  11. kannnnnn...aku hanya menggunakan "deodorant" aku je bila berkaitan isu2 yg btol pade aku..itu pon dorang nak marah2...cehhhh..."COMMON SENSE...ITS COMMON SENSE" hokkeeeyyyy....

    BalasPadam
  12. common sense ni byk takrifan.
    dari luar kotak, kita tak patut discriminate org tak punyai common sense

    semua orang dalam dunia ni ada common sense dia sendiri
    in fact, perilaku yg kita lihat tak melibatkan common sense itu jugak adalah common sense

    common sense in relation of their past experience
    mereka buat benda tu sebab itulah common sense mereka
    dan kita mengata mereka tak ikut common sense sebab tindakan mereka berada diluar ruang likup requirement common sense kita

    banyak faktor yang menyumbang kepada penciptaan common sense sendiri
    we are judging people from our very own set of common sense
    mereka itu telah violates akta common sense versi kita sendiri
    sebab berlaku berbeza version of common sense di sini

    memang di akui common sense kau aku dia dan mereka adalah serupa
    ini kerana kita berkongsi faktor penciptaan yang hampir sama valuenya

    BalasPadam
    Balasan
    1. byk nya common sense..kalau guna perkataan perspektif sng skit nak faham..common sense ma.

      Padam
    2. bla..bla..bla..

      Padam
    3. mcm kes para ibu yg sokong NIP la...bagi mereka menetek kat khalayak ramai itu tidak melanggar common sense, itu lah tahap common sense mereka...

      Padam
    4. haha tak abeh lagi ka kes NIP tu. saya simpati dengan nasib para ibu yg tak mahu perjuangkan NIP seperti anda

      Padam
  13. alamak..hit buasir otak dah cecah sejuta lah..tahniah..wuhuu...mohon encek noob war-warkan di header tentang pencapaian ini seperti encek obe:) hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha aku pon baru perasan
      tahniah encek noob dan rakan!
      mohon buat kenduri kesyukuran

      Padam
  14. Balasan
    1. butthurt kat the hell? hehehehehehe apasal bhai?

      Padam
  15. Aiyoo....banyak nye komen...tapi saya suka la "COMMON SENSE IS LIKE DEODORANT" tu...

    BalasPadam
  16. "otak burung unta lebih kecil dari matanya" :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mata burung unta lebih kecil dari hidungnya...

      Padam
    2. hidung burung unta lebih kecil dari telinganya.. opppsss hehehe

      Padam
    3. Burung unta lebih kecil dari unta

      Padam
    4. burger burung unta memang sedap.kata org,bagus untuk batin lelaki.

      Padam
    5. yeke? mane nak dapat burger.. perkena seketul pun best gak nih!

      Padam
    6. nak kasi kat hubby die le tew~ ;p

      Padam
    7. eehhhh sebelum i bagi kat hubby, i yg ngap dulu :p

      Padam
  17. If PAS is a standalone party, its fine..

    Tp kalau PAS sekali dgn PKR/DAP...dah jadi tunggang tebalik. Di'murtadkan' BN sbb tolak hukum hudud, yg DAP langsung xnak terima hukum hudud x cite pulak. Kalau Soi Lek perlekeh hukum hudud, buat demo besar2ran...tp kalau Karpal tegur hudud LANGSUNG X LEH pakai kat M'sia...ckp personal opinion.

    Rasa2 better PAS perpisah dgn PR atau join dgn UMNO je..sbb ape? Sbb xnak tgk melayu berpecah lagi. Kaum lain besatu padu utk kaum mereka, kita lemah sbb berpecah belah. Sama kes mcm kat Arab tp over sgt smpi bunuh membunuh. Pastu org lain ambil kesempatan.

    Umat Islam kalau x bersatu padu, sampi bila Melayu nak maju. One day new PM kaum lain sbb Melayu berpecah belah and kaum mereka yg sebenarnya yg memajukan dan menaikkan ekonomi negara. Masa tu dah terlewat. Tgk kes Singapore pun dah cukupla.

    BalasPadam
    Balasan
    1. i thought noob's entry is about common sense.

      bukan eh?

      Padam
    2. Kalau Pas join Umno, melayu bersatu.. Macam mana pulak Melayu2 yg dalam PKR.. takkan kita nak biarkan je hancur bersama kaum lain tu.. nampak macam pentingkan diri la pulak kann..

      Padam
    3. Kalau baca sejarah PAS pernah join UMNO tetapi telah ditendang keluar oleh UMNO dengan bangganya. Kemudian diajak rujuk kembali PAS taknak sebab waktu edah dah habis kah kah kah..

      Nik Aziz pernah ofer bubar Pas bubas Umno buat satu parti baru.. tapi takda nak sahut.. So ding dong ding dong pon terus berjalan..

      Padam
  18. bila masuk bab agama, memang kebanyakan x pakai common sense/ akal, takut sesat kononnya. jadi, ikut saja cakap pakar agama. itu pasal kebanyak an soalan2 agama bertaraf x guna akal.

    sama juga bila masuk bab2 lain seperti politik dan adab. sudah terlatih utk tidak guna common sense ma...

    nothing new what...

    BalasPadam
  19. Dan kita menggunakan pendekatan logic dan liberal untuk mentafsir Agama,kononnya pemikiran kita dah hebat dan maju kononnya kerana berpegang kepada prinsip2 antarabangsa yang majoritinya diimport dari luar..waw hebat!

    Dan kita ada ke KEAHLIAN untuk berbicara soal Agama kalau kita sendiri masih tunggang terbalik?

    Silalah bercommon sense dikitlah..bikin malu aja sama tetangga ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tunggu semua jadi ulamak baru boleh berbicara pasal agama haru la..
      Takda la nabi cakap sampaikanlah WALAU SEPOTONG AYAT.

      Nabi berdakwah dia tak tunggu Al-Quran sempurna baru nak berdakwah..
      Jadi ajaklah kebaikan walau sekecil mana pon..

      Dan berdakwahlah dengan baik bukan memaki hamun.. tunjukan dengan kata dan perbuatan.

      Wallahualam.


      Padam
    2. betul.kalau nak tgu ilmu agama tahap alim ulama baru layak tegur org,sampai bile2 pun tak layak.kalau kita ada kebaikan tentang sesuatu perkara,elok kita nasihat atau sampaikan kepada yg tak tau.tak payah nak tgu keahlian agama segala bagai.amal ibadat individu tu biarkan Allah yg tentukan,sama jugak dengan dosa pahala.kalau nampk kemungkaran,perbetulkan la.tak payah nak tunggu kena gi tuntut ilmu agama kat mesir,khatam al-quran 40 kali,hafal segala hadith..baru rasa layak nak tegur org.

      Padam
    3. abih tu ko layak ke zack?tunjuk pandai,semua org salah..ko sorang je betul..kiranya ko ni dikalangan ahli2 istimewa yg layak tegur org la?

      Padam
    4. Aku tak penah tegur orang,Ada pernah aku buat macam tu? Aku suka KUTUK orang je...wakakakaka xD

      Gi mampus lah korang nak Butthurt ke nak tacink ke aku peduli hape wekeke..dan aku tak pernah nak tunjuk pandai dalam sesuatu perkara yang aku memang tak pandai.

      Tapi Anon 3 suku semua memang suka tunjuk pandai walaupun sejak lahir memang tak pernah pandai,sebab tu sengaja tunjuk pandai kerana nak cover dirinya yang tak pandai..waikikikikik xD

      Padam
    5. Macam biasa mesti ada Anon bodoh yang tak reti nak tafsir komen aku dan akan melencong 90 darjah..lain aku cakap lain yang dorang paham.

      Apa yang aku madsudkan wahai BAHALOL sekelian,Kalau tidak reti akan sesuatu hal itu,janganlah kita memandai2 akan hal tersebut.

      Aku bukan sebut soal SHARING is CARING bangang..macam biasa..kaki copy-paste ayat2 pujangga dari Ustaz Azhar Idrus Detected..wekekeke

      Padam
    6. Ada orang buat tafsiran ke wahai saudara zack yang budiman dan sunguh berbudi bahasa?

      Padam
    7. gila babi skema anon sekor ni?konon nak saiko aku balik lah dengan menggunakan teknik "Ahli Tarbiyah" Ana mohon.... weekekekeke

      Dan point aku sudah jelas..dan korang tak ada modal nak mempertikaikan kenyataan aku dan korang cuba mencari disisi lain untuk menyerang..Dan obviously..Pendekatan "BERBAHASA" aku yang sangat kasar right yang akan jadi pilihan untuk diserang?muahehehe

      Itulah sahajalah point semua Manusia bahalol yang sakit hati dengan aku bila nak menyerang wekekeke :P

      Kayak anak kecil mewek2 pengen permen xD

      Padam
    8. kepala bapak kau!!

      Padam
    9. koyok mereng banget

      Padam
    10. ko gi balik kat blog ko yg tak laku tu lah mangkuk.ko dtg sini sbb blog ko takde pengunjung.takde sape nak melawat blog org gila.last2 dtg sini balik ,nak sebarkan fahaman sesat ko tu.ko tak payah nak ahli tarbiyah la sngt.ko tu pun perangai mcm celaka.memalukan bangsa.

      Padam
    11. Apa lah yang anon sekor ni cuba nak sampaikan?tetapi dipercayai anon diatas aku ni berjantina perempuan..

      wakakaka xD

      More butthurt please :D

      Padam
    12. Insaf lah lagi zack. x payah nak ego tinggi setiap masa. Belajar dari kesilapan. ambik yang jernih buang yang keruh. This is the true power of common sense

      Padam
    13. tarbiah pada kafir lagi senang dari si jahil blagak serba tau

      Padam
    14. zack - si lembu bertuankan dajjal

      Padam
    15. Hahaha whatever ... xD

      wei Tanpa Nama berjantina perempuan..Apa Nama Blog kau? Aku nak melawat muahehehehehe :D

      Padam
    16. zack.. hehehe panggil saya ke.. k kepala butoh apak ko. hehe

      Padam
    17. zack nama anjing . come here dog

      Padam
    18. sekali memang betul2 anjing daaaa...

      Padam
  20. Macam apa admin kata..bila masuk part politik, common sense x ambil kira, tolak jauh2.

    Kalau sesetengah antara kita yg terlampau fanatik dgn parti2 tertentu, x kisah BN or PR...benda paling busuk pun dianggap wangi. Senang cite, kita letak double standard. Bila kene kat org lain, start la over common sense hentam org 2...bila kene btg hidung kita, mula la kita putar alam atau tukar topik cerita kesalahan org lain.

    Kdg2 tgk politik negara kita mcm 'kartun'.1 + 1 pun leh jadi 11. Susah nak cari pemimpin negara yg betul2 ikhlas menjaga kebajikan dan kemakmuran negara. Mesti nak masuk poket kita atau anak beranak. Maybe pemimpin yg saya respect zaman skrg ialah Presiden Iran sendiri. Plz Google about him. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua tak bertangungjawab

      Orang UNDI suruh jadi wakil rakyat takbir kerajaan dia pi bergaduh pulak

      Cuba tengok Mat salleh lepas Obama Menang Rodney ucap terima kasih lagi then sama-sama nak berkerja untuk negara mereka..

      Orang Malaysia.. dah menang Depa masih berkempen/bergaduh sepanjang tahun.. setiap hari macam pilihanraya.. sekajap Bn salahkan PR kutuk itu ini.. sekejap PR kata itu ini.. Weh bila korang wat kerja nih..

      Patut la rakyat jadi bercelaru.. tuh jadi kerajaan Bn la kerajaan PR la.. Mana semangat patriotik.. 1Malaysia la.. apa.. Cakap tak serupa bikin la semuanya.. Retorik saja.



      Padam
  21. Ini kali pertama sy komen kat sini….
    Sy cuma nak tegur sikit berkenaan artikel ni… maaf PON kalau sy tersilap… atau tersalah dengar….
    Berkenaan ni.. “Sebenarnya aku tak nampak dalam doa tu perkataan hancur atau musnah, so aku assume yang orang dok maksudkan dengan hancur dan musnahkan Umno dan BN tu pada perkataan hukumkan Umno BN, KO BN dan jahanamkan Umno yang dikaitkan dengan sejarah2 terdahulu.”
    Apa yg sy dengar… di penghujung doa tu… “ Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ...” ada sambungan dia sikit… “Hancur UMNO tumbang BN” ….
    ini hanya teguran… mungkin sy tersilap dengar… kalau betul apa yg sy dengar… sy cuma ingin memperbetulkan fakta sahaja…

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah la ada la... saya tak perasan pulak kat blog amenoworld tu memang ada perkataan hancur umno tumbang bn [menjerit]. ok artikel akan dikemaskini, tq di atas perhatian tuan.

      Padam
  22. nice post , noob , komen lebih2 kena pancing lak :P

    BalasPadam
  23. camner nak cari common sense?

    masalahnya kdg2 ni 'tahap' common sense semua orang tak sama. kalo common sense si rosmah tu joget bollywood tu takkan memudaratkan diri dia, dia pedulik ape, janji dia dpt joget. Bila org dah tegur tu BARU dia tau. tp tak sedar2 gak.

    haiiish common sense common sense.

    BalasPadam
  24. Pada blogger buasir otak,
    Ko nak sembang pasal common sense, nakkan org fikir sblum buat..
    TAPI :-
    Ko x terfikir ke common sense tu berlainan pada org lain?
    X terfikir ke bahawa pada Nik Aziz dan penyokong2nya anggap benci BN tu common sense bg mereka?
    X terfikir ke bahawa Shila Amzah da anggap budaya cium tangan org tu common sense bg family dia (yg xkira muhrim ke x)?
    Xpikir ke Rosmah menari untuk hiburkan hati tu satu common sense bg Rosmah?

    Jadi apa yg anda perjuangkan kat sini sepatutnya tulis saja direct "AKU XSUKA LA SI POLAN NI BUAT MCM NI" kan mudah.. itu opinion peribadi, it's ok..

    Tapi xperlu la nak kaitkan dgn common sense, norma, kebiasaan or whatever sbb penerimaan semua org berbeza2..

    Wasalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang penerimaan orang berbeza2, sama seperti yg ko cakap, tapi lebih melihat common sense dari sudut lain.

      X terfikir ke bahawa pada Nik Aziz dan penyokong2nya anggap benci BN tu common sense bg mereka? - tapi menjadi common sense untuk fikir yang tindakan mereka boleh dijadikan bahan untuk menyerang mereka balik.

      Xpikir ke Rosmah menari untuk hiburkan hati tu satu common sense bg Rosmah? - tapi menjadi common sense untuk kita fikir yang benda tu pasti akan menjadi bahan oleh musuh politiknya mengenakan dia balik.

      X terfikir ke bahawa Shila Amzah da anggap budaya cium tangan org tu common sense bg family dia (yg xkira muhrim ke x)? - tapi menjadi common sense untuk dia fikir sensitiviti masyarakat malaysia macam mana seperti mana ramai artis2 lain pernah dibahan atas isu2 macam ni.

      kita ni bukannya baru sehari dua hidup kat malaysia untuk fikir apa yang common sense dan apa yang bukan.

      Padam
    2. Saya rasa Maksud Encik Noob ialah penerimaan sesetengah pihak/ majoriti atau sebahagiannya.

      Memang ahli UMNO/BN akan terasa jika PAS mengadakan solat hajat untuk kehancuran Pas. Seperti mana yang BN/UMNO lakukan serangan untuk menghancurkan Pas di media-media massa. Kedua-duanya sama, cuma mungkin orang BN/UMNO agak terasa hina atau sedih bila Pas meminta/mengadu kepada tuhan. Saya sarankan agar orang BN/UMNO membuat solat hajat bagi perlindungan balas dari solat hajat Pas dari membuat konsert k-pop atau maksiat.

      Memang orang yang melihat keangunan Shila Amzah bertudung agak tersingung bila dia mencium tangan BF atau kawan bukan muhrim di khalayak ramai. Dari segi hukum memang suatu yang tidak wajar TIDAK KIRA sesiapa pon juga. Tetapi dalam hal ini saya melihat kerana dia porpular maka ianya menjadi suatu yang hangat. Kalau orang tak kenal saya pasti tiada orang akan bising.

      Menari dikhalayak ramai adalah suatu yang dilarang dalam agama Islam tetapi seakan biasa dan diterima bagi kumpulan penari atas nama kebudayaan. Memang orang yang melihat Rosmah menari bolywood agak jangal bukan kerana dia isteri PM. Pada saya orang menyampah atau meluat melihat Rosmah kerana sememangnya imej beliau yang agak terkenal didalam kerajaan dan diluar (say atak mahu komen banyak tetapi anda boleh tanya pegawai2 kerajaan tentang dia) :) selain orang meluat melihat orang gemuk menari. Kalau dia imej dia dan badan dia secantik sofea jane atau lady diana mungkin orang tidak akan bising malah memuji :)

      Ini adalah dari pemerhatian saya dalam menganalisa masyarakat kita pada hari ini.

      Padam
    3. Isu di sini ialah common sense siapa, sbb manusia klw da anggap itu common sense bg mereka, mereka dah xperlu nk fikir dulu..

      It is the matter of BERAPA RAMAI yg xsuka..

      Contoh : klw dlm satu pejabat, ada 20 org, klw 1 org merokok, pasti 19 org lain yg xmerokok akan marah, dan suruh dia keluar..

      macam mana klw 19 org merokok dlm ofis, 1 yg x merokok? korang rasa sapa yg patut keluar? mesti la yg 1 kena keluar.. sbb merokok tu common sense bg kumpulan dlm ofis itu..


      Jadi common sense ni kena ikut SIAPA, bukan APA..

      Padam
  25. Dlm isu doa kudus itu aku kurang common sense, jd aku ada soalan bg mereka yg bsma bdoa itu. Aku akui mmg aku agak bpihak pd umno bt msa skrg kerana pas bsetongkol dgn pihak yg mbntah plaksaan hukum islam.dlm doa itu, adakh kamu mnyamakn aku mcm abu lahab,firaun,qarun..meminta aku djahanamkn,hancur atau apa shja mksd permntaan doa itu? Aku rasa rmi lg org dluar sna mcm aku..apa kata kamu?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.