Halaman

Rabu, 19 Disember 2012

Formula muat turun menjadi?

Menyertai artis generasi baru termasuk penyanyi bertudung yang menjadikan laman YouTube sebagai medium menembusi arena seni suara tempatan, Tasha Manshahar, 20, tampil dengan identiti berbeza.

Lagu duet Tasha, Syed Shamim pikat lebih sejuta tontonan 
sejak video muzik dimuat turun di laman YouTube

Bersama teman akrab yang sama menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras, Syed Shamim Abdul Kadir, 19, mereka bergabung suara memperkenalkan dendangan ciptaan sendiri, selain menyampaikan lagu saduran popular.

Selepas memuat turun lagu Cuba Teka, Februari lalu diikuti hampir 10 lagu saduran artis antarabangsa dan tempatan, pendengar sudah mengenali mereka sebagai duo. Lagu mereka pantas menarik peminat hingga mencatat lebih sejuta tontonan sejak mula disiarkan.

Menyedari gandingan itu disenangi ramai, Tasha dan Syed Shamim memilih meneruskan duet apatah lagi selepas mendapat lamaran label FMC sejak September lalu.

“Awalnya saya sekadar suka-suka memuat turun video lagu saduran ke dalam YouTube. Tak sangka kecenderungan ini menarik perhatian ramai. Macam lagu Mr Saxobeat nyanyian asal Alexander Stan, ia ditonton lebih 1.3 juta kali. Apabila bertemu kawan ‘sekepala’ yang memiliki minat sama, kami memilih tampil berdua.

“Sebelum bersama FMC lagi, saya dan Shamim termasuk beberapa rakan lain di bawah kumpulan Clora Studio rancak mengadakan persembahan tidak kira gig, kolej atau majlis perkahwinan.
“Kata orang, selain mencari duit poket, ia mengajar kami lebih menghargai sesuatu. Teman juga banyak membantu termasuk merakamkan lagu dan muat turun video. Hasil persembahan kami berdikit membeli peralatan muzik seperti gitar elektrik dan mikrofon,” katanya.

Diusik sama ada hubungan dengan teman duet membabitkan hati dan perasaan, gadis kelahiran Sandakan, Sabah yang juga penuntut tahun pertama Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Bahasa Inggeris itu

Tak jalin hubungan istimewa

Tak jalin hubungan istimewa Ini diakui sendiri Shamim yang mengakui ramai tersalah anggap sedangkan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan.

“Bagi saya, Tasha berbakat besar dalam penciptaan lagu dan nyanyian. Sebagai pemuzik, saya kagum dengan kesungguhannya dan sudah tentu berbesar hati dapat bergandingan dengan Tasha.

“Jika dikatakan kami punya hubungan lebih daripada kawan, ia tidak sampai ke tahap itu. Malah, antara kami rapat seperti rakan lain dalam kumpulan Clora Studio. Mujur ibu bapa masing-masing memahami perkara ini,” kata anak guru muzik itu.

Andai Tasha belajar bermain gitar dan keyboard sendiri, Shamim pula sejak kecil dihantar mengikuti kelas muzik. Malah akuinya, kecenderungan bapanya turut mempengaruhinya mendalami muzik hingga mengambil jurusan itu di peringkat sarjana muda.

“Saya bertuah punya orang tua yang memahami. Mereka memberi sokongan cuma tetap mengingatkan saya mendahulukan kuliah biar serancak mana pun perancangan dalam arena seni suara,” katanya yang berada di tahun pertama pengajian.

Mahu terus muat turun lagu saduran

Berkongsi debaran penerimaan single sulung, Be Mine, Shamim berkata, mereka mengambil peluang cuti semester untuk mempromosikan single itu.

Sekalipun memahami cita rasa semasa berbeza mengikut musim, hakikatnya kemajuan teknologi seperti YouTube dimanfaatkan untuk menyebarkan dendangan mereka kepada khalayak yang lebih luas.

Pendapatnya disokong Tasha kerana berdasarkan hit, lagunya sudah mencecah sejuta tontonan di laman itu, sekali gus mendapat maklum balas memberangsangkan hingga mendorong mereka menghasilkan lebih banyak video muzik.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.



.
.
.
.
.



MUAT TURUN? UPLOAD? DOWNLOAD?







Sumber asal Berita Harian.


UPDATED: Ya aku baca kat komen ada orang nak dengar sangat lagu yang ada lirik "Kita berkenalan hanya dalam laman Muka Buku", "Bermula di Facebook You IM I dulu taktahu malu" tu, so sila tonton di video di bawah... Aku dah muntah sejak bulan Februari lagi dulu.





tags: formula menjadi tasha manshahar syed shamim mr saxobeat alexandar stan artis tudungf cover selebriti penyanyi youtube singer youtuber artist malaysia tempatan melayu lagu single be mine download video klip muzik mp3 muat turun naik upload download klon yuna najwa latif ainan tasneem

106 ulasan:

  1. Balasan
    1. semua komen diatas ditulis oleh saya seorang terima kasih

      Padam
    2. ahmad,tukar nama & get a life...gi dating tengok wayang ngan muja :p

      Padam
    3. Adik Mujahadinapentahslalubagilinkblog19 Disember 2012 pada 3:22 PG

      abg ahmad, kak muja ajak p bowling, dia suruh bgtaw abg

      Padam
    4. Upload = muatnaik - memasukkan data, video, lagu atau fail data ke dalam Pelayan internet.

      Download - muatturun - menyalin fata, faail, gambar, musik dan lagu dan sebagainya kedalam komputer, talifon bimbit, komputer tablet masing-masing.

      Padam
  2. salah penggunaan ayat level abadi..tak perasan kot..aiisshhh

    BalasPadam
  3. akibat jarang2 menggunakan istilah bm

    BalasPadam
  4. Memuat naik LOL. Memang obviously ramai salah guna uplaod and download. Kalau nak ambil gambar di internet pun diorang guan upload.

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang je nak donlod gambar lim guan

      Padam
    2. gambar lim guan eng banyak kot kat internet.... google je......

      Padam
    3. Adik Mujahadinapentahslalubagilinkblog19 Disember 2012 pada 3:24 PG

      abg ahamd, jgn duk google lagi, kak muja suruh cpt...

      Padam
  5. Editor! What r u doing?
    Editor! Staph!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko mengarut apa ni setan?

      Padam
    2. Adik Mujahadinapentahslalubagilinkblog19 Disember 2012 pada 3:25 PG

      jgn sampai kakak saya pggil abg ahamad setan, cepat la nk p bowling x ni..?

      Padam
  6. LoL awal2 lg aku dah prasan, aku ingat ko nak ignore je, rupa2nya dihighlight tahap kahkahkah...tu la kan istilah 'memuat naik' pon tatau ka XD

    owh ckp psal youtube, aku baru upload lagu 'mask(tv size)- aquatimez' guitar+vocal cover aku last week, eheheh XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak kitew muat turun lettew. pui

      Padam
    2. tahniah...patut mendapat pingat dari pm.....

      Padam
    3. Adik Mujahadinapentahslalubagilinkblog19 Disember 2012 pada 3:27 PG

      p main bowling dapat pingat gak, cpt abg ahmad, kakak dh tggu 2..

      Padam
    4. Pe kitew2 lettew2!? tak beza spesis dgn 'muat naik'.
      Bek korang dengar ckp aku yang dapat A1 bm dlm SPM.
      Aku report korang2 semua ni kat dewan bahasa dan pustaka.
      =.=

      Padam
    5. plain ko upload kat mane? bagi link please.. sorry la, aku masih tak mengenali byk ko lagi. ~eh apa ayat aku ni, malu kat cik len -obms (-_-")

      Padam
    6. owh ko berminat nk nengok ke? kalo ko minat anime ok kot nengok, kalo ko x layan anime maybe ko akn rase ianya ntah hape2..hahaa ^^

      http://www.youtube.com/watch?v=kD4eUkLg6B0&list=UUOVvKBqek02J1Q_3mM6pOqw&index=1

      Padam
    7. nanti aku suruh laki aku nengok. hahaha

      Padam
    8. Aku ingat ada muka plain tapi takdok pon
      hoho

      Padam
    9. Berangan nak tgk muke plain la tuh.. ko nampak muka jembalang ada la.. topeng jembalang dia.

      Padam
    10. muka plain mesti sweet gitew. kalau kau tengok mata dia ala2 mata lisa surihani

      Padam
    11. len kalau pakai contact lens mesti sweet lagitew

      Padam
    12. piscesza sdh ada laki tak sweet lagi.

      Padam
    13. noor sdh ada anak, dia tak sweet tapi anak dia sweet

      Padam
    14. hime hdk berkahwin semakin hilang sweet

      Padam
    15. dilla & nurmujahidah sweet tapi noob

      Padam
    16. pipi merah sweet

      Padam
    17. suraya tak sweet

      Padam
    18. sweet kepala hotak ngko

      Padam
    19. kakaka ambik pall sweet lar :D

      Padam
    20. wah plain.. ada bakat terpendam ni.. baru je tgk td.. best2 :)
      apalah anon dok tersweet2 ni

      Padam
    21. wahkakaka..makan popcorn aku baca komen2 dek non nih XD

      apa ada dengan rupa dek non...ahkak ni tak lawa pun, tak layak nak dibandingkan dgn hime s, pizza, len inouie, lin si pipi merah n dilla tue sumer..hohoho ^^

      Padam
    22. Aku suka dia main piano :)

      Padam
    23. jgn merendah diri plain, semuanya sweet gitew. dalam hati mesti ada taman pokok sakura ni ye plain.

      ps: piscesza nak dilabel sweet jg? sila buat gediks skit. kui3333

      Padam
    24. aku pulak suka suara ala ala garau dia tue. sweet sgt.

      Padam
    25. jom buat kelab peminat plain sweet. Amacam?

      Padam
    26. haik skang ni prime time dek non lepak kat buasirotak rupanya..ehehee aiyoyo sudah kne stalk sama dek non B.O..eeep! Xp

      Padam
    27. ni bro non lerr. ala sweet sgt titew main stalk2

      Padam
    28. btw tak pernah pulak dengar org stalk youtube......hhiihihik

      Padam
    29. huish maner ada stalk..

      nak naikan plain jadi arteis..
      bila banyak viewer nanti musti glamer plain ni..
      nanti leh la muncul dengan topeng anbu macam amuk hik hik hik..

      Vokal yang penting suara bukan rupa ;)

      Padam
    30. arigato plain. berbakat plain ni. ganbatte ne! :D

      Padam
    31. Saya calonkan Kak Plain untuk nominee artis youtube Malaysia porpular tahun ini.

      Fans Kak Plain ni sila undi yea

      Padam
  7. aku x paham muat turun tu upload ke download? muat naik tu upload kan? naik=up, turun=down.........ish.....mohon pencerahan dari pakar nadir bumi.....

    tapi seriously, kenapa artis youtube ramai wanita? laki x de ke? selalu aku tgok kat youtube, kadang laki ni lebih bagus berbanding wanita yg cuma bermodalkan lurah dendam tapi suara ke laut...yg pakai tudung pun suara x berapa sangat........biasa je.......tapi sedap tak sedap, ini semua agenda jahat yahudi untuk sesatkan umat manusia....wanita dijadikan alat mereka untuk memerangi kesucian islam......akhirnya kita terlalai kerana senjata yahudi yg kuat dan sangat berjaya.....hahaha...

    btw noob, ko kerja kat mana ek?? penting ni, aku kena tau.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob bekerja sbg pengutip tapak sulaiman utk dijadikan model siri spanbob. sila buat apoinment dlu sblm bjumpa.

      #wakil syarikat anon maju sdn bhd.

      Padam
    2. Adik Mujahadinapentahslalubagilinkblog19 Disember 2012 pada 3:29 PG

      abg ahmad, kakak xbg abg p youtube tgok pompuan, dia ckp last warning...

      Padam
  8. noob agi kan titew link memuat turun video kak maria ozawa teww

    BalasPadam
    Balasan
    1. maria ozawa tu sapa?

      Padam
    2. haih, ahmad.... ahmad....

      Padam
    3. nak tunjuk inoccent lew teww. puii. ntah2 tgh syok lyn maria ozawa dkt google.

      Padam
    4. Adik Mujahadinapentahslalubagilinkblog19 Disember 2012 pada 3:30 PG

      aaa, bgtau kakak abg ahmad borak sal maria ozawa..

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Wartawan tak perasan
    Samaada dia cakap atau wartawan alihbahasa wartawan kena periksa setiap patah kata dan betulkan kalau salah.
    Editor pon tak periksa dengan teliti main lulus je

    Ni dari media mana?

    BalasPadam
  11. editor buat apa ni..konfius aku..muatnaik la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. diorang tak faham istilah muat naik dan turun

      Padam
    2. kool gila background baru blog ni:)

      teringat wreck it ralph!

      Padam
    3. owh aku plak ingat tersalah klik masuk blog lain dah td, atau background sangkut tak dpt nak load sepenuhnya sbb intnet prob..ahahaa

      Padam
  12. ku sangkakan mimpi berahi hingga ke petang rupanya ber-mani di tengahari19 Disember 2012 pada 8:56 PG

    korg komen pakai penis

    BalasPadam
    Balasan
    1. gunung daik bercabang tiga gunung janda baik bercabang dua19 Disember 2012 pada 9:50 PG

      mane tau nih?

      Padam
  13. typo police bnyk sgt. skarang da tambah grammar police .blogger malaysia mkin cerdik . sape ckp blogging buang mase hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayat yang awak tulis mempunyai banyak kesalahan ejaan.
      Sila tulis dengan bahasa dan tulisan yang betul.

      Terima kasih.

      Padam
    2. sokong anon 5:45ptg

      Padam
  14. ingtkan noob pun 'terlepas pandang'..bila baca sampai habih..hahahaha...rupanya itu yg nk dihighlightkan....muat turun...muat turun..main tangkap muat ja editor tu.ehehhehehehehehe..

    BalasPadam
  15. Best ke?

    http://www.youtube.com/watch?v=6rr92wHmNgM

    bermula di facebook
    i buat tak tau
    ..
    gatalnya diri u
    ..
    lol XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lirik dia pon banyak tak betul dari segi tatabahasa.

      Padam
  16. serious lawak giler,, haha,, susu rendah lemak ke lemak rendah? teka,, haha

    http://www.mujadafewa.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Low Fat Milk -> Susu lemak rendah (sebab lemak dia rendah/kurang) Mungkin lebih sesuai susu kurang lemak

      Kalau susu rendah lemak -> susu tu rendah :P

      Padam
    2. nak susu nur muja yg rendah lemak tu

      Padam
    3. itu susu siapa yg punya?..ahmad yg punya.

      Padam
  17. Kesalahan ejaan tersebut berpunca dari salah UMNO-BN!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini salah anda Anwar. Anda ejen yahudizzz.

      Padam
    2. anda berdua g terjun lombong. kami boleh hidup berdikari. pui.

      Padam
    3. itu menteri perdana saya mau jadi, bole ka?
      rakyat hari-hari boleh makan kari...
      siti siti siti, masak briyani ka...?

      Padam
    4. sama2 lah bersatu kita atas nama islam.. sokonglah parti yg memperjuangkan agama. jgn berpecah belah. kita adalah saudara sesama muslim..Tolak BN(bini najib)
      takbirr !

      Padam
  18. berita tu betul

    Strategi muat turun -> penguna muat turun dari laman youtube

    Yang salah Penyanyi muat turun lagu mereka ke YouTube, Sepatutnya Penyanyi muat naik supaya penguna boleh muat turun..


    BalasPadam
    Balasan
    1. pembetulan yang tepat pendengar/penonton

      Padam
  19. kesilapan menaip..pening gak aku masa baca yg artikel tu tapi bila tengok gambar dgn kanta besar tu baru aku paham, kesilapan menaip rupanya..hehe

    BalasPadam
  20. aku ingatkan Noob ada artist kegemaran yg baru. rupa2 nya nak highlightkan pasal salah eja je. gi la embed skit lagu2 youtube dorang kt sini. malas la na search

    BalasPadam
  21. Upload = muatnaik - memasukkan data, video, lagu atau fail data ke dalam Pelayan internet.

    Download - muatturun - menyalin fata, faail, gambar, musik dan lagu dan sebagainya kedalam komputer, talifon bimbit, komputer tablet masing-masing.

    BalasPadam
  22. Kena wujdukan category baru dalam AIM artis youtube Malaysia paling porpular kekekeke..

    BalasPadam
  23. apola nak jadi dgn budak2 muda skrang.. pakai tudung, tp pakai ketat, tabaruj lebih, joget joget campur lelaki pmpuan. mane la tak menggalakkan pergaulan bebas bile kanak2/budak2 muda tngk video klip cmtu. nauzubillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ni buat aku nampak bentuk tubuh menari2 tu..

      Padam
  24. mewahnya student pakai phone apple..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah jadi artis :) mewah ler..

      Padam
    2. Biasa la production Melayu kena bagi nampak cangih dan mewah
      Baru orang tergila-gila nak masuk kolej, mak bapak ikat perut bergolok gadai anak enjoy kat menara gading..

      Padam
  25. pak syeikh berpesan kpd anon2 yg baik lg kacak dan ohsyum juga yg bukan anon diseru memboikot program maksiat yahudi utk memporak perandakan umat islam. jauhkan diri anda dari perkara maksiat melalaikan. kembalilah ke jalan pulang.

    BalasPadam
  26. Iphone 1Malaysia bila nak kuar?

    BalasPadam
  27. A MOMENT OF SILENCE FOR OUR BROTHERS
    IN THE FRIENDZONE

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.