Halaman

Isnin, 11 Mac 2013

Kalau ikut agama Malaysia takkan maju?

Aku ada terbaca pasal Yuna menyumbangkan suara untuk lagu soundtrack filem animasi Dreamworks yang terbaru bertajuk The Croods. Yuna menyanyi lagu bertajuk Shine Your Way berduet dengan penyanyi barat yang terkenal dengan lagu Good Time dengan Carly Rae Jepsen iaitu Owl City.



Aku pun carik lagu tu di Youtube dan macam biasalah, pasti akan dipenuhi dengan komen2 seperti "Yuna is from Malaysia", "Proud to be Malaysian" dan macam2 lagilah berkaitan Malaysia Boleh.


Dan dekat sidebar sebelah kanan2 Youtube tu tetiba ada suggestion untuk video klip lagu Mizz Nina bertajuk Summer Burning. Mungkin sebab Mizz Nina dan Yuna kedua2nya orang Malaysia dan sedang menempa nama di US, so Youtube cadangkan video dia.


Bila aku bukak, ya cam biasalah... selain dari komentar bersifat Malaysia Boleh, satu lagi komen2 yang selalu wujud di video2 Youtube terutama penyanyi2 wanita melayu muslim adalah komen2 dan teguran berbentuk keagamaan seperti aurat dan nasihat sama ada secara lembut atau kasar.


Dan counterpart kepada komen2 tersebut, banyak juga komen2 daripada para peminat yang membacking penyanyi kesayangan mereka dengan mengatakan tak payah campur urusan agama dia, kubur masing2, korang macam alim sangat nak nasihat orang lain, fuck off haters dan sebagainya.


Bagi aku, kita ni pun bukannya perfect sangat. Kita semua pernah lakukan dosa. Banyak pun benda yang kita buat tak betul. Menjadi lumrah perbuatan kita yang secara terang2nya nampak tidak betul pasti akan ada orang yang tak senang dan menegur. So bila ada orang tegur kita, lebih2 lagi menegur benda berkaitan agama, perkara terbaik yang boleh kita lakukan kalau tak suka kena tegur adalah just buat tak tahu. Kalau tak nak berterima kasih atau mengiyakan teguran tu, jangan balas atau menidakkan teguran itu. Sebab kadang2 bila kita balas dan cuba menidakkan teguran itu, kita hanya akan menunjukkan kebodohan dan kejahilan diri sendiri seperti komen berikut:


Kalau ikut agama memang tak majulah Malaysia? Kena ada orang buat perubahan? Sekolah mana yang ajar benda ni? Perubahan apa yang kau orang nak? Bila beragama dikatakan tidak maju? Adakah wanita muslim menyanyi dan menari terkinja2 serta berjaya mencipta nama di US adalah suatu perubahan dan sebuah bentuk kemajuan bagi kita? Adakah kemajuan diukur dan dinilai dengan betapa baratnya kita? Aku tak tahulah tapi aku yakin ramai orang2 kita yang berfikiran dan bermindset seperti ini.




tags: lagu song the croods soundtrack owl city ft yuna yunalis zarai shine your way adam young lyrics video clip official download mp3 mizz nina summer burning with you music video us barat youtube komen tegur dosa pahala ikut agama malaysia tak maju halal haram aurat wanita gadis perempuan artis muslim menari menyanyi hukum

47 ulasan:

  1. Orang agamalah yang membangun negara. Kalau tak ada agama, tengok lah jadi macam mana. Hancur dan runtuhlah semua akhlak manusia2 ni. Agama mendidik dan membangunkan manusia bukan menjatuhkan manusia mahupun negara. Kubur masing2, dosa masing2, ye memang betul, tapi jangan lupa, kalau kita tak tegur, kita sokong bererti kita turut bersama-sama menempah dosa. Kubur orang di sebelah pun turut mendengar anda di seksa. Tak bising ke? Harap maklum.

    BalasPadam
  2. Salaam semua,

    Haha..nak gelak, tp sedih pun lagi banyak rasanya. Adakah begini yang ditafsirkan sebagai maju oleh remaja2 Malaysia (Melayu/Islam khususnya) masa kini?
    Perlukah kita kehadapan dalam perkara2 seperti ini. Maka sedih adalah lebih wajar.

    Kepada yg pikir mcm tu, ingatlah bala Allah tak turun sorang2, tu kifarah namanya.
    Menasihati itu hak kita, menerima hak dia.
    BTW, semoga Malaysia maju di atas perkara yg positif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik lah penunggu gua.. kami pecaye bulat2 ckp penunggua yang ni semua salah UMNO-BN.. puas hati?

      Padam
  3. The Croods? interesting... later can check that out ^^

    BalasPadam
  4. maju untuk apa?

    BalasPadam
  5. Selagi belum di uji, kita memang tak sedar diri. :)

    BalasPadam
  6. haha amik je info tu then spread the love not the hate :)
    grow up peeps

    BalasPadam
    Balasan
    1. how to spread the love?ko ni laki ke pompuan?

      Padam
    2. ak pun pelik nape ko tnye dia ni laki kep pompuan cek google dia perghhh patut le, semoga Allah S.W.T. bg anda org len dan sy untuk fhm apa kehendak sebenar umat manusia dilahrikan dimuka bumi ni, bukan semata2 nak berseronok je....nak seronok saje hmm phm2 la sapa ko ikut kan?

      Padam
  7. orang yang kurang ilmu yang mengatakan negara tak akan maju kalau ikut agama .. komen tanpa menggunakan akal .. akal tu la yg bezakan haiwan dan manusia .. kalau budak tu islam wat malu je .. dalam al quran tu tulis bagaimana nak jadi insan berjaya dan majukan negara .. zaman nabi dlu ttap maju sampai satu dunia .. tak ada pun internet bagai pun zaman nabi hanya berlandaskan al quran dan juga akal fikiran sahaja .. malu pula tgk remaja tulis mcm 2 .. aku dh la remaja .. peace .. maap kalau salah fakta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btl.. sy sokong..zaman nabi duli x perlu pun nk nyanyi t'kinja2 bagai..maju jugak..syg nya..kenapa semakin hari semakin jauh kt dr sunnah nabi..

      Padam
    2. kalau agama setakat menyibukkan diri dgn dosa orang lain, tutup aurat pompuan, hiburan haram dan yg seangkatan dgn nya memanglah negara takkan maju.

      Allah suruh kita memakmurkan bumi dgn ciptaan teknologi, menjaga alam sekitar, berbuat baik sesama makhluk dan menegakkan keadilan. ini tegur orang pun kurang ajar.

      takat layan youtube lagu2 hiburan lepas tu komen macam alim sangat memang takkan maju.

      Padam
    3. ko org kan jgn menyamar mcm kuda, kuda pun tau apa tanggungjawab manusia sebenarnya cer cek ceramah UAI kita hidup komuniti klu salah memang perlu di perbetulkan ko penyama gambar di sebalik kuda cek FHM BALIK KISAH2 Nabi

      Padam
  8. Dubai maju je. Ada bangunan tinggi daripada KLCC. Tandas lagi bersih daripada LKCC. Booo....
    Yang backup pun 2x5 jugak. No wonderlah, komen berbaur gitu.

    BalasPadam
  9. maju atau tak someone tu bukan dilihat dari segi pemakaian ataupun ke'westernization' seseorang tu, tapi dari segi ilmu. kalau sekadar tahu cakap omputih dan pakaian serupa jahiliyah, tak ada lah boleh dibanggakan pon.

    cer tengok prof muhaya (dr mata)dan dr harlina (dr perbidanan).. 2 orang wanita yg cukup dikagumi. sebab apa? sebab dah la doktor pakar, pemahaman agama jugak mantap.

    conc : tak perlu nak dedah2, tekinja2 kalau nak maju. timba banyak2 ilmu yg boleh bagi manfaat kat masyarakat, baru lah maju.

    BalasPadam
  10. takkan kita nak jadikan dunia ni syurga. diorang ni tak fikir la. :)

    BalasPadam
  11. Maju banyak tafsiran kalau maju dalam dunia hiburan mungkin juga betul..

    Bercampur lelaki dan perempuan apalagi terkinja2 dah tentu2 takda dalam Islam.. :) Banyak pendapat ulama lebih menghalang wanita dari dunia hiburan kerana impact wanita yang sangat kuat ~ melalaikan.. Impat dan tarikan wanita amat amat dasyat.. dan kerana itu wanita/perempuan sering diekploitasi.. Bayangkan kalau letak gambar wanita dalam iklan tayar, susu atau sabun pun boleh melariskan produk, apalagi kalau bidang hiburan..

    Jadi memang betul nak "maju" sebaris dalam artis barat kena mengetepikan dan melangar hukum dan saranan Islam. Kalau ikut Islam memang nak menari begitu apalagi dikhalayak ramai memang telah ditegah awal-awal lagi. Menari melengang lengok dengan hijab juga tidak molek bahkan mencemar lagi imej wanita Islam.. Kerana perhiasan segala itu hanya eklusif untuk suami.

    Tapi apakah kemajuan sebegini yang kita mahu? terpulang la sebagai seorang Islam saya rasa kita tidak perlu dan tidak mahu maju dalam bidang seperti ini.. Apalagi kita mungkin akan menarik orang lalai dan mengikut seperti kita.. Berat tu..

    Sebagai saudara sesama Islam memang kita perlu saling nasihat menasihati ingat mengigati kalau mereka tidak mahu dengar sekurang-kurangnya kita telah sampaikan.. tapi tak perlu la nak maki mencarut sebab dah tentu itu bukan cara yang sepatunya kita buat sebagai orang islam..

    Kalau nak tunggu kita semua sempurna jadi alim ulama baru nak menegur menasihatai maka rasanya kita semua ni tidak layak dan makin ramai orang lupa dan lalai.. bahkan kita sendiri pun mungkin sama lalau dan lupa kalau orang tidak menasihati dan menegur kita..



    BalasPadam
    Balasan
    1. malas arr baca, panjang sgt..dpt baca "Maju banyak tafsiran kalau maju dalam dunia hiburan mungkin juga betul.. "

      Padam
    2. lebih baik tunggu diri jadi sempurna dulu baru nak nasihat daripada diri sendiri tak betul dah tu tegur pun x kena cara. kurang2, org yg nak jadikan diri sempurna itu sentiasa berusaha jadi lebih baik. itulah jihad yg paling utama. bukan sibuk memerhati salah orang. dah tu komen kt video clip youtube. sendiri yg cari hiburan yg ada perempuan, sendiri yg kutuk penghibur tu berdosa, x tutup aurat, bala Allah datang kt dia etc.

      nampak sangat hipokritnya.

      Padam
    3. oi kuda jgn dipandang pd org nya pandang apa yg ingin disampai(klu bermanafaat untuk keluarge dn diri sendiri ambik) kan klu pandang org sampaikan smpi ko mati le jwbnyer

      Padam
  12. Doakan dia berubah dikemudian hari sudah...
    Sebagai contoh penjenayah yang dihukum gantung lebih baik sebenarnya.Sebab?Dia tahu bila dia akan mati,so sempat mendekatkan diri kepada Allah,bertaubat dsb.,walaupun diawalnya dia penjenayah.Errr..ada kena mengena kot?
    Hidup baik>mati baik
    Hidup jahat>mati jahat
    atau,
    Hidup jahat>mati baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. doa tu memang doa.cuma kalau tiba2 ada org tegur kita kena tepek sekali atas dahi,jgn cuba balas atau cuba tegakkan benang yg basah.kalau xsuka pun diam2 sudah.

      Padam
    2. Hati terbakar.. memang tak senang..
      nafsu memang tak suka maka hati pun memberontak..
      dan keluar macam-macam dari mulut..
      So tu depends gegila.. muncul la kubur masing-masing dsb..

      Padam
  13. macam perang teluk suasana kat youtube komen tu..

    BalasPadam
  14. pffft, maju dr segi hiburan kot? tp hancus dr segi ilmu dan kesedaran kite (yg muslim) ni sbg org islam? Nauzubillah...

    BalasPadam
  15. To MegaVirus92, xnk la org mcm kau kt bumi Allah ni..kalau org nk tegur ke arah kebaikan pun ko nk suruh blah dr m'sia..so ko sila blah dr bumi Allah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. biar la dia duduk seroang kat bumi dengan dinosour
      kita blah la ke tempat lain

      Padam
  16. ler si misz nina nih autotune sepanjang masa.... sedih aku sebagai penggemar musik

    BalasPadam
    Balasan
    1. makcik tu bukan reti sangat menyanyi.

      dia banyak modal, itu pasal leh g international wpun suara pakai mesin je.

      Padam
    2. tengok la sape bapak dia....dato' ma...........

      Padam
  17. sian suami mizz nina dok tanggung dosa dok berjoget mcm beruk gile dpn org ramai...moga cpt2 insaf dan dpt hidayah

    BalasPadam
    Balasan
    1. apelak.. mana ada ajaran suami tanggung dosa isteri?

      kalau betul suami tanggung dosa isteri, apsal ada hadis yg ckp perempuan lebih ramai masuk neraka? bukan lelaki ke yg patut masuk neraka secara pukal sebab tanggung dosa isteri, anak, adik, kakak dan ibu mereka?

      sendiri salah sendiri tanggungla.

      Padam
    2. sian kat laki dia??? aih laki dia pun bidang hiburan yg sama kot.....

      Padam
    3. “Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

      tugas seorang suami adalah memastikan isteri & anak2nya sentiasa dijalan kebenaran.. kalau x, dayus lah dia..

      dia xkan tanggung dosa sapa2. cuma suami akan dapat dosa jika dia tidak melaksanakan tanggungjawab dia sbg suami & ayah.

      tapi kalau dia ada nasihat & isteri kepala batu degil jugak. suami tak dpt dosa sebab dia dh berusaha. suami kene kuat lah and never give up membimbing isteri & anak2..

      Padam
  18. Kemajuan ke mcm tu.. meniru dan hanya ditertawakan musuh Islam je.. *xsuka lagu Mizz Nina... tak original..suara dh jd mcm robot..entah apa2

    BalasPadam
  19. Actually orang2 yg jd keyboard warrior tu menanggung dosa drpd mulut dorang yg busuk tu. Tak perlua lah nk komen negatif camtu. Doakan yg terbaik untuk mereka. Dah betul lah tu, kau ckp org suruh berubah tp mulut busuk kau tu pon x berubah2 lg.

    BalasPadam
  20. kalaulah orang2 yg komen dlu2 ni tgk balik apa yg dorg post, mesti dorang akan malu kan.. memandangkan Miss Nina sekarang lebih berilmu agama dr mereka2 yg membawang tu..huhu
    Ingatlah, perubahan manusia akan dtg tanpa syarat.. cepat atau lambat.. siapalah kte utk mengadilinya selain Allah Yang Maha Esa. :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.