Halaman

Sabtu, 2 Mac 2013

Perlu ke buat video lakonan politik?

Perlu ke sebenarnya buat video2 lakonan politik ni? Tak cukup dengan berita2 kat media cetak dan elektronik, Televisyen, Youtube, video2 rakaman amatur dan blog2 cyber troopers?


Baru2 ni kecoh isu Salih Yaacob dan Nabil terlibat dalam video Bangkang dari Longkang yang kononnya dark comedylah sangat pasal pembangkang. Sejak dari tu ramai orang terutama penyokong PR nak boikot Sinar FM seperti dalam FB mereka, sehingga memaksa Salih Yaacob meminta maaf dan bersara dari dunia hiburan. Selain daripada SY dan Nabil, siri Bangkang dari Longkang ini melibatkan ramai artis2 komedi mainstream dan otai2 seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Johan, Douglas Lim, Harith Iskandar, Raja Azura, Adlin Aman Ramli, Sharifah Amani, Sharifah Shahira, Dee, Yasmin Hani dan Adibah Noor.


Kalau dulu kes Dato' Fadzilah Kamsah mengkritik PR secara tertutup namun ada penyokong BN sendiri yang rakam secara curi2 dan sebarkan. DFK dah pun jelaskan seperti kat sini dan telah meminta maaf serta meminta orang yang upload tu delete video tu. Tapi kes SY ni tak sama dengan DFK, kerana dia sendiri yang secara rela berlakon dalam drama2 yang menyindir PR.


Bagi aku, aku tak kisah mana2 selebriti atau orang yang terkenal nak sokong parti mana pun. Tapi aku lebih senang mereka cuma setakat menyokong parti mereka sahaja, tak perlu nak lebih2 mengutuk2 dan menyindir2 sangat parti yang mereka tak suka. Ini kerana mereka adalah public figure yang mempunyai peminat, dan peminat mereka pula bukan hanya dari penyokong BN sahaja malah PR. So bila mereka buat sesuatu yang mungkin boleh mengguris hati sesetengah peminat mereka, mereka sepatutnya sudah tahu risiko yang mereka bakal hadapi. Diorang ingat yang tengok Maharaja Lawak, pelanggan Astro, pendengar radio, penonton filem semua penyokong BN sahajakah?


Ya itu hak mereka untuk menyokong dan mengutuk sapa2, tapi peminat mereka juga ada hak untuk boikot mereka. So aku tak nampak kenapa Salih Yaacob perlu berhenti dari dunia hiburan dan mungkin dikenakan tindakan oleh radio Sinar FM. Kalau dia buat sesuatu yang dia percaya dan rasa betul tindakannya itu, buat apa dia minta maaf macam bersalah pulak? Nampak macam takde pendirian pulak. Majikan dia, pemimpin2 BN takkan takde yang tampil untuk backup dia? Hanya Afdlin yang bagi penjelasan seperti di sini. Kalau rasa takut kehilangan peminat atau job, kenapa libatkan diri dalam politik?


Ada juga selebriti yang menyokong PR dan sering membantai BN seperti Bob Lokman dan Abby Abadi dalam ceramah dan media sosial. Mereka ini selalu dikutuk oleh penyokong BN dan diboikot oleh peminat2 mereka yang menyokong BN, tapi ada mereka peduli, ada mereka minta maaf? Mereka tahu risiko yang mereka bakal hadapi tapi mereka tak kisah, dan mereka pun dah tak bersara dalam dunia hiburan, sebab tu mereka takde rasa seperti "kehilangan" sesuatu, sebab mereka percaya apa yang mereka buat.

So mana2 selebriti yang percaya dengan pendirian mereka dan tak kisah kehilangan mungkin separuh daripada peminat mereka, sila terjun dalam kancah politik.

Btw aku still lagi tertanya2, perlu ke buat video dan filem2 pendek politik yang merepek2 ni? Tak cukup dengan pelakon2 amatur, siap hire lagi golongan artis. Kenapa nak kena berlakon2 sampai macam tu sekali? Perlu ke?






# Pasal kes Lahad Datu tu, boleh baca kat sini dah ada banyak update, aku tak sempat2 nak tulis pasal tu. Dan sama2 kita doakan keselamatan pasukan keselamatan ktia dan orang awam di sana.




tags: salih yaacob sy i follow nabil video kutuk sindir pakatan rakyat pr pas dap pkr bangkang dari longkang pelakon afdlin shauki harun salim bachik johan douglas lim harith iskandar raja azura adlin aman ramli sharifah amani sharifah shahira dee adibah noor dato fadzilah kamsah dfk minta maaf kecewa sinar fm boikot peminat bersara dunia hiburan bob lokman tarik diri raja lawak abby abadi filem pendek anwar gay tok guru sembang rakyat suara pas parti cacamarba negara jahanam 100 hari misi menawan putrajaya politik tongong siapa identiti sebenar tong ngong topeng dedah

51 ulasan:

  1. Tah aku pun tak faham kenapa si salleh yaacob ni cepat kecut.

    dah kena banzai sikit dah meleleh..selamba badak jelah..Mentaliti kendur..Dari segi mental ni..memang golongan artis yang menjadi politicalfags PR jauh lebih semangat dan kuat mentalnya dari artis2 politicalfags BN yang kena ugut sikit terus meleleh macam lilin.

    kalau tengok di Amerika,selamba badak je dorang kutuk mengutuk secara rasis,secara political,secara sudut agama,secara gender,secara macam2 lagilah artis2 america yang gila babi open minded dan berani tak bertempat apabila melakukan "freedom of speech"wekeke.

    Si salleh yaacob ni..nak buat nak buat..kena gertak sikit terus kendur telor..aparaaaa!!!wekeke

    Ko buat isu lahad datu..aku teruja juga nak kupas benda ni dengan para anon dan politicalfags sejati kat blog ko ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kecut ko orang nak boikot..
      dah la dia carik makan kat stesen radio tu..

      artis PR mana la carik makan kat stesen radio dan PR bayar banyak katanya naik ceramah lol.. :D tak payah nak kerja stesen radio ke apa..

      Padam
    2. Bukankah itu hanya membuktikan konsumen dari ideologi penganut PR jauh lebih dominan dari Konsumen dari penganut Ideologi BN?

      Ini membuktikan bahawa salleh yaacob tidak mempercayai sokongan dari peminat yang ber-ideologi BN..3 juta kot politicalfags berdaftar dengan Umno kat Malaysia ni..itupun dia masih takut ternyata mentaliti salleh yaacob sangat lembik dan dengan sekali tamparan dari penyokong politicalfags PR..terus rebah tiada bernyawa.

      Padam
    3. Poyo btul lah mamat atas ni! Apa pandagan anda di bawah?

      Padam
    4. pandangan saya di bawah hanya kelihatan lantai rumah.

      Padam
    5. Saya pula terpandang kote sendiri

      Padam
    6. tu masalah kalau jadi moskot sesuatu radio ka kedai ke apa
      kalau tak jaga hati orang kena boikot..??

      Tapi betul kata ko ramai sangat ke orang PR yang dengar radio tu..
      boleh bangkrap ke kalau kena boikot..??

      hahaha ntah la seriusly aku sesekali je dengar radio tu
      lawak diraoang tak boleh masuk la..
      tak tau apesal..

      Padam
    7. aku pulak dah berkurun lamanya tak dengar radio...

      Padam
  2. Biasa la arteis.. Carik makan :) bayaran penaja besar kot..
    Takan la sesaje buat dark komedi tanpa bayaran.. :)

    Dah dia pun kata tak menyokong mana-mana so dia buat komedi dia tak terasa apa..
    orang yang sokong je yang terasa ;)

    BalasPadam
  3. berani buat berani tanggung...

    berani kerana benar... takut sbb salah ke...

    BalasPadam
  4. aku mmg tak suke die.. sbb die bile belakon jd konon2 pmpuan pakai tudung labuh ngn suara yg ntah pape... tak lawak langsung...
    tapi tgok org2 tua2 suka plak scene mcm tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah tgk gazet ntah hape2 lawak macam tu
      ada ke orang tengok?

      Padam
  5. anjing demokrasi bergaduh sesama sendiri..........auww.....auwww.....kah3....

    BalasPadam
    Balasan
    1. auww..auwww tu macam bunyi mak nyah je

      Padam
  6. sakit pulak hati tengok video2 ni...

    BalasPadam
  7. Nòób,ko asyik promosi blog ciklynn je,aq rase ade lagi blog yg wat kupasan menarik tntang kes di LD tu..jentik telo ko baru tau kahkah

    -kakbedah-

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab blog dia ada dalam bloglist aku. aku tak sempat nak cari blog lain, kalau ada share sikit kat sini.

      Padam
    2. kak bedah oii aq tau ko tu kak zackiah sebenarnye kan?

      -anon hacker terhebat

      Padam
  8. Masalahnya noob, yang nak boikot sume tu kenapa... ia adalah hak individu untuk cakap apa sahaja, kerana ia adalah HAK INDIVIDU... kenapa pabila kes listen, rame orang wat video yang menghina, tiada siapa nak boikot tindakan sebegitu walau kes listen tu kita sendiri tahu sape salah dan sapa yang betul... tapi kenapa tindakan menghina, memalukan dan mengeji berleluasa dan sume manusia bersetuju walau tindakan itu tidak betul, tapi hal begini, tidak boleh pula... macam ko pernah tulis dlu la, kenapa nak agresif dalam berpolitik, cukup bila tiba masa, maka pangkahla mana yang anda mahu... andai menang ke, kalah ke, ALLAH S.W.T telah menetapkan segalanya... cukup kita ikut syarat dalam berpolitik, berkempen, dan mengundi, yang lain serahkan pada Yang Maha Esa dalam menentukan siapa yang menang, dan siapa yang kalah... janganla kita jadi macam orang gila, semata-mata kerana politik.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pernah cakap yang iklim politik kita sangat tak matang dan sensitif. betul yang sebetulnya tak perlu agresif dalam berpolitik, sampai masa pangkah saja. tapi adakah salih yaacob semua tu buat video merepek2 tu tak dikira agresif? dia ada hak nak cakap apa saja, buat apa saja, tapi kena ingat orang lain pun ada hak untuk boikot. bob lokman, abby abadi, penyanyi aishah tu pun dah ramai boikot. kenapa boikot? sebab hakikat dan realiti politik malaysia memang macam tu. bila orang yang tak sehaluan tak sebulu dengan kita, terus boikot.

      cuma dalam hal ni aku lihat antara cara bn dan pr, penyokong bn lebih suka berlakon dan buat video2 bodoh macam ni. penyokong pr pulak suka buat dan edit2 video parody based on kejadian yang betul2 berlaku seperti sharifah listen, ucapan najib dan lain2, diorang tak perlu buat2 lakonan bodoh seperti berlakon watak najib ke, pakai wig jadi rosmah ke, mahathir ke, etc.

      Padam
  9. Mohon noob komen kenyataan terbaru ostaza ebbi ababi dtweeter kes di l.d

    BalasPadam
  10. sejak dulu lagi aku dah benci salih yaacob,tak tahu lah kenape

    BalasPadam
    Balasan
    1. benci konon dasar pncacai. Pr000oooot dimuka ko

      Padam
    2. benci tanpa mengetahui apa sebabnya..kau kena gi jumpa pakar psikologi ni.

      Padam
  11. Bukankah ini adalah kebebasan bersuara yang diminta oleh rakyat?? So whatever they are doing, it's up to them laa. Ko jangan assume artis pun bukan rakyat, diorang pun ada ic, adalah pengundi berdaftar. Suka hati lah nak buat dark comedy ke, nyanyi hemtam pembangkang ke. Sudahla ko Noob.. Tak habis2 dgn entry politik. Mulai hari ni page ko akan dibuang dari bookmark aku, sekian!! Ikhlas, dari golongan profesional yang bergelar Dr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah its up to them la nak buat video apa pun kan? dan its up to peminat diorang nak boikot kan? cuma aku tak faham kalau its up to them nak buat video, kenapa minta maaf macam apa yang diorang buat tu salah?

      btw kalo ko nak boikot blog aku pun its up to u lah kan, itu hak ko. dan aku ada hak nak tulis apa2 kat blog aku. kalau ko tak suka dengan entry2 politik, ko boleh pergi blog2 lain yang lehih berilmiah seperti blogserius, ohbulan dan ben ashaari.

      oh perlu ke mention ko seorang golongan profesional yang bergelar dr? dr pun baca blog2 murahan ke? kalau kau ada gelaran ir ke prof ke yb ke tun dato seri ke perlu ke aku peduli?

      Padam
    2. Abam noob jgn la pedih ulu hati dgn dr anon tu. Terimala dgn tgn terbuka komen dia.

      Padam
    3. Redha jela noob dgn pendapat Dr. Anon, ada kebenarannya di situ. Selain tu gak, dia nk bgtau buasirotak bukan blog murahan. Segenap lapisan masyarakat layan blog ko beb

      Padam
    4. forget n forgive besok mesti dia mai baca blog noob ni.

      Padam
    5. noob,Dr dia tu bukan doktor la.Dr tu der..ala,mcm org slalu ckp..'Rilek la der"

      Padam
    6. berlapang dada lah wahai prince of noob..heee

      Padam
    7. dah berlapang dada lah ni huhu. hak masing2kan, nak baca, baca. tak nak baca, sudah. takde masalah pun kan? takde sapa2 paksa. aku pun tak faham apa yang jadi masalah sangat kalau aku tulis entry pasal politik. dari start blog ni wujud pun dah penuh dengan entry politik dan isu semasa. tak tahulah kalau tuan doktor ni orang baru kat sini. apa yang dia expect aku tulis pun tak tahu sebenarnya. oh mungkin aku kena banyakkan entry berbentuk lucah, baru dia tak komplen kot.

      Padam
    8. hahah.lawak la pengunjung sini.datang bertandang kat blog org,sibuk sruh admin post itu ini ikut kehendak dia.kan banyak lagi blog lain,rasa entry kali ni tak seronok bagi kau,kau gi la jenguk blog lain.

      Padam
    9. hi anon 7.07 ptg, ade ke dia suruh admin post ikut kehendak dia? this is freedom yang diperjuangkan sgt2 kan? huhu

      Padam
  12. aku sejak bulan 11 tahun lepas dah bertukar kepada Ikim FM. banyak input masuk. Hari-hari aku lalui dalam kereta ialah sesi menuntu ilmu.

    Gelak sy dang geng sinar pagi. Aku dapat trace , gelak palsu yang dibuat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat 0825 akan ada doa solat dhuha, jika x salah

      Padam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen yang akan di remove oleh noob tersayang...

      Padam
    2. weh anon2 macai korang memang sial! cik lynn ada kacau korang ke sial!

      Padam
    3. puak anon macai jeles lettew tahap bangang abadi akan kemesraan putera noob yg bajet bagus aka hemsem tuh ke atas cik lynn humaira.hai nak berkenalan bleh?

      Padam
    4. aku tak pasti yg mana satu,tapi yg pastinya salah satu komen2 berkaitan cik lynn ni ditulis oleh ahmad.guna la tnpa nama sekalipun,tetap dapat kesan yg mana ahmad tulis,yg mana plain tulis,yg mana zack tulis.

      Padam
  14. poyo je la nak boikot nabil la,SY la.dulu johan pun berlakon gak,rilek je dia punya populariti.menang itu ini.puihh,masa ni panas la..kejap je ni.lama2 korang lupa la.

    BalasPadam
  15. yea, aku suka bangkang dari longkang. problem?

    BalasPadam
  16. baru kena kutuk sikit dah kecoh...

    BalasPadam
  17. rilex ar....bg aku x slh pon SY n rakan seangkatan nak buat cmtuh...kate bebas bersuara....xkn lar bebas bersuara terpakai pde korng2 yg bebas sgt tuh......aku meluat gak tgk ustazah segera abby...tp aku xde plak nak mohon dia brenti beri ceramah...eh apeda....dia kutuk kite boleh...kite kutuk dia x bleh plak.....bebas bersuara lllaarrr saaanngggaaattttt.....otak sendiri yg x blh nak trime kebebasan bersuara,nak marah org plak....hak mengundi hak kami...!!!!huhuhuhu...;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. SY yakub berhak untuk terlibat dlm video tu dan orang ramai yang boikot SY pun berhak untuk boikot. masing masing ade hak. dan masing masing dpt melalui hak dorang. :)

      Padam
    2. ok ler tuh....huhu

      Padam
  18. Sembang kencang, kebebasan bersuara la kononnya, kalau kutuk org lain boleh pulak, bila kena kat diri sendiri mula la butthurt. Tak gentleman langsung. Phuiiiii.

    BalasPadam
  19. yg nyampahnya, ada penyokong PR yg bangga bila rezeki artis ni dah sendu. macam la PR tu tuhan yg tentukan rezeki orang.. kata kebebasan bersuara, takkan bila kena kat diri sendiri, terus boikot. camne nak mmerintah negara.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.