Halaman

Selasa, 7 Mei 2013

Analisa dan ulasan keputusan PRU-13

Kita dah tahu keputusan PRU13 yang menyaksikan betapa sengitnya pertarungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Walau siapa pun yang kita sokong, sudah tiba masanya untuk kita BERMUHASABAH DIRI. Berikut adalah antara analisa dan ulasan aku untuk PRU13 ni, harap mana2 penyokong BN atau PR dapat membaca dengan hati yang terbuka.

Gambar hiasan Dato Siti Nurhaliza mengundi.

1. Seperti yang aku tulis sebelum ini, aku dah cakap BN pasti akan menang lagi. Walau kita nampak trend di Internet lebih banyak memihak kepada PR, tapi ia sebenarnya tidak menggambarkan keseluruhan pengundi di Malaysia sebab tak semua golongan guna Internet, dan kalau ada pun tak semua gunakan Internet untuk mencari info berkaitan politik.



2. Ini merupakan kemenangan pertama BN di bawah DS Najib, namun prestasinya lebih teruk sedikit berbanding ketika diterajui Pak Lah pada PRU12 sehingga menyebabkan Pak Lah mengambil tanggungjawab dan mengundurkan diri menyerahkan jawatan kepada DS Najib. Kini adakah DS Najib juga akan mengambil keputusan yang sama, kita tidak tahu. Hakikatnya, kerajaan yang akan ditubuhkan bukan semakin kuat sebaliknya semakin lemah, manakala pembangkang walaupun kalah, namun mereka telah menjadi pembangkang yang lebih kuat daripada sebelum ini.


Kerusi Parlimen
PRU12 (2008) 140 23 28 31
82
PRU13 (2013) 133 21 38 30
89


3. Pakatan Rakyat semakin mengukuhkan kedudukan mereka di Pulau Pinang dan Selangor dengan mendapat majoriti 2/3, begitu juga di Kelantan walaupun merosot sedikit. BN berjaya merampas semula Kedah dan mengekalkan Perak dengan majoriti mudah. Begitu juga di Terengganu dan Negeri Sembilan, manakala di negeri2 lain BN menang dengan majoriti 2/3. 


Antara kejayaan BN merampas kembali Kedah juga dilihat mungkin kerana faktor "Mukhriz" yang merupakan anak kepada Tun Mahathir yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya BN berjaya merampas kembali Kedah. Mungkin kerana karisma bapanya yang boleh dilihat dalam diri Mukhriz Mahathir menjadi pengaruh utama pengundi Kedah untuk menyokongnya. Dan kalau dilihat laluan yang sedang dititi oleh Mukhriz, ia hampir serupa dengan DS Najib Razak di mana beliau yang juga merupakan anak kepada bekas perdana menteri, dilantik menjadi Timbalan Menteri Kabinet, kemudian Menteri Besar, kemudiannya Menteri Kabinet, Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya Perdana Menteri. Mungkin Mukhriz juga sedang dirancang untuk menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang atau "Prime Minister in the making".

NEGERI JUMLAH KERUSI BN PAS PKR DAP STAR JUMLAH

CLN MTB CLN MTB CLN MTB CLN MTB CLN MTB
PERLIS
15 13
1
1




15
KEDAH
36 21
9
4
2


36
KELANTAN
45 12
32
1




45
TERENGGANU
32 17
14
1




32
PULAU PINANG
40 10
1
10
19


40
PERAK
59 31
5
5
18


59
PAHANG
42 30
3
2
7


42
SELANGOR
56 12
15
14
15


56
NEGERI SEMBILAN
36 22


3
11


36
MELAKA
28 21
1


6


28
JOHOR
56 38
4
1
13


56
SABAH
60 48


7
4
1
60
JUMLAH 505 275
85
49
95
1
505
CLN - Calon Yang Menang
MTB - Menang tanpa bertanding


4. Sewaktu diumumkan keputusan PRU13, bila banyak kerusi Pakatan Rakyat berpihak kepada DAP manakala PAS dilihat terlalu sedikit, tiba2 ramai rakan2 Melayu yang pro-PR yang sebelum ini begitu semangat berkempen mula diam dan menjadi risau kerana kerusi DAP paling banyak dalam PR. Ada yang seakan2 menyesal kerana disangkanya kerusi PAS atau PKR akan lebih banyak daripada DAP. Ada juga yang berkata "Kalau aku tahu kerusi DAP lebih banyak dari PAS, baik aku undi BN je". Namun inilah harga demokrasi yang perlu dibayar, dan daripada itu kita boleh lihat di kalangan penyokong PR sendiri masih wujud perasaan sangsi dan kurang kepercayaan di antara satu sama lain terutama di kalangan penyokong PAS dan DAP, menunjukkan bahawa gabungan ketiga2 parti itu masih belum begitu kukuh dan masih ada ketakutan di kalangan penyokong PR.



5. Keputusan PRU ini kita boleh lihat kaum Cina sudah menolak BN secara total dengan kawasan majoriti kaum Cina dimenangi DAP. Walaupun di dalam BN terdapat parti MCA yang mewakili kaum Cina diberi 37 kerusi parlimen, namun yang menang hanya 7. Begitu juga dengan MIC, hanya menang 4 kerusi daripada 9 serta GERAKAN yang hanya memenangi 1 kerusi parlimen daripada 11.

Kerusi Barisan Nasional

Parti Komponen UMNO MCA MIC GERAKAN PPP LDP PBRS PBS UPKO PBB PRS SPDB SUPP Jumlah
Kerusi Bertanding 121 37 9 11 1 1 1 5 4 14 6 4 7 221
Kerusi Menang 88 7 4 1 0 0 1 4 3 14 6 4 1 133
Peratus Menang (%) 72.7 18.9 44.4 9.1 0 0 100 80 75 100 100 100 14.3 60.2

Kerusi Pakatan Rakyat

Parti Komponen PAS DAP PKR Jumlah
Kerusi Bertanding 73 51 99 223
Kerusi Menang 21 38 30 89
Peratus Menang (%) 28.8 74.5 30.3 39.9

Nampaknya kempen MCA untuk mencetuskan sentimen ketakutan dan fobia kepada Islam terhadap pengundi Cina untuk tidak mengundi PR langsung tidak menjadi apabila majoriti orang Cina tidak lagi menyokong mereka, dalam erti kata lain, orang Cina telah menolak BN secara total dengan memilih PR. Namun lain ceritanya pula dengan orang Melayu, di mana penolakan BN secara total dikalangan orang Melayu tidak menjadi, malah majoriti orang Melayu masih memilih BN dan UMNO secara khususnya yang meraih 88 kerusi berbanding PAS sebanyak 21 kerusi sedangkan mereka bertanding sebanyak 73 kerusi, lebih banyak kerusi daripada DAP yang hanya bertanding 51 kerusi.


Kenapa majoriti orang Melayu memilih UMNO berbanding PAS atau calon Melayu PKR? Aku pun tidak pasti, mungkin kempen Islamophobia MCA lebih terkesan kepada orang Melayu kerana tak dinafikan dikalangan Melayu sendiri masih ramai yang fobia terhadap Islam itu sendiri berbanding kaum lain terutama dari segi penguatkuasaan undang2 dan juga faktor ramai orang Melayu yang masih takut dengan kepercayaan orang2 Cina DAP mahu cuba menjadikan Malaysia ini seperti Singapura sekiranya PR memerintah kerana DAP dilihat lebih berkuasa dalam PR berbanding PAS dan PKR.


6. Barisan Nasional merupakan sebuah parti perikatan yang ditubuhkan pada asalnya bernama Parti Perikatan yang berlandaskan perwakilan dan perkongsian setiap kaum di Malaysia, terutama 3 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India, serta kaum2 bumiputera Sabah dan Sarawak. Namun bila kini orang Cina dan India sendiri sudah tak percayakan parti yang mewakili kaum mereka, maka ia telah melanggari tujuan atau defeat the purpose penubuhan BN itu sendiri yang kelihatan sedikit tidak releven lagi, di mana MCA tidak lagi disokong kaum Cina dan MIC tidak lagi disokong kaum India.


Kaum Cina kini memilih untuk berpayung di bawah DAP, tidak lagi MCA, sampai tidak kisah menolak calon MCA yang berstatus Menteri Kabinet. Oleh itu mungkin DS Najib boleh berbincang dan menarik DAP masuk BN untuk digabung atau merge dengan MCA untuk menjadi payung kepada masyarakat Cina di Malaysia, namun ia tak mungkin akan berlaku.


7. Orang Cina kini sudah dilihat bersatu untuk memilih DAP sebagai payungnya, namun orang Melayu masih tidak dapat bersatu untuk memilih nak berpayung di bawah UMNO, PAS atau PKR walaupun majoritinya memilih UMNO. So bagaimana hendak bagi agar semua melayu bersatu di bawah satu payung? Semua Melayu bersama tolak UMNO secara total, atau semua Melayu bersama tolak PAS/PKR secara total, atau  UMNO keluar BN masuk PR yang mana sangat mustahil, atau PAS keluar PR masuk BN join dengan UMNO yang mana mereka pernah buat sebelum ini.


Tapi dengan UMNO yang dilihat tidak serius dan bersambil lewa dalam memartabatkan Islam dalam persekitaran, pentadbiran dan perundangan, nampaknya agak sukar untuk melihat PAS bergabung dengan UMNO, melainkan UMNO berubah dan lebih menitikberat soal ketelusan, akhlak dan sahsiah Islam.


8. Sekarang tiba masa untuk semua orang bermuhasabah diri. Apabila kaum Cina tidak lagi menyokong BN, fenomena ini digelar "Chinese Tsunami" atau "Tsunami Kaum Cina" kerana mereka lebih cenderung untuk menyokong PR, dan ia seolah2 suatu kesalahan besar dan berlaku perkara yang buruk, malah ada yang menyifatkan mereka seperti tidak mengenang jasa. Ada juga yang baru nak kenal pasti kenapa sokongan pengundi cina menurun. Malah di media2 sosial dah banyak sebaran yang memupuk kebencian kepada orang Cina.


Mari sini aku beritahu kenapa sokongan pengundi Cina kepada BN menurun, tak perlu nak buat penyatuan nasional apa semua tu. Mereka bukan tak suka kepada apa yang BN buat untuk mereka, bawakkan PSY ke Malaysia, buat konsert atau macam2 event untuk belia mereka, bagi bantuan macam2, apa kerajaan bagi mereka ambil je. Mereka juga bukannya takut kepada Islam sebagaimana kempen MCA, kalau tidak takkan mereka bekerjasama dengan PAS. Mereka juga bukan peduli kalau Anwar tu memang gay. Mereka cuma dah cukup muak dengan perangai pemimpin dan penyokong BN, takkan itu pun masih tak boleh sedar lagi. Sebenarnya masalah bukan datang dari diorang tapi dari anda.

Kalau tengok kat media2 sosial, mereka tak suka BN kerana dilihat terlalu banyak korupsi sampai bila ada dakwaan terhadap pemimpin2 besar tiada tindakan diambil, dan kalau ada pun hanya sekadar direhatkan, balik dari Mekah terus senyap isu. Ditambah lagi isu2 politik lucah yang selalu dimainkan media dan blogger pro-BN. Isu alam sekitar pun satu hal, imej DS Rosmah lagi lah, jangan kata pengundi Cina, pengundi Melayu pun ramai meluat.


Itu baru cerita hal pengundi Cina, tapi pernah terfikir tak macam mana nak tarik pengundi Melayu terutama yang cenderung ke arah PAS untuk satukan orang2 Melayu? Mungkin kalau kata nak laksanakan hudud tu suatu yang besar sangat, tapi at least boleh tackle benda2 yang lebih simple dan basic. Ini tidak, tak habis2 dilonggokkan lagi umat Melayu dengan hiburan yang melalaikan manakala santapan rohani hanya ambil sambil lewa, mana orang tak menyampah.

Daripada carik kesalahan orang tuding jari pada orang lain, cuba muhasabah diri carik kesalahan diri dulu kenapa semakin ramai orang tidak menyokong kita. So untuk tarik balik pengundi2 Melayu yang pro-PR dan orang Cina, mungkin DS Najib Razak boleh start dengan laksanakan perkara2 berikut:
  • Bawa semua pemimpin yang didakwa melakukan rasuah atau korupsi ke muka pengadilan untuk dibicarakan, mungkin boleh mula dengan DS Shahrizat Jalil dan Taib Mahmud. Najib kena dilihat serius dalam menangani isu korupsi ini di peringkat atasan, bukan hanya ikan bilis sahaja yang kena.
  • DS Najib perlu control isterinya DS Rosmah dari over-exposed sampai over-shadow dirinya sendiri. Tak pernah lagi ada isteri PM sebelum2 ini yang begitu ramai rakyat menyampah dengannya. Kalau Pak Lah dulu jatuh kerana kontroversi menantunya Khairy Jamaluddin, Najib juga boleh jatuh kerana kontroversi isterinya.
  • Control dan ketatkan garis panduan dalam dunia seni dan hiburan seperti menetapkan etika berpakaian di majlis dan acara, mengurangkan maksiat dalam filem2 dan drama2 Melayu dan kurangkan penganjuran majlis2 oleh kerajaan yang berbentuk hiburan keterlaluan dan melalaikan kepada anak2 muda seperti K-Pop, Psy dan sebagainya.
  • Perbanyakkan majlis ilmu agama kepada masyarakat di majlis2 yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan UMNO sendiri.
  • Hentikan politik lucah dan ambil tindakan kepada orang2 yang menyebarkan bahan lucah tidak kira media dan penyokong BN atau PR. Jangan berat sebelah dalam menguatkuasakan undang2.
  • Kalau selama ini, BN menggunakan konsep paksaan, menekan, menakut dan mengungkit dalam meraih sokongan, ubah menjadi lebih terbuka dengan konsep toleransi. Bebaskan media dari pengaruh politik. Kalau tidak dapat bebas sepenuhnya, at least bagi sedikit ruang dan toleransi kepada parti pembangkang. Kalau rakyat nampak perubahan ini, tanpa dipaksa pun mereka sendiri akan menyokong BN.
  • Berkaitan isu alam sekitar seperti isu Lynas yang banyak menjadi perhatian kepada orang2 Cina, kalau benar2 ia tidak merbahaya seperti yang didakwa kerajaan, maka buat satu dokumentari berkaitannya dan hebahkan kepada umum bagaimana operasi Lynas itu dijalan dan diuruskan serta bagaimana proses pelupusan bahan buangannya dilakukan. Malah kalau perlu bawa aktivis2 dan NGO2 alam sekitar untuk datang dan tengok sendiri operasinya.

Melaksanakan manifesto atau akujanji yang telah dijanjikan sebelum pilihanraya tu memang penting tapi ia sebenarnya still tak dapat meningkatkan sokongan pengundi. Melakukan perubahan terhadap apa yang rakyat mahukanlah yang sebenarnya dapat meningkatkan sokongan rakyat, bukan melakukan benda yang kita sendiri rasakan apa yang mereka mahukan.


9. Kepada Pakatan Rakyat pula, andai kata mahu terus menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen selepas PRU14 nanti, teruskan macam sekarang. Tapi kalau rasa nak jadi pemerintah, banyak benda yang kena diubah.

  • PAS perlu sedar mereka tak boleh menang di peringkat persekutuan kalau bersendirian. Begitu juga PKR, dan juga DAP, kerana negara kita negara berbilang kaum. Ada kawasan majoriti Melayu, ada kawasan majoriti Cina, ada kawasan majoriti India. Kalau ada calon PAS letak kat tempat majoriti Cina atau India atau pribumi Sabah Sarawak, belum tentu boleh menang. So nak tak nak, PAS, PKR dan DAP kena bergabung membentuk sebuah PERIKATAN dan GABUNGAN YANG SAH yang menggunakan satu logo yang sama seperti BN, kerana formula yang sama jugalah yang membuatkan BN menang setiap pilihanraya sejak dahulu. Dan untuk Sabah dan Sarawak, tarik parti2 tempatan yang ada di sana untuk join gabungan tersebut.


  • Jangan cari perbezaan ideologi, cari dulu apa persamaan dalam ideologi masing2, kemudian gunakan persamaan tu rangka perlembagaan gabungan dan tubuhkan carta organisasi siapa pengerusi, timbalan pengerusi dan seterusnya. Kemudian perlembagaan gabungan boleh dibincang dan diperhalusi lagi dan yang paling utama, agama Islam menjadi teras kepada gabungan tersebut dan ia harus dipersetujui oleh DAP dan PKR.
  • Orang Cina memang sudah menyokong DAP, orang India 50-50, tinggal orang Melayu sahaja yang masih menyokong BN. Disebabkan majoriti orang Malaysia adalah orang Melayu, maka suka tak suka untuk menang kerajaan persekutuan kena mendapat banyak sokongan dari orang Melayu. So nak tak nak, PKR dan DAP kena jadikan PAS sebagai abang besar dalam gabungan PR yang akan bertanding paling banyak kerusi serta jadikan Presiden PAS sebagai pengerusi PR, barulah orang Melayu akan lebih yakin untuk menyokong PR.
  • Hakikatnya ramai orang Melayu masih takut nak sokong PR kerana terdapat banyak propaganda yang menyatakan DAP akan membuat negara republik, menjadikan Malaysia negara Kristian, menghapuskan keistimewaan dan hak2 orang Melayu, hapuskan Sistem Raja2, menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, nak jadikan Malaysia macam Singapura dan sebagainya. Sebab tu orang Melayu takut untuk memberikan undian kepada rakan2 DAP seperti PAS dan DAP walaupun hakikatnya DAP hanya bertanding 51 kerusi manakala PAS 73 kerusi dan PKR 99 kerusi. Kalau DAP menang semua 51 kerusi pun masih tak layak nak gubal apa2 dasar dalam parlimen. So DAP kena jelaskan kepada orang ramai terutama kepada orang Melayu yang propaganda2 tu langsung tiada dalam agenda mereka malah tiada dalam perlembagaan dan manifesto DAP sendiri. Kalau tidak sampai bila2 orang Melayu akan terus percaya propaganda2 ni.
  • Pemimpin2 PR kena kurangkan kontroversi seperti keluarkan kenyataan2 yang boleh memakan diri sendiri yang boleh digunakan pihak lawan untuk mencetus kontroversi. Pemimpin parti kena lebih berhati2 dengan setiap tindak tanduk dan tindakan mereka jangan sampai buta2 termasuk perangkap musuh.
  • Dan last sekali, suka tak suka, DS Anwar Ibrahim dah perlu undurkan diri dan digantikan dengan pemimpin lain terutama daripada PAS untuk menerajui Pakatan Rakyat kalau nak memenangi hati orang Malaysia dan Melayu amnya. Memang dia adalah pencetus gelombang reformasi, tapi selagi orang2 Melayu percaya pada kes liwat dan video china doll yang dikaitkan dengannya, sampai bila2 PR takkan dapat sokongan daripada majoriti orang Melayu.

So aku percaya kalau PR boleh berubah, ia turut boleh mengubah sentimen dan persepsi orang Melayu terhadap DAP, orang Cina terhadap PAS dan orang ramai terhadap PKR. Kerana bila dah bergabung, ia bukan mengenai PAS, DAP atau PKR lagi dah, tapi ia mengenai Pakatan Rakyat. Tapi kalau masih nak stay jadi pembangkang, tak payahlah berubah apa2 dan boleh teruskan menjadi pembangkang lagi di pilihanraya2 akan datang.


10. Tunggulah lagi 5 tahun tengok PRU14 nanti macam mana adakah mood "Ini kali lah" atau "Lain kali lah" masih wujud.




tags: analisa ulasan rumusan keputusan pilihan raya umum 13 pru13 pru-13 pilihanraya spr general election ge-13 ge13 artis mengundi

90 ulasan:

  1. masalah sekarang PON, ROS untuk PR tu masih belum diluluskan. tu yg PR belum bleh digunakan. semua dah settle. tinggal nk dapatkan ROS PR je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa ke bangang si noob ni lembap nak mampos. cina undi pakatan pasal anwar dah janjikan pada mereka hak samarata dgn bangsa melayu kalau beliau jadi PM. kalau ko nak tau cina adalah bangsa paling racist kt malaysia ni. melayu plak bangsa yg paling byk betolak ansur.

      Padam
    2. oii bodoh, salah satu elemen demokrasi yang sebenar adalah hak sama rata untuk semua rakyat..

      Padam
    3. Kalau kita kaji Malaysia ni sebenarnya guna demokrasi terpilih (keistimewaan bangsa & kroni saja) dan demokrasi terpimpin (pimpinan bn) la.. tu SPR yang dipilih pun ahli UMNO lol.

      Padam
    4. aku penah keje kt byk company swasta (cina). kalau ada projek dorang bagi kontraktor cina dulu kontraktor melayu jgn harap nk dapat. supplier cina plak akan bagi harga murah kt peniaga cina dari peniaga melayu.

      Padam
    5. ABCD... Asalkan Bukan Cina DAP!

      Padam
    6. ramai melayu takut ngan cina rupanya..kahkahkah..

      Padam
    7. kenapa? cina tak takut melayu ke??

      Padam
    8. ada. tapi tak setakut dan seramai melayu yang takut kepada cina. paper china press dan the star hari hari takutkan kaum cina dengan pas. undi dap=undi untuk hudud. tak cukup itu di buat video etc. tapi orang cina slumber jer sokong pas. melayu ketakutan pada cina sebab takda ilmu@tak berpendidikan.

      Padam
  2. Balasan
    1. ini la review yang paling tak best dan paling bangang.

      Padam
  3. 4. Sewaktu diumumkan keputusan PRU13, bila banyak kerusi Pakatan Rakyat berpihak kepada DAP manakala PAS dilihat terlalu sedikit, tiba2 ramai rakan2 Melayu yang pro-PR yang sebelum ini begitu semangat berkempen mula diam dan menjadi risau kerana kerusi DAP paling banyak dalam PR. Ada yang seakan2 menyesal kerana disangkanya kerusi PAS atau PKR akan lebih banyak daripada DAP. Ada juga yang berkata "Kalau aku tahu kerusi DAP lebih banyak dari PAS, baik aku undi BN je". Namun inilah harga demokrasi yang perlu dibayar, dan daripada itu kita boleh lihat di kalangan penyokong PR sendiri masih wujud perasaan sangsi dan kurang kepercayaan di antara satu sama lain terutama di kalangan penyokong PAS dan DAP, menunjukkan bahawa gabungan ketiga2 parti itu masih belum begitu kukuh dan masih ada ketakutan di kalangan penyokong PR.


    fakta or persepsi pon?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tak cakap semua orang melayu yang pro-PR akan rasa macam tu. kan dah tulis kat atas tu ini adalah antara reaksi dari rakan2 aku di dunia nyata serta media sosial.

      Padam
    2. terimakasih buat PON yg singgah kt blog komen.... terharu sgt

      Padam
    3. Itu jga yg aku perhatikan. Mereka2 ini tkedu seketika bl melihat dap mendapat majoriti jauh meninggalkn abg besar mahupn abg kecil. Namun setelah bgtu byk propaganda menyakinkn kewajaran dap dlm pr, maka mereka bgkit semula dengan suara yg lantang. Cume mereka yg benar2 atau purely mpejuangkn perjuangan pas shja yg masih rasa ini bukan suatu perkara yg harus dibanggakn.

      -Anon malu-

      Padam
    4. tengok sini bro..politik sentimen tanpa fakta adalah politik melulu.
      fakta vs mitos

      Padam
  4. 1. melayu bandar lebih open minded menyokong pas contoh di selangor pas berjaya dapat 15 kerusi dan di johor pas berjaya tembus masuk ke kubu umno. manakala melayu kampung bukan saja DAPhobic, PAShobic juga berlaku contoh di kedah.

    2. penyokong PR lebih liberal dan penyokong BN banyak konservative terutama dari kampung dan hulu.
    melayu gelang patah tak kisah menjatuhkan ghani othman dan menaikan lim kit siang. cina pandan tak kisah menaikan rafizi begitu juga cina dan india kota raja tidak kisah menaikan dr mariah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang kampung kat hulu masih yakin pada BN :)
      bergantung kepda pendedahan mana yang ramai BN ni masih menyokong BN..

      Kau cakap BN korup ke, Kroni rembat dan guna duit kerajaan ke..
      diaorang peduli hape.. bahkan ada jugak yang kata dah rezeki diaorang lol kalau PR naik pun sama macam BN so buat apa undi PR lol.. Bukan saje orang kampung orang bandar dan orang berpendidikan pun ada mindset macam tu.. jadi bagi mereka duit sikit ok dah.. tu BR1M agak menjadi.. :)

      Tapi BN ni memang banyak duit berbillion duit habis pilihanraya ni.. dari bendera upah dan goodies2 yang diberi.. harap takda kontraktor kena chong lepas menang.. Pru12 lepas banyak kontraktor kena chong tak bayar duit lepas barang dah buat dan diedar.. lol..

      Padam
    2. orang melayu tetap akan menang kan orang melayu jgk...itu pasti.. tgk dekat kota raja dah la..BN letak murugesan, pas letak DR mariah.. Dr mariah menang 2 penggal berturut2..penggal yg lepas pon BN ltk india jgk.. orang melayu area kota raja memang akan vote org melayu je..tu pasti..n dorg tak kesah pon melayu tu parti mana..kecuali dua2 parti letak calon melayu baru dorg betul2 fight..

      Padam
    3. dr mariah takkan menang jika berharap pada undi melayu sahaja. cuba check populasi pengundi kota raja melayu berapa peratus dan bukan melayu berapa peratus. dan cuba check parlimen Bukit Bendera dan pandan berapa peratus orang melayu dan berapa peratus orang cina, tapi yang menang tetap orang melayu zairil dan rafizi. actually politik berasaskan kaum sesuai di kampung tidak di bandar.

      Padam
    4. yg penting kampung aku pas menang! dan negara aku BN menang.. ni la yg aku nak!! aku x rela anuar yg jadi PM aku.. warghhhh nahe nahe

      Padam
  5. apa ke bangang si noob ni lembap nak mampos. cina undi pakatan pasal anwar dah janjikan pada mereka hak samarata dgn bangsa melayu kalau beliau jadi PM. kalau ko nak tau cina adalah bangsa paling racist kt malaysia ni. melayu plak bangsa yg paling byk betolak ansur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak samarata tu hak apa? salah kah orang cina, orang india, orang serani, orang kadazan, murut, bisayak, sulu, jawa, bugis, boyan etc mendapat hak yang sama sebagai warganegara malaysia? bukankah kita 1MALAYSIA?

      Padam
    2. Disebabkan org mcm kat atas ni lah yg menyebabkan najib sampai skrg hairan knp cina tak nak sokong dia. Lps tu salahkan pr mainkan isu politik perkauman.

      Padam
  6. masalah perkauman di malaysia takkan berjaya di atasi melalui retorik 1malaysia tu semua. bagi aku cara mudah dan cepat adalah melalui perkahwinan. melayu kena berani kahwin cina. mesti berani kahwin india. berani kahwin bisayak, dusun, kadazan, murut, iban, melanau. keluarga campuran tidak ada masalah racist. barulah politik perkauman dapat di hentikan dan beralih kepada politik hujah dan fakta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau kawin ngan bangsa lain ke mecha? :) Ramai dah perkahwinan majmuk ni.. cuma satu la sebagai seorang yang beragama Islam menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan Melayu itu seharusnya Islam dalam perlembagaan memberikan suatu nikmat yang tidak dinikmati di negara lain seperti indonesia etc..

      Contoh kat Malaysia sebab melayu ni musti Islam pergi ke kedai makan orang melayu tak risau makanan tu tak halal.. Kalau Islam wajib halal.. berbeza dengan Indonesia kedai orang melayu nama melayu pakai songkok pun belum tentu Islam..

      Tapi nikmat ini tanpa disedari disalahgunakan oleh banyak pihak.. misalnya mamak atau kedai makan india bermodalkan ayat Quran untuk menarik pelangan Islam ingat halal padahal semua pekerja india beragama Hindu.. yang halal haram makanan diragui..

      Juga satu persepsi buruk disebalik ini yang kata melayu tu baik atau melayu ultra perception.. satu jalur pemikiran yang mengagpap akidah Islam itu sebagai passport untuk menghalalkan segala kejahatan.. (walaupun ianya terang-terang ditegah dalam Islam) misalnya seorang perasuah membersihkan imejnya hanya dengan pergi umrah ke Mekah.. Tiada bezanya dengan konsep Kristian yang disucikan oleh "Father" yang mengampunkan dosa.. Ramai orang arab Islam berfikiran celaru begini.. minum arak buat maksiat.. pergi umrah/haji bersihkan diri

      Penganut Islam yang celaru ini lah yang merosakan imej Islam.. juga yang beriya-iya menolak hudud dengan pelbagai alasan..

      Padam
    2. masalah perkauman tak akan hilang dengan berkahwin campur..sebab sebgai org melayu kita kne berkahwin dengan pasagan yg beragama ISLAM..bile dah kahwin yg pasti ko akn sokong islam walau mcm mne pon..tak kan pulak nak sokong dasar kaum cina or india yg tolak negara islam.. same mcm keluarga..mesti ko akn sokong n menangkan keluarga ko..tak kn nk sokong keluarga lain n cakap keluarga ko salah..

      Padam
    3. bukan aku. tapi aku lahir dalam keluarga yang bercampur latar budaya. ayah melayu dan ibu cina.

      Padam
    4. Tanpa Nama7 Mei 2013 10:15 PG

      adakah hanya melayu beragama Islam? tak perna jumpa cina, india, irish, british, dll bangsa yang islam?

      aku menyokong dasar yang dibuat oleh seorang cina atau bangla sekalipun jika dasar itu baik, bagus, adil dan tidak menindas mana-mana pihak dari menerima dasar yang di buat seorang yang mengaku islam dan melayu tetapi menipu, menindas, menganiaya dan merosakan.

      Padam
    5. kn aku cakap orang melayu kena berkahwin dengan pasangan yg BERAGAMA ISLAM... tak semestinya melayu..tp bukan ke susah nak cari india/cina/lain2 yg beragama ISLAM..tak leh pikir tu ke??

      Padam
    6. ibu ko mase bercinta dengan bapak ko die islam ke?tak kn? dah nk kahwin n ats persetujuan baru dia masuk islam kn?

      Padam
    7. "bagi aku cara mudah dan cepat adalah melalui perkahwinan".. tak kn tak leh paham lagi?? ko ingat kenal,bercinta,kahwin tu sume perkara mudah? tak kn la nk kahwin sebab nak bg politik malaysia tak ade unsur perkauman.. mak n bapak ko kahwin ats tujuan tak nak bg politik malaysia perkauman ke??

      Padam
    8. Bodoh,Nak perpaduan bukan melalui perkahwinan,,tapi MELALUI PENDIDIKKAN!

      Dari Kecil Melayu,India dan Cina dipisahkan Melalui sistem pendidikkan kita?

      Salah siapa?

      Padam
    9. yup.the best way is melalui pendidikan. tapi since pendidikan kita ikut kaedah pecah dan perintah yang diamal oleh parti perikatan/BN sejak merdeka hinggalah sekarang, jalan mudah yang bole diambil untuk menghilangjan sifat perkauman adalah melalui perkahwinan. cuba check member member korang yang berasal dari keluarga campur. tak pun sila datang ke sabah, lihat dorang lebih open atau tertutup macam melayu semenanjung dikampung-kampung.

      Padam
  7. fuyoh! kau kaji habis. betul noobbless. haha.

    http://inspirasicimiependo.blogspot.com/2013/05/jangan-menangis-nurani.html

    BalasPadam
  8. satu ulasan yang begitu mantap bagi saya! ada benar dan betul nya setiap apa yang tertulis dalam entry ni.

    BalasPadam
  9. Ada 5 tahun nak kerja keras bersihkan segalanya.. dapatkan segala sokongan..

    Demokrasi suatu yang payah kalau sistem demokrasi itu sendiri dimonopoli oleh golongan berkepentingan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tak boleh buat apa sangat.. selain terima dengan redha.. Mungkin ada hikmahnya.. Najib dah angkat sumpah sebelum komplen difailkan di mahkamah atas banyak keraguan dalam SPR.. PM dah rasmi :). walau taib lebih hebat malam menang pilihanraya terus angkat sumpah.. lol..

      memang nampaknya kena tunggu pru14 la kot.. kes perundangan pru13 ni mungkin makan masa lama.. bertahun..


      Padam
  10. Walau BN berjaya tawan kedah balik.. mereka masih tak boleh tawan selangor nampaknya rakyat selangor lebih menyayangi PR dari BN.. BR1M 1.2k dan air bersih, serta air percuma 20liter? tidak menambat hati rakyat Selangor yang lebih percaya PR dan lebih suka air percuma 20m padu.. lol..

    BalasPadam
    Balasan
    1. org nampak khalid dah banyak menyelesaikan hutang negeri selangor.. so selangor dah boleh mansuhkan tol2 yg ada kat selangor ni tak?? hehehe

      Padam
    2. boleh la laksana kan balik janji nak bg duit kat ibu tunggal..sebab penggal yg lepas tak de bg ape2 pon..

      Padam
  11. apapun gua bengang tengok youtube video Slayer keluar iklan BN dulu....cheh...!!

    BalasPadam
  12. Kalau ko tak bagitahu tu Siti Nurhaliza aku tak akan tahu. Lawa benar dia la ni...

    Apa pun analisa ko aku rasa ia terbit dari jiwa murni ikhlas ko. Aku setuju sangat Pas sebagai abang besar. PR patut baca ulasan ko ni buat pembetulan.

    Tapi ada satu yang lebih besar perlu dibuat setiap umat Islam di Malaysia ni, iaitu bersatu dalam Islam bukan dengan mana2 parti politik demokrasi, tapi bergabung dengan parti yang berjuang pemerintahan khalifah. Aku harap ko dapat buat analisa pasal ni pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat balik sistem khalifah dalam geografi politik sekarang memang agak mustahil, kerana kita dah guna sistem demokrasi berparlimen raja berpelembagaan. kalau nak revert back guna sistem khalifah, sistem sedia ada harus dihapus dan aku yakin ramai orang takkan setuju terutama ahli politik dan raja sendiri. tapi apa2 yang akan berlaku pada masa akan datang kita tak tahu kerana semuanya dengan izin-Nya jua.

      Padam
    2. Dalam suasana umat sekarang, dimana Solat jamaah, Iman & Ilmu agama yang terlalu lemah memang nampak macam mustahil sebab umat Islam sendiri yang akan menentang sistem politik Islam ini.

      Tidak mustahil sekiranya dakwah Islam ke seluruh rakyat dipergiatkan.
      solat berjamaah 5 waktu diutamakan, Iman umat Islam dikukuhkan & Ilmu agama diterapkan.

      Setiap individu perlu berdakwah bermula dari dalam diri sendiri, keluarga, rakan2 dan masyarakat sekitar... Apapun usaha dakwah telah dan sedang dijalankan oleh saudara-saudara kita di seluruh dunia melalui pelbagai gerakan dan akan tiba masanya kita semua akan bergabung.

      InsyaAllah ia akan bermetamorforsis tak kira ia mengambil masa yang panjang atau pendek bergantung kepada kejayaan dakwah.

      Padam
  13. Datok Seri Najib Tun Razak MESTI lakasanakan perkara berikut:-

    1) Buat dasar "Divide and rule" sebagaimana yang di cipta oleh British dan diteruskan oleh Regim PAP Singapura.

    2) Persempadanan Kawasan Undi mesti dibuat untuk PRU ke 14 dengan ratio penduduk: Melayu 65%; Cina 25%; India dan lain lain bangsa 10%. Walau pun peta persempadanan itu nampak weird tetapi mesti dibuat untuk keharmonian rakyat Malaysia jangka panjang.

    3) Perbanyakkan lagi rumah rakyat yang benar benar dimampu milik oleh rakyat Melayu dan bumiputra. Bena rumah rumah tersebut di kawasan padat penduduk Cina agar keseimbangan kaum dapat diujudkan.

    4) Kementerian Pelajaran mesti mewajibkan semua murid murid sekolah mesti belajar bahasa Mandarin atau Tamil atau Thai atau Tagalog. Penekanan dibuat untuk Bahasa Mandarin agar semua rakyat dapat bertutur dengan baik bahasa tersebut untuk bahasa komunikasi dagangan masa depan.

    5) Perluaskan lgi definasi Akta SOSMA dan Akta khusus menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong atau Raja Raja Melayu dengan hukuman sekurang kurangnya mandatori lima tahun penjara.

    6) Wajibkan semua rakyat mesti menukar alamat dalam masa 30 hari selepas berpindah alamat rumah. Wajibkan pengundian berdasarkan alamat rumah terakhir dan bukan dengan cara mendaftar seperti sekarang. Pihak JPN dan KDN dan SPR mesti memantau dengan lebih rapi tentang ratio bangsa penduduk di sesuatu kawasan DUN atau Parlimen.

    7) Sekolah Rendah dan Menengah mesti di integratekan untuk Sek2 Kebangsaan dan SJK (C) SJK (T). Ini adalah untuk assimilasi kaum di Malaysia.

    8) 16hb September tiap tiap tahun mesti di declarekan bukan saja sebagai HARI MALAYSIA Tetapi juga HARI KEHARMONIAN KAUM.

    Untuk lima tahun akan datang hingga PRU 14, lipat gandakan pembangunan di negeri2 dibawah Barisan Nasional dan juga Sabah dan Sarawak. Jasa Bumiputra Sabah dan Sarawak dan juga Bumiputra Semenanjong yang menyokong BN mesti dibalas.

    Yang mencadangkan - AMBIA.

    BalasPadam
  14. Dengan keputusan PRU13 ni, diharapkan Karpal Singh mengetuai pimpinan pembangkang dalam parlimen dan bukan Anwar. Karpal sangat berkaliber dalam pimpinan di mana Nik Aziz sendiri pun meminta nasihat Karpal Singh dalam urusan agama Islam. Maka Karpal Singh bolehlah dikatakan PM in the making bagi pembangkang. Sekian, terima kasih. Hidup DAP!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahli DAP seumur hidup7 Mei 2013 pada 1:25 PTG

      Setuju sangat sangat.... Karpal Singh layak menjadi ketua pembangkang. Bukan Anuwar. Bagi chance pula kat dia.

      Padam
  15. Balasan
    1. Agak2nya la kan, result yg sebenar-benarnya sapa la yg menang.... nampaknya sampai ke sudah kita x akan dpt tahu... so sad...

      Padam
    2. result yg sebenarnya, bangla and cina yg entah dr mane asal usulnya sbnrnya yg win! hahaha

      Padam
  16. 1. Semasa saya mengundi, kawan-kawan Melayu saya marah dan perli-perli saya mengundi DAP.

    2. Ramai pengundi Cina turun. Orang Cina sudah tidak lagi pasif dalam politik Malaysia. Mereka bersuara mahukan perubahan.

    3. Kita dikatakan sudah mengalami politik polarisasi, masyarakat Cina sokong pembangkang, Melayu sokong Barisan Nasional. Ini tidak tepat.

    4. Buktinya, Kelantan masih kekal PR dan Terengganu cuma beza dua kerusi dari BN. Ini buktinya.

    5. Di Bandar Tun Razak, Abdul Khalid Ibrahim menewaskan Tan Kok Eng dengan majoriti 10,000 undi. Khalid Ibrahim ni Cina ke? Tan Kok Eng ni Melayu ke?

    6. Di Pandan, Rafizi Ramli membelasah Gary Lim dengan majoriti 26,700 undi. Rafizi ni Cina ke? Gary Lim ni Melayu ke?

    7. Dan, kalau Melayu sokong BN dan Cina sokong pembangkang, kenapa hardliners Melayu macam Zul Noordin dan Ibrahim Ali kena tibai dengan majoriti besar, di kawasan Melayu sendiri?

    8. Ramai suka mengambil pendekatan simplistik, termasuk professor kangkung di televisyen. Saya tak faham bagaimana mereka boleh dapat pangkat professor emiritus bikus dikus ni.

    9. Orang Melayu ramai yang menentang Umno dalam PRU kali ni. Buktinya di Kelantan, Terengganu dan di Temerloh.

    10. Sebenarnya ini adalah persaingan kawasan bandar dan luar bandar, disamping sabotaj-mensabotaj di antara sesama rakan sendiri.

    11. Di dalam Pakatan ada kumpulan yang dipanggil sebagai kumpulan “yu-ji”, dalam Barisan ada yang mahu Najib ditendang keluar. Sebab tu keputusan dia macam ni.

    12. Dan ada yang masih percaya dengan hujah dangkal “Melayu perlu bersatu”. Kali terakhir saya dengar bangsa perlu bersatu ni bila saya menonton Triumph of the Will - arahan Leni Riefenstahl. Sebelum mereka serang Austria, Poland dan Czechoslovakia mereka kata “bangsa Aryan perlu bersatu”.

    13. Mana ada bangsa bersatu. Cina pun MCA dan DAP. Yahudi pun terpisah banyak - Likud, Kadima, parti Buruh. Banyak.

    14. Teori bangsa bersatu ni adalah echoing fasisme, bendalah yang sama seperti Hitler dan Mussolini bebelkan.

    15. Mulai hari ini kalau saya dengar perkataan “Melayu perlu bersatu” dengan nada serius, saya akan panggil anda Nazi.

    16. Dan, bagi mereka yang menyokong Barisan Nasional, sebenarnya parti ini kalah. Pakatan Rakyat menambah majoriti di semua kawasan, BN banyak yang menang tipis, dan sebenarnya BN kalah undi popular.

    17. Pakatan Rakyat 5.6 juta undi. Barisan Nasional 5.3 juta undi. Ini klasik - seperti Bush tewaskan Gore di Pilihan Raya Amerika 2000.

    18. Hakikatnya kemenangan BN ini adalah kerana gerrymandering, blackout, peti undi tambahan tiba-tiba masuk, dan beberapa orang Bangladesh yang segelintirnya kantol (yang tak kantol mesti lagi ramai) dan kiraan semula yang menjenuhkan.

    19. Hakikatnya pilihan raya kali ini adalah positif bagi saya, kalau ada yang nak marah mengenai penipuan, itu cerita lain. Ceritanya, ramai rakyat dah sedar. Lebih dari separuh pengundi memilih Pakatan Rakyat.

    20. Kerajaan PAS Kedah tewas, ini memang apa yang saya nak (walaupun saya nak Mat Sabu menang).

    21. Sebab Azizan Razak seorang Menteri Besar yang arrogant, dan tamak kuasa. Ini hakikat, tak ada dakwa-dakwi lagi.

    22. Hakikatnya, beberapa orang yang progresif seperti Saifuddin Abdullah dan Dr Dzulkefly Ahmad tewas, ini mengecewakan saya.

    23. Perubahan juga dapat dikesan di Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, dan paling ketara, Johor.

    24. Sebenarnya ini adalah kemenangan moral bagi Pakatan Rakyat, cuma mereka rasa palat sebab mereka ditipu.

    25. Akhir kata, sebenarnya ini bukannya perlawanan Melayu lawan bukan Melayu, ini adalah mereka yang beraliran liberal menentang konservatif. Ini yang sebenarnya berlaku.

    di copy dari:
    Teh Tarik Gelas Besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini adalah ulasan kangkung berlintah yang tidak layak disalintampal di ruang media lain persis karya yang agung. Next..

      Padam
    2. Kalau ulasan kangkung...balas lah komentar tu satu per satu....balas dgn kritis dol!!!

      Padam
  17. PRU13 dah habis....just muhasabah diri, buat analisa. Anda dah mengundi n buat keputusan masing2. Tanggungjawab dah selesai, tp kene ingat suara anda x mengambarkan keseluruhan suara Rakyat Malaysia, ni harga demokrasi.

    Bg penyokong PR yg fed-up x menang, jgn salahkan BN atau SPR tp salahkan rakyat lain yg still mengundi BN. Sama gak penyokong BN yg terkejut dgn tsunami cina, jgn salahkn cina tp salahkn kepimpinan BN yg xleh bg apa yg sebenarnya mereka nak.

    Sy hormat keputusan PRU13 kali ini...sy dah nmpk suara rakyat Malaysia samada menyokong BN atau PR. Papepun sy sbg org Islam nak umat Islam bersatu mcm org Cina bersatu 99% menyokong DAP. Ada sebab kenapa Melayu still majoriti menyokong BN instead of PR....biar penyokong PR fikir sejenak n bukan salahkn SPR semata2.

    Bg sy, SPR dah buat sebaik mungkin walaupun ada sedikit isu pasal dakwat kekal...buktinya even BN menang perliment tp undi popular memihak kepada PR. Sbb undang2 Malaysia mcm 2, nobody cannot complain on that melainkan kita bubal perlembagaan dgn 2/3 suara majority parliment. Kene ingat, pilihanraya US tahun 2000 Parti Republikan Bush memang pilihanraya mengikut system Electoral Vote, tp undi popular memihak kpd Demokrat Al Gore..tp presiden USA tetap Bush. Itula system negara Demokrasi.

    Skrg ni jgn bincg politik lg, sambung wat kerje..nanti xde bonus sbb xde produktiviti sibuk lyn FB, blog pasal politik semata2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sokong kau ayam nigga..

      Padam
    2. Personally, ada beberapa perubahan utama compare dgn PRU12:

      1. Undi Cina dr 30%-70% become 5%-95%. Antara punca ialah permuafakatan bersama untuk megubah kerajaan sedia ada yg dianggap korup, rasuah, Rosmah dan Perkasa. Tp mereka mengharap perkara yg sama utk PAS n PKR, tp mereka kalah di kawasan majoriti Melayu.

      2. Undi Melayu dr 40%-60% become 65%-35%. Antara punca ialah mereka meragui pekatan PAS bersama DAP serta merasakan kebajikan org Melayu akan berkurang bila PR memerintah disebabkan konsep Malaysia Malaysian. Ramai pemimpin PAS yg kuar PAS n mengkritis PAS mengenai kerjasama dgn DAP..secara tidak lansung pengikut PAS terutama di Kedah n Perak berubah angin kepada BN.

      3. Undi India tak banyak berubah, cuma sedikit memihak kpd BN. No komen utk sbb punca perubahan disebabkan mereka tidak banyak memberi impak pd keputusan PRU.

      4. 1st time voters - 30-70 memihak kpd PR sbb tawaran menarik dlm manifesto PR. Pilihan utama ialah penghapusan PTPTN dan harga kereta murah.

      5. Pengundi muda di kawasan bandar memihak PR - kemudahan internet yg meluas di smartphone n PC utk membaca cerita politik di FB dan blog. Dominasi yg agak tinggi di FB dgn membangkitkan isu2 panas ttg salah laku pemimpin n keraguan SPR.

      6. Pengundi muda di kawasan kampung memihak BN - sbb rujukan utama ialah mainstream suratkhabar n TV. Lgpun manifesto x byk menarik perhatian sbb kat kampung xde tol, minyak jrg guna byk sbb kerje area kampung, gaji mereka pun x mampu beli kereta toyota/honda harga rm50-60k

      Segala content di atas bukan 100% tepat, just pandangan peribadi sy. Sy fhm jika ada yg x setuju...tp as long anda hormat pandangan sy is good enough, setuju n x setuju lain cerita sbb semua rakyat bebas bersuara n berbeza pendapat peribadi masing2.

      Peace NO WAR!

      Padam
    3. Pembetulan : gaji mereka pun x mampu beli kereta toyota/honda harga rm50-60k EVEN harga kereta jatuh sekalipun. Pas2 rumah pun dduk parent punya...x perlu beli rumah lg.

      Padam
    4. PTPTN pun x ambil sbb x masuk U. So manifesto PR tidak byk memihak pengundi muda di kawasan kampung.

      Padam
    5. kau kata tak mau bincang politik.. pi buat kerja nanti tak dapat bonus

      Padam
  18. Ulasan yang senang di fahami utk semua yang cintakan malaysia baru. kita perlu berubah seiring dengan perubahan "waktu".SEMUA nya perlukan perubahan, baik BN atau PR. Ade banyak cerita yang boleh dijadikan pengajaran.

    BalasPadam
  19. Bagi meneruskan agenda negara, semua pihak perlu melihat lebih kehadapan.Ulasan2 sedemikian perlu diperhalusi dan di baca oleh pihak "atasan" parti.

    Apa yang berlaku kebanyakan pemimpin atasan tidak mengambil kira kemahuan ahli bawahan...sebab itu banyak kepincangan dan kerjasama gagal di optimakan.

    Dari segi pemilihan calun..Lihatlah masih ada yang dapat jadi calun "paracut", sedangkan kehendak ahli di kesampingkan.Ahli yang dah kerja bertahun di pandang sinis oleh pemimpin.Sebaliknya calun paracut yang tak sampai 2 tahun jadi ahli terus di angkat....

    Gerak kerja parti tidak berkesan.Sepatutnya petugas parti di berikan kempen yang terbaik. Setakat panggil seminar atau penerangan tu tak mencukupi.

    Pemimpin yang dah "season" tu tak patut jadi calun lagi.Angkat mereka sebagai tukang kempen je.Perjuangan ahli mestilah ikhlas..

    BalasPadam
  20. Pada pendapat aku malaysia perlu ada pemimpin baru daripada orang muda..Aku sokong sekiranya khairy jamaluddin dan rafizi ramli bergabung untuk PRU akan datang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tunggu keputusan Mahathir... Mungkin Muhyidin akan jadi PM lebih baik :) Lim Kit Siang kondem dah


      KUALA LUMPUR, 6 Mei — Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 semalam, Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa negarawan negara Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendiriannya sama ada Datuk Seri Najib Razak perlu berundur atau sebaliknya.

      Lim berkata keputusan pilihan raya yang diperoleh Najib kali ini adalah lebih jauh buruk daripada tahun 2008 ketika dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

      “Sebelum ini, kita mendengar Mahathir kata jika Najib gagal memperbaiki keputusan beliau perlu berundur.

      “Tapi sebaliknya keputusan kali ini adalah lebih teruk, jadi saya gesa Mahathir untuk menyatakan pendiriannya tentang perkara ini,” kata Lim dalam sidang media di ibu pejabat DAP, di sini.

      Padam
    2. Negara kita bukan negara yang betul2 demokrasi..Rakyat tidak boleh menetukan siapa yang menjadi Perdana Menteri. Kuasa dan Pengaruh yang menentukan Siapa yang bakal berkuasa seterusnya.. Ape yang aku nampak mahathir mohamad cuba menaikkan anak dia sama macam Hishammuddin Hussein dan Najib Razak. Adakah mereka betul-betul bagus??

      Padam
  21. betul. DSAI perlu berundur, terutama skali bila beliau sndiri sudah berjanji akan undur diri jika PR kalah pilihanraya kali ni. lagipun PR ramai pemimpin muda yang berkaliber.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Juga Najib harus berundur.. Mahathir dah cakap.. :)

      Ada can kita dapat PM baru.. lalalala..

      Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.

      "Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.

      Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.

      Padam
  22. Kami bukan tidak boleh terima BN menang . Tapi cuba tuan/puan nilai sendiri faktor dibawah :-

    a) Begitu banyak kes pengundi hantu yang berjaya dibongkar.
    b) Dakwat kekal yang dijanjikan langsung TIDAK KEKAL! Padahal berjuta2 habis untuk beli.
    c) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah Malaysia!
    d) Setelah DSAI umum PR menang banyak negeri, serta merta banyak pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
    e) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen Putrajaya.
    f) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam tidak cukup untuk proses kira undi di buat.
    g) Negeri Perlis, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan semua BN menang majoriti mudah. Untuk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yang tiba2 mengalami blackout!!
    i) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
    j) Kertas undi yang dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yang besar!

    #Jadi tuan/puan nilailah sendiri apa yang terjadi pada PRU kali ni. Kalau faktor2 diatas tidak berlaku, kita sama sekali tidak akan bantah keputusan PRU kali ini.

    Semoga kita jangan berhenti untuk menegakkan kebenaran dan menjatuhkan penipuan!! Perjuangan era anak muda baru bermula.. LAWAN TETAP LAWAN!! TAKBIR!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju..aku sokong statement...korupsi tereng jelas n nyata..disebabkan ini rmai tk boleh terima termasuk aku.

      Padam
    2. Mohon nyatakan fakta yg lebih spesifik. Lokasi kejadian, waktu dan bukti. Mohon juga buat laporan polis agar siasatan rasmi dpt dijalankan. Bukan report kat blog dan facebook dengan penceritaan ala2 hikayat hang tuah.

      Pengundi hantu, bangla dan petugas SPR yg berjaya ditangkap tu apsal tak heret terus pegi balai?

      Lagi satu aku pelik, apasal takde sorang pun calon yang buat laporan polis pasal benda ni? Asyik macai2 saja yg berhikayat di sana sini...

      Hamba mohon pencerahan lanjut wahai sang penglipurlara..

      Padam
    3. Tok setuju sangat dgn hujah anda terhadap dongengan yg meriwayatkan tentang pengundi hantu,blackout, 3 peti undi disorok diPutra Jaya. Kalau betul-betul wujud spt yg didakwa, mengapa tidak ada satu pun laporan polis dibuat? depa ini adalah golongan yg tak pernah belajarutk menerima hakikat. depa tak boleh menerima kekalahan.Kalah saja terus meracau-racau spt budak kena sawan.

      Tok dan masak dgn taktik kotor dan najis diaorang ni. golongan pengacau, perosak tidak pernah bersyukur.

      Padam
  23. Kita harus melihat pilihanraya kali ini sebagai pembuka minda kita semua... kita bukan nak kata BN terlampau baik maka kami pilih mereka tetapi kami ada akal fikiran yang membuat kami berjaya kantoikan penipuan... ada yang berkata black out, tapi ada pula yang berkata pembangkang dah siap dengan torch light macam dah tau akan ada black out... isu pengundi hantu, apa ingat PR pn takde ke... contoh di sungai siput, ade apek nak undi untuk 3 orang pekerja cina die, adakah ini boleh... begitu jua bila orang BN yang pake baju biru diminta tanggalkn kerana baju birunya tapi di cap yang ada badge PR takmaw plak die tanggal sampe bergaduh dengan polis pencen... jadi ini punca orang luar bandar dan sebilangan kami yang duk bandar kembali pada BN... anda hipokrit, anda kata anda telus, tapi telus pada perkara yang membenarkan anda, yang memenangkan anda... contoh lagi, di Bentong kate black out, tapi mengapa dalam Malaysiakini versi bahasa cina dijelaskan tiada black out... mengapa dalam bahasa cina, kenapa tidak ada dalam bahasa melayu punya versi... camni la, kamu hendak jatuhkan kerajaan yang korup (kata kamu) tapi kamu ambil kesempatan dalam menjalankan usaha parti kamu... kamu buat bukan kerana rakyat, tetapi agenda politik kamu...

    Kamu semua kata taknak perkauman, tapi perkara itu tak dapat dielakkan... kerana dalam islam pn, ketika pemerintahan Rasulullah S.A.W pn, walau bercampur dengan kafir yahudi, tapi mereka tak diberi hak sebagai pemerintah... kamu kata taknak perkauman, tapi islam tak membenarkan pemimpin dari orang yang kafir menyekutukan tuhan... so nak cakap apa, kita based on agama plak pilihanraya lepas ni... udahla, kami orang melayu bukan bodoh, cukupla kami dibodohkan di pulau pinang, rumah kos rendah boleh kata takde, 1 rumah dekat 500k, ada yang mampu ke... jadi, senang cita camni, korang ingat yang duk bandar dah pandai, tapi makin bodoh adela.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bodo2 dibandar x sebodod dikapung. hidup harap ke brim jek. malu tengok video pengundi umno dibaling. miskin giler. sampai gaduh2 minta upah rasuah ngundi bn.

      Padam
    2. Kat Johor Nusa Jaya tu pun harga rumah 400k lol.. last Orang singapore juga yang beli.. Sama la PR and BN kapitalis aje..

      Agama pun deme jual buat dapatkan sokongan..
      nak tahu apadia tentang hukum ISlam siapa salah siapa betul sila tonton video ni Ntah sape boleh caya.. semua ke laut nampaknye..

      Padam
    3. Biasa la kalau pasal rumah kat bandar besar rumah memang mahal gila kat selangor pun kat ceruk2 hutan rumah agak murah kat bandar mahal giler.. Cuba check harga rumah kat Shah Alam tu paling murah berapa? lol.. KL jangan habaq le.. lebih kurang Penang aje..




      Padam
    4. Tok ingat selepas PRU 13 ni, otak Tok boleh aman dan tenteram sikit.Rupanya tidak malah lebih bercelaru dan cenoneng. Puncanya adalah org-org spt Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan kuncu-kuncunya masih tidak berubah, tidak pernah berubah dan tidak akan berubah disebalik slogan UBAHnya.

      Kalian sekelian, bersedialah utk lima tahun yg cukup memeningkan dan memualkan hingga PRU14.

      Padam
  24. Yang muka Melayu dituduh Indon, yang muka India dituduh Bangla. Yang muka Cina tak pulak dituduh dari Singapura, Taiwan, China. Untung jadi dia haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana kau tahu? ko ada tangkap pengundi hantu ni ka?

      Takat recycle apa orang kata baik tak payah la kata apa-apa diam lebih baik.

      Padam
    2. ^ tanpa nama diatas well said

      Padam
    3. la...mmng kantoi la warga asing smpai tanya pm sape pun diaorg tk tau..adoi..siap ngan ic baru berkilat lg..adoi...

      Padam
    4. tgu laporan dan bukti la..
      cakap banyak nanti kata fitnah pulak..
      benda macam ni bukan keluar kat rtm dan tv3

      Padam
  25. buyip ni melayu muka indon. ^^'

    BalasPadam
  26. Sedih tengok nilai orang Melayu Brtm Rm500 je ...mahal lagi Bangla dapat ....rm1000 . !!!

    BalasPadam
  27. Kepada Dato Seri Najib Razak,
    Perdana Menteri Malaysia

    Kami dari Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur) mendesak agar Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang disifatkan paling teruk dalam sejarah Barisan Nasional dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional atas sebab-sebab berikut:

    1. Prestasi yang semakin merosot dengan mendapat hanya 133 kerusi Parlimen, penurunan 7 kerusi berbanding PRU12 mendapat 140 kerusi.

    2. Amat memalukan apabila 4 calon bertaraf Menteri Kabinet, 4 Timbalan Menteri dan 2 Menteri Besar telah tewas.

    3. Kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu dan Bumiputera terutamanya daripada kaum Cina menunjukkan bahawa gagasan 1Malaysia telah gagal sama sekali.

    4. Kegagalan Dato Seri dalam menangani isu-isu semasa yang dibangkitkan seperti korupsi yang melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Taib Mahmud dan lain-lain pemimpin tertinggi Barisan Nasional memperlihatkan kelemahan Dato Seri sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

    5. Kontroversi yang melibatkan isteri Dato Seri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah merupakan liabiliti terbesar bagi para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional dan antara penyebab utama segala usaha yang telah kami buat selama ini untuk kembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan UMNO menjadi sia-sia.

    Dengan alasan-alasan yang telah diberikan, maka dengan ini amat wajarlah sekiranya Dato Seri Najib Razak mengundurkan diri dan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan tempat Dato Seri sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia yang baru.


    Sekian dari kami,
    Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur)

    MOHON SEBARKAN!!!

    BalasPadam
  28. Kesimpulan dan persoalan dari PRU13:
    1) Mungkinkah PAS dan PKR diperbudakkan oleh DAP? (tak semesti jawapannya ya)
    2) Adakah untuk PRU14, parti2 politik sudah memulakan kempen dan strategi dari hari ini?
    3) Ke mana arah Datuk Sri Anwar Ibrahim selepas ini? Lima tahun lagi? Sama ada akan terus mengetuai PR?
    4) Bolehkah PKR survive dengan ketiadaan DSAI sekiranya beliau berundur?
    5) Apakah arahtuju BN? Adakah akan menawarkan DAP untuk menganggotai BN sebagaimana parti Gerakan dahulu?
    6) Adakah BN akan menawarkan DSAI menteri kanan dan menawarkan PKR menganggotai BN? (di dalam politik, ini tidak mustahil kerana DSAI semakin berumur dan boleh dikatakan zaman puncak beliau sudah berlalu)
    7) Perlukah BN mewujudkan semula jawatan setiausaha parlimen kerana pengundi parlimen selalunya suka ahli parlimen mereka memegang jawatan sekurang2nya setiausaha parlimen (yang selalu keluar di media tv)?
    8) Adakah kebebasan media internet akan disekat ataupun dikawal dengan lebih ketat?
    9) Adakah BN akan menubuhkan sebuah parti komponen baru untuk memberi peluang orang2 muda lebih ruang menceburi bidang politik? Pada masa ini, orang2 muda tidak akan masuk UMNO kerana prospek untuk naik agak tipis. Pada masa ini PKR memberi mereka jalan mudah.
    10) Adakah nama Barisan Nasional akan ditukar ke Barisan Rakyat supaya lebih appealing?

    BalasPadam
  29. zam dah cadang UMNO muzakarah dengan DAP macam UMNO muzakarah dengan GERAKAN dulu.

    hehe

    Zam Syor Muzakarah UMNO DAP

    BalasPadam
    Balasan
    1. sibuk hantam ciner, benci cine, nak 13mei ape sumer, last last ajak DAP?
      hancur hatiku..

      #pejuang ketuanan

      Padam
    2. Ajak DAP join BN?

      Padam
  30. banyaknya kesimpulan mana kesimpulan yang sebenarnya ni ? mana panadol aktif cepat ?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.