Halaman

Sabtu, 15 Jun 2013

Apabila yang salah tidak dirasakan salah

Rata2 ramai yang dah tengok video vlogger terkenal Mat Luthfi yang terbaru bertajuk Sebelah Sayap, mengisahkan 2 orang rakan cuba menasihati seorang housemate mereka yang ketagih arak dengan cara yang berbeza, satu dengan pendekatan yang agak keras dengan menekankan hukum hakam dosa pahala tanpa cuba peduli masalah rakannya dan satu lagi dengan pendekatan yang agak lembut dengan cuba mendekati dan menyelami masalah dan perasaan rakannya itu.



Tak kiralah pendekatan mana yang digunakan, bagi aku orang macam dalam video tu masih lagi mempunyai harapan untuk berubah kerana walau dia minum arak, tapi dia tahu dan sedar apa yang dia buat tu adalah salah, cuma masalah dan latarbelakangnya yang membuatkannya susah untuk berhenti. Bila dia kena tegur oleh rakan2nya, dia hanya diam dan dengar tanpa melawan dan boleh berkongsi masalah.

Untuk membimbing dan mendidik orang yang membuat salah dan dia sedar apa yang dia buat itu adalah salah lebih mudah berbanding membimbing dan mendidik orang yang membuat salah dan dia tak rasa apa yang dia buat itu adalah salah.

Contohnya, kalau kau tegur dan nasihat orang yang buat salah dan sedar apa yang dia buat tu salah:
Ali: Mat, kau berhenti la merokok, tak baiklah untuk kesihatan.
Mat: Ye aku tahu, cuma aku susah nak berhenti la dah ketagih sangat, mungkin satu hari aku akan cuba berhenti.

Siti: Ainul, kau bila nak start pakai tudung?
Ainul: Bukan aku tak nak pakai, cuma ntahlah, mungkin belum sampai seru kot.

Azman: Bob, kau tahu kan minum arak tu haram?
Bob: Aku tahu Man, bukan aku tak pernah cuba berhenti tapi aku gagal. Dengan masalah keluarga, masalah pelajaran lagi, aku rasa dengan minum arak ni je yang dapat buat aku lupa masalah2 yang ada.

Dia tahu dia salah, so bila orang tegur dan nasihat, diorang tak melawan dan hanya dengar sahaja. Orang2 yang macam ni bagi aku kita masih lagi boleh cuba dekati dan bagi nasihat kerana mereka masih SEDAR akan kesalahan diorang dan masih boleh diberi HARAPAN. Tapi macam mana pula nak tangani orang2 yang memang dah TAK SEDAR apa yang diorang buat itu salah malah melawan dan memberontak seperti contoh:
Ali: Mat, aku harap berhentilah merokok, untuk kebaikan kau jugak.
Mat: Aku nak merokok ke apa ada aku mintak duit kau ke? Aku tengok ramai je orang yang tak merokok mati awal, dan ramai je perokok yang hidup sihat walafiat sampai umur 80 tahun. Kau yang tak merokok ni pun ntah2 nanti mati lebih awal dari aku.

Siti: Ainul, tak payah la ko upload2 gambar seksi ko kat Instagram, tak berapa molek la aku rasa.
Ainul: Kalau kau datang nak sekolahkan aku, baik ko pergi mengajar jadi ustazah kat sekolah. Yang penting janji aku tak hipokrit, Ko ingat orang yang pakai tudung tu baik sangat la? Suka hati la aku nak pakai apa aku pandailah jaga diri. Apa ingat orang pakai seksi ni lagi murah dari orang bertutup litup? Perangai orang pakai tudung lagi teruk la. Aku hidup kat dunia bukan kerana kerana orang lain dan bills aku bukan ko yang bayar termasukla dosa aku. Mak bapak aku pun tak cakap apa, ko pulak yang prihatin lebih2 pasal apa? Kubur masing2 kot. Kau tu pun tutup sana sini belum tentu masuk syurga!

Azman: Bob, bila ko nak berhenti mabuk2 ni, ko pun bukan muda lagi. 
Bob: Ala Man, kau tak payah nak azankan aku sangat la. Kau tu pun bukannya baik sangat pun, dulu kau 2x5 je dengan aku. Baru berhenti minum 2 3 bulan terus upgrade jadi ustaz? Sembahyang pun masih tunggang langgang, kau tak layak la nak sekolahkan aku, cermin diri kau tu dulu.

Orang2 macam ni lagi susah nak ditangani dan cabarannya lagi tinggi, sebab diorang takde rasa pun perbuatan mereka tu salah, sehingga sampai satu tahap, kau fed-up dan malas ambil peduli hal kawan kau tu lagi. So kalau korang ada kenalan atau kawan2 yang macam ni, rasa2 macam mana korang nak handle? Just buat tak tahu sahaja biarkan mereka terjun dengan labu2 mereka atau mungkin ada pendekatan yang lain untuk terus membimbing mereka dengan harapan mereka akan berubah?




tags: video terbaru mat luthfi sebelah sayap vlog vlogger terkenal selebriti internet minum arak dosa salah sedar harapan bimbing didik insaf pendekatan keras lembut rahmat hidayah jahil 

28 ulasan:

  1. hoho... mcm familiar jek dialog ainul yg versi tak sedar tu :p

    utk yg dah tak nak makan segala bentuk nasihat tu, doakan je la supaya dia berubah sebelum ajal menjemput...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya kalau nak handle jenis2 yang Hardcore ni,kena pakai seni sarcasm nak sedarkan dorang.

      Pendekatan Maki secara total direct dan Tarbiyah ala serbanitas memang tidak akan pernah berjaya kerana mereka sudah imun terhadap "seruan" sebegitu.

      Sarcasm adalah suatu bentuk Nasihat yang 'makan dalam" dan tidak berlaku secara 1 arah dan bersifat umum. hehehe

      Padam
    2. Ana nasihatkan plain buang mata dajal tu

      Padam
    3. ana pula nasihatkan anon supaya tidak menganonkan diri dan letak id...

      Padam
    4. Ana pulak ingin ana2 di atas menasihati ana.

      huh?????

      Padam
  2. huh 2nd. x lol.

    aku hrp si lana akan sempat berubah dan pada masa itu dia akan menyesali perbuatan yg dua buat skrg..

    BalasPadam
  3. ayam dan bab1 komik

    BalasPadam
  4. nak menegur kena ada hikmah selain mendengar juga kena ada hikmah..
    - ada menegur kerana rasa dia rasa dia saja bagus..
    - ada menegur sebab tak suka tapi tak memahami situasi dan orang yang ditegur
    - ada menegur dengan sindiran
    - ada menegur dengan ikhlas dan berhikmah cube memahami keadaan menjadi kawan yang dipercayai meruntuhkan tebing hati sebelum menegur dengan baik.
    Kalau kita dah menegur dengan ikhlas dan baik orang tak terima takpe sekurang0kurangnya kita dah menegur. Kalau melenting mungkin kita kena semak balik kaedah teguran kita atau kita kurang memahami keadaan orang yang kita tegur.

    Dari pihak yang ditergur..
    Orang tu senyap sebab dia tahu dia salah selain hanya dia yang tahu apa yang dia rasa. Dia perlukan kekuatan dalam membetulkan dirinya itu yang biasanya orang tak paham. takda sesiapa tahu apa yang hati kita rasa kecuali kita dan tuhan. Jadi kita kena sentiasa minta dari tuhan supaya diberi hidayah, petunjuk dan kekuatan membetulkan diri kita.

    Orang jadi difensif/melenting/menentang pula sebab hati mereka rasa sakit. Dia mungkin tahu dia salah tapi hatinya telah kebal dan lali dan rasa tak kisah. Dia jadi terlalu defensif kerana terasa seakan diancam maka tu timbul bisikan jahat dalam diri yang cuba mententeramkan dirinya maka muncul la idea menyerang seperti ala kau pun bukan baik sangat, aku tak mau jadi hipokrit dan sebagainya. Nampak dia seakan melawan hakikatnya dia cuba mententeramkan hatinya sendiri yang rasa terancam. Kata-kata yang keluar itu adalah sesuatu untuk dirinya sendiri berasa puas takpe tak kisah dsb.

    Apapun sebagai seorang yang baik hendaklah kita berpesan-pesan kepada kebaikan.

    Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-Asr:3)

    benda yang baik seharusnya dengan baik juga. Tak sesuai rasanya mencaci mengherdik memaki dan seumpamanya untuk benda yang baik kerana asasnya suatu yang baik adalah untuk diri kita juga ianya keluar dari hati kita ke mulut (suara) ke tangan (keyboard) dan sebagainya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Well said :)

      Padam
    2. Tugas kita cukup sekadar tegur..hidayah tu semua kerja Allah..kalau kita xberjaya mengajak dia ke arah kebaikan pun, tapi kalau kita dah berusaha untuk nasihat pun dah cukup, sekurang2nya kita dah nasihat, lepas dah tanggungjawab kita..

      teringat kisah burung masa Nabi Ibrahim dibakar (sori aku xtau nas2 cerita ni, sekadar dengar dalam tazkirah), sanggup siram air guna paruh dengan alasan sekurang2nya dia dah tolong siram bagi padam

      Padam
  5. ko x terasa ko tu mcm reefqy ke noob?

    BalasPadam
  6. tu lah, kdg ada yg blh terima nasihat kita kan. hm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana nasihat kan saudari jgn buat mulut itik.

      Padam
    2. ya betul. bukan stakat itik. beruk pun pandai buat mulut moncong. tapi masih tak pasti sama ada manusia meniru beruk atau beruk yg meniru mnusia..
      ehewhew hewhew..

      Padam
    3. Mcm nak bercomolot je buat mulut gwetu

      Padam
    4. jgn lah kita bermolot moncong seperti beruk... bermolot lah seperti manusia. mlainkn utk bercomolot..

      Padam
  7. Balasan
    1. Mungkin mulut itik saudari ori... So takpalah

      Padam
  8. teringat sewaktu halaqah banat kecil-kecil dahulu,cikgu ada lukiskan pada kami seekor burung merpati yang sedang terbang dari atas.

    "sayap di sebelah kanannya ialah raja3 iaiatu pengharapan dan keyakinan akan keampunan Allah.".
    "sayap di sebelah kirinya ialah khauf iaitu ketakutan terhadam siksaan dan kemurkaan Allah."

    'kedua-duanya perlu selari, baru burung boleh terbang dan seimbang..".

    "dan yang berada di paruh burung, yang memacu arah untuk burung terbang ialah hubb iaitu kecintaan kepada Allah.".

    T.T

    kadang-kadang, lintasan hati dari tuhan tu memang dah diberi...lintasan hati dalam bentuk hidayah dan juga taufiq dari Allah..

    tapi, berapa ramai yang mahu sedar dan terima?

    ramai tahu akan. ramai yang sedar perlunya taat kepada suruhan dan larangan Allah. tapi di dalam hati manusia, berapa ramai yang redha untuk menerima?

    ...maka berjalanlah kepada Allah dalam keadaan diri merasa bergelumang dengan dosa. Boleh jadi 'merasa diri taat kepada Allah' itu yang membuatkan kita lebih terhijab daripada Allah. Nauzubillahiminzalik.

    Syukran Noob atas perkongsian ini ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. err..typo *terhadap *iaitu

      Padam
    2. ape ko merepek ni lin panjang2..

      Padam
    3. cik lyn sila jadi isteri saya. lupakanlah abam noob miang

      Padam
    4. Tips untuk elak typo semasa menaip ialah kita sarapan dengan makan Bisjut dan Royi

      Padam
    5. Salah,tips utk elak typo semasa menaip ialah kita baca bismilah dulu sebelum menaip.

      Padam
  9. haha ayat lana lang ehh lana lain yg xleh dtegur..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.