Halaman

Jumaat, 14 Jun 2013

Blogger hantu bakal diharam jadahkan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada DS Najib kerana bakal mengharamkan blogger2 hantu macam aku ni. Bukan aku sahaja, malah blogger hantu lain yang kebanyakannya menulis blog2 politik seperti Amenoworld, Milo Suam, Cursing Malay, Parpukari, Papagomo (dah bersara) dan lain2 juga bakal diharam jadahkan. Ini termasuk juga penulis2 blog hantu yang seangkatan dengan aku seperti Nazha Anua, Carlos Santiago, Plain83, Mecha Praline, Zack dan lain2 blogger yang tidak mendedahkan identiti sebenar.


Seriously aku tak tahu apa Najib fikir. Kerajaan dah lama control media cetak dan elektronik arus perdana, lepas tu ada cadangan nak control pula portal berita online, sekarang nak control pulak blogger pulak dengan mewajibkan mereka dedah identiti sebenar?

Sumber Berita Harian

Tak dinafikan ada blogger2 haram yang memang suka tulis cam haram dengan maklumat yang palsu dan fitnah, bukan sahaja dari blogger2 hantu pro-PR namun blogger hantu yang pro-BN juga banyak menulis artikel berbaur fitnah, provokasi dan sebar bahan lucah terutama dari blog you know who. Tapi takkan disebabkan tu blogger2 hantu lain yang hati baik suci murni macam aku dan blogger2 hantu lain yang hanya menulis pasal K-Pop dan kisah percintaan pun terkena tempias sama? Aku tulis blog pasal K-Pop kot, malu la dengan kawan2 sekolah kalau diorang tahu tu blog aku!


Kenapa ramai blogger yang memilih untuk menjadi Anonymous writer seperti kebanyakan penulis2 blog politik padahal hitsnya berjuta2, yang mana kalau masuk Blogger Awards dah tentu boleh menang, tapi mereka memilih untuk menjadi seseorang yang tidak dikenali? Sebab realitinya suasana kebebasan bersuara di negara kita tidaklah bebas sepenuhnya. Kau tak boleh menyatakan sokongan, pandangan dan kritikan kau kepada mana2 pihak tanpa risiko untuk dicemuh, dikutuk dan dihina oleh mereka yang tidak bersependapat dengan kau walaupun kau tulis secara baik dan tidak menyentuh isu2 sensitif seperti Institusi Diraja, agama dan perkauman. Malah kau juga boleh menghadapi risiko yang lebih besar dari itu seperti dipukul, dirosak harta benda dan silap hari bulan, dapat ugutan bunuh.


Macam aku, kenapa aku memilih untuk menulis sebagai Prince of Noob dengan avatar Patrick Star warna pink dan bukan identiti sebenar walaupun realitinya aku seorang lelaki yang kacak, hotstuff dan lebih sasa dari Ben Ashaari? Kerana penulisan aku cenderung kepada pandangan dan kritikan aku berkaitan dengan politik, realiti, sikap, sosial, masyarakat, kerjaya, kehidupan, percintaan, rumahtangga dan lain2 topik lagi yang mana jika aku menulis dengan identiti sebenar, mungkin boleh menjejaskan hubungan aku dengan rakan2, ibu bapa, adik beradik, saudara mara, teman sepejabat, jiran2 yang mungkin tidak bersependapat dengan aku dan mungkin ada yang akan berkecil hati dengan penulisan aku. So untuk menjaga keharmonian aku dan orang sekeliling aku, aku terpaksa merahsiakan identiti aku agar aku dapat menulis dan bebas menegur tanpa sekatan2 untuk menjaga hati orang disekeliling aku.

So aku harap pihak kerajaan tidak jadi untuk melaksanakan peraturan yang akan menyekat kebebasan bersuara dan menutup mulut para blogger ini dengan mewajibkan mereka dedah identiti sebenar, kerana jika tidak mungkin aku terpaksa menutup komen Tanpa Nama, dan lagi teruk lagi menutup terus blog Buasir Otak buat selama2nya.


Kenapa mereka tidak belajar dari keputusan pilihanraya yang lalu, antara punca ramai orang tidak menyokong BN antaranya adalah kerana mereka muak dan jelek melihat media perdana terlalu dikawal oleh pemerintah dan ramai yang ingin melihat media ini bebas dari pengaruh mana2 parti politik, so adakah korang rasa dengan mengawal pula blogger2 (dan mereka ini bukan media pun) akan menjadikan orang ramai semakin menyokong anda?

Dan macam mana pula anda nak kawal maklumat yang tidak sahih dan fitnah yang dibuat oleh blogger hantu sedangkan maklumat yang tidak sahih dan fitnah yang dibuat oleh akhbar yang bukan hantu seperti Utusan pun anda tidak boleh mengawalnya?




tags: blogger hantu tanpa nama anonymous anon diharam pemilik blog portal wajib dedah identiti sebenar kerajaan kawal control media massa mainstream arus perdana alternatif online internet tanggungjawab pengamal media halang sebar fitnah berita maklumat palsu kenapa sebab punca risiko jaga hati pandangan pendapat kritikan

33 ulasan:

  1. kebebasan bersuara kat blog tu najib takleh kacau lagi gua rasa..tulis je apa lu suka..just perkenalkan diri la noob..ramai pembaca nak kenal gak lu..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tol tu kata "hot stuff" bagai ahahah

      Padam
  2. ini adalah hadiah saguhati dari jibby kerana mengundi BN. idup BN! idup ameno. idup rosmoh !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin papagomo dah tau Najib akan buat macam tu.. itu yang dia bersara awal lalala.. gila sape nak nagku dia papagomo sedangkan saman sedang mengunggu kat mahkamah.. rau je sape terus saman sampai hahaha..

      Padam
  3. Wah wah wah "realitinya aku seorang lelaki yang kacak, hotstuff dan lebih sasa dari Ben Ashaari?"

    Ntah la Noob.. ada pro and cons.. :)
    Skmm ada kalau nak trace bukan susah pon :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kacak hotstuff dan sasa...? tapi xde makwe, apatah lagi bini.. 4ever alone..hewhewheww

      Padam
    2. ntah2 bini dah cukup kuota awek keliling pingang :D
      biasala anonymous :)

      kena trace le siapa Noob ni kalau nak tau hohoho

      Padam
  4. Logik ke 40000 orang bangla terabng dari bangladesh untuk vote for BN? Mana nak sorok diorang (hotel, khemah, atas tanah, bawah tanah?), siapa katering yang sanggup masak makanan untuk diorang, berapa penerbangan perlu dibuat untuk angkut bangla ni?
    Lepas tu, 40,000 orang sabah sarawak terbang untuk vote di semenanjung. Mana nak sorok diorang? Dalam kotak? dalam laci? semata-mata untu Mana restoran tempat diorang makan sekali datang makan 40,000 orang serbu makan kat kedai makan tu? Kalau makanan bungkus sekali pun, katering mana yang sanggup tapaukan makanan untuk 40,000 orang makan? Tak logik la perbelanjaan sendiri keluarkan.. baik vote kat sarawak sabah je?

    Lagi satu, fail yang dipegang oleh anwar mengatakan dokumen bukti ada penerbangan tu, sapa pernah tengok selain diri dia sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba tengok berapa ramai bangla yg dah sediaade kat Malaysia ini sebelum pru lg.x perlu nak angkut2 dah

      Padam
    2. apa kaitan isu bangla dgn isu blogger ni?bangang betul la macai

      Padam
    3. Red Bean army?

      Padam
  5. civil war marvel - Geng iron man vs Geng capt. america

    BalasPadam
  6. noob, bloger yang nak kena register tu aku rasa yang banyak jadi sumber rujukan bab politik dan yang suka buat kritikan sosial terhadap dasar dasar negara yang bodoh macam selalu ko buat.

    tempiasnya PR yang dapat political benefit walaupun ko bukan bloger PR. dan kenapa ada ahli politik BN dilihat bodoh salah satunya hal beginilah. kalau ada dikalangan rakyat biasa mengkritik, terus dianggap pembangkang yang menyokong PR. tak kurang juga politician PR pun ada jugak yang bodoh. bila ada rakyat tak sokong dasar yang dibawa PR terus di cop macai BN.

    cuma aku rasa cadangan ni bukan datang dari pm najib. najib pun tak bodoh nak buat benda benda pelik tu semua. aku rasa lebih dari para pengampu2 yang ada dalam umno atau lebih tepat najib. sama juga macam akta anti derhaka. kalau nak tau lebih cuba korang cari berita tulisan kadir jasin pasal najib kena buang pembantu2 yang ada sekelilingnya.

    BalasPadam
  7. hai abg taff ;D keh keh

    mmg ada pro cons..yg pro nya mungkin nak kawal gejala fitnah dan caci maki untuk benda sensitif di malaysia..yg cons sbb mmg nak mengawal media la..
    pm najib kena tangani benda ni dengan bijak sebenarnya, biar win-win situation..

    Kenapa mereka tidak belajar dari keputusan pilihanraya yang lalu, antara punca ramai orang tidak menyokong BN antaranya adalah kerana mereka muak dan jelek melihat media perdana terlalu dikawal oleh pemerintah dan ramai yang ingin melihat media ini bebas dari pengaruh mana2 parti politik, so adakah korang rasa dengan mengawal pula blogger2 (dan mereka ini bukan media pun) akan menjadikan orang ramai semakin menyokong anda?

    so obvios kan? gali kubur sendiri ke hapa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tousche' nazha anua~ bloggers tidak mewakili media ^^

      +1000 ;D

      Padam
    2. nanti dekat pru 14 dia hapus la, sebagai tanda kerajaan prihatin kot..

      kiranya kalau jadi la, xdapat la aku nak layan kartun ko nazha anua..

      mungkin kerajaan nak wat cara macam korea..tapi pada aku kalau dia nak wat cara camtu, baik dia hapuskan je sistem demokrasi

      Padam
  8. Mungkin besok nak guna internet kena tunjuk lesen.. lol.. :)

    kan bagus tu dapat elakan bebudak dari melawat laman yang tak elok..hahaha..

    nak on smartfon, laptop dan seumpamanya masuk internet kena masukan no lesen dulu kakakaka.. :D kalau takda lesen tak boleh pakai internet :D



    BalasPadam
  9. Aku pun kategori blogger hantu. Nampak gayanya aku pun terpaksalah menggulung tikar walopon blog aku adalah bebas politik. Huhuhu.. apa pon tak boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ah bosannya kalau begitu, kita2 yg berblogging secara suka suki n innocent tahap budak hingusan pun nk kena gulung tikar picnic... huhuu apa pon tak boleh ("-_-)....

      Padam
  10. Jadah sungguh engkorang n¡...kalo tak buat salah nk tak0t apè,,org yg buat slh je yg tkooottt!! Kan no00b kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ape yg kau merepek ni? Baca betul2 artikel tu.

      Padam
  11. PRooootttttttttttTtt

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen berbaur lucah,menaikkan nafsu jantan........sekian~ **fap..fap..fap...**

      Padam
  13. Noob, ada ralat dalam berita harian hari ni. Berita harian silap tafsir ucapan Najib.

    BalasPadam
  14. Kebabian apakah yang Najib coba lakukan?

    BalasPadam
  15. bagi abe kie, kebebasan suara tidak sepatutnya disekat. tp dlm masa yg sama para blogger yg ada tu kenalah menonjolkan identiti masing2. letak aje profile pic kat google plus or blogger profile. tu baru anak jantan! x kenal maka x cinta kan?

    BalasPadam
  16. setakat ni depa tak dak keluarkan apa-apa akta lagi...so masih "selamat" lagi...depa saja nak gempaq blogger-blogger hantu...jangan kondem gomen tapi bodek gomen is ok...tapi heran jugak...depa ingat orang nak ikut ka cakap depa tu...bukannya sikit kot blogger-blogger hantu ni!

    BalasPadam
  17. Blogger Malaysia ada agama, ada ilmu. Boleh fikir sendiri baik buruk. Tak perlu disekolahkan lagi. Apa yang kerajaan mahu buat, dari sudut positifnya ada, tetapi dari sudut adil itu mungkin boleh dibahaskan lagi. Tidak adil menghukum blogger yang secara jujurnya berkata benar dari sudut pandangannya. Mewajibkan blogger tonjol identiti adalah keterlaluan, dan dianggap sebagai cara untuk kerajaan sekat apa yang dianggap boleh porak perandakan. Setiap manusia ada hak, kadangkala dalam berjihad ini, tak perlu pun nak ada wajah ... tapi cukup dengan kredibiliti kita sebagai manusia.

    Namun, manusia tak lepas dari melakukan kesilapan.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.