Halaman

Selasa, 4 Jun 2013

Bila tangan yang menaip lebih laju daripada otak

Lately ni bersempena dengan Hari Keputeraan YDP Agong, timbul isu seorang wanita yang berbangsa Cina bernama Melissa Gooi yang juga merupakan Marketing Manager Lancome di L'Oreal Malaysia dikatakan telah mengeluarkan komen menghina YDP Agong di Facebook bersama rakan2nya. Bacaan lanjut di blog Mazidul Akmal Sidik.


Disebabkan insiden itu juga lantas banyak laporan polis telahpun dibuat terhadap individu tersebut malah aku tertengok Buletin Utama tadi pun banyak badan dan NGO2 Melayu seperti Pemuda UMNO dan Persatuan Silat berhimpun untuk membantah dan memprotes tindakan individu tersebut.


Malah baru2 ni juga ada orang kongsikan ruangan komen pasal seorang blogger bertahap Yonkou iaitu owner kepada BlogSerius 139 juta views yang juga dikatakan telah menghina YDP Agong di Twitternya sampai ada juga laporan polis yang dibuat terhadapnya. Pada yang dah lama mengikuti Blog Serius tu pasti dah tahu Obe tu macam mana orangnya dan apa ideologinya. Tapi just nak clarify something, yang tweetnya pasal pakcik anjing kedah tu itu dia merujuk kepada kisah Pak Mie yang berasal dari Kedah yang telah menjaga 500 anjing terbiar.


Sebenarnya aku faham ada dikalangan rakyat Malaysia sendiri yang mempunyai pandangan dan ideologi berbeza pasal sistem pemerintahan kita, ada yang setuju dengan sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan yang negara kita amalkan, ada yang lebih prefer Republik, ada yang suka sistem Sosialis, ada yang mahukan pemerintahan Monarki sepenuhnya, pasti ramai yang suka sistem Khalifah, malah mungkin ada juga segelintir yang suka sistem Komunisme.

Tapi to be honest, walau kita suka corak pemerintahan yang berbeza macam mana sekalipun, bagi aku tak perlu kita nak bincang pasal ideologi pemerintahan dan sentuh isu2 berkaitan dengan Institusi Beraja di media2 sosial seperti Facebook, Twitter atau Blog kerana perkara tersebut amat sensitif malah wujud peraturan dan undang2 yang diperuntukkan bagi memelihara Institusi Beraja di negara kita. Kalau nak sembang pasal pemimpin dan parti politik tu boleh tahan lagi sebab mereka memang diundi dan dipilih oleh rakyat, tapi perlu diingat Raja2 adalah institusi yang lebih atas daripada Demokrasi Berparlimen, mereka bukan diundi dan dipilih oleh rakyat, dan kuasa mereka lebih tinggi daripada wakil2 yang telah kita pilih untuk jadi pemimpin negara/negeri.

So kalau korang ada benda tak puas hati nak sembang pun pasal perkara tu, sila sembang sendiri2 dengan kawan2 rapat kat kedai kopi, Whatsapp atau dalam telefon sudahlah. Tulis kat Facebook, Twitter atau Blog takkan dapat mengubah apa2 pun. Ni elok2 korang hidup aman damai tanpa gangguan, tiba2 terkenal satu negara, terpaksa tutup akaun Facebook, privatekan akaun Twitter, masuk keluar balai untuk siasatan, kena naik turun mahkamah, jadual dan kehidupan harian dah terganggu, silap hari bulan yang mana yang kerja makan gaji tu diberhentikan oleh majikan kerana membawa imej yang tak baik pada majikan, malah mungkin juga akan dikenakan hukuman sekiranya disabit kesalahan, kan tak pasal2 dah menyusahkan diri sendiri.

Kita nak hidup, pandai2 la jaga diri dan paling penting jangan buat benda sampai menyusahkan diri sendiri. Know how the system works, melainkan ko ada masalah mental macam Raja Ketum Empayar Langkasuka Nusantara yang lawak gila kena troll macam aku tengok kat BanKami ni. Rasa macam dah lama baca pasal mamat ni, baru sekarang berita kat Harian Metro.


So ingat, sebelum gunakan tangan untuk taip atau tulis apa2 kat media sosial, fikir dulu guna otak apakah kesan buruk yang mungkin dihadapi hasil tangan kita itu.




tags: melissa gooi hina kutuk raja sultan ydp agong sultan latar belakang biodata facebook komen kawan rakan bank akaun swiss effi saharuddin obefiend twitter laporan polis demo himpun pemuda umno persatuan silat protes kisah pak mie jaga anjing liar kedah corak pemerintahan ideologi raja ketum sultan empayar langkasuka nusantara panji hitam pantau jakim

45 ulasan:

  1. apa la salah obe.. lawak betul la.. ni semua salah htc one kebanggaan dia tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Obe memang mula2 cakap soal Pak mie tapi kenapa tiba2 dia harus Quote Soal Agong?kenapa tidak teruskan bercakap soal pak mie?

      Tak nampak or pura2 tak nampak?

      "Agong secara teknikal adalah manusia yang ditanggung makan beraknya oleh rakyat,so kenapa kita Angkat dia naik tandu(memartabatkannya)"

      "Agong hanyalah boneka,Jatuhkan Monarki,hanya membazirkan wang rakyat"

      Hanya orang2 Bodoh sahaja tak tahu apa yang sebenarnya Kuasa Agong.

      Padam
    2. itu pentingnya kita kena buat dokumentari apa raja buat seharian untuk mensenyapkan bising2 pelangau ni klu x hmm ak pun x tau ap fungsi raja sebenar

      Padam
    3. Yang ak respect sultan perak dgn raja mudanye shj..

      Padam
    4. Aku respek Sultan Kelantan,Sultan Kedah pun ok Low profile je orangnye..Aku tak paham kenapa orang nak kutuk dia..dia pun manusia gak..tak minta dilahirkan sebagai Sultan.

      Padam
  2. Obe telah diperkasakan.

    BalasPadam
  3. obe ada jugak selit cari pasal. but i do understand his rude, sarcastic language. dah lama follow dia.

    baru ni dia tweet pasal 'cat wearing different fur'. obe dah ada bini, hang kena jaga diri dan bini. dulu kes petra tak pa lah, solo lagi

    BalasPadam
  4. pakat2 la check balik rukun negara yg tertulis kat blakang buku latihan skolah dulu tu...

    kwakwakwawawawaw...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rukun Negara diwujudkan lepas tragedi 13 Mei..

      Tapi ikut je la dulu rukun Islam dan rukun Iman.. tak kisah siapa pun pasti selamat..

      Padam
    2. anon ade masalah dengan rukun negara ke? ada ke mana2 elemen rukun negara yang melanggar rukun islam dan rukun iman?

      Padam
    3. Pepatah Cina mengatakan, 'berada di sisi maharaja (sultan, menteri) bagaikan berada di sisi harimau.' Jangan memuja pemimpin anda berlebihan. Cukup sekadar memberi peringatan. :)

      Padam
    4. hrmmmm...patutnye x de mslh dgn rukun negara, rukun negara yg 1st - kepercayaan kpd tuhan...2nd - kesetiaan kpd raja dan negara...tuhan masih diutamakan kat situ, bukan raja...x de pun suruh memuja raja? :)

      Padam
  5. Obe dh privatekn twitter dia. tapi yg aku tau dia salah seorang individu yg kena report. aku syak obe akan mengampu najib kaw-kaw, nanti tak kena tangkap. hahahaha...

    yg aku tak leh blah sekali bila akhbar tempatan begitu serius tentang raja langkasuka. hahaha.. nk tergelak pn ada.

    BalasPadam
  6. budak2 sekarang tulis ikut suka jer.

    BalasPadam
  7. Blog serius tu dulu aku suka bukak dan baca pagi-pagi tp bila dia kerap mempersendakan agama yg dikatakan LOL tu buat aku mnymph dgn dia..skali xpa mgkn kesilpn tp klu dah berkali2 tu memang la bengong..dekat twitter pn unfollow dia sbb slalu ckp ikut sdp mulut...dia ingt dia dh hebt sgt kot...xsedar diri

    BalasPadam
  8. Dah dunia bebas tanpa sempadan tulisan dan idea idelogi pun bebas tanpa sempadan :)

    walaubagaimanapun harus juga dibimbing dan dipandu dengan adab :)

    Walaubagaimanapun kadang apa orang kata buat kita terasa sebab hati kita juga.. :)

    BalasPadam
  9. Mamat ni free thinker.. Perasan sok bagus dah.. Mcm selamanya dia hidup dan x kan mampos bila bila .. Bak kata org tua jenis perasan nak tongkat langit. Slalu gang gang dia ni akan bantai any issue berkenaan islam atau bangsa melayu.. Dia org ni ada yg atheist ada free thinker , agnostic mcm mcm lah.. Walhal sekor sekor muka mcm pecah rumah aku tgk.. Org kata buruk rupa asalkan cantik perngai.. Ni buruk dua dua skali.. Tang maner nak dipandang pon x tau.. Kononnya berrlagak ala ala vhe guevara la ape benda lah..tapi muke , lembu pun hensem lagi.. X der bijak maner pon aku tgk tweet tweet gang ni.. Jenis melayu murtad sbb nak kata islam pon hal agama pin bnyak dia org suka trollkan tapi sumber bacaan smua ntah kutip dari lubang taik mane pon x tau.. Habis habis banggakan diri konon dia org walaupon murtad tapi tau hal islam lebih.. Aku doakan kalau hati tu tertutup tapat biar lenyap je sekor sekor bangsat bangsat ni dri dunia..tapi hidayah tu milik Allah .. Harap sempat berubah la sebelum ajal jemput.. Nak ke alam yg sape pon x tau mcm maner keadaan masing masing di sana.. Bila hati itu mati dan x penah rasa takut bila memikirkan nasib setelah kematian , jadilah mcm gang gang dia org ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. huarrghhh.... zzzzx

      Padam
    2. y so serious? jauhnya ko exaggerate apa yang obe twit.

      Padam
    3. mesti ko rasa lebih baik setelah kondem org mcm tu kan? rasa macam ko seorang muslim yg telah berbakti kpd agamanya dgn mengutuk fizikal org, doakan kemusnahan orang, tuduh org tanpa bukti.

      berbakti cara mcm ni ajaran mana ko pakai? ajaran Islam ke ajaran tenggelam?

      Padam
  10. selepas aku belek ayat melisa tu, ntahlah. aku tak nampak which word yang dikatakan menghina?
    ada yang boleh bagi tahu aku ayat yang mana?
    pls

    BalasPadam
    Balasan
    1. -dia begitu meluat ucapan agung sampai tahap mahu muntah
      -buat andaian speech agung ditulis oleh...
      -mengatakan ucapan agung sbg buang masa
      -mengatakan agung hanya wujud sehari sblm hari keputeraannya
      -seorg rakannya juga menuduh byk wang telah dimasukkan ke dlm akaun swiss bank yg dimiliki agung

      dh byk sgt point menghina ni.kalau dh dlm diri tu jenis suka memberontak je mmg xkan rasa apa2...

      Padam
    2. ok ini dialog melisa aku refer dari print screen noob letak.

      1. melisa tanya ada sesiapa dengar titah yang di pertuan agung?
      2. melisa muntah makan malamnya.
      3. melisa yakin ucapan titah ydpa di tulis....(dia cuma membuat andaiaan)
      4. melisa rasa buang masa lalu berhenti mendengar ucapan tersebut bilamana dalam ucapan ydpa ada menyebut anasir luar.

      aku tak nampak dimana ayat menghina? mugkin mahkamah melalui pendakwa raya boleh kesan kot hal teknikal macam ni.

      apa pun ini pendapat pakar perlembagaan Prof aziz bari.

      OK bahas titah Agong, kata pakar perlembagaan

      Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, tiada masalah untuk rakyat Malaysia mengkritik titah Yang di-Pertuan Agong dan mempersoalkan keputusan pilihan raya kerana kedua-dua tindakan itu merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan.

      "Kita mesti selalu ingat bahawa di negara ini, perlembagaan yang paling tinggi dan semua orang, termasuk Agong, tertakluk kepadanya.

      "Tiada seorang pun, termasuk Agong, mempunyai kuasa untuk menafikan hak yang dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan negara.

      "Ini termasuk hak untuk mempersoalkan keputusan pilihan raya, selama mana ia dibuat menurut perlembagaan," katanya

      http://www.malaysiakini.com/news/231968

      Padam
    3. Semata2 dengan 'Andaian" dan "Persepsi"? bukankah itu bakal membawa kepada fitnah?

      Fitnah kepada Agong bahawasanya Agong menjadi Balaci BN?

      Korang PR selalu bercakap bab rakyat?tapi dalam korang mengejar kuasa adakah korang fikir tentang rakyat penyokong BN,Rakyat atas pagar,rakyat yang tak ambil kisah soal politik selain dari rakyat penyokong PR?

      Agong sebagai Kuasa Neutral perlu lah adil tak kan nak ambil kira soal rakyat penyokong PR sahaja bila Agong cakap "sila Hormat PRU-13"?

      Ingat 100 percent rakyat Malaysia memang rakyat penyokong PR?

      Padam
    4. sori..apa kaitan PR dalam kes ni?

      Padam
    5. dah plintat plintut si cai pr hihihih

      Padam
    6. siapa plintat plintut? si melisa?

      #mecha

      Padam
  11. Pandai buat pandai sendiri tanggung lah bro.. dah hidup senang lenang tapi diri sendiri yang nak cari pasal sendiri mau ingat ler.

    Aku pun tak nampak rasional nak libatkan Raja2 dalam apa2 situasi politik.

    BalasPadam
  12. Kempen teratur ke Arah menjatuhkan sistem Beraja.

    Tanpa Sistem Beraja secara Automatiknya Perlembagaan termansuh dengan sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke? perlembagaan tu agong yg gubal rupanye.selama nih aku ingat mp di parlimen.
      tq untuk maklumat baru.

      Padam
    2. Bangang Perlembagaan tu dicipta base kepada sistem Beraja sebagai Tunjangnya.

      Agong mampus perlembagaan tu dah tak berguna,Hak Melayu Termansuh,Hak Agama Islam sebagai Agama rasmi termansuh,Negara Malaysia termansuh,Dewan Negara,Parlimen,Kuasa2 PM dan Menteri serta Kuasa2 Ketenteraan akan termansuh dengan sendirinya.

      Itulah pointnya,Jatuhkan Monarki Republik dapat diasaskan dengan asas2 yang baru.

      Padam
    3. Yup mansuhkan sistem Beraja dan jadi macam Turki..Rangka perlembagaan yang akan melindungi Sistem Sekular buat selamanya.

      Lepas tu Rakyat Malaysia dah bebas nak bersosial dan beromen dimana2..Mungkin para Hijabster dalam Malaysia ditangkap oleh polis kerana cuba menonjolkan imej2 agama dalam Negara baru Republik Malaysia.

      waw..idaman ni..

      Padam
    4. satu lg maklumat baru. baru ku tahu republic takde perlembagaan. tq..

      Padam
    5. Boleh tahan bodoh bapak kau kan anon Tanpa Nama4 Jun 2013 12:33 PTG

      Padam
    6. jgn dilayan orang mcm ni dia ada masalah kita perlu bantu golongan ni

      Padam
  13. jilaka pantang nenek moyang raja melayu di sangah!!! c1ba1, hidup melayu kasi tarah lidah2 dan jari jemari pengkritik raja melayu ingt hebat sangt ka!!! mohon melayu bergabung

    BalasPadam
  14. lucu tengok obe kat blog dia, habis semua komen yang ada perkataan "lokap" terus didelete hihihiih

    BalasPadam
  15. Orang mungkin tidak tahu susah dan deritanya kita.. Kerana kitalah jua yang akan mengadap tuhan yang maha kuasa.. dan tubuh badan kita la yang akan disoal tentang tangungjawab dan setiap sebutir zarah yang kita gunakan tidak kira la rezeki itu melalui rakyat melalui kemakmuran tanah dan bumi atau titik peluh orang lain..

    Angaplah semua tu teguran yang membina.. teguran tuhan melalui medium2 bagi menasihatkan hati kita.. semoga kita menjadi insan lebih baik.. Janganlah menjadi manusia yang terlalu memuja manusia (sampai sangup mengampu) dan juga bila manusia terasa terlalu mulia (sehinga tidak boleh menerima teguran)..

    Dari tanah kita datang kepada tanah jua kita kembali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon pergi ke page Ustaz Azhar Idrus (Original)

      Padam
  16. Saya rasa sebagai ketua agama juga payung rakyat Agong/Raja/Sultan perlu lebih aktif mencemar duli dan mengambil tahu tentang rakyat jelata taraf agama dan pendidikan rakyat jelata.. Mendampingi rakyat kerana zaman sekarang rakyat rasa terabai dan jauh dengan sultan/raja/agong.. dan seakan tidak tahu pentingnya sultan/agong bagi mereka.. bahkan ramai rakyat yang tidak tahu siapa raja/sultan bahkan agong mereka..

    Respect is earn not given..

    BalasPadam
    Balasan
    1. +1, sbgi cth dulu sultan johor buat kembara motor jelajah johor

      Padam
  17. -Ah Jib Gor-

    BalasPadam
  18. obe gemok dan bodoh,dulu,kini dan selamanya..dahlah gemok..

    BalasPadam
  19. SKMM tahan suspek hina Agong di Facebook
    KUALA LUMPUR, 4 Jun — Suspek yang dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial Facebook kini disahkan telah berjaya ditahan, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

    BalasPadam
  20. ramai penulis blog jadi gila..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.