Halaman

Isnin, 3 Jun 2013

Jangan jadikan 1Malaysia sebagai cap ayam

Aku harap lepas ni jangan ada produk lagi yang berasaskan kepada slogan 1Malaysia. Sebelum ni pun dah banyak sangat produk2 yang dinamakan dengan nama 1Malaysia tapi kebanyakannya layak dibakul sampahkan seperti Email dan Tablet PC 1Malaysia.


Terbaru, sebanyak 2,015 unit komputer riba Netbook 1Malaysia percuma telah dipulangkan semula oleh penerima akibat mengalami kerosakan daripada keseluruhan jumlah 4,356 yang diagihkan dari tahun lalu sehingga Mei ini. Ini bermaksud hampir separuh daripada jumlah Netbook tersebut bertaraf sampah. Dahla sampai ada ibu bapa yang terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk membaiki Netbook tersebut yang belum sempat digunakan pun. Aku tak nak dengar ayat2 seperti "Orang dah bagi percuma tu kira bagus dah". Baca lagi di Sinar Harian dan Utusan Malaysia.

 
Sebenarnya slogan 1Malaysia ni bagus kerana ia membangkitkan rasa perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, tapi disebabkan banyak sangat produk2 yang menggunakan jenama 1Malaysia yang bertaraf sampah, maka secara tak langsung telah memberi gambaran dan persepsi buruk terhadap slogan 1Malaysia itu sendiri, dan secara tak langsung memberi imej yang tidak baik kepada pengasas slogan tersebut iaitu Perdana Menteri kita sendiri DS Najib Razak.


Sekarang ni kalau orang dengar je produk 1Malaysia, mindset kita mesti mengaitkan barangan tersebut sebagai barang murahan, bermutu rendah, tiada kualiti, cap ayam, made in China dan lain2 yang negatif. Sebab tu lepas ni aku mintak tolong jangan letak nama 1Malaysia lagi kat mana2 produk. Kena tunjukkan yang slogan 1Malaysia adalah suatu perkataan yang gah dan bernilai, sama seperti slogan2 lain seperti Wawasan 2020, bukan slogan2 murahan.


Kalau ada produk yang nak gunakan slogan tu sebagai jenama, pastikan yang ia telah menjalani inspection dan quality check yang sangat ketat agar nama 1Malaysia tu tak busuk. Murah tu satu, tapi kualiti kena jaga juga. Dan pastikan juga slogan tersebut tidak digunakan dengan sewenang2nya dengan menggunakannya kepada perkara2 yang tiada kaitan dengan perpaduan seperti produk ICT. Kalau perkara yang berbentuk program seperti BR1M, PR1MA tu boleh terima lagilah kalau nak guna nama 1Malaysia pun.

So tolonglah kepada siapa2 yang berkenaan yang menguruskan pembelian produk2 untuk jenama 1Malaysia, jangan la jadikan slogan 1Malaysia tu sinonim dengan cap ayam. Jaga la sikit nama baik PM kita. Lagipun slogan tu membawa nama negara kita iaitu Malaysia, so aku tak sanggup nama negara aku dikaitkan dengan produk cap ayam.




tags: 2000 unit netbook 1malaysia rosak sebelum sempat digunakan minta skmm selesai masalah campur tangan komputer tidak berfungsi sistem Windows gagal beroperasi cakera keras rosak bateri tidak boleh dicas umno bahagian pasir gudang utusan sinar harian email myemail tablet pad br1m kr1m pr1ma kedai rakyat barangan produk jenama murahan cap ayam

26 ulasan:

  1. Balasan
    1. Najib perlu letak jawatan,jenama 1 Malaysia dia dah mampus!

      -Pengikut PKR-

      Padam
  2. Bhai Noob....

    Errr.. Itu logo 1Manglasia kan.... hahaha

    BalasPadam
  3. nk bg tu bg la btol2..
    nie bg mcm taknak bg je.. da bg barang senang rosak..
    bg free lepas tu org yg dpt tu plak nk keluar duet nk repair...
    org komplain marah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan bagi percuma pada rakyat..pada masa yang sama kerajaan bayar pada pembekal pada harga yang xmunasabah..sangat membazir..

      Tentang notebook 1Malaysia, kebanyakan cakap rosak, motherboard, OS dan screen..nak tau gak camne user dia guna netbook tu..takut main bedal je, memang la..lagi satu ramai budak suka guna netbook/laptop atas tilam/bantal..memang le cepat je kong

      Yang lain aku xtau sangat..KR1M pun xpernah pegi..bukan demand atau berlagak, tapi aku nak cari kualiti bukan takat murah je..kedai runcit pun ok gak pe..ble gak pilih jenama n kualiti..

      Padam
    2. ko tak baca ke link kt atas tu.ini bukan masalah camne user dia guna netbook,guna atas tilam bantal la...masalahnya ada user yg belum sempat nk guna netbook dia pun tau2 dh rosak,apa cerita???

      Padam
    3. akak saye gune netbook percuma 1 malaysia dari tahun lepas. saya gunakannya dengan berhemah sehingga bertaraf hacker tetapi hasilnya kerap hang dan masuk kali ni dah 2 kali saye ganti chargernye kerana sentiasa mengalami kerosakan amphere. ya saya berbanga dengan netbook PERCUMA 1 malaysia saya...

      Padam
    4. yela tu percuma. korang x bayar tax memang la rasa benda tu percume. padehal itu hasil dari duit rakyat. alang2 nak bagi biarlah bg yang berkualiti. nabi pun x ajar bagi brg benda yg kita sendiri x suke. apatah lg kalau hasil dr amanah duit rakyat.

      Padam
    5. mande in Guangzhou!!!!! fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~! cina malaysia pun tau kualiti maa

      Padam
    6. laptop harga rm500 claim rm1000..Yang bayar? :)


      Padam
  4. Najib perlu letak jawatan

    -Anon N9-

    BalasPadam
  5. LETAK JAWATAN 1 MALAYSIA, semua pihak kerajaan dan pihak pembangkang sila letak jawatan teruk dan memberi laluan _________________________________________

    BalasPadam
  6. Setuju dengan pendapat admin. Kalau nak letak cop 1 Malaysia tu kenalah pastikan barangan tu berkualiti.

    BalasPadam
  7. kan bagus kalau barangan satu malaysia tu dia gunakan barangan google. ada la skit exclusive.bangang

    BalasPadam
  8. nak wat cane..?bagi tender kat orang juta2 tapi separoh duit tuh masok poket kroni..jadi tinggal bajet ciput jek nak wat netbook..tuh jadik cap ayam tuh..contoh toilet kat U aku ni..toilet 3 pintu kos rm1 juta..logik x logik..

    p/s : aku suke laici 1malaysia ngan biskot krim kraker..murah+sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok nanti aku try laici n bisjut krim kracker dia pulak.. hehehe

      Padam
  9. Kepercayaan rakyat terhadap barangan keluaran 1 Malaysia tidak dihargai.Sebaliknya telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan meletakkan jemana 1Malaysia pada barangan yang kurang berkualiti.Akhirnya,Ibarat "meludah kelangit,akhirnya terpalit muka sendiri".Barangan 1 Malaysia jadi cemuhan.

    BalasPadam
  10. sardin cap ayam brand sedap wooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. sardin king cup la yg plg sedap!

      Padam
  11. aku guna tepung gandum 1malaysia ok jugak la.. sedap jugak tepungnya..
    then aku guna tisu 1malaysia, pun x de la nipis sgt, ok jugak.. lain2 x try lagi.

    BalasPadam
  12. Aritu elok je mula-mula notebook 1malaysia ni pakai brand HP. Lepas tu start pakai made in china, memang haprak la

    BalasPadam
  13. Chickecn Brand ni hanya produk makanan yang bagus hahaha.. :) Kalau barangan elektronik Chiken Brand memang out..

    BalasPadam
  14. actually. those susu 1 malaysia byk student kena sakit perut pasal tu.... sampai kadang2 kena tarik balik distribution to schools due to the contamination of bacteria. xkan lahh... sedih rasanya klu jadi mcm tu ....

    BalasPadam
  15. aku rasa post ni dah agak terlambat. kalau kedai 1malaysia tu semua org tau kedai dia taraf mydin= barang murah xde kualiti. klinik 1malaysia = MA yg ganti doktor. takat bagi ubat2 sakit biasa.

    in the end, itulah yg kerajaan gambarkan tentang produk 1malaysia. murah utk rakyat tp sudah tentu x berkualiti. tambah pula perolehan kerajaan masih lagi samar dan belum cukup telus. macam mana mau dapatkan produk/ perkhidmatan yg murah dan berkualiti?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.