Halaman

Jumaat, 7 Jun 2013

Kebebasan media yang semakin mengundur

Aku percaya sekarang ini sudah muncul ramai golongan yang tidak terlalu memihak kepada mana2 parti politik dan bersikap neutral. Bacaan mereka bukan Utusan atau Harakah semata2. Mereka dahagakan berita yang telus adil dan tidak berat sebelah.


Sebab itu pihak bila ada akhbar yang cuba melakukan pembaharuan dan kelainan seperti akhbar Sinar Harian yang dilihat lebih adil dalam membuat liputan, ia semakin diminati dan diterima ramai, jauh meninggalkan akhbar yang pro kepada parti politik seperti Utusan dan Harakah.

Golongan2 yang neutral inilah yang sepatutnya pihak BN atau PR cuba tarik dan pancing untuk menyokong mereka, sebab tu media2 di Malaysia kena berubah untuk menjadi lebih bebas dalam melaporkan berita agar lebih diterima segenap lapisan masyarakat, bukan sekelompok tertentu sahaja.


Namun bila kerajaan sedang menimbang untuk mengawal portal berita online seperti yang dilaksanakan negara Singapura, malah ada pula NGO yang meminta kerajaan supaya menyekat laman sosial Facebook seperti yang dilakukan di Iran dan China, aku kira ini adalah tindakan yang mengundur ke belakang. Sekarang dunia semua berkata mengenai kebebasan media dan membebaskan media daripada pengaruh kuasa politik, malah negara2 maju sangat mementingkan kebebasan media.


Mana2 pihak tidak perlu takut sebenarnya kepada kebebasan media kalau mereka tidak buat salah. Kalau ada media yang memang salah lapor, menimbulkan provokasi atau membuat fitnah dalam beritanya, ambil sahaja tindakan, saman atau gantung penerbitan. Ini tidak, akhbar seperti Utusan yang dikawal oleh kerajaan pun dah banyak kali kena saman malah seringkali mengeluarkan artikel2 berbentuk provokasi namun kerajaan tidak kenakan apa2 tindakan pada mereka, lagi mahu menimbang untuk mengawal portal2 berita lain?

Kebebasan media di seluruh dunia untuk tahun 2012 (klik gambar untuk besarkan), boleh tengok kita di mana.

Aku cadang macam ni lah, daripada nak kawal kebebasan media, baik ketatkan garis panduan penerbitan dan penyiaran dengan melarang mengeluarkan artikel, berita, cerita, gambar dan adegan yang separa lucah dan mencolok mata seperti di majalah Mangga, URTV dan di filem/drama tempatan. Dan sebelum nak sekat Facebook (kenapa Facebook je, sekat la sekali Twitter, Blog, MySpace, Friendster, mIRC, Yahoo Mesengger dan lain2), sekat dulu semua laman2 lucah daripada diakses menggunakan talian Internet di Malaysia. Bukan susah pun nak sekat, kat Firewall dan DNS ISP boleh je buat Content Filtering, buang rekod DNS laman2 lucah, macam2 boleh buat, cuma nak tak nak je.

Bacaan lanjut Media massa yang celaru dan Kebebasan media = kebebasan fitnah?.


P/S: Selamat jalan diucapkan kepada blogger politik tersohor tanah air yang bertaraf Captain Gotei 13 iaitu Papagomo kerana telah mengumumkan persaraannya dari dunia blog di Twitter untuk memberi fokus kepada perniagaan pakaian sempena bulan puasa. Semoga selepas ini perniagaan pakaiannya akan terus maju semaju namanya di dalam dunia blog.





tags: kebebasan media massa mengundur portal sinar harian semakin diminati ranking no 2 kerajaan timbang kawalan untuk portal berita sekat facebook sebelum parah ngo pengerusi gagasan anti penyelewengan selangor gaps hamidzun khairuddin suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia skmm laman sosial twitter blog myspace friendster rating freedom house world ranking 2012 map peta survey findings free not partly garis panduan majalah mangga urtv filem drama seni hiburan blok tapis tutup laman lucah firewall dns isp content filtering papagomo papa gomo blogger bn umum persaraan bersara berhenti menulis blog twitter tweet berniaga kain

26 ulasan:

  1. papa gomo bagi ruang dan peluang utk generasi muda berbahas akan politik..
    harap ada yang matang dan cerdik utk berbahas tentang politik..
    owhh i wish politik malaysia adalah matang dan bebas dari hasutan dan cacian..

    BalasPadam
  2. Naikkanlah cukai rokok setinggi-tingginya semoga negara ini bebas daripada perokok. (err,,outofftopic)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala naik pun ramai gak yang beli dengan alasan nak menjana ekonomi kerajaan..hohoho

      Padam
    2. kerajaan menaikkan harga rokok dan buat kempen tak nak rokok.... utk menggalakkan rakyat supaya bebas dari rokok... kerajaan juga mencadangkan supaya syarikat pengeluar rokok utk mengurangkan kandungan tar dlm rokok.. supaya dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan kepada perokok... TAPI... bila rakyat mencari alternative lain (e-cigarate) yg mana LEBIH BAIK dari rokok.... kerajaan dan media seolah2 mencipta halangan utk perubahan ni... seolah2 mereka takut jika rakyat tak membeli rokok... kerana jika jualan rokok menurun... pendapatan negara hasil dari cukai rokok juga akan menurun... harap noob dapat buat 1 artikel pasal ni... rokok vs e-cigarete..

      Padam
    3. naikkan cukai rokok dan gunakan utk turun harga petrol....

      Padam
    4. @mentibang

      aku pernah buat artikel pasal rokok dan e-cigarete ni dulu boleh rujuk kat sini http://buasirotak.blogspot.com/2013/01/duit-beli-rokok-boleh-buat-beli-mercedes.html..

      Padam
    5. naikkan harga arak, rokok, ron97, casino, toto, magnum, pusat pelacuran, rumah2 urut, dan pub,

      kurangkan cukai alat senaman gym, ron95, dan tol bagi subsidi pun lagi bagus..

      Padam
    6. @ anon 7 Jun 2013, 11:43pg

      +1

      Padam
    7. TQ noob... tak perasan pulak ada artikel pasal tu... dah pernah baca.. tapi terlupa.. hehehehehe... anyway... TQ again...

      Padam
  3. bagus lah papagomo. henti2 lah keluarkan video lucah/gay atau buat cerita lucah. xda manfaat pun. bertaubat sebelum tlambat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa papagomo ni dia pun tak berani mengaku siapa dia lol...
      Senarai saman menungu je.. Takda sape berani mengaku dia Papagomo..

      Mungkin orang yang sama akan keluar dengan nickname baru kita bukan tahu..

      Padam
    2. buat jahat dan sedar diri untuk taubat lagi bagus dari buat jahat dan tak sedar-sedar diri, bajek baik je.

      Padam
  4. Jauh Harian Metro tinggalkan yang lain2..maknanya masih ramai rakyat kita yang suka cara penulisan/penyampaian HM ni..Harakah & Utusan?bukan top 10, mungkin editor diorang xambik 'port' sangat kot benda ni..mungkin diorang pentingkan sokongan dari penyokong sedia ada je..

    Rasa dari dulu lagi kerajaan nak sekat laman web lucah tapi macam xde pape progress..yang lebih diutamakan hanya web yang kutuk diorang..dulu aku ada baca blog aididmuaddib, dia ada ulas pasal amanah saham 1malaysia, last2 artikel tu dah xwujud dengan aidid (wat masa ni) terus stop dengan alasan sabatical leave..

    Pada pandangan aku, selagi web/blog yang xhentam kerajaan xkisah la lucah ke x, xdenya kerajaan nak blog..PON cakap senang je nak sekat web lucah tapi xde pun diorang buat..xtau la kalau diorang dah wat cuma belum berjaya lagi kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. perempuan suka baca harian metro..itulah kesimpulannye.

      Padam
  5. Apa? KERAjaan china sekat pesbook?? Bior betul? Untunglah cina malaysia leh maen pesbook..

    BalasPadam
    Balasan
    1. china semua benda dia sekat. google, youtube pun diorang sekat, tapi diorang buat alternatif cipta search engine sendiri iaitu baidu dan cipta video sharing sendiri iaitu youku, tu belum klon2 facebook dan twitter macam produk2 klon mereka yang lain. kat malaysia kalau nak blok semua benda tu kena buat aplikasi alternatif kita sendiri jugaklah.

      Padam
    2. Lama dah sampai Google pun blah dari China..
      Ada pro & kon..

      Padam
    3. China negara besar dan menguasai ekonomi jadidia tak risau
      Malaysia ni kebanyakannye bergantung kepada luar..
      So nak sekat internet pun kena pikir panjang..

      Padam
    4. kalau malaysia blok macam2 masalahnya mampu ke negara kita nak sediakan alternatif? portal cari.com.my pun dh jadi forum gossip, website 1tube.my pun kalau ramai org upload video mesti space penuh, tu belum frenster, kawanster dan lain2 sosial network muka buku yg lain yg dh terkubur

      Padam
    5. ada alternatif sosial network malaysia ni.. tak ingat apa name network yang company malaysia bangunkan.. selain tu mol pun dah beli frendster cuma tak semeriah facebook..

      bukan takda alternatif cuma mungkin user kita tak biasa pakai produk local.. :)

      Padam
    6. Kerajaan dan pemerintah tahu nak ambik jalan mudah je ingat rakyat ni ape tunggui kayu ape.. Senang2 je nak atasi masalah ragut halang motor masuk bandar, takut buat salah kena kritik halang media sosial fb. Nenek aku x g sekolah pun boleh jadi pm mcm ni.

      Padam
  6. korang percaya papagomo nk bhenti? Sehari selepas sebutan kes dia di mahkamah tahun depan? Sama mcm kes dia xngaku owner papagomo, aku rasa dia ckp resign tp dlm masa tdekat dia akan hdupkan kembali blog papagomo dgn owner 'baru' wan azri..so nnti alasan masa bicara mhkmah ckp dia br smbg blog papagomo dr 'ssorg'..xde kena mengena dgn owner blog masa artikel fitnah anuar dulu..

    BalasPadam
  7. nak sekat ker..nak halang ker..nak tapis ker..pastikan keputusan no.4D aku tetap ada. yang lain korg nk ban ker nak ape korang punya pasal. asal da ma cai tetap ada.

    big swept!
    anon melayu tuan

    BalasPadam
  8. dia saja gertak je tu. tak beraninya nk sekat.

    BalasPadam
  9. Nak jadikan malaysia seperti singapore.. tapi orang tu taknak ISA, taknak harga minyak naik, taknak cukai parking, taknak sekatan website, taknak undang2 mengarut seperti Singapore.. apekejadahnya tu?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.