Kita biasa dengar ungkapan kemajuan dan teknologi di negara kita lambat 10 tahun berbanding Jepun. Kenapa kita lambat maju dan teknologi kita ketinggalan? Pernah suatu ketika dulu tahap kemajuan negara seperti Korea Selatan lebih bawah daripada kita, tapi cuba tengok mereka sekarang? Semuanya sebab ia ada kaitan dengan budaya kerja kita.
Di negara2 maju, orang yang mengarah dan mengurus lebih sikit berbanding mereka yang menerima arahan dan melaksakan tugas. Bila seseorang tu naik pangkat dan gaji bertambah, kerja mereka bukan semakin berkurang sebaliknya semakin bertambah. Khidmat mereka dalam bidang kemahiran dan teknikal lebih diperlukan seiring dengan pengalaman dan kepakaran yang mereka ada. Namun, para pekerja ini amat dihargai oleh para majikan kerana merekalah nadi kepada kejayaan sesuatu syarikat/kerajaan.
Pekerja adalah bos |
Tapi di Malaysia pula, kalau kita lihat hari ini, orang yang mengarah dan mengurus tu lebih ramai daripada orang yang menerima arahan. Dan bila seseorang itu naik pangkat, mulalah rasa malas sebab dah ada anak buah so dah rasa boleh lepas tanggungjawab kat anak buah, lepas tu dah tak nak buat kerja2 teknikal, cuma nak buat kerja2 mengurus (management) je. Dah tu kalau ko mengurus, ko punya bos pun mengurus, bos kepada bos ko pun mengurus, bos kepada bos kepada bos ko pun mengurus, habis tu siapa yang nak buat kerja? Dah la yang pekerja2 ni kena buat banyak kerja, kalau ada apa2 masalah mereka orang pertama kena lanyak. Aku perhati budaya ni banyak berlaku sektor awam atau gomen, di syarikat swasta pun wujud juga terutama GLC.
Bukan setakat tu, dalam mana2 pengurusan pun selalunya macam tu, kepala yang mengetuai dan membuat keputusan tu terlalu ramai. Dalam kerajaan sekalipun, dengan bilangan rakyat seramai 28 juta orang, bilangan menteri kabinet kita terlalu ramai dan tidak seiring dengan jumlah rakyat kalau nak dibanding dengan negara lain yang kepadatan penduduknya berkali2 ganda lebih ramai tapi bilangan pemimpin yang memimpin negara lebih sedikit bak kata penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menurutnya, kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.
Malah pada temasya Sukan SEA di Indonesia pada tahun 2011 yang lalu, timbul isu di mana bilangan pegawai sukan, pemerhati dan VIP yang dihantar hampir sama ramai dengan jumlah atlet yang dihantar.
Perlu ke orang yang mengurus dan mengarah tu ramai sangat berbanding yang nak buat kerja? Masalahnya dah la yang kat atas tu ramai, lepas tu yang kat bawah pun tak nak buat kerja, last2 yang sanggup di arah hanyalah orang Bangla, Indon, Nepal, Myanmar dan Vietman. Selagi budaya ni tak diubah, sampai bila2 lah kita akan ketinggalan berbanding negara2 maju. Tapi kalau anda cuma nak bandingkan negara kita dengan negara2 dunia ketiga lain seperti Zimbabwe, Nigeria, Cambodia, Laos, Papua New Guinea, Filipina dan lain2, ya, memang anda boleh rasa sangat puas hati dan tak payah nak ubah apa2.
Bila kerja yang sama tapi kepala yang buat keputusan ramai sangat, macam ni la jadinya. |
P/S: Akses ke blog Buasir Otak kini di hujung jari anda dengan Aplikasi Buasir Otak untuk Smartphone dan Tablet Android. Scan QR Code atau klik pada button di bawah untuk download di Google Play.
tags: kenapa kita lambat maju berbanding negara lain malaysia japan jepun amerika usa united kingdom singapore bilangan pemimpin mengarah mengurus buat keputusan ramai sangat budaya kerja kerja gomen penjawat sektor kakitangan awam swasta glc jumlah menteri kabinet ramai tidak seiring seimbang nisbah kepadatan penduduk rakyat pegawai sukan pemerhati vip atlet sukan sea indonesia 2011 bos majikan pekerja asing warga bangladesh indonesia nepal myanmar vietnam zimbabwe nigeria cambodia laos papua new guinea filipina kartun kayuh sampan kejar bos ramai pekerja sikit struktur organisasi
HAHAHAHA AKU 1ST
BalasPadam-ahmad the returning-
Adw aku kesah
Padamkerana majoriti malaysia adalah melayu.
BalasPadamkaum yang.. hurmm..
Sejujurnya aku tak nak negara ni maju. Sbb apa? Sbb kemajuan yg dicanai dari dasar kapitalis dan penswastaan hanya akan menindas lebih byk rakyat class bawahan. Kalau sekadar klon barat spt amerika yg rata2 rakyat nya terpaksa byr tax tinggi, tak da medicare, terhakis nilai moral dll baik tak payah! Kita lihat skrg kemajuan semuanya diukur dgn Wang ringgit, GDP lah, pendapat perkapita lah...semuanya materialistic. Ada mereka ukur nilai moral, ketaatan pd agama, cerdik pandai, dermawaan, tak ds hutang negara dll sebagai kayu ukur kemajuan? Jauh sekali! Zaman sekarang ni siapa yg byk dapat pangkat dato kalau bukan artis itu dan ini? Yg genius cerdik pandai inventor dipinggir? Kalau nak kan kemajuan, sila difinisikan kemajuan tu dulu!
BalasPadambuffyfish
Antara sebab sesebuah negara tu maju adalah mereka menghargai golongan intelektual dan inventor,walaupun bilangannya tak sama banyak dgn mereka yang memartabatkn artis.masakan mereka boleh maju dari segi teknologi kalau golongan2 ni tak ada?
PadamMalaysia?cuba lah baca entri lama blog ni berkenaan zulkifli harun.the number of people who appreciate those kind of geniuses are almost to non existance.nak kata nilai moral org malaysia ni lagi bagus,tengok muka depan kosmo dah tahu jawapannya.da la teknologi jauh ketinggalan,nilai moral pun semakin merudum.akhirnya kita sendri tak ada apa2
Kenapa Zulkifli Harun tak dapat anugerah dato' atau Datuk? Kenapa AC Mizal boleh dapat Dato'?
Padamac mizal dpt dato boleh tahan lg sbb dia selalu keluar astro...ni hattan dgb ezlan yusof mcm mana boleh dpt dato?
Padamhattan ngan ezlan at least orang malaysia n ada jugak sumbangan dlm industry seni lakon dan nyanyian tanah air... yang aku mind blown ni apsal shahrukh khan yg bukan warganegara malaysia langsung x pasal2 boleh dapat gelaran dato?
Padamezlan yusuf sebab di ade buat bisnes sendiri..sebab tu dapat datuk...
Padamtak silap aku , eizlan yusof nih ada bisnes dagang arang batu kut.
Padamshah rukh khan dapat datuk sebab promosi secara xlangsung melaka dalam filem dia...
Padammemandangkan zul harun xpromote, sebab tu xdapat pape kot..cuba dia letak logo 1malaysia kat design dia, mesti dapat punya..
Semuanya disebabkan populariti.. Benda2 yg berunsur hiburan yg digilakan setiap org zaman skrg. Salah peminat dan termasuk diri kita juga yg tergolong dlm golongan yg mengidolakan artis2. Walaupun pangkat dato itu sekadar gelaran sahaja tp itu sudah cukup membuktikan bahawa kita rakyat biasa dan pemberi gelaran kelas atasan mengidolakan artis dan hiburan. Definisikan hiburan? Hiburan yg sering mendpt conotasi negatif, apatah lagi yg diambil dari barat dn sekarang kpop yg tiada faedah selain perkara yg berunsur negatif..hiburan itu yg kita idolakan! Kemajuan atas nama hiburan, sejauh mana kita boleh pegi? Another rebranded Hollywood -malaywood? Another poser that could reach nowhere. Keep on dreaming.
Padambuffyfish
Dia buat untuk rakyat cuba buat design untuk golongan bangsawan raja2 sultan musti dapat dato ..
PadamBanyak org dapat Dato sebab rapat dengan golongan istana dah dato ni raja/sultan bagi bukan rakyat bagi :)
Ada juga dato ni atas cadangan/recomendation.. So encik Zul ni tak pernah direkomen kot?
Atau mungkin dia tolak.. Ada juga orang yolak gelaran dato atas sebab2 peribadi..
Such respectful status like dato' should be given to those who truly deserve it. When someone is not worthy of such respectful title, sooner or later the title itself will become worthless..or is it already become worthless? Lol..pity to thoes who already have that title and more importantly deserve it: now is the time for them to upgrade to Tan sri!
Padambuffyfish
come to think of it, perhaps it has become worthless since the title can be bought... a title bought instead of earned is just as worthless as a bought higher academic certification...
PadamDato ni mcm ijazah kehormat pulak .. Tu Sharukh Khan dapat dato huhu.. Datin Rosmah pun ada juga dapat ijazah kehormat dari beberapa univ.. Hahaha
PadamTrue..pondering at the bigger picture, those who bought titles or fake certs could cheat other people for worldly gains. But, can they cheat or fake or photoshop a ticket to the heaven? Or try to bribe the angles or even god :0? Anyhow, no matter how deeply we discuss, rant or preach something unethical, it will come back to the root of the problem that is the people. And those people, no matter we like it or not include ourselves. We and they have to change.
Padamp.o.noob pun patut dpt datuk..........
PadamApa erti kemajuan? Tak guna kita maju seperti barat tapi nilai moral entah ke mana. Rasanya lagi seronok masa zaman kanak kanak dulu dgn telepon pusing nombor dari zaman sekarang telepon touch screen. Kalau dulu budak budak mendengar kata... la ni budak budak sibuk dgn gajet masing masing. Akhlak semakin merudum, perbuatan maksiat dibangga banggakan.
BalasPadamYea lebih baik hidup relaks minum kopi petang bersama keluarga dari hidup yang kononnya maju dan mewah tapi takda masa langsung bersama keluarga dan masyarakat..
Padamorg ckap x perlu maju material,sume budaya barat.tp ak nak tanya balik adakah moral kita maju?same je makin teruk.so kesimpulannya,material x maju moral pun x maju.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam"Semuanya sebab ia ada kaitan dengan budaya kerja kita."
PadamIni mmg relevan sepanjang masa dan dimana tempat jikalau nak kejar pencapaian negara2 maju.
Namun aku kurang bersetuju dalam hal kenapa diaorg cepat maju.....
"Kita biasa dengar ungkapan kemajuan dan teknologi di negara kita lambat 10 tahun berbanding Jepun. Kenapa kita lambat maju dan teknologi kita ketinggalan? Pernah suatu ketika dulu tahap kemajuan negara seperti Korea Selatan lebih bawah daripada kita,"
Jepun banyak dibantu oleh USA selepas perang dunia kedua manakala Korea Selatan dibantu USA semasa perang saudara yang berbeza pandangan politik di Korea. Pada asalnya USA taknak tolong Korea Selatan tapi Jepun gila dekat dengan negara tu. Demi tidak mahu komunis menyerebak di negara lain dan mahu jaga kepentingan di Jepun, pihak USA pun hantar askar beratus-ribu ke Korea, dan berjaya menghalang penaklukan komunis Korea Utara. Maka Korea Selatan pun dibantu oleh USA untuk membangun negaranya.
Taiwan pun begitu jugak, bila org china yg taknak komunis lari ke taiwan, USA pun tolong bantu Taiwan dari segi keselamatan. Bila negara dah stabil, muncullah peluang kerjasama industri antara Taiwan & USA.
Boleh kata tahun 50-an & 60-an adalah zaman orang tempatan sanggup menerima bantuan asing demi dapat menikmati keamanan negara.
Apa2hal pun budaya kerja tetap main peranan besar dalam kearah kemajuan dimana kita boleh lihat sejarah jepun & jerman sebelum perang dunia kedua. Kemunculan pemerintahan Meiji & Nazi yang ada hala tuju yang jelas yang banyak mengajak rakyat lebih produktif.
Tapi aku tak sokong la perjuangan kerajaan Meiji & Nazi yang nak kembangkan kuasa ke negara lain. Lebih2 lagi Nazi, gila tak prikemanusiaan kut.
in b4 "filipina pun USA tolong gak, awat diaorg tak maju"
hmmm... agak2nya la kan, kalo tanah malaya tak pernah dijajah langsung, kat mana level kemajuan kita sekarang yek? kedepan ka kebelakang?
Padamkalau kita masih dibwh jajahan jepun sampai skrg,mesti negara kita dh maju mcm jepun,tp maria ozawa berlambak la tp
Padamcik plain, rasanya pembangunan negara kita kalau tak kene jajah mungkin sama tahap dengan thailand atau atas sikit/banyak disebabkan faktor geografi negara kita.
Padamkalaupun negara kita dan indonesia tak dijajah, negara kita ditakdir dibanjiri pendatang mainland china yg banyak akibat kesusahan warga sana nak cari makan dinegara sendiri pada zaman perang dunia kedua.
malaysia pun xnak komunis gak, apsal usa xnak tolong..kalau x mesti malaysia dah maju...hohoho..
Padambiskut, mana ko dapat info ni..meh la kongsi sikit
maklumat & sejarah ni boleh je cari kat intenet. untuk mudahkan korg, korg boleh je dapat pendedahan asas kat wiki dulu.
Padamoleh kerna aku ada pernah belajar kursus engineering management, maka terbelajarlah sejarah pengurusan. Seorang pakcik dari USA, Edwards Deming, boleh kata punca utama buat org Jepun sangat teliti dan terlalu produktif dalam bidang pembuatan. Jasa dia pada negara jepun sangat lah besar sampai dinobatkan sebagai hero jepun.
Bab malaysia pun ada masalah komunis, Tuanku Abdul Rahman adalah peminat no. 1 Demokrasi USA masa tuh. Tapi dia macam taknak dapatkan bantuan USA sgt, dia lebih gemar meminta pertolongan dari bekas penjajah dulu, iaitu British. Lagipun aktiviti Komunis di Malaya yang tak dianggap besar serta British kawan baik USA, menyebabkan USA takde rasa nak bagi bantuan sangat kat Malaya pada masa tu.
Kita jajah british bukan USA :) USA ni dari Syarikat Hindia Timur.. Sound familiar kan.. memberontak dan menderhaka dari british kalau baca pasal perang saudara US sponsor besar kemerdekaan US ..Mungkin tu Tungku lebih berminat minta pertolongan British dari USA
Padambenda yg dh jd sejarah x usah la dikenang lg,x kira la sapa yg jajah jepun ke british ke,kenapa tunku x ikut us ke,yg penting kita kena ubah tabiat & cara kita sekarang demi utk masa depan yg lebih maju x kira la dr segi teknologi,pembangunan atau kerohanian sekali pun,semua kena gerak seiring.apa2 benda positif dr negara luar yg kita boleh jadikan contoh kita ambil dan praktikkan,mana yg negatif kita ketepikan.
PadamBkn kenang cuma carik punca lol
PadamYerla kita asuh anak2 kita dari segi moral dan intelektual supaya maju lebih maju dari generasii star trek serta kuat iman dan akidahmya..
"USA ni dari Syarikat Hindia Timur.."
Padamfakta atau teori sejarah mana nih?
Tak nampak sangat elemen berontak, derhaka, perang saudara ni boleh buat Tunku lebih cenderung mintak pertolongan dari british. bagi lah kenyataan jelas sikit.
baca la pasal us independent.. dan siapa orang disebalik kemerdekaan us.. Kaum pemodal banyak menyumbang..
PadamPasal Tunku tu sebab kita dinaungi British dan lebih direct kepada British dari US.. Bahkan kita ada tanah di london.. Golongan bangsawan melayu ni pi london macam balik kampung aje.. :)
Ada declaration pasal kemerdekaan us yang ditandatangai oleh orang2 kaya dan berpengaruh (syarikat hindia timur).. dengan kata lain rebel menderhaka memberontak keluar dari naungan kerajaan british..
Padambenda ni takda belajar dalam sejarah dunia masa kita kat sekolah dulu.. :) mungkin British taknak kita tahu..
MALAYSIA PENUH DENGAN ALASAN. TAPI TAK SEMUA PEKERJA MACAM TU. SEJAK SEMANGAT BANGLASIA MASUK. RAKYAT MALAYSIA DAH BERBANGGA DENGAN KERJA TEKUN BANGLASIA. #LOL
BalasPadamAnd the truth is, there is something terribly wrong with this country, isn't there? Cruelty and injustice, intolerance and oppression. And where once you had the freedom to object, to think and speak as you saw fit, you now have censors and systems of surveillance coercing your conformity and soliciting your submission. How did this happen? Who's to blame? Well certainly there are those more responsible than others, and they will be held accountable, but again truth be told, if you're looking for the guilty, you need only look into a mirror. I know why you did it. I know you were afraid. Who wouldn't be? War, terror, disease. There were a myriad of problems which conspired to corrupt your reason and rob you of your common sense. ”
BalasPadam― Alan Moore, V for Vendetta
“People shouldn't be afraid of their government. Governments should be afraid of their people.”
Padam― Alan Moore, V for Vendetta
Mari lakukan perubahan pd 5 Novermber 2013...yeah!! mercun di bangunan P******* M'sia (Hidden due to Akta Hasutan)
Padam**Just joking!
orng melayu islam lebih takutkan pemimpin daripada tuhan....
BalasPadamselagi ada kaki bodek dan yang suka dibodek, pekara ni tiada kesudahannya.
BalasPadamDana tak banyak, kalau encik Zul ni kaya macam Tony Stark tentu dah lama dia release baju zirah terbang buatan malaysia.
BalasPadamTengok je la pilot test pun pakai kayu buat kat belakang rumah tak mcm tony startk buat dalam lab cangih kalis api :)
Apapub bribo2 tania buat anak tempatan yang berani dan bermotivasi tinggi
Benda2 mcm ni sebenarnya tanggungjawab pemimpin.. Mereka perlu didik rakyat utk bekerja lebih baik dari sekarang.. Cara kita bekerja di pejabat sepatutnya diubah utk ikut sperti jepun, korea , dan usa.. Kerajaan bole buat kaalu dia perasan akan masalah ini lahh
BalasPadamTerharu beb baca komen2 membina kat sini. Berbaloi baca komen kt sini berbanding kt Blog Serius
BalasPadamMohon sambung perbincangan ini
-Oyen-
Jawapan - mentaliti rakyat malaysia.
BalasPadamPerlu berubah, n pemangkin utk perubahan ialah kerajaan memerintah. Spt di Jepun, disebabkan pemimpin yg mengamalkan polisi yg ketat n sistematik, lama2 ia semakin sebati dlm kehidupan masyarakat.
Tak perlu Dato' pun Encik Zul dah banyak menyumbang.. :)
BalasPadamjadi kita sebagai manusia kena la gihih menyumbang kepada masyarakat..
mari kita mulakan dengan langkah kecil.. seperti menanam pokok untuk alam sekitar juga mebantu sesama kita atas kemampuan kita..
Salam..Betul kemajuan bukan sahaja di ukur pada ekonomi pendidikan dan lain lain..tetapi juga pada diri sendiri.bermula dari dalam.mentaliti displin hidup tatasusila dan sebagai nya..contoh aku selalu lihat kat shopping complex.customer pakai kereta cantik tapi lepas pakai troli tak letak balik ditempat yang disediakan..lebih teruk letak dekat belakang kereta orang lain..isu sampah pula di malaysia..??sendiri fikir
BalasPadamSemoga Allah melindungi Msia yg tcinta ini...
BalasPadam