Halaman

Isnin, 10 Jun 2013

Masa untuk tukar kereta baru

Harga kereta untuk beberapa jenama dan model kereta dah turun. Dah tiba masanya kita semua buat loan 9 tahun untuk tukar kereta baru.


Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11%), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).


Peratus penurunan paling tinggi adalah kereta Peugeot 308 sebanyak 11%. Ya mungkin lagi 4 tahun nanti akan tercapai "Janji Ditepati" penurunan harga kereta sebanyak 20% - 30%. Aku jangka bukan semua model dan jenama kereta akan turun harga mengikut peratus yang sama tapi mengikut model, mungkin ada yang turun banyak, mungkin ada yang turun sikit, mungkin ada yang tak turun langsung. Namun antara petikan berita yang menarik perhatian aku:
Ditanya, apakah faktor yang menyebabkan rakyat tidak merasai penurunan harga kereta, beliau menjelaskan setiap pengeluar kenderaan mempunyai strategi pemasaran yang berasingan.
"Pada permulaannya, kebanyakan pengeluar membuat penurunan melalui rebat dan promosi tetapi setengah pengeluar telah mengurangkan harga kereta secara mutlak.
"Harga kereta dan penurunannya adalah tanggungjawab pengeluar kenderaan," tegasnya sambil menerangkan peranan kerajaan adalah merangka dasar yang memberi pulangan yang baik kepada semua pihak.

Setahu aku yang berjanji untuk turunkan harga kereta adalah parti yang menang PRU13, tapi sekarang yang kena turunkan harga kereta dah jadi tanggungjawab pengeluar kenderaan. Aku ingat pihak kerajaan yang akan kurangkan cukai untuk turunkan harga kereta. Entahlah, mungkin lepas ni pihak pengeluar kereta kena pakai barangan yang kualitinya kurang sikit atau kurangkan spesifikasi keretanya dengan membuang benda2 yang jarang orang pakai seperti air bag, lampu signal, side mirror dan tali pinggang keledar untuk bagi harganya turun. Yang penting cukai yang dibayar kepada kerajaan tak turun, tapi on the positive side bagus juga, at least boleh "Janji Ditepati" bagi BR1M banyak sikit.


P/S: Akses ke blog Buasir Otak kini di hujung jari anda dengan Aplikasi Buasir Otak untuk Smartphone dan Tablet Android. Scan QR Code atau klik pada button di bawah untuk download di Google Play.

Scan QR Code





tags: 10 model kereta turun harga peugeot 308 volkswagen golf perodua viva myvi proton persona alza preve honda jazz hibrid saga exora tanggungjawab pengeluar cukai duti eksais import ap manifesto barisan nasional bn kerajaan janji ditepati car loan pinjaman 9 tahun year model jenama mekanisma penurunan

26 ulasan:

  1. Lol, playing stupid game with rakyat! We' ll play along! NOT!

    Ps: esok aku nak rembat 3 pujo, 2 golf, 15 saga dan 34 exora yg tersangat lah murah. Terima kasih BN!

    BalasPadam
  2. Lepas PRU13 ni aku tengok setiap benda yg BN buat mesti ada maksud tersembunyi.. Taktaulah sama ada dia buat utk tutup sebarang isu atau pon hal yg tgh berlaku.. contoh mcm jmbatan ke2 runtuh..tup2 brita kata harga kreta trun.. nmpk x permainan dia...dorang mcm cuba mengalihkan isu ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU KENYATAAN DI ATAS..rakyat dh tk buta dh skang.....

      Padam
    2. Bn pun taleh nak turunkan..ni kan plak Anwar nak turunkan harga kereta..lagi la menipu...ko ingat lau anwar jadi pm...harga kereta leh jadi murah ke...kuat kencing...

      Padam
    3. Boleh buat kalau orang atas nak.. tapi biasa la kroni nak kaya musti la kata tak boleh buat.. Orang yang dapat AP selama ni kaya raya sebab AP ko ingat diaorang tak marah ke kakalu kerajaan hapuskan AP.. lol..

      Rakyat memang tak tau apa bayar je la.. berserah aje la kat tuhan..
      tengok orang atas salahguna kuasa apa boleh buat.. redaha dah jadi rezeki mereka.. pru pangkah mereka juga.. lol..

      Padam
  3. bleh la aku men'trade in' kereta aku yg berbaki setahun setengah lagi nak abis bayar setelah hampir 8 tahun membayar rm5++ bulanan.. untuk membuat hutang baru lantas membelengu diriku ini dengan hutang selama lamanya.

    BalasPadam
  4. ape2 pon camne, hutang selamanyaaa

    BalasPadam
  5. BAB1 NEGARA - kj

    BalasPadam
  6. kepada rakyat/pembeli masih tak berbaloi untuk implement hanya kereta berusia 5 tahun sahaja berada di jalanraya..

    BalasPadam
  7. harga kereta turun tak ada makna sebab harga minyak still tak turun pun...

    BalasPadam
  8. ah merepeklah janji dicapati bn ni.dia yg janji org lain yg kena tanggung.mcm kau janji nk belanja awek kau makan mekdi,tp mintak duit kat mak bapak suruh diorg tanggung kau dgn awek ko skali makan mekdi.

    BalasPadam
  9. ni satu lg trick penipu.dia ckp penurunan harga kereta adalah dr tempoh januari hingga mei.pilihanraya pun bulan mei,so janji nak turunkan harga kereta kena diambil kira bermula bulan mei sampai sekarang.kalau berlaku penurunan harga kereta yg berlaku dlm tempoh antara bulan januari sehingga hari sblm pilihanraya,mana boleh diambil kira.penipu punya bn,dh la satu2nya suratkhabar yg laporkan pasal turun harga kereta ni utusan,nampak benor menipunya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..mujur pru mei..bayangkan kalau pru disember, dan harga diambil kira dari jan-dis..lagi banyak penurunan..genius...

      Padam
  10. Macam mana kerajaan nak turunkan harga? Aku blur sikit disitu. Mohon pencerahan. Saya budak baru nak up (belajar) lol

    Cikanon

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang je,kereta2 yg murah spt proton dan produa,diorg akan turunkan sikit saja dlm 3%,tp kereta mahal2 spt bmw, mercedes, ferrari, hummer, lamborghini, koenigsegg & lain2 yg kebanyakan rakyat marhaen xmampu beli,kereta2 tu yg diorg akan turunkan harga sekitar 20-30 peratus,pastu nnti diorg claim la JANJI SUDAH DICAPATI.xcaya tunggu la nanti dah nk dekat pru14 nnti...mcm la hang xkenal BN mcm mana

      Padam
    2. ye aku setuju..sebab kereta mahal mahal kami mana mampu bei..so dorang turunkan sikit jela..yang dorang nak beli dorang turun banyak..macam kes gaji sbpa dulu..yang bawah naik 3%..dorang dengan bangsatnye menaikkan gaji sendiri 300%..
      sampai sekarang aku ingat aku sakit ati..puiiii

      Padam
  11. hm.. harge kete menurun mmg sesuatu yg menarik tp.. utang kete satria 2004 aku bln 8 ni last.. br la nk merase ble brnafas sket so aku akan kekal ngan satria 9 thn aku smp aku btul2 puas ati ngan harge kete time tu.. so mebbe 4-5 thn lg la br aku tkr kete br..

    BalasPadam
  12. utusan=umno= takleh pakai...spec xlengkap..

    contoh..peugeot 308..

    BalasPadam
  13. ceh x dak satu pun yg aku berkenan...

    BalasPadam
  14. Kalau ikutkan, kereta yang popular kat malaysia ni selain perodua & proton ialah Toyota, Honda dan Nissan.. Honda Jazz Hibrid tu je turun, honda city & accord, toyota avanza, vios, Nissan Almera & Nissan Grand Livina takdak pulak..

    BalasPadam
  15. Rasanya penurunan tertanguh ni.. :) sebab kalau ikut AFTA harga kereta di Malaysia ni sepatutnya sudah jauh lebih murah..

    Harga kereta di Malaysia boleh turun lagi bukan hanya 30% malah lebih dari 50% kalau sistem AP dikaji balik dan dikemas kini.. tapi yeala sapa nak rugi..

    Pemegang AP untung besar ni sebab ramai rakyat Malaysia serik dan tak mahu beli kereta nasional.. jadi permintaan kereta luar@import tetap akan naik bahkan ramai rakyat malaysia berkemampuan beli kereta mewah.. Ap bukan saja untuk kereta baru tapi juga untuk kereta secondhand pun kena AP kalau bawak masuk.. :)

    Pasal AP juga.. ramai orang nak jadi berhormat sebab dapat AP boleh beli kereta mewah dari luar negara.. dengan kadar harga yang cukup murah..

    So untuk PRU14 kalau ada berhormat nak undi tu mintak la AP yea.. :) takat br1m rm500 tu apa barang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang mampu bro tp mampu berhutang mcm biasa

      Padam
  16. Janji BN - penurunan harga kereta secara berperingkat sehingga 20-30% (no timeline, tp kene setel sebelum PRU14)

    Janji PR - penurunan harga kereta secara berperingkat sehingga 100% tiada duti eksais, 20% setahun

    Papepun samada BN atau PR, kalau mereka betul2 melaksakan janji mereka, mesti ada benda coming back to goverment. Sy pasti kedua2 parti xnak cerita bab 2 kpd masyarakat, asalkan janji mereka setel. Maybe kerajaan BN akan buat GST utk cover penurunan harga kereta, utk PR tiada sapa yg tau..tp sbb PR x menang PRU13, xnak ambil tau ape mekanisme mereka nak lakukan..tunggu je la PRU14

    Secara umum, beli kereta ikut kemampuan..xleh lepas dpt kerje 6 bulan nak demand honda city atau civic..pki je la saga n viva dulu. Even jawatan kerani pun mampu beli kereta...kalau nak gak kereta Honda Toyota murah...mansuhkan Proton Perodua sbb polisi kerajaan nak jaga industri kereta nasional.

    X pun beli la kereta recond...skrg ada Alphard n Vellfire, pasni buatla recond city vios..mesti murah gile dr kereta baru Toyota Honda from Malaysia.

    BalasPadam
  17. harga kereta mmg la turun..tp nanti pihak pengeluar dah tak bg rebate la dkt pembeli..

    BalasPadam
  18. kerajaan yg berjanji turunkan harga,pengeluar kereta pulak yg kena turunkan harga,bodoh bangang apa...sama mcm kalau kerajaan janji turunkan harga minyak,lps tu dia suruh petronas shell turunkan harga minyak diorg,tp subsidi xnak tambah.sbb tu sampai skrg xnak turunkan harga minyak,sbb mau kutip untung saja

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.