Halaman

Jumaat, 21 Jun 2013

Nasib pelukis dan industri komik tempatan

Komik tempatan yang antara terawal aku kenal adalah Gila-Gila dan Geli Hati, kemudian Ujang, Lanun dan akhir sekali Apo!, walaupun aku tak pernah pun beli komik2 tu, selalu pinjam atau sekender dari member. Komik tempatan lain yang aku pernah baca adalah Gempak, itupun bila di awal zaman millenium.

Sumber gambar

Masa zaman sekolah dulu penuh dengan lambakan komik2 Hong Kong seperti  Jejak Wira, Alam Perwira, Raja Rimba, Juara Wira, Pedang Setiawan, Pendekar Laut dan Wira Tunggal yang juga aku pernah sekender baca walau tak pernah beli.


Komik yang aku pernah beli dan kumpul suatu ketika dulu hanyalah komik2 Jepun buku tunggal macam Mutiara Naga (Dragon Ball), Misteri Naga (Dragon Quest), Yu Yu Hakusho, Dr. Slump, Ruroni Kenshin, GS Mikami, Penyiasat Remaja Kindaichi (Kindaichi Case Files), Anak Sateria (KungFu Boy Chinmi), Rave Master, Hunter × Hunter, Yu-Gi-Oh dan Budak Getah (One Piece) keluaran Comic House dan Doraemon, Slam Dunk, Detektif Conan, Rumah Rampas Kembali (Get Backers), Great Teacher Onizuka (GTO), Psychometrer Eiji dan Ranma 1/2 keluaran Tora Aman.


Entah kenapa dari budak lagi aku lebih tertarik dengan komik2 Jepun berbanding yang lain sehinggakan aku sanggup membeli dan mengumpul koleksinya, mungkin kerana aku rasa komik2 Jepun ni ada lebih collectible value. Komik US keluaran Marvel dan DC Comics macam Spirderman, X-Men, Batman, Superman aku tak pernah beli sebab harganya mahal sangat, susah nak dapat dan cerita2 pasal superhero berkuasa ajaib berbadan tough pakai spender kat luar susah untuk aku hadam time tu.

Aku ada terbaca satu artikel yang sangat menarik mengenai "Mengapa majalah kartun di Malaysia mati dan terus mati?" tulisan Ronasina seorang kartunis, dan juga artikel yang menyentuh sedikit isu mengenai kartunis Ujang dan syarikat penerbitan MOY suatu ketika dahulu - "The Ugly Side Of The Malaysian Comic Magazine Industry", ditulis oleh seorang kartunis wanita iaitu Sarah yang pernah berkarya di majalah Ujang dengan komiknya yang agak glamer waktu tu iaitu Awek Aspuri.

Sumber gambar

So sedikit yang aku boleh simpulkan, selain daripada isu melawan arus dan komik tidak menepati citarasa ramai mengikut peredaran zaman seperti artikel Ronasina, masalah kartunis dan pelukis komik di Malaysia ini adalah kerana masalah hakcipta dan cara penerbitan komik. Kartunis di Malaysia nasib mereka tidak sama seperti penulis novel. Penulis novel mempunyai hak kepada novel yang ditulisnya, malah sebuah buku novel dari A to Z hanyalah satu cerita sahaja yang ditulis oleh seorang novelis. Manakala style majalah komik di Malaysia adalah sebuah majalah yang mengandungi pelbagai cerita yang ditulis dan dilukis oleh ramai kartunis, dan hakcipta komik yang bukan milik kartunis yang melukis tetapi milik syarikat penerbitan.

So kalau kartunis tu berhenti daripada syarikat tu, dia tak boleh bawa karya dia sebelum ini yang pernah diterbitkan di majalah tu untuk diterbitkan majalah lain. Malah karya dia yang terpaksa ditinggalkan itu kartunis lain yang masih bekerja di syarikat itu boleh pandai2 sambung cerita dan lukis balik tanpa persetujuan kartunis asal. Itulah yang pernah berlaku kepada Aie yang pernah glamer dengan komiknya Aku Hidup Dalam Blues dan Blues Untuk Aku.

Sumber gambar

Berbeza dengan Jepun, sebuah karya tu adalah hakmilik pelukis komik atau mangaka tersebut, so tak kira lah pada asalnya ia diterbitkan di majalah Shonen Jump, kalau lepas tu ia keluar dari penerbitan Shonen Jump dan nak terbitkan karyanya di majalah komik mingguan yang lain seperti V Jump, Jump Square dan lain2 pun takde masalah, dan orang lain pun tak boleh pandai2 sambung cerita tanpa kebenaran penulis asal. Aku harap di Malaysia benda ni dapat berubah. Apa beza seorang penulis novel dan pelukis komik? Mereka buat benda yang lebih kurang sama, tapi kenapa layanan sangat berbeza hanya dipandang sebelah mata, malah ada bekas2 kartunis yang kini terpaksa mencari rezeki dengan melukis potret dan karikatur di Central Market dan pusat kebudayaan.

Selain dari isu tu, satu lagi aku tengok majalah komik2 Melayu ni cerita dan kandungannya tak mengikut peredaran zaman. Stroke lukisan pun masih lagi style orang lama dan ceritanya mesti balik2 lawak, lawak dan lawak yang dah ketinggalan zaman. Budaya membaca komik ni bukan macam kat Jepun, kat sana orang tua umur 40 50 pun masih baca komik. Kat sini yang baca komik hanya dikalangan budak2, remaja dan orang yang baru nak meningkat dewasa. Bila dah start kerja, umur masuk 30-an, diorang dah tak baca sangat dah komik2 ni.


Sebab tu bila buat komik, lukisan dan jalan cerita perlu berubah mengikut zaman untuk menepati citarasa golongan orang muda yang masih lagi baca komik. Formula yang sama dilakukan oleh penerbit majalah Gempak yang majoritinya orang Cina di mana jalan cerita dan gaya lukisan yang fresh walau meniru manga Jepun sedikit sebanyak berjaya menarik hati orang muda.


Jalan ceritanya sahaja tidak boleh terlalu fokus kepada lawak dan komedi sahaja, perlu ada banyak unsur2 drama, psikologi, kekeluargaan, persahabatan, aksi, kuasa ajaib, fantasi dan lain2, barulah generasi2 baru ni akan tertarik untuk baca. Banyak komik2 Jepun boleh buat aku tersentuh dan teruja bila baca, sayangnya komik2 tempatan setakat ini belum mampu membuatkan aku rasa sebak.

So aku harap suatu hari nanti industri komik tempatan terutama komik2 yang dihasilkan oleh anak Melayu akan lebih maju, kalau bukan kat persada dunia pun at least di negara sendiri pun dah cukup bagus. Kalau di negara seperti Jepun, US, Korea, Hong Kong, karier sebagai pelukis komik professional atau kartunis malah pembantu pelukis pun adalah antara karier yang menjadi pilihan dan ada masa depan, aku harap begitulah juga di Malaysia.


Oh ya sambil2 tu boleh baca komik online dakwah di http://mfrstudio.blogspot.com/. Kalau nak baca komik2 lawak merapu nokharom, pergi je kat ADB yang dah lama tak update tu.




tags: nasib industri komik tempatan malaysia gila-gila ujang gelihati batuapi gedung kartun apo gempak starz utopia kreko majalah g3 karangkraf tamat bakal terkubur tak laku jualan turun kartun jepun manga japan barat us superhero hong kong tony wong korea manhwa pelukis komik professional kartunis manga penulis novel karier aie sireh tembakau lambok lawak antarabangsa antara benua aku hidup dalam blues untuk aku dan sesuatu kartini  

40 ulasan:

  1. first kah???

    - harap tak masuk spam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. noob hang baca KungFu Boy Chinmi? wahahah manga favorite aku masa zaman skolah rendah dulu tu! lama dah x dengar sapa2 sebut nama manga tu hehe... ranma 1/2 pulak aku layan masa kat uni lol XD

      Padam
  2. rasanya komik perlu tukar atau dimasukkan kan dari episode awal ke internet macam manga.. sekarang komik jarang orang beli dah :) hoho

    Tak tau betul ke tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada orang buat cumamalas atau tak aje..
      Ada orang scan macam laman www.i-komik.com selain pelbagai blog2 persendirian..

      tapi tu la rajin atau tak aje.. Kalau ada yang rajin nak scan digitalkan apa salahnya..

      Padam
  3. skang aku collect lawak kampus n lawak pop gang.. local kartunis from gempak.. utk lawak kampus.. kartunis die nama keith.. baru2 ni releast 10years aniversery komik. so fan2 & kartunis lain lukis katun wat komik ni.. fresh idea lawak die.. try la bace bro..

    BalasPadam
  4. ohaa noob u bring back the memories... awal tahun 95 - 1997 sanggup ku kumpul duit blanje skolah yg mak bg 70sen sehari utk
    bli komik dragonball RM3.50. komik hongkong jengking merah, dewata raya xmampu sebab kuar 2minggu skali..then baca dkt sekolah dlm kelas tumpang member punya...hahaha

    xsempat nak khatam pun komik hongkong.. citer panjang bejela sampai episode 500 pun xhabis lg.

    skrg walau dh bkerjaya dan bduit... dh xda dh minat nk beli komik..naruto baca dkt intenet hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku balik kg tengok koleksi komik macam sayang pulak adik aku letak stor jadi kertas buruk.. ada value ke komik2 ni hahaha.. :)

      Ada picker boleh ambik harga borong? lol..

      Honestly buat masa sekarang aku tak nampak value komik2 ni mungkin aku dah mati esok kot orang carik hahahaha.. :)



      Padam
    2. komik apa? aku mungkin berminat :)

      Padam
  5. kalau tak silap aku la kan, kalau label komik-m yang dibawah PTS Publication tu memberikan hak cipta sepenuhnya kepada pelukis komik. pasal ada member aku hantar komik untuk diterbitkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawan ko tu sapa?yg lukis komik super safee ke? http://pts.com.my/buku/ss10-3-memburu-impian/

      Padam
    2. yup bagi aku skrg ni PTS Publisher mcm mula megerakkan semula industri kolok yg lesu dan jgn lupa kebanyakkan kaya keluaran mereka juga menarik perhatian ^^
      ya, pts membenarkan hak milik komik dipegang oleh pelukis sendiri jadi kia satu win-win solution yg menjamin kebajikan pelukis komik and pulangan lumayan untk penebit itu sendiri

      Padam
  6. Salah UMNO-BN, sebab benarkan penjualan komik luar negara dalam malaysia!

    BalasPadam
  7. dulu mmg minat betul baca gempak...sampai dah keje pun beli gak lagi..igt kan sampai ke tua baca gempak..tapi bila dah kawen ni dah makin tak baca pulak..buzy aiihh..-nice review PON

    BalasPadam
  8. Kalau Gempak, memang Lawak Kampus tak boleh lari lah. Tapi aku paling suka Nizam Bachok. Best!

    BalasPadam
  9. nice review and thanx for the links. haritu aku ada jumpa geng2 fb yg melukis, diorg banyak diskas gak pasal mende ni. ada banyak lagi majalah yg x berjaya. contoh yg aku suka dulu urban comics, by azhar abdullah, adijin etc

    sekarang the only magazine yg aku beli = APO sbb aku suka Jon Suraya & Eisu. tapi memang isi majalah tu dah x macam dulu. betul la ko cakap, peredaran zaman membuatkan certain comics invalid. tapi at least, if the comic is good, paling tak ko tetap akan rasa gelihati kalau ko tak gelak berdekah2 sekalipun. sekarang, aku beli gempak and by the time aku habis baca, aku macam.. wtf did i just read? some of the comics sometimes adalah sampah sesampahnya sampai aku tak paham caner editor dia boleh lepaskan. aku cakap SOME, sebab ada je yg best. puyuh bes,fakhrul anour ok, lawak kampus still membuatkan aku gelak.

    ada sekali fb gempak tulis, something like, "kaoru adalah kartunis wanita pertama malaysia dan telah memenangi banyak anugerah" di mana aku memang tergelak guling2. aku gugel; nora abdullah dah lukis komik since 1950-an.

    skang aku try gak kumpul balik komik lama2 yg bes, cam abe, 3 dara pingitan, aku budak minang etc.

    komik2 independent kalau nk beli, aku kne save duit untuk beli time event2 macam comic fiesta or mgccon aritu.

    satu benda yang aku tak lupa masa mgccon by pekomik tahun 2012, dato' lat cakap, "draw anything u want. lukis saja apa yang kamu mahu." sebak aku dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh gempak aku dah jarang2 sangat beli, dulu time study mmg pengikut setia gempak, utopia n kreko... pehtu mcm ko kata la, local comics skang dah agak kureng n mcm ketandusan idea... zaman skolah layan ujang ngan Apo... skang ni baca japs manga on9 ja, english scanlation lagi feel baca :D

      local comic artists yg aku suka zint, ageha, totoro, fakhrul anour, keith and puppetear ^^
      aku follow ageha n zint kat deviantArt, ageha (meng) selalu update kat DA and is very friendly n humble XD

      Padam
    2. eh silap Apo pulak dah, Gila-gila... zaman skolah layan komik Ujang n Gila-gila... hahah :p

      Padam
    3. ohh aku suka ageha punya citer. simple and nice :D lukisan dia tak serabut.

      puppeteer punya kalering sangat mengagumkan. diorg ade kat DA ke? aku nak kne bukak DA balik la pasni :D

      dulu masa awal2 komik gempak, time mat gempak warna kuning tu, ko ingat tak? memang aku follow. ada satu zaman diorg memang bes gile. tapi aku rasa maybe zaman kita dah lepas kot. sekarang diorang alter diorang nyer cara ikut trend generasi lepas kita.

      zaman tu jugak shamsinar ngan xansiviera selalu hantar artwork kat gempak n kreko. suka lineart diorg time tu

      Padam
    4. *generasi lepas kita tu maksud aku adik2 kita*

      Padam
    5. uih ingat ingat... mat gempak warna kuning mcm smiley face versi gangster hahah, best time tu XD

      biasa la peredaran zaman... lepas tu semua nak tiru nippon sesangat, mcm dah tak ada identiti jati diri la pulak jadinya, tiru sikit2 ok la, kalo terlalu nipponised sgt dah tak jadi malaysian comic la huhuu...

      ageha kadang2 ada gak komen kat artwork aku, terharu woh hehee XD

      Padam
    6. Gempak zaman smiley kuning tue?.. aaa.. aku ingat lagi. Ada banyak komik best sebab masa tue ramai kartunis dia dari One Academy kot dan masa tue cita cita aku nak masuk One Academy. wkwkwkww

      Padam
    7. Memula gila-gila kemudian keluar dari gila-gila buat majalah Ujang then split up buat apo then merge then ntah jadi apa.. tak ikut dah hahaha..

      Biasa la politik..

      Padam
    8. Kreko dulu ada juga beli lepas dah stop beli komik hongkong..
      tapi sebab susah nak jumpa asik miss je malas nak beli dah..
      ditambah pulak boleh baca online hahaha.. lagi terus malas..

      Padam
    9. owh Mat Geempak, lama x de keluarkan siri baru apa yg sy tahu, pelukis citer tu dah jadi ditor kat gempak skrg ni^^
      yg ageha tu, setahu sy dye pun ada sumbang karya komik dalam siri pamplet pendidikan kira mcm setiap pamplet harga seringgit masa awal melinium(sekolah rendah lagi tu) beli and terus buka bahagian tengah komik ageha yg sentiasa ada cerita/komik baru setiap siri slalu pinjamj dari kawan(mahal seh 1 ringgit bagi aku masa tu)
      hime s, boleh saya tahu apa yg buat awk rasa somee artwork dlm gempak tu WTF? nak tahu gak

      Padam
  10. dlu aku kumpul kreko sampai berkotak... bila dh start keja skip3 bli last2 xbli langsung...:)..

    hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha sama la geng.. La ni malas nak beli..
      Rasa nak membeli tak sekuat masa jadi pelajar hahaha..
      walau dulu takda duit dorongan nak beli tu kuat sekarang ada duit malas nak beli..

      kakaka ntah kenapa manga baca online je..

      P/S: Salahkan Tun Mahathir sebab adakan MSC dan open internet hahahaha.. :D asik salah menyalahkan aje.. :)

      Padam
    2. hmm salahkan streamyx atau unifi jela..

      bagi aku kreko masih relevan lagi.... untuk cari manga baru yg berbaloi dibaca, walaupun kat internet boleh baca free tapi rambang mata la nak mencari sesuatu yang berbaloi.

      Padam
  11. i suka sangat gn majalah ujang..every month not missing nk beli wlaupon
    my hubby ckp i mcm budak2..but,its my hobby...
    btul lah..skrg kartunis2 dah kurg bez..tak cam dulu..idea n the story bez giler...

    BalasPadam
  12. support our local act.

    BalasPadam
  13. Kalau kabo Lat, siapa yang tak kenal tapi kalau sebut kartunis yang sama lejen macam Rejabhad, Jaffar Taib, Zainal Buang Hussien, Fatah, Don, Kerengge dan ramai lagi siapa agaknya yang masih kenal?

    Kalau bab komik, aku suka Aku Budak Minang, Aca dan paling best kisah Pengembaraan Bad dan Sutan Jabu, serius aku nak baca balik komik komik nie. Ada versi digital untuk ABM, tapi Bad dan Sutan Jabu memang hilang terus.

    Aku rasa kartunis dulu lagi best idea idea mereka sebab masa tue komik luar sangat kurang. contoh macam Mega Movie stail kartunis Ambo, 3 dara pingitan, Cabai dan Blues Untuk Aku, Aie. Aku memang respek gila.

    Zaman la nie, aku dah tak berapa kenal kartunis baru. Aku pun dah jarang beli majalah komik. Dua tahun sekali baru aku beli komik Gempak kot.

    Kalaulah kartunis kat Malaysia nie dilindungi hakcipta mereka... takkan jadi macam kisah Ujang dan Aie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian hakcipta mereka idea mereka stroke mereka orang lain yang buat untung.. :| itu la masalah utama orang tak boleh hidup berkarya.. maka jadi la seniman pelukis macam jaafar taib.. :)

      buat galeri then jual lukisan cecah puluh ratus ribu.. bahkan juta :D


      Padam
    2. bila baca balik komik Gila-Gila, pergh banyak lawak intelek seyh untuk org2 dewasa. Lebih2 lagi bila siri Mega Movie, hasil karya oleh Ambo. Selalunya siri mega movie ni mesti menyindir hal ehwal semasa si pelakon/artis takpun jalan cerita filem tu. boleh tahan makan dalam gak lawak dia.

      Komik Periwira dari Rejabhad, kalau korang ada anak bagi dia baca masa kecil pastu suruh dia baca masa dia remaja dan akhir sekali baca sekali lagi masa dia dah dewasa. Tafsiran pandangan berbeza di berlainan peringkat umur. Aku sangat terhibur jalan cerita Periwira yang dungu tapi cerdik pada mulanya tapi dapat kahwin dengan puteri raja akhirnya.

      Bagi aku pelukis macam Jaffar Taib adalah contoh pelukis terbaik bagi setiap pelukis2 di Malaysia. Seni lukisan / stroke beliau tersangat kemelayuan ataupun nusantara mahupun asia. Lukisan dia banyak keperincian yang kecil, rasa tenang & geli hati tgk lukisan sang kancil beliau. Aku suka kiasan, sindiran serta peng'ibarat'an haiwan dalam lukisan beliau, mmg contoh cerita rakyat versi modenlah.





      Padam
  14. Industri komik harus berkembang kalau dulu kertas sekarang animasi.. baru gempak.. Ada banyak yang boelh dipelajari dari Jepun..

    Dragon ball misalnya dari manga kepada anime kepada movie..

    jalan cerita komik jepun lebih universal.. tidak local sangat so boleh diterima seluruh dunia bahkan kebanyakn komik mereka guna receyled idea2 sejarah antarabangsa.. sebab itu macam One piece macam naruto boleh diterima seluruh dunia..

    Kalau ko buat komik cerita usop santorian atau kluang-man orang putih faham ke? lol..


    lagi satu teknik jepun atau hongkong lebih beremosi.. aku tak tau kenapa boleh membangkitkan keghairahan untuk ko baca mungkil skill dia mungkin cara penyampaian dan sebagainya..

    Atau mungkin itu semua cuma alasan sebab kita dari kecik dah di ajar menghargai hasil orangd ari hasil sendiri hohoho.. So nak keluarkan komik Malaysia kena duduk hong kong atau Jepun kemudian import ke dalam Malaysia.. kakakaka..



    BalasPadam
  15. Selain komik jepun, aku pun kumpul jugak komik2 berbentuk tabloid mcm kawan, bip..hehe..xtau korang pernah dgr x..

    Kartunster

    BalasPadam
  16. bila baca post nie aku teringat kartun2 kecik kt ruang akhbar. dulu kecik2 zaman Din Teksi lawak la jugak. Skarang x lawak langsung. Lagi bangsat bila kartun nie masukkan unsur politik.

    BalasPadam
  17. baru lepas baca isu lame ujang kat forum.
    http://pergh.com/forum/mags-review-news-and-events/isu-hakcipta-nama-pena-ujang-dibangkitkan-kembali/

    letih nak cerite pasal hakcipta ni rupenye, tak masuk lagi perjanjian bertulis semua..

    BalasPadam
  18. Hehehe. Suatu hari nanti aku bakal menjadi pelukis komik gaya jepun dgn beberapa kawan2 aku ( rival ketat ) . Aku n kawan2 aku insyahallah bakal buatkan anak2 muda mau buat komik yg awsome awsome. Heheh tapi kena tunggulah. Aku nie masi remaja tunggu aku jadi dewasa lah! Wakakaka aku buat malaysia di antara terbaik dlm menghasilkan komik. (walaupun gaya jepun) heheh Aminnnn!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersainglah dgn Aku. Lol . Aq bole Tahan la jugak . Aq start buat komik (dlm buku tulis) sejak umur 10tahun

      Padam
  19. pada pendapat saya,komik malaysia terikat dengan stail lama...contohnya,tak pernah ada komik bersiri malaysia yang menarik tapi tak panjang muka suratnya seperti komik jepun yang sekurang-kurangnya ada 15 muka surat setiap keluaran.....malah ada lukisan kartunis terlalu over sangat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.