Halaman

Khamis, 20 Jun 2013

Pensyarah universiti yang super cool

Kalau cikgu atau pensyarah aku super cool macam ni, memang aku takkan tidur lagi dalam kelas. Nama pensyarah ni Matthew Weathers yang mengajar subjek Matematik di Biola University, California, dan dia selalu buat prank dalam kelas dia.





Ada tak cikgu atau lecturer kat Malaysia yang super cool macam dia? Kalau ada baguslah. Macam inilah kalau pengajar tu seorang yang passion dengan kerjaya dia, penuh semangat. Murid pun akan belajar dengan penuh minat dan tak boring. Ini tidak, benda ni macam chain reaction atau tindak balas berantai la, bila ada segelintir yang jadi cikgu atau pensyarah hanya kerana sama ada takde pilihan kerja lain atau sebab nak kerja gomen. Pastu mengajar sebab cukup syarat je, student faham tak faham lantak kau orang la janji gaji aku masuk bulan2.

Student pulak dah lecturer pun macam tu, lagi la malas dalam kelas tido sampai meleleh air liur, tak faham apa yang diajar takdenya nak berjumpa lecturer untuk bertanya, bila exam result cukup2 makan janji tak kena tendang, last2 lahir la graduan cap ayam yang belajar bukan kerana minat atau penghargaan kepada ilmu pengetahuan tapi hanya untuk dapat sekeping kertas yang bertulis "Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bla bla bla" untuk diisi dalam resume dan untuk ditunjukkan kepada orang yang menemuduga kita untuk jawatan kosong, lepas tu bila dapat kerja suruh buat kerja cakap tak tahu, habis tu belajar sampai 4 5 tahun tu buat apa? Kalau tak tahu belajar, ini tidak, malas dan terus mengharapkan orang lain untuk selesaikan kerja kita. Bukan semua ya, tapi segelintir.




tags: lecturer pensyarah cikgu super cool smartest teacher ever biola university california matthew weathers mengajar ajar didik bagi kuliah dewan kelas best gila video trick prank april fool halloween math mathematics class sekolah universiti kolej institut  

20 ulasan:

  1. 1st. mohon cikgu suraya mengajar dlm kelas kami...

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

      Padam
  2. tapi zaman sekarang semua tanya prof google. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko salah sorang kot, patutlah kenyataan sentiasa bias.. belajar biarlah berguru..

      Padam
    2. aku setuju.. skang ni aku dah anggap google tu ustaz. sebab semua benda dia tau.. so, silalah tanya ustaz google.

      Padam
  3. ade sorang lecturer aku dulu tu kreatif dan tak bosan langsung approach dia, tapi gaya dia yang agak lain dari yang lain membuatkan dia ditegur oleh beberapa lecturer senior yang konservatif, lepas tu dia terpaksa tukar style dia jadi not as interesting and interactive as before, well maybe local IPTAs ada template yang agak strict yang perlu dorang ikut agaknya... too bad :(

    BalasPadam
  4. hahah memang sesuai nama matthew ajar math... bunyi pun nak sama haha stylo abis! XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah cigu aq dlu ajar sains nama dia zain, tp garang gle huhuhu

      Padam
  5. braper lame persediaan die nk buat semua ni ye?..owh, lupa die serog guru matematik..smuanya sudah dalam perkiraan die..no more argument..>,<

    BalasPadam
  6. teringat dulu masa belajar kat matrik, kat dalam dewan kuliah, lecturer math aku tu suka sangat tulis soalan math, then main campak-campak marker pen. kat tempat sapa yang marker pen tu jatuh, orang tu la yang kena jawap soalan math dia on the spot kat depan sorang2. cuak giler weh..

    kawan aku pernah pejadal aku, dia nak campak marker pen kat aku, sib baik aku lebih tangkas mengelak, terus marker pen tu menuju direct ke kawan aku yang duduk kat belakang aku.. fuh selamat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lecturer aq plak ske buat style tunjuk dgn laser pointer, gelabah gak la gegege...

      Padam
    2. amboi.. main2 laser la pulak, nak lawan laser julia perez ke apa? :p

      Padam
    3. mohon cikgu julia perez mengajar di kelas kami. i love u cikgu. muah2..

      -budak sekolah wira bakti-

      Padam
  7. besnye lecturer ceni..pasti tetunggu tunggu kelas dia..

    BalasPadam
  8. damn...ngapele dulu zaman2 awok belajo takde lecturer camni..... kompem awok 4 flat..... tapi yang pentingnye...lecturer kene pompuan le...

    BalasPadam
  9. sebab tu dalam silibus kurikulum terbaru kpm ada term didik hibur esp for primary level. tujuan asal pembelajaran adalah belajar. kebanyakan tokoh philosophy in education bersetuju proses pembelajaran lebih penting berbanding objektif. malangnya aku lahir dalam sistem yang punya objektif utama adalah A. dan syukurnya aku di didik dengan betul ketika dirumah.

    i was born intelligent, but education ruined me-unknown

    BalasPadam
  10. Macam mana dia buat semua tu.... kreatif idea.

    BalasPadam
  11. Abam noob, sorry off topic skit~

    Nak tanye nie, penah ade masalah nak terminate CMT tak? Alaa bendealah Call Me Tones tue, u ade tau ape2 solusi yg berkesan x nak kasi berjaya terminate bendealah tue? i cari punye cari kat google & call celcom lg tapi tak berjaye jugak terminate CMT...heeee geram giler tau

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.