Berikutan 4 peserta melayu campuran muslim digugur dari pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 selepas ditegur Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, 2 daripadanya dikatakan mempersoal dan mempertikai keputusan pengharaman penglibatan wanita Muslim dalam pertandingan ratu cantik seperti yang telah difatwakan sebelum ini.
Mereka juga dilaporkan masih mahu bertanding juga sekiranya diberikan peluang walaupun penyertaan mereka telah ditarik oleh penganjur. Namun mereka menafikan mempertikaikan fatwa yang mengharamkan umat Islam
terlibat dalam acara ratu cantik dan berkata ia hanya pendapat peribadi
dan telah meminta maaf. Pun begitu, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menegaskan peserta ratu cantik tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang syariah jika mereka nekad dengan keputusan untuk terus menyertai pertandingan tersebut.
Btw, antara keempat2 peserta ratu cantik tu, Kathrina Rizuan, Miera Sheikh, Wafa Johanna De Korte dan Sara Amelia Bernard, bagi aku yang
paling cun adalah Sara walaupun dia menduduki tempat ke-9. Kathrina dan Wafa yang menyinar di Korea ini masing2 berada di kedudukan pertama dan kedua. Namun begitu, disamping ratu cantik ni difatwakan haram disertai oleh wanita muslim, bagi aku pertandingan ratu cantik ini merupakan satu penghinaan terhadap kaum wanita, tidak hormati golongan wanita serta satu bentuk eksploitasi terhadap wanita demi mengaut keuntungan serta memuaskan nafsu para lelaki.
Antara kenyataan salah seorang daripada peserta tersebut, “Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?”. Namun bagi aku kenyataannya ada logik juga. Ya mungkin dalam ratu cantik ada slot yang memerlukan peserta memakai bikini, tapi apa bezanya dengan sukan renang, akuatik dan gimnastik yang bajunya sangat ketat sehingga menampakkan susuk badan? Dan apa bezanya pula dengan sukan bina badan yang terang2 pesertanya pakai spender sahaja.
Adakah disebabkan ia berkaitan dengan sukan yang boleh mengharumkan nama
negara, maka tiada fatwa yang melarang orang Islam daripada menyertai
sukan2 tersebut? Kenapakah kita kadang2 double standard?
tags: peserta pertandingan ratu cantik wanita islam muslim melayu miss malaysia world 2013 kathrina rizuan miera sheikh wafa johanna de korte sara amelia bernard gugur tarik penyertaan tegur mufti wilayah persekutuan pertikai persoal majlis fatwa kebangsaan pengharaman penglibatan nekad mahu bertanding pendapat peribadi minta mohon maaf kena tindakan undang syariah awek cun facebook twitter model ajak masuk agama kristian convert eksploitasi sukan baju renang gimnastik ketat bina badan pakai seluar dalam
Me is 1st..
BalasPadamDah mmg majlis fatwa dgn jakim pun perangai macam haram... Mengeluarkan fatwa ikut nafsu, bukan ikut hukum yg setepat2nya.. Buktinya dah banyak.. Siapa lgi yang kita boleh harapkan utk mengetuai Islam di Malaysia ni? Bincangkan.
PadamMungkin engkau? Since pandai berkata-kata... Tahu tak apa makna fatwa? Mungkin tahu mungkin tidak, dari cara cakap macam tak... Sebelum berkata-kata lengkap sedikit ilmu... Ni lah meleis condemn org jer kerja nya.. Bodoh.
Padamunik nama blog ini..sara amelia memang cun tapi dah ada bopren...salam admin blog walking
BalasPadamooooo...aahkan..betul jgak tu
BalasPadamsatu persoalan yang menarik untuk dikupaskan, mat jo memang suka masuk blog nie, sebab apa, setiap entri yang ditulis lebih kepada soalan mengenai isu-isu semasa dan kebanyakan pelawat banyak memberi pandangan masing-masing, secara tidak langsung membuka minda kita
BalasPadam1) Fatwa
BalasPadamTarikh Keputusan: 15 Jan, 1996
Huraian Tajuk/Isu:
Keputusan:
Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.
Keterangan/Hujah:
Berdasarkan kepada nas-nas yang dikemukakan mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menyertai dan menganjurkan peraduan ratu cantik adalah haram di sisi Islam.
2) Untuk sukan takpe sebab fatwa takde.
Cuba perhatikan kat sini, ada tak MUIP mention pasal bukak aurat ke aper ke?
Maksudnya kat sini, JANGAN LANGGAR FATWA je. dan diorang luper pasal ni Surah Anur ayat 31:
"And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, their brothers' sons, their sisters' sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed.
JAR
dalam bab ni aku suka komen dr maza. fatwa yang tidak standardise. sexist. nak komen lebih lebih takut kena seditious act plak.
BalasPadambtw aku nak share satu view from another muslim scholars about aurat dan hijab. very nice to ponder.
http://www.youtube.com/watch?v=d-vqUwYRsQA
itu indon mmg byk ajaran sesat.yg dh terang2 sesat xpayah la kita ikut
PadamMuslism scholar??? Mcm org yg terlebih pandai sehingga hukum tuhan diputar belit? Berhati2 pegangan kita cuma dua iaitu quran dn sunnah.. Mungkin apa yg dia cakap tu berdasar pendapat ulama shia, qadiani or ahmadi atau sufi dll.
Padambetullah ada banyak pandangan pasal aurat wanita, namun kenapa taknak ikut pendapat jumhur ulama (pendapat kata2 sepakat ulama)?
Padamcuba search k.h drs quraisy shihab. one of prominent sunni exegatis in indonesia.
Padamjust bawa suatu sudut pandangan tentang hijab yang luar dari tradisi. aku tak kata aku nenolak pendapat jumhur ulamak dan terima apa yang qurais shihab kata. btw kat malaysia pun berbagai jenis mazhab hijab aku tengok orang pakai. ada mazhab muslimah pas. ada mazhab puteri umno. ada mazhab global ikhwan. lebih terbaru maxhab fareeda. so agak relevan dengn apa yg quraisy shihab sebut. yang mana satu menepati islam?
Padamand anon kat atas sebelum sesatkan orang indon better luaskan pembacaan sebelum indon gelakan korang.
Bro mecha_praline
Padamleh bagitau beza mazhab muslimah,puteri umno,global ikhwan dan mazhab fareeda tak?
sebab aku tengok same jer...
Sorry bro mecha, aku terpaksa tak bersetuju. Kita dah sedia maklum akan aurat wanita, so tak kisah lah yg berkaitan dgn hijab atau mazhab, so yg mana wajib ditutup perlu ditutup. tapi kau pun tahu bukan bagaimana liberal nya sesetengah org indon dn termasuk jg ulamanya. Arak pun ada yg halal, kahwin campur agama ada juga dihalalkan. Dalam video tu terang2 dia kata aurat kepala tidak wajib, lepas tu memperli pulak org yg tutup aurat, lepas tu senang boleh pulak cakap anaknya sendiri tak perlu tutup kepala kalau tak nak dn dia sbg bapa boleh pulak gembira?? Dia tak tau kah dosa anak dia pergi kat dia??APA NI BRO?? Tutup kepala seluruhnya tu wajib n tu hukum tuhan.. Dia nak tutup dgn hijab ke, kotak, stokin, tuala ke, selagi tutup habis tak menjadi masalah. Apa yg aku tahu bro, nabi dpt wahyu apabila aisyah isteri nabi sedang masak didapur dgn apron, sebaik sahaja mendengar wahyu tu, aisyah dgn serta merta menutup kepala dgn apron, dia tak byk cakap bro tapi sekarang ada pulak ulamak yg suka2 hati cakap tak wajib lepas tu melengah2 tuntutan wajib agama atas anak sendiri. Yg aku tahu khilaf ulama ttg isu ni hanya ttg hijab dan niqab, samada bhg muka tu aurat atau tdk. Ulama tu manusia jg bro, mereka mcm kta juga tak lari dr kesilapan. Sbb tu kalau nak refer kena cari yg betul2 teguh dgn quran dan sunnah.
PadamMuslim scholar mana indon tu? :) jawapan yang agak bahaya.. Memang la takda dalam quran suruh paksa tapi ada dalam quran menyuruh.. Kalau sebagai bapa takda suruh langsung anak dia tutup aurat tak tau la nak cakap apa..
PadamFesyen hijab tu takda masalah tapi ada yang kata menyalahi agama bila berhias terlampau sebab perhiasan kalau ikut quran tidak boleh ditunjukan kepada orang lain yang tak sepatutnya..
Secara peribadi aku agak gerun dengan fesyen Hijab sekarang ada yang agak melampau.. aku sangat risau hijab yang asalnya bermatlamat sebagai pelindung dan penyelamat menjadi sebaliknya pula.. bila fesyen yang keterlaluan ini menjadi daya penarik.. Menjadi daya penarik lelaki-lelaki gila di luar sana..
Harapnya pereka-pereka fesyen hijab dan what so called pakain muslimah ni dapatkan nasihat dan pendangan tokoh agama dan ulama dalam fesyen mereka supaya selari dengan syariat Islam dan bukanya selari dengan nafsu nak cantik sahaja..
sebelum aku ulas bab perbezaan hijab muslimah pas, umno, global ikhwan dan segala macam trend hijab terkini, aku nak bawa korang selami dulu apa yang pak kiyai quraisy shihab cuba sampaikan. dari video2 yang aku tengok, beliau nak bagi tahu konsep aurat itu sendiri pun ulama islam berbeza pendapat. ada yang mengatakan aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. ada yang menambah kecuali mata dan tapak tangan. so apa yang aku nampak pak kiyai cuba bersikap moderate dengan maksud cara behijab umat islam boleh diterima dalam pelbagai bentuk. fundamental aurat bagi pak kiyai adalah sopan. selama mana masih berpakaian sopan dikira menutup aurat. ok now kembali kepada konsep hijab umat islam. wanita saudi berhijab dari atas sampai bawah. berstoking dan bersarung tangan. hanya nampak mata. wanita global ikhwan pun hampir sama macam saudi. wanita pas agak linien bertubung labuh dan masih menampakan wajah. dan wanita umno ada yang menampak jambul dan tidak berstoking tidak bersarung tangan. hijab ala artis menutup rambut tapi menampakan leher. now siapa boleh justifikasi cara berhijab yang benar2 menutup aurat sebagaimana jumhur ulama yang sebenar?
PadamAku ingat ustaz Don Danial dah berulang kali habaq..
PadamTapi ko nak juga tengok dan ikut orang Indon.. pastu tanya mana syariat pulak adeh..
Ntah la meca... ikut suka ko la..
Aq rs lobot nie x layan channel tv alhijrah kot,ustz don pn die x kenal agknye hewhewhew~~~
PadamBro mecha, ko sendiri dah bagi jwpan dari komen aku, cuma tak da makna langsung kalau hijab separuh kepala, lepas tu ko kata pulak ttg mazhab umno??? Ape ke benda mazhab umno dn pas dn saudi ler??? jumhur ulama sunnah iktiraf 4 mazhab je bro iaitu maliki, hambali, hanafi dan syafie.. Khilaf ulama ttg isu ni cuma dua
Padamtutup semua sekadar nampak mata shj- niqab
tutup semua kecuali muka dn telapak tgn- hijab
hmm kata2 mecha sebenarnya masuk akal disebabkan pengetahuan aku yang dulu tentang bab khilaf aurat nih teringat kembali.
Padamastora jabat (penulis ruangan agama di utusan malaysia & dan selalu sangat kene kutuk oleh org2 PAS) pernah keluar kenyataan kontroversi berkenaan aurat. Dia kata isteri Dr Mahathir tidak perlu tutup kepala atau rambut kerana 1) dia uzur sebab tua (ini aku setuju) 2) kekhilafan tentang aurat sepertimana mecha cakap .
sebab kedua tuh mendatangkan banyak kontroversi dan bantahan banyak agamawan (lebih2 lagi dari PAS masa tu). aku pun masa tuh tak boleh setuju kerna isteri perdana menteri adalah seseorang yang selalu jadi pemerhatian awam dan kelakuannya boleh menjadi ikutan orang ramai.
tapi oleh kerana hari makin hari, manusia pun boleh berubah, ada yang ke arah baik atau buruk. aku boleh terima pandangan hang, mecha (tapi tak tau nak setuju ke tak sekarang nih). namun golongan yang boleh bagi kata putus nih aku rasa jumhur agamawan/ulama di peringkat malaysia, diaorg la yg boleh bagi 'final say' pasal aurat nih. mungkin bab2 aurat nih akan dirujuk/semak semula pada tahun2 akan datang sekiranya timbul hujah/tafsiran/hadith yg lebih kuat.
tq kepada yang respons pasal pandangan pak kiyai quraisy shihab. aku rasa ini dah off topic. aku malas nak panjang pasal hal ni since cara komen kat sini tak macam forum. susah nak repons kepada user. tambah pulak orang malaysia ni pantang berbeza pendapat terus label hinggap kat dahi.
Padamuntuk biskut, apa yang ko sebut tu memang ada kaitan. persoalan timbul bila kita mandatorikan aurat itu di bahagian-bahagian tertentu terutama rambut. banyak kes stigma perempuan berpakaian sopan tapi free hair akan dihantam secukup rasa. in other hand aurat lutut lelaki kelihatan ringan. begitu juga aurat perempuan berseluar ketat tapi bertudung dilihat tidak seberat aurat memperlihatkan rambut.
so bila ulama sendiri ada berpendapat wanita tua auratnya dibahagian rambut menjadi ringan tatkala mencapai umur/keadaan tertentu, adakah mandatori menutup kepala sudah terlucut? (atau tergantung kepada nafsu lelaki yang melihat? bila sudah tak bernafsu maka hukumnya boleh? apa pun ini cuma persoalan)
back kepada hukum asal aurat seperti anon sebut. secara asas terbahagi kepada dua.
1. tutup semua sekadar nampak mata shj- niqab
2. tutup semua kecuali muka dn telapak tgn- hijab
cuba relate apa yang di amal oleh wanita muslim di malaysia? menepati yang no.1 atau no.2? atau langsung tak tepat dengan mana-mana pandangan? kalau ikut pegangan rigid korang, sudah pasti wanita arab saudi akan kata korang ni liberal. tutup aurat ikut kepala bana korang.
tapi kalau pendapat pak kiyai quraisy shihab, cara berhijab wanita muslimah malaysia masih dalam kategori menutup aurat. itu jer..
bab liberal simpan dulu. next isu kita jumpa lagi.
inb4, 4 orng muslimah tu maybe akan dibenarkan masuk ratu cantik semula kata pengarah jawi.
Padamhttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/27/mstar_berita/20130726170109&sec=mstar_berita
flip flop
#mecha
Bro mecha, aku rasa ko silap part wanita tua tu, yg aku tahu, wanita tua hanya boleh membuka penutup wajah atau menanggalkan niqab kalau dia yakin wajah nya tdk lagi mampu membawa fitnah. Dan sekarang dia hny berhijab dan masih lg wajib menutup srluruh badan. Selain wanita tua wanita yg tak berapa cantik/hodoh blh jg.So sekarang tak da isu pun yg hukum wajib tu gugur, dan masih lagi dlm khilaf jumhur ulama. Aku rasa bukan kau shj yg silap tapi byk lagi org lain sbb isu2 jarang dibahaskan,
PadamN bro mecha, kali pertama aku tengok video tu aku tak baca komen dia tapi second time aku tengok byk komen yg negatif kpd ulama tu. Kalau nak compare ttg cara berpakaian kat msia dgn arab saudi blum cukup nak justifikasikan Quran dan sunnah bro, back to basic bro, kalau d msia byk yg tutup aurat tapi ketat2 masih lagi dikira x tutup aurat dgm sempurna dll seperti tudung yg tak tutup dada, make up, pakaian menyerupai lelaki dll. Kalau nak ikut majority wanita kat msia mcm tu so itulah cara menutup aurat masih tak dpt atau valid utk menyangkal hukum tuhan. Kalau hukum tuhan diperlekehkan esok2 org cuma perlu guna niat tutup aurat je, sedangkan bertelanjang di dpn org ramai? Bahaya tu bro, dan sekarang kita mmg menuju kearah tu sbb fahaman Islam kita sdh bercampur aduk dgn yg batil. Minta dijauhkan dari fitnah2 tersebut.
Padammemang betul pun banyak komen negatif sebab view dia lain sangat dari mainstream. btw tq atas pencerahan.
Padam#mecha
Aku tertarik dan terbalik dgn kenyataan kau mecha- dlm komen kau, kau kata ulama Indonesia itu hanya bersikap moderate? Moderate ke? So yang tutup aurat sempurna tu extreme ke? Kalau zaman sekarang ni golongan extreme ni kebanyakan digelar terrorist. Mungkin kau tak bermaksud mcm tun mecha, tp mungkin ada org yg akan tersalah tafsir dgn apa yang kau tulis, jadi berhati- hati sdkt ketika menulis.
Padamtq for correction. aku da jumpa term yang sesuai untuk pendapat pak kiyai tu. bukan moderate tapi tasahhul@take easy dalam hukum. btw aku harap takda orang misleading dengan apa yang aku taip kat sini. sebarang hukum haruslah dirujuk pada orang yang mahir.
Padam@mecha
pendapat astora jabat (skrg ni dia balik selatan thailand dah) mane leh pkai biskut, tulisan dia bnyak ikut kepala otak dia je. main tafsir alquran dgn hadis ikut suke dia. dia penah mengaku tak ikut mana2 mazhab.... lagi satu kalu ko ingat, dia tak menolak yang perempuan boleh jadi imam solat makmum lelaki.
PadamSama2 bro mecha. Aku pun bukan arif dlm agama, tapi dgn sedikit kefahaman yg Allah sdh bagi, tak salah untuk kita kongsi bersama. Islam bermula sebagai satu yang ganjil, dan akan berakhir kepada satu yg ganjil juga, sekarang ni bro walaupun Islam dikenali serata dunia, tapi apabila diutarakan tentang apa yg sudah termaktub dalam quran dn sunnah, orang Islam sendiri berasa ganjil dgnnya, apatah lagi org bukan Isam yg mana apabila dinyatakan Islam itu membawa keamanan mereka akan merasa ganjil kerana atas kefahaman mereka Islam itu agama keganasan. Kalau itu lah yang Dimaksudkan Islam itu akan berakhir sbg satu yg ganjil, kita berdoa agar dijauhkan dari fitnah2 yg menyesatkan. Rasulullah mengajar kita apabila berhadapan dgn fitnah kita harus melarikan atau menjauhkan diri darinya, kerana dikhuatiri apabila kita cuba mendekatkan diri bahkan utk melawan balik fitnah tersebut akan terpesong tanpa kita sedari.
PadamMenutup aurat bagi wanita ni.. kalau dalam Quran ada sebut wanita beriman :) dan ada juga suruhan bagi Lelaki beriman menyuruh wanita menutup aurat..
BalasPadamSo renung2 kan dan fikirkan la iman kita kalau tak mahu menyuruh atau tak mau menutup aurat..
yeala..
BalasPadamDouble standard betul, ratu cantik tak boleh sukan boleh pulak yea? takda fatwa haram wanita meyertai sukan ginastik, renang etc?
Fatwa hanya untuk ratu cantik? sedangkan menutup aurat ni apply untuk semua even main bola sekalipun.
Tahun lepas atlit dibenarkan tak berpuasa sebab menyertai sukan Olimpik.. Aduh.
"boleh land", mmg banyk perkara double standard...
PadamYUP..
BalasPadamwalaupun aku setuju Ratu Cantik ni tiada penyertaan dikalangan org islam atas dasar kene tutup aurat, mcm ne plak ngan sukan2 yg sah2 pompuan kene berpakaian renang and sendat..?
a bit not fair kat situ.. sah2 akan dipersoalkan...
Macam mana pula dengan sukan bola sepak yg lelaki pun nampak lutut? Aurat juga tu. Senang kita haramkan je semua sukan yg buka aurat ni. Bukannya menang pun atlik ni. Menghabiskan boreh je ada la.
BalasPadamWell said..x yah haramkan kot, just bg garis panduan pemakaian yang menutup aurat la :)
PadamFatwa untuk perkara baru. Aurat memang sudah lama haram dibuka.
BalasPadamFahami fatwa tu, fahami apa itu fatwa. Fahami juga kaedah media bertindak (hanya atas dasar isu popular/melariskan jualan).
Fatwa:haram 'terlibat' dalam ratu cantik baik peserta/penganjur.
Kena juga faham sistem syariah perundangan. Sistem undang2 berpisah dengan sistem penguatkuasaan.
Katalah ada pelanggaran, yg boleh bertindak, pihak penguatkuasa. Badan fatwa cuma bermuzakarah mengeluarkan fatwa.
Kenapa benda simple pun nak muzakarah mesyuarat bagai? Dalam agama, amanah dan hati2 sangat penting. Bukan boleh jatuh hukum hanya based dari 1 hadith/ayat quran, kena rujuk berbagai sumber (hadith/quran/pendapat sahabat, tabi'in,tabi' tabi'in, qias, ijmak ulama', dan mcm2) kalau hanya 1 dalil diguna, byk benda kita buat sekarang ni haram.
inb4, aurat memang wajib dijaga. Tak perlu fatwa untuk tahu.
PadamArak dan judi juga haram tapi ada orang kata terlibat sebab business bukan main judi atau minum arak hohoho..
Padamkalau masuk sukan renang pakai tutup aurat boleh jer aku rase..banyak jer baju renang yang mentutup aurat. sbb org tu sendiri pakai ketat, yg kita nak haramkan org islam masuk sukan renang tu nape eh.....
BalasPadamSebab kita sayangkan mereka.. Kita cuba selamatkan mereka..
PadamNabi dulu berdakwah kepada semua orang tak kisa siapa siap kena maki kena baling nak kena bunuh semua sebab dia sayangkan semua manusia dia sampaikan yang betul..
Kita ni lemah sikit kita sayangkan umat yang sedia Islam tapi sayangnya mereka tidak sedar kita sayangkan dia.. Malah pertikai pulak fatwa..
Macamana yea.. saudara sesama islam kita ajak untuk mentaati perintah Allah tak boleh macamana nak ajak mereka bukan Islam.. :|
baju renang muslimah tu ker? hellooo...tutup semua tp masih ketat doe, mne de baju renang X ketat lg sendat?kau tau apa protokol dlm berenang? sexy is safety! mesti kau X prnah dngar an??
Padamlol
bak kata mantot, malaysia bermasalah dalam bab konsistensi. da banyak contoh ketidakadilan dalam menghukum.
BalasPadamalvivi hina agama islam kena dakwa di mahkamah. ibrahim ali hina ancam nak bakar bible, zul nordin hina agama hindu, langsung tak didakwa.
sama gak dalam bab fatwa. renang berirama, gimnastik, bina badan, juga mendedahkan aurat. kenapa takda fatwa?
lepas tu butthurt bila non muslim pandang semacam pada pentadbiran islam.
orang islam dah takde kesatuan, yang party tu buat kena bangkang yg party ni buat kena tuduh sesat.
BalasPadamyg tu sibuk nak berebut pemerintahan baru nak buat hudud pastu tukar negara kebajikan yg lagi satu main sentimen perakauman nak dpt sokongan yg lagi satu hipokrit sembang malaysian malaysia sekolah vernakular tetap nak pertahankan, kasi buang ketuanan, amik meritokrasi, last2 lantik councillor sebab nak penuh kuota, hidup rakyat2 , dah 5 tahun rakyat mcmtu jgk rumah kos rendah pon hanyut dari kedengaran.
islam di persenda dari demi hari patrik teoh, alvivi , sorang muslim buat silap , non muslim hentam generalize blame satu kaum blame satu agama, merata2 dihina, dicaci di malaysiakini, malaysian insider,sin chew daily, the sun, malaymail,free malaysia today. bahkan org islam sendiri tak senang dgn fatwa dgn perundangan islam cari point lain utk disalahkan , salahkan authority tak amik tindakan atlit gimnastik, cari lagi point, benda jelas salah tanpa difatwakan pon semua tanggungjawab amar maaruf nahi mungkar. umat islam sendiri hilang akhlak dalam bebicara , sindir menyindir, caci sesama sendir konon mempertahankan haq. sifat sombong, pentingkan diri,takbur ujub dah mula subur dlm hati2 org islam, buruk sangka sesama islam dan tambah dgn kejahilan yg dah lama berakar umbi.
kesan dakwah islam ditinggalkan. dan kehinaan paling besar Allah swt akan dtgkan pada org islam lebih cepat sampai dari non muslim. umat terbaik ada harga dan tanggungjawab tersndiri. great power comes with great responsibility. kembali pada alquran dan sunnah, dtg dgn rendah diri. selagi masa masih berdetik selagi matahari masih terbit dar timur, selagi nyawa dikandung badan.
well said~~
BalasPadambuasir otak, aku nak cadangkan selain kau ulas krisis dalam negara , ada penting jugak kau ulas sikit pasal krisis environmental issue
BalasPadamcth mcm wordpress ni
http://theextinctionprotocol.wordpress.com/
http://robertscribbler.wordpress.com
tanda2 kiamat dah mula menjadi kebimbangan western community coz earth is changing fast and changes happen in a big scale as well as the process to form "new earth"
mecha..aku selalu gak usha2 komen ko bro..agak liberal la jenis ko nie..xperlu nafikan dn jgn tnye mana slh silap ayat2 ko tu ..mind ur word bout religion mungkin jenis golongan anti-semitik yg sgt tinggi dlm diri ko kot.. yela nk jd keyboard warrior la katakn tp jgn la smpai mudah utk ko bg pandangan2 yg jelik dr segi TUNJUK PANDAI yg ko sendiri x pasti.-j1gg3rs
BalasPadamanti semitic tu anti yahudi bang...apa ke benda tiba2 citer aurat masuk citer yahudi pulok ni?
Padam*kempen membaca entry2 lama BuasirOtak agar admin boleh relax2 skit, x perlu tergesa2 post baru*
islam hadhari.
BalasPadamkenapa hanya pertandingan miss malaysia world yang diharamkan muslim sertainya TETAPI kenapa masih banyak pertandingan ratu cantik yang dianjurkan & disertai muslim seperti dewi remaja, gadis m2 dan sebagainya masih berleluasa dengan disertai peserta dengan pakaian yang tak cukup kain dan seksi-seksa..kenapa tak diharamkan pula???
BalasPadamFatwa kata "ratu cantik" hehe so orang tukar nama dari ratu cantik kepada ratu dangdut, ratu kebaya, dewi remaja, gadis m2, gadis melayu, mencari menantu, puteri melayu dan sebagainya.
PadamPadahal kalau diperhalusi sama aje maksudnya.. nak Islamic pula kita buat "ustazah pilihan" :)
ulamak perlu lebih agresif mencari jalan penyelesaian yg sesuai...plg penting, tdk tunduk kepada kehendak yg melencong daripada syariah.
BalasPadamfulamak~
BalasPadamrenang & bina badan~ porn legal tu~
jangan haramkan~
nanti aku nak fap macam mana~
wakakaka~