Ada yang sampai nak buat solat istikharah agar Tuhan bagi petunjuk nak pilih yang mana satu. So kalau yang tanya aku tu masih bujang, aku akan cuba lagi bagi nasihat dan advise, tapi kalau yang tanya tu laki atau bini orang, maka haruslah diterajang di perut sampai senak.
Cuma aku agak tertarik dengan satu quote oleh pelakon Johnny Depp ni iaitu:
“If you love two people at the same time, choose the second. Because if you really loved the first one, you wouldn't have fallen for the second.”
“Jika anda mencintai dua orang pada masa yang sama, pilihlah yang kedua. Kerana jika anda benar-benar mencintai yang pertama, anda tidak akan jatuh cinta kepada yang kedua.”
Sebab tu bagi aku tiada istilah kayu tiga. Kalau kau sudah mempunyai pasangan dan dalam masa yang sama mempunyai kekasih lain, bermakna kau sudah curang dan khianat kepada pasangan kau kerana mencintai orang lain. Kau tidak akan boleh mencintai 2 orang dalam masa yang sama, kerana kalau kau betul2 mencintai dan menyayangi pasangan kau, kau tidak akan membuka ruang hati untuk mencintai atau menerima cinta dari orang lain. Sekali kau dah membuka hati kau untuk mencintai orang kedua, perasaan cinta kau pada orang pertama bukan lagi perasaan cinta, tapi yang tinggal hanyalah perasaan kasihan dan simpati.
Aku faham perasaan cinta itu kadang2 datang dengan sendiri tanpa dipaksa atau dicari, tapi kalau boleh terutama bagi yang sudah berkahwin tu, tutuplah ruang dan peluang dalam diri anda untuk mencintai atau dicintai oleh orang lain. Walau apa jua rintangan yang dalam hubungan rumahtangga anda, cuba untuk kekalkan perasaan cinta dan kasih kepada pasangan anda, kerana sekali anda dah membuka ruang dan perasaan cinta kepada orang lain, bermakna anda sudah pun mengkhianati cinta dan ikatan janji yang pernah anda lafazkan terhadap pasangan anda.
tags: tips membuat pilihan dalam situasi cinta tiga segi main kayu tiga kasih sayang hubungan romantik romantis curang khianat kekasih pasangan boyfriend girlfriend pakwe makwe awek balak suami isteri rumahtangga if you love two people at the same time choose the second one because if you truly loved the first one you wouldn’t love another johnny depp quote time can heal a broken heart masa menyembuhkan luka hati patah
1st 1st 1st
BalasPadamdah 3 tu :)
Padam1st 1st 1st
BalasPadamkalo yg dah kawen tu, agak2 la skit nak curang. dah ada bini tp nak gi yg lain. tp kalo dah takdir penuh 4 kuota, kena relakan gak
BalasPadammelainkan suami tu intent nak tolong perepmpuan tu bersebb terima jelah....lelaki yg kawin rmi rare..je tak kesemuanya...
PadamBanyak orang lupa bahawa pasangan kita (isteri dan suami) tu adalah tempat untuk membuat pahala.. bukan HALMILIK kita.. Allah pinjamkan kepada kita.
PadamJadi jaga dan generate la pahala melalui suamai/isteri tu sebaiknya.. tunaikan hak-hak pasangan kita..
Pasal jodoh kasih dan sayang berusaha sebaik mungkin dan sentiasa mohon pada Allah. Kerana Allah jua sebaik-baik tempat memohon pertolongan dan perlindungan.
noob check this out..
BalasPadamhttp://www.siakapkeli.com/2013/07/mengejutkanadik-nawal-dikatakan-memang.html
terbaik noob, ak yg solo hmmmm pun pelik mcm mana la kwn ak len ad perepmpuan mcm2 hensem kot ak je bruk, tp x leh ckp ciptaan Allah mcm tu... hm Alhamdullilah bersyukur :)
BalasPadammungkin perangai awk ada problem?
Padamalamak ye ke arghhhhhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk em x pe le klu sensorg...
PadamMohon pada Allah terutamanya malam 10 ramadhan ni..
PadamGood luck
ape to
PadamNoob kalau macam tu org berpoligami ni tak mencintai pasangan
BalasPadamMeteka?
wallahualam :)
Padammaybe lelaki boleh mencintai lebih drpd seorang kot.. i dont know la..
Padamsebab kalau x, takkan laki boleh kawen 4.. even Rasulullah pun kawen lebih sorang.. tak bermakna Rasulullah x mencintai isteri2 yang lain..
Allah takkan benarkan sesuatu tanpa sebab.
and normal bagi perempuan cemburu.. sebab mmg lumrah perempuan hanya boleh mencintai 1.. pompuan yg ada pakwe 2,3 org tu sebenarnya bukan cinta, tapi kesian.. yang dia cinta hanya 1...
my 2cent.. ;p
kerana poligami menyihatkan tubuh badan... :D
PadamHahhaaahhaa... Sihatlah sangat...
Padamlol biskut bnyk "bersenam?"
PadamBiskut dah selalu bersenam tu yang sihat walafiat
PadamAnda bila lagi?
eiii, bukan ker dlm islam ada ckp,kalu kerap sgt "bersenam" ni otak akn makin tumpul,mudah lupa & sebagainyer??
PadamLelaki boleh khawin lebih dari satu atau poligami
Padam"Tapi kalau boleh terutama bagi yang sudah berkahwin tu, tutuplah ruang dan peluang dalam diri anda untuk mencintai atau dicintai oleh orang lain."
BalasPadamAlhamdulillah, sehingga skrg pintu hati sudah tertutup, hanya utk incik suami sahaja (*peace!!*). At the same time kita perlu banyakkan doa supaya Allah memelihara dan merahmati perkahwinan hingga akhir hayat. Cuma bagi yang belum berkahwin tu, buatlah keputusan yang betul agar tidak menyesal kemudian kelak.
noob kalau dah bermadah haha..macam lelaki jawa terakhir..
BalasPadamtrue# janganlah curang..seksa diri sendiri dan pasangan je..
Nasihat yang bagus! Cubalah untuk setia wahai perempuan dan lelaki~
BalasPadamKadang2 bukan kita yang tak setia tapi dugaan/godaan orang yang membuatkan kita ter'curang' tanpa niat.
Atau sekadar test market maybe..
fakyu test market nokhorm
PadamCinta? Satu? :) Hebat.. :)
BalasPadamSebenarnya hanya Dia yang mengetahui rahsia setiap kejadianNya sebenarbenarnya.. Kita hanya boleh merancang dan berusaha hanya Allah penetu segala-galanya.
Cinta tu bukan la hak milik mutlak kita dan Allah boleh manarik dan memberikannya bila-bila masa yang dia kehendaki..
Cinta sebenar adalah cinta yang membawa kita kepada kecintaan kepada pencipta kita.. Allah S.W.T. ianya datang dari Hati dan dari hati juga bersarangnya nafsu dan keinginan.. jadi pandulah cinta bedasarkan iman dan tangungjawab bukannya nafsu.
Cinta adalah anugerah cinta juga ujian cinta juga tangungjawab.. tapi dalam hidup ini yang penting sebenarnya tangungjawab bukanlah cinta semata-mata.. kerana kita kadangkala terpaksa korbankan cinta kerana tangungjawab.
Hanya Dia yang maha mengetahui semoga kita mendapat hidayah dan perlindunganNya dari kesesatan yang menyesatkan.
Utk seorang lelaki yg x bernasib baik dlm mencari pasangan hidup, nasihat ko sangat bernas noob. Mengajar lelaki dan wanita utk setia pada satu pasangan dlm satu masa. Ak suka quote johnny depp tu. Masuk akal juga apa yg dia kata.
BalasPadamcamna kalau dah pilih kedua tapi masih mencintai pertama balik..
BalasPadampilih pertama pulak..
itu namanya tamak,pentingkan diri dan asshole
Padamdah kena pentingkan diri juga kan hidup ni?
PadamAsik jatuh cinta aje cuba la jatuh tanga ka jatuh motor pulak
PadamTu dh masuk kes gila talak.. try la jatuh motor pulak,tngok sape yg nk tolong jagakn kau smpai sembuh,pastu pilihla yg mau jaga kau tu.. amcm gila hebat idea aku kan??
PadamCmana kalau dah pilih yg kdua tp bminat dgn yg ketiga plak? Kes rakus.
BalasPadamtu dalam Islam leh kawin 4 :P kalau mampu
Padamtiba2 rase x cukup nak tambh 4 lak nak cukup kan 4 penjuru tiang?
Padamkalau 4 tiang boleh tampung takpe kalau 4 tiang hempap mati katak aje
Padamsuami X apa suka ke bnyk pmpuan,xde istilah curang, kuota 4.. bini kalu tersuka ke llki lain?? DIE YOU BIATCH!!! HEMPUK KERUSI KASI MAMPOS!!!
Padamhmm kira laki lagi dasyat cemburu dr pompuan aahahaha2
PadamTak suka cinta 3 segi! Argh
BalasPadamMacammana nak berkat hidup.
Hidup untuk cari redha Allah.
Tetiba tazkirah lak. Sekadar renungan untuk diri sendiri dan semua
Salam Ramadhan
Cinta tu tak bersegi
Padambagus jugak ko ni noob buat cerita tentang cinta 3 segi.... aku pun tgk banyak kali terfikir n dapat jawapan tapi selalu lupa balik haha.... bagua la ungkapan Johnny Depp..movie ape ni...
BalasPadamsapa tahu kat mna aku boleh download movie melayu sekarang ni selain torrent.
BalasPadamnak download movie melayu ko taip je kat google download melayu 3gp...
Padamyoutube banyak download je la..
PadamTAIP je melayu boleh, awek malay mesti blambak movie kluar ehewhewhew..
PadamCinta tiga segi. Macam Bermuda.
BalasPadam-.-!
-Len Inouie
hmm, agaknya tu sbb orang suke berkawan2 dgn ramai org (yg lainan jantina) dulu so supaya boleh ada pilihan bile dah sampai masa nak putuskan utk berkapel atau kawen.
BalasPadamso cinta bersegi-segi??
last2 sukar buat pilihan.
well said
BalasPadamaq pernah buat mcm nie, ada yang pertama cari yang kedua.. putus acah2 yang pertama ada buat salah.. last2 sekarang nie bila aq blajar erti setia, aq pulak yg kena tggl.. padan muka aq..
BalasPadam