Selasa, 30 Julai 2013

49 Membuat pilihan dalam cinta tiga segi

Ada antara kawan dan kenalan aku yang aku tahu main kayu tiga atau dalam situasi cinta tiga segi, which mean dah ada boyfriend atau girlfriend, tapi dalam masa yang sama ada kekasih lain. Kadang2 ada yang minta pendapat aku antara dua yang mana satu harus dipilih. Dah macam lagu Ukays "Di sana menanti di sini menunggu" pulak dah.


Ada yang sampai nak buat solat istikharah agar Tuhan bagi petunjuk nak pilih yang mana satu. So kalau yang tanya aku tu masih bujang, aku akan cuba lagi bagi nasihat dan advise, tapi kalau yang tanya tu laki atau bini orang, maka haruslah diterajang di perut sampai senak.


Cuma aku agak tertarik dengan satu quote oleh pelakon Johnny Depp ni iaitu:
“If you love two people at the same time, choose the second. Because if you really loved the first one, you wouldn't have fallen for the second.”
 “Jika anda mencintai dua orang pada masa yang sama, pilihlah yang kedua. Kerana jika anda benar-benar mencintai yang pertama, anda tidak akan jatuh cinta kepada yang kedua.


Sebab tu bagi aku tiada istilah kayu tiga. Kalau kau sudah mempunyai pasangan dan dalam masa yang sama mempunyai kekasih lain, bermakna kau sudah curang dan khianat kepada pasangan kau kerana mencintai orang lain. Kau tidak akan boleh mencintai 2 orang dalam masa yang sama, kerana kalau kau betul2 mencintai dan menyayangi pasangan kau, kau tidak akan membuka ruang hati untuk mencintai atau menerima cinta dari orang lain. Sekali kau dah membuka hati kau untuk mencintai orang kedua, perasaan cinta kau pada orang pertama bukan lagi perasaan cinta, tapi yang tinggal hanyalah perasaan kasihan dan simpati.


So kalau kau berada dalam situasi ini, pilihlah je orang kedua, sebab kalau kau terus berhubungan dengan orang pertama, kau hanya akan terus menyeksa diri dia. Walaupun pada mulanya pahit buat dia, tapi masa pasti dapat menyembuhkan hati yang luka dan suatu hari pasti akan dapat bertemu dengan insan yang lebih menghargai dia, malah dia layak untuk mendapat orang yang lebih baik berbanding anda. Cuma harus diingat, walau kau pilih orang yang kedua, tidak semestinya kisah anda akan berakhir dengan kebahagiaan, kerana sedangkan pantai berubah inikan pula manusia. Mungkin satu hari nanti kau pula akan menjadi orang pertama dan pasangan kau akan mempunyai orang kedua.


Aku faham perasaan cinta itu kadang2 datang dengan sendiri tanpa dipaksa atau dicari, tapi kalau boleh terutama bagi yang sudah berkahwin tu, tutuplah ruang dan peluang dalam diri anda untuk mencintai atau dicintai oleh orang lain. Walau apa jua rintangan yang dalam hubungan rumahtangga anda, cuba untuk kekalkan perasaan cinta dan kasih kepada pasangan anda, kerana sekali anda dah membuka ruang dan perasaan cinta kepada orang lain, bermakna anda sudah pun mengkhianati cinta dan ikatan janji yang pernah anda lafazkan terhadap pasangan anda.




tags: tips membuat pilihan dalam situasi cinta tiga segi main kayu tiga kasih sayang hubungan romantik romantis curang khianat kekasih pasangan boyfriend girlfriend pakwe makwe awek balak suami isteri rumahtangga if you love two people at the same time choose the second one because if you truly loved the first one you wouldn’t love another johnny depp quote time can heal a broken heart masa menyembuhkan luka hati patah

49 ulasan:

  1. kalo yg dah kawen tu, agak2 la skit nak curang. dah ada bini tp nak gi yg lain. tp kalo dah takdir penuh 4 kuota, kena relakan gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. melainkan suami tu intent nak tolong perepmpuan tu bersebb terima jelah....lelaki yg kawin rmi rare..je tak kesemuanya...

      Padam
    2. Banyak orang lupa bahawa pasangan kita (isteri dan suami) tu adalah tempat untuk membuat pahala.. bukan HALMILIK kita.. Allah pinjamkan kepada kita.

      Jadi jaga dan generate la pahala melalui suamai/isteri tu sebaiknya.. tunaikan hak-hak pasangan kita..

      Pasal jodoh kasih dan sayang berusaha sebaik mungkin dan sentiasa mohon pada Allah. Kerana Allah jua sebaik-baik tempat memohon pertolongan dan perlindungan.


      Padam
  2. noob check this out..

    http://www.siakapkeli.com/2013/07/mengejutkanadik-nawal-dikatakan-memang.html

    BalasPadam
  3. terbaik noob, ak yg solo hmmmm pun pelik mcm mana la kwn ak len ad perepmpuan mcm2 hensem kot ak je bruk, tp x leh ckp ciptaan Allah mcm tu... hm Alhamdullilah bersyukur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin perangai awk ada problem?

      Padam
    2. alamak ye ke arghhhhhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk em x pe le klu sensorg...

      Padam
    3. Mohon pada Allah terutamanya malam 10 ramadhan ni..
      Good luck

      Padam
  4. Noob kalau macam tu org berpoligami ni tak mencintai pasangan
    Meteka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wallahualam :)

      Padam
    2. maybe lelaki boleh mencintai lebih drpd seorang kot.. i dont know la..
      sebab kalau x, takkan laki boleh kawen 4.. even Rasulullah pun kawen lebih sorang.. tak bermakna Rasulullah x mencintai isteri2 yang lain..
      Allah takkan benarkan sesuatu tanpa sebab.

      and normal bagi perempuan cemburu.. sebab mmg lumrah perempuan hanya boleh mencintai 1.. pompuan yg ada pakwe 2,3 org tu sebenarnya bukan cinta, tapi kesian.. yang dia cinta hanya 1...

      my 2cent.. ;p

      Padam
    3. kerana poligami menyihatkan tubuh badan... :D

      Padam
    4. Hahhaaahhaa... Sihatlah sangat...

      Padam
    5. lol biskut bnyk "bersenam?"

      Padam
    6. Biskut dah selalu bersenam tu yang sihat walafiat
      Anda bila lagi?

      Padam
    7. eiii, bukan ker dlm islam ada ckp,kalu kerap sgt "bersenam" ni otak akn makin tumpul,mudah lupa & sebagainyer??

      Padam
    8. Lelaki boleh khawin lebih dari satu atau poligami

      Padam
  5. "Tapi kalau boleh terutama bagi yang sudah berkahwin tu, tutuplah ruang dan peluang dalam diri anda untuk mencintai atau dicintai oleh orang lain."

    Alhamdulillah, sehingga skrg pintu hati sudah tertutup, hanya utk incik suami sahaja (*peace!!*). At the same time kita perlu banyakkan doa supaya Allah memelihara dan merahmati perkahwinan hingga akhir hayat. Cuma bagi yang belum berkahwin tu, buatlah keputusan yang betul agar tidak menyesal kemudian kelak.

    BalasPadam
  6. noob kalau dah bermadah haha..macam lelaki jawa terakhir..

    true# janganlah curang..seksa diri sendiri dan pasangan je..

    BalasPadam
  7. Nasihat yang bagus! Cubalah untuk setia wahai perempuan dan lelaki~
    Kadang2 bukan kita yang tak setia tapi dugaan/godaan orang yang membuatkan kita ter'curang' tanpa niat.
    Atau sekadar test market maybe..

    BalasPadam
  8. Cinta? Satu? :) Hebat.. :)

    Sebenarnya hanya Dia yang mengetahui rahsia setiap kejadianNya sebenarbenarnya.. Kita hanya boleh merancang dan berusaha hanya Allah penetu segala-galanya.

    Cinta tu bukan la hak milik mutlak kita dan Allah boleh manarik dan memberikannya bila-bila masa yang dia kehendaki..

    Cinta sebenar adalah cinta yang membawa kita kepada kecintaan kepada pencipta kita.. Allah S.W.T. ianya datang dari Hati dan dari hati juga bersarangnya nafsu dan keinginan.. jadi pandulah cinta bedasarkan iman dan tangungjawab bukannya nafsu.

    Cinta adalah anugerah cinta juga ujian cinta juga tangungjawab.. tapi dalam hidup ini yang penting sebenarnya tangungjawab bukanlah cinta semata-mata.. kerana kita kadangkala terpaksa korbankan cinta kerana tangungjawab.

    Hanya Dia yang maha mengetahui semoga kita mendapat hidayah dan perlindunganNya dari kesesatan yang menyesatkan.

    BalasPadam
  9. Utk seorang lelaki yg x bernasib baik dlm mencari pasangan hidup, nasihat ko sangat bernas noob. Mengajar lelaki dan wanita utk setia pada satu pasangan dlm satu masa. Ak suka quote johnny depp tu. Masuk akal juga apa yg dia kata.

    BalasPadam
  10. camna kalau dah pilih kedua tapi masih mencintai pertama balik..
    pilih pertama pulak..


    BalasPadam
    Balasan
    1. itu namanya tamak,pentingkan diri dan asshole

      Padam
    2. dah kena pentingkan diri juga kan hidup ni?

      Padam
    3. Asik jatuh cinta aje cuba la jatuh tanga ka jatuh motor pulak

      Padam
    4. Tu dh masuk kes gila talak.. try la jatuh motor pulak,tngok sape yg nk tolong jagakn kau smpai sembuh,pastu pilihla yg mau jaga kau tu.. amcm gila hebat idea aku kan??

      Padam
  11. Cmana kalau dah pilih yg kdua tp bminat dgn yg ketiga plak? Kes rakus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu dalam Islam leh kawin 4 :P kalau mampu

      Padam
    2. tiba2 rase x cukup nak tambh 4 lak nak cukup kan 4 penjuru tiang?

      Padam
    3. kalau 4 tiang boleh tampung takpe kalau 4 tiang hempap mati katak aje

      Padam
    4. suami X apa suka ke bnyk pmpuan,xde istilah curang, kuota 4.. bini kalu tersuka ke llki lain?? DIE YOU BIATCH!!! HEMPUK KERUSI KASI MAMPOS!!!

      Padam
    5. hmm kira laki lagi dasyat cemburu dr pompuan aahahaha2

      Padam
  12. Tak suka cinta 3 segi! Argh

    Macammana nak berkat hidup.

    Hidup untuk cari redha Allah.

    Tetiba tazkirah lak. Sekadar renungan untuk diri sendiri dan semua

    Salam Ramadhan

    BalasPadam
  13. bagus jugak ko ni noob buat cerita tentang cinta 3 segi.... aku pun tgk banyak kali terfikir n dapat jawapan tapi selalu lupa balik haha.... bagua la ungkapan Johnny Depp..movie ape ni...

    BalasPadam
  14. sapa tahu kat mna aku boleh download movie melayu sekarang ni selain torrent.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak download movie melayu ko taip je kat google download melayu 3gp...

      Padam
    2. youtube banyak download je la..

      Padam
    3. TAIP je melayu boleh, awek malay mesti blambak movie kluar ehewhewhew..

      Padam
  15. Cinta tiga segi. Macam Bermuda.
    -.-!

    -Len Inouie

    BalasPadam
  16. hmm, agaknya tu sbb orang suke berkawan2 dgn ramai org (yg lainan jantina) dulu so supaya boleh ada pilihan bile dah sampai masa nak putuskan utk berkapel atau kawen.

    so cinta bersegi-segi??

    last2 sukar buat pilihan.

    BalasPadam
  17. aq pernah buat mcm nie, ada yang pertama cari yang kedua.. putus acah2 yang pertama ada buat salah.. last2 sekarang nie bila aq blajar erti setia, aq pulak yg kena tggl.. padan muka aq..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.