Rabu, 31 Ogos 2016

4 Dengan Mata Apa Anda Guna untuk Melihat Sejarah?

Sekarang sudah bulan Ogos, maknanya bulan kemerdekaan. Boleh jadi TV dan sekolah akan meriah dengan lagu-lagu patriotik semula.  Bendera Malaysia berkibaran megah semula (dan dibiar sampai koyak rabak sampai Ogos tahun depan) serta akan ada orang tukar gambar bendera Malaysia pada DP Facebook. Rutin kemerdekaan ini berulang-ulang dan boleh dihafal. Sempena Hari Kemerdekaan ini, apa kata saya cuba naikkan satu isu yang menarik untuk difikirkan.


Selasa, 30 Ogos 2016

6 Suatu situasi boleh jadi rungutan atau motivasi

Gaji aku RM3,000 sebulan memang tak pernah cukup. Daripada RM3,000 tu, aku cuma mampu sewa rumah RM500, hanya mampu beli kereta dengan bayaran ansuran bulanan RM600, bayar pinjaman PTPTN RM300, bayar utiliti bil elektrik, air, Internet dan Astro semuanya RM300, duit belanja dapur RM400, insurans takaful RM200, pendidikan dan keperluan anak RM300.

Itu belum campur lagi nak kena bagi nafkah isteri RM100, kirim kepada ibu bapa di kampung RM100, semua sekali dah RM2,800. Tinggallah baki RM200 cukup-cukup makan je untuk belanja diri sendiri.



Isnin, 29 Ogos 2016

1 Ukuran kejayaan setiap bidang kerjaya itu berbeza

Kerja.

Dalam dunia ini ada pelbagai jenis kerjaya.
Ada kerja di pejabat, ada kerja di luar pejabat.
Ada kerja bermula 8 pagi ke 5 petang, ada kerja 6 petang ke 6 pagi.
Ada kerja yang di bayar bulan, ada kerja yang di bayar hari.
Ada kerja makan gaji, ada kerja menggajikan orang.
Ada kerja sekadar mengisi masa lapang, ada kerja demi sesuap nasi.
Ada kerja yang perlu memerah otak, ada kerja yang perlu mengerah kudrat.
Ada kerja yang fleksibel, ada kerja yang rutin hariannya sama sahaja.
Ada kerja berpakaian uniform, ada kerja berpakaian suka hati.
Ada kerja yang halal, ada kerja yang haram.

Pendek kata, ada bermacam-macam jenis pekerjaan yang dilakukan oleh manusia demi menampung kehidupan dan menyara diri sendiri serta tanggungan masing-masing.

Malah nilai sesebuah kerjaya dan kayu ukur kejayaan itu juga berbeza mengikut bidang pekerjaan masing-masing.



Ahad, 28 Ogos 2016

9 Kes cabul, liwat dan rogol kanak-kanak dan remaja

Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mendedahkan butiran dakwaan pencabulan seks luar tabii yang berlaku di sebuah sekolah tahfiz, melalui kiriman Facebook pada Rabu.

Pendedahan tersebut menyenaraikan beberapa insiden cabul yang berlaku ke atas sesetengah pelajar di sekolah itu.

Syed Azmi mendakwa pendedahan tersebut dilakukan selepas menerima aduan dan melihat dokumen yang dihantar oleh pengadu.

Semuanya bermula apabila salah seorang pelajar berusia 9 tahun memberitahu ustaz gantian bahawa dia membenci sekolah tersebut kerana dicabul kehormatan.



Jumaat, 26 Ogos 2016

16 Buat orang rasa bersalah pada perkara yang baik

Baru-baru ini viral tentang seorang nenek sedang siapkan thesis untuk pengajian masternya. Sesungguhnya usia itu bukan penghalang seseorang untuk menuntut ilmu dan menimba kejayaan kerana ilmu itu tdak pernah ada tarikh luput. Setiap orang layak untuk belajar tidak kira ilmu dunia mahupun akhirat pada bila-bila masa sahaja selagi nyawa di kandung badan. Kerana itu ada pepatah "tuntutlah ilmu hingga ke negara China" dan "tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad".

Ramai yang memuji dan mengambil inspirasi dari gambar nenek itu, malangnya ada sesetengah orang Melayu ada perangai yang suka buat spoil dengan buat orang rasa bersalah dengan menggunakan agama pada perkara yang tidak salah.



Khamis, 25 Ogos 2016

14 Tak mungkin gaji RM5,000 sekadar cukup makan

Berpendapatan lebih RM5,000 mungkin disifatkan mewah, namun tidak untuk mereka yang berkeluarga.

Hakikat itu terpaksa dihadapi seorang eksekutif sebuah syarikat pembekal barangan am di ibu negara.

Hisyam Malik, 36, yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 11 tahun bersama isterinya, mengakui gajinya sekadar cukup makan, setelah menolak perbelanjaan dan komitmen setiap bulan.



Rabu, 24 Ogos 2016

4 Trend video muzik generasi muda yang geli geleman

Generasi muda sering dilanda trend. Trend hipster, raver, tarian boek, dab, shuffle, harlem shake, gwiyomi, video Dubsmash, Vines, Smule dan pelbagai lagi trend. Trend ini bukan sekadar menjadi ikut-ikutan para remaja dan belia Malaysia tetapi satu dunia. Ia menjadi popular kerana ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk join bandwagon trend terkini ini kerana biasanya orang yang lebih awal yang menceburi trend ini akan lebih popular dan menjadi ikon untuk trend tersebut berbanding orang yang lambat join.


Selasa, 23 Ogos 2016

19 Jatuh bangun dan pengakhiran komik Bleach

Lebih sedekad lalu terdapat 3 judul komik Jepun yang sangat gah dan popular sehingga diberi gelaran The Big 3 iaitu One Piece, Naruto dan Bleach. Seperti yang peminat manga Jepun tahu, komik Naruto telah pun tamat 2 tahun lepas pada tahun 2014 dengan 700 chapter, komik One Piece pula masih bersiaran sehingga ke hari ini, manakala Bleach pula baru sahaja melabuhkan tirainya pada minggu lepas.

Sedikit sinopsis mengenai manga Bleach, sebuah komik yang ditulis dan dilukis oleh Tite Kubo, yang telah muncul dalam majalah Weekly Shonen Jump sejak bulan Ogos 2001. Bleach menceritakan pengalaman yang dilalui oleh Kurosaki Ichigo, seorang pelajar sekolah menengah yang berkebolehan melihat hantu, dan Kuchiki Rukia, seorang shinigami (boleh diterjemah secara literal sebagai "dewa maut").



Isnin, 22 Ogos 2016

8 Surat rekaan peminat obses yang sweet sangat

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat Datuk Lee Chong Wei dan semua atlet negara yang telah menyumbangkan pingat dan mengharumkan nama Malaysia di pentas Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil. Semoga mereka semua dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda yang akan menjadi pelapis kepada mereka dan dapat mencipta lebih banyak kejayaan di masa akan datang.



Sabtu, 20 Ogos 2016

4 Melawan arus itu nampak unik, berbeza dan cool

Ada orang suka melawan arus.
Apabila ramai orang yang menyokong, dia akan membantah.
Apabila ramai orang yang membantah, dia akan menyokong.
Ketika ramai orang mengecam, dia akan mempertahan.
Ketika ramai orang mempertahan, dia akan mengecam.



Jumaat, 19 Ogos 2016

6 Melayu keliru dengan logo syarikat pembentungan

Presiden Gerakan Merah mahu syarikat ASW Tech-I Sdn Bhd (ASW) mengubah logo pada lori najis mereka supaya orang Melayu tidak terkeliru dan menyangka ia lori milik Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW).

Mohd Ali Baharom, yang lebih popular dengan gelaran Ali Tinju berkata beliau sendiri terkeliru dan menyangka lori najis itu salah satu produk Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Dengan semangat Melayu yang berkobar-kobar, Ali Tinju bersama 10 penyokongnya berhimpun di luar Menara PNB di Jalan Tun Razak petang tadi, bagi membantah logo yang disangka ASW 2020 itu, kerana mencemar institusi yang menjaga saham Bumiputera.



Khamis, 18 Ogos 2016

6 Atlet Malaysia menghampakan sekadar raih perak?

Selepas pemain badminton negara dalam acara beregu campuran Chan Peng Soon - Goh Liu Ying memperoleh pingat perak dan pelumba basikal negara Mohd Azizulhasni Awang pula memperoleh pingat gangsa dalam acara keirin di Sukan Olimpik 2016 di Rio Brazil, habis berlaku kekecohan di media sosial, bukan kerana kemenangan mereka tetapi kerana gara-gara laporan berita akhbar perdana yang sangat tidak sensitif dan berat sebelah.



Rabu, 17 Ogos 2016

6 Kesedaran palsu, mimpi waras dan kelumpuhan tidur

Waktu pagi jam loceng berbunyi, kita pun tersedar dari tidur. Lepas matikan jam loceng, kita pun pergi gosok gigi, mandi, solat subuh, gosok baju, pakai baju, bersarapan pagi lalu naik kereta untuk pergi kerja.

Akhirnya kita terjaga semula dari tidur. Rupanya-rupanya semua yang kita buat sebelum itu hanyalah mimpi belaka walaupun semua yang kita buat itu terasa seperti benar sekali namun terpaksa ulang buat semuanya dari awal semula.

Lagi pedih jika apa yang kita buat kali kedua itu, juga masih dalam mimpi lagi. Dan bila kita dah betul-betul terjaga masa dah lewat.

Siapa yang pernah kena macam ini?



Selasa, 16 Ogos 2016

10 Suami berkongsi isteri dalam laman sosial

Kegiatan persundalan di negara ini bukan sahaja semakin licik bahkan sangat menjijikkan apabila sebuah laman sosial diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Cheongster yang membolehkan ahli-ahlinya bertukar-tukar pasangan seks.

Siasatan wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai ahli laman sosial itu mendapati selain menawarkan khidmat seks oleh gadis-gadis tempatan dan luar negara, peserta komuniti Cheongster juga semakin ‘sakit otak’ apabila menggalakkan ahlinya berkongsi pasangan seks sama ada teman wanita, tunang atau isteri.

Bagi mendorong lebih ramai ahlinya mengamalkan perkongsian pasangan seks, Cheongster menawarkan satu ruangan khusus iaitu ‘Exchange’.



Isnin, 15 Ogos 2016

4 Manusia cenderung untuk memilih yang di tengah

Aku pernah terbaca ada satu kajian yang mengatakan manusia cenderung untuk memilih sesuatu yang berada di tengah. Dalam kajian tersebut, penyelidik ini menunjukkan 5 gambar yang disusun secara mendatar dalam satu barisan yang mengandungi objek yang sama dan meminta peserta memilih gambar mana yang mereka lebih suka. Hasil kajian menunjukkan bahawa ramai peserta cenderung untuk memilih gambar yang terletak di tengah berbanding yang berada di tepi sekali. Fenomena psikologi ini dipanggil "Centre-Stage Effect".

Disebabkan aku rasa tertarik dan berminat dengan hal ini, maka aku mahu cuba sendiri untuk membuat ujikaji ini di media sosial. Pertama sekali aku tunjukkan 3 keping gambar kucing yang sama dan meminta orang memilih salah satu dari 3 gambar ini. Aku tidak beritahu pun yang gambar ketiga-tiga ini sebenarnya semuanya sama sahaja, tiada langsung sebarang perbezaan dari segi warna, kecerahan, contrast dan ketajaman.



Ahad, 14 Ogos 2016

7 Berjasa dan mengharumkan nama negara itu berbeza

Baru-baru ini gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong berjaya memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Rio dalam acara 10 meter platform seirama wanita. Sehubungan dengan kejayaan tersebut, mereka akan berkongsi ganjaran RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang.

Untuk makluman, di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, ada rakyat kita yang mempertikaikan ganjaran tersebut dan membandingkan dengan jumlah pencen yang tentera dapat serta mempersoalkan siapa yang lebih berjasa kepada negara. Pertikaian tersebut telah dikongsikan lebih 10,000 share di FB yang bersetuju dengan kenyataan tersebut, malah ada yang telah membuat laporan polis berhubung ganjaran dan pencen atlet tersebut.



Sabtu, 13 Ogos 2016

9 Mitos dan salah tanggapan wanita terhadap lelaki

Lelaki.
Perempuan.

Lelaki dan perempuan walaupun juga adalah manusia yang sama, namun mereka seperti 2 spesis yang berlainan. Selain dari sudut biologi dan sudut fizikal, banyak lagi perbezaan tentang dua jantina ini dari sudut psikologi, cara berfikir, emosi, perasaan, ego, mentaliti dan sebagainya. Kenapa berlaku perbezaan ini?

Kerana seorang lelaki tidak pernah dan tidak akan menjadi perempuan, dan perempuan pula tidak pernah dan tidak akan menjadi lelaki. Lelaki tidak pernah hidup sebagai perempuan, begitu juga sebaliknya. Maka disebabkan itu amat sukar lelaki dan wanita untuk memahami antara satu sama lain, kerana mereka tidak pernah merasa berada dalam kasut masing-masing.

Sebagai seorang lelaki, aku perhatikan ada banyak perkara tentang lelaki yang wanita sering salah anggap. Berikut adalah beberapa mitos dan salah tanggapan biasa perempuan terhadap lelaki.



Khamis, 11 Ogos 2016

8 Humblebrag: Merendah diri untuk bercakap besar

Kadang-kadang aku suka baca status orang di Facebook apatah lagi yang sudah level-level selebriti Internet. Aku suka cara mereka mencari perhatian dengan memberitahu kita betapa istimewanya dia, betapa mulianya hatinya, betapa permurahnya dia, betapa banyaknya kebaikan yang sudah dia buat, betapa ikhlasnya dia beramal, betapa dia sangat merendah diri. Setiap hari dia akan mengingatkan kita betapa istimewanya dia dalam dunia ini, betapa dia berbeza dengan orang lain dan kewujudannya sangat penting dalam pembangunan modal insan dalam masyarakat.



Rabu, 10 Ogos 2016

4 Terlalu paranoid dengan hal yang kita tidak tahu

Ada orang kongsikan sebuah keratan skrin game Pokemon Go di FB kerana dikatakan terdapat kalimah Allah. Ditambah lagi dengan kenyataan "tak rasa berdosa ke" main game ini, lalu dikongsikanlah beramai-ramai oleh bani Melayu paranoid yang di dalam kepala otak mereka begitu yakin bahawa game Pokemon Go ini begitu jahat, boleh merosakkan akhlak dan akidah, boleh memurtadkan orang Islam dan juga merupakan agenda Yahudi.

Like seriously?



Selasa, 9 Ogos 2016

3 Yang haram jadah itu sikap dan perangai manusia

Akhir-akhir ini ada macam-macam isu melanda negara, dari isu pasal Pokemon Go, pergaduhan bola sepak dan juga lain-lain. Ramai yang mengkritik, ramai yang mempertahan. Bagi yang tak suka tu, dihentam habis-habisan. Bagi yang fanatik tu, dipertahan berlebih-lebihan. Ramai yang bertelingkah dengan cara paling rendah  dengan mencaci nista dan memaki hamun. Adab semua habis kelaut. Tak cukup dengan itu, dikaitkan pula dengan benda-benda lain yang takde kaitan pun. Alasan paling mudah, semua itu salah Yahudi.

Benda ni sebenarnya bagi aku simple je...



Isnin, 8 Ogos 2016

11 Menagih Like bermodalkan nasib malang orang lain

Sedih melihat seorang kakak menjaga adiknya sambil menjaga pulut yang dijual. Kasih seorang kakak, semoga rezeki adik beradik ini bertambah. Amin...

#Like N #Share



Ahad, 7 Ogos 2016

9 Perogol kahwini mangsa rogol terlepas hukuman

Seorang rakyat Malaysia terlepas hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan kerana merogol seorang gadis 14 tahun, semata-mata kerana beliau telah menikahi mangsanya itu.

Tindakan itu lalu mencetuskan kemarahan kumpulan hak asasi yang mendesak perkahwinan kanak-kanak diharamkan dan menuntut keadilan bagi mangsa keganasan seksual.


Sabtu, 6 Ogos 2016

10 Panduan mengisi dokumen tender kerajaan dengan betul

Tips ini dikongsikan oleh seorang rakan aku yang pernah beberapa kali menjadi ahli jawatankuasa panel penilai sebut harga/tender kerajaan. Banyak syarikat yang masuk sebut harga/tender kerajaan ini biasanya gagal bukan sebab syarikat mereka tak bagus, atau sebab harga yang ditawarkan terlalu mahal, tetapi kerana kesilapan dalam mengisi dokumen dan borang tender.

Ada orang yang masuk tender kerajaan sampai 3 4 syarikat, malangnya semuanya gagal dalam penilaian di peringkat awal lagi hanya kerana kegagalan mengisi dokumen dan borang tender dengan baik. Malah bukan perkara yang pelik jika 30 syarikat yang masuk tender, tak sampai separuh pun yang berjaya untuk masuk ke peringkat penilaian dan layak diberi markah. Akhirnya semua usaha nak sediakan dokumen, masa dan tenaga untuk menaip dokmen tebal-tebal, kos yang dikeluarkan cetak dokumen tender, semua hanya sia-sia sahaja.


Jumaat, 5 Ogos 2016

5 Kisah nasi lemak RM1 dan nikmat sebuah keikhlasan

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali aku bertolak ke tempat kerja waktu pagi, aku akan singgah dulu di sebuah gerai tepi jalan ketika dalam perjalanan. Gerai tersebut menjual nasi lemak, bihun dan kuey teow goreng yang dah dibungkus siap-siap dengan harga RM1 sahaja sebungkus.

Selain harga yang murah, satu lagi tarikan yang membuatkan aku dan ramai orang lain beli kat gerai dia adalah kerana dia buat style drive-thru. Orang pesan je dari tingkap nak berapa nasi lemak dan dia hantar ke kereta, kita tak payah turun nak beratur panjang dan tunggu lama-lama pelanggan nak pilih lauk la, nak bungkus nasi lemak lagi. So untuk orang yang cheapskate dan simple macam aku yang jenis pemalas dan nak kejar masa, gerai ini memang menjadi pilihan aku pagi-pagi.


Khamis, 4 Ogos 2016

3 Masalah percintaan kau usah babitkan orang lain

Al-kisah, ada 2 orang rakan sekuliah lelaki dan perempuan bercinta. Tak lama kemudian, mereka pun putus dan percintaan mereka berakhir. Selepas itu, satu kelas bagai berpecah menjadi dua kelompok, satu yang berkawan di pihak lelaki, satu lagi di pihak perempuan.

Orang yang masih berkawan dengan lelaki itu, kena sisih dengan perempuan itu dan rakan-rakannya. Orang yang berkawan dengan perempuan itu pula, kena pulau dengan lelaki itu dan rakan-rakannya. Hanya kerana masalah percintaan orang lain, habis orang lain yang takde kaitan pun tak pasal-pasal kena terlibat sama.



Rabu, 3 Ogos 2016

4 Pop Perspektif - Lelaki Yang Memilih Haluan Sendiri

Di dalam dunia internet dan sosial media, gerakan baru yang dinamakan MGTOW (BACA: meegtau) adalah satu gerakan media sosial yang memfokuskan keberadaaan lelaki dalam hubungan romantik dengan wanita dan percaya bahawa wanita adalah hypergamous, pandai memanipulasi dan tidak memberi keselesaaan dalam hubungan secara sihat dan tidak berminat bercampur gaul dengan wanita secara romantik dan professional. Sumber wikipedia : sini.

Selasa, 2 Ogos 2016

8 Benci pada kaum wanita, jijik pada kaum lelaki

Feminisme.
Misandry.
Misogyny

Sebelum ini aku ada menulis tentang isu feminisme, kesamarataan dan keadilan jantina maka tak perlu rasanya aku menulis lagi tentang hal itu, cuma kali ini aku cuma nak sentuh 2 jenis kategori yang jauh lebih teruk dari feminisme, iaitu misandry dan misogyny.



Isnin, 1 Ogos 2016

9 Nampak lebih hebat dengan ulang ayat orang lain

Ada orang suka betul sembang lebat tak ingat, semua benda dia tahu, semua benda dia nak bagi ulasan buat kesimpulan bagai, nak bagi supaya dia nampak hebat dan bijak dari orang lain, tak nak rasa kalah dengan orang lain, padahal dia cuma ulang balik je apa yang orang lain dah cakap dengan struktur ayat yang berbeza. Orang macam ni memang tersangat sangat sangatlah annoying.