Jumaat, 31 Januari 2014

34 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 12

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Nampaknya Maharaja Lawak Mega 2013 sudah pun masuk minggu terakhir sebelum ke final pada minggu depan. Dengan tinggal hanya 5 peserta iaitu Jambu, Nabil, Shiro, Bocey dan Sepahtu, persaingan di peringkat semi final ini pasti sengit. Sama ada hanya 4 peserta yang akan ke final ataupun tiada penyingkiran, malam ini penentuannya. Dengan tema Zaman Kolej dan juga bersama Artis Jemputan (Bebas), semua peserta perlu mempetaruhkan segala kekuatan dan kelebihan yang ada demi melayakkan diri dan menempah tiket ke pentas akhir nanti. Minggu ni bersiaran secara langsung di Stadium Bandaraya Johor Bahru. Peserta yang aku confirm akan ke final adalah Sepahtu, Shiro dan Nabil, manakala Bocey dan Jambu perlu berebut tempat sekiranya hanya 4 peserta yang akan ke final nanti.


Khamis, 30 Januari 2014

20 Cara dan panduan untuk berselfie dengan betul

Budaya dan trend merakam gambar diri sendiri menggunakan telefon pintar atau kamera digital yang digelar sebagai 'selfie' bukan lagi suatu yang asing sejak kewujudan telefon bimbit yang ada kamera dan juga kamera digital seawal tahun 2000-an. Pada mulanya, kelakuan ini berlaku apabila ada seseorang yang mahu merakam gambar kenangan bersama latar belakang suatu pemandangan, namun tiada orang lain yang ada disekitar yang boleh membantunya mengambil gambar, atau terlalu malu dan tidak mahu menyusahkan orang lain untuk meminta bantuan mengambil gambar, maka disebabkan itu, dia memegang sendiri kameranya lantas menangkap sendiri gambarnya. Namun, kini perbuatan merakam gambar sendiri semakin popular dan ia bukan lagi semata2 kerana mahu mengambil gambar kenangan bersama permandangan, tiada orang lain yang boleh bantu atau kerana sifat malu, tapi kebanyakannya kerana mahu tunjukkan kecantikan diri, mahukan perhatian dan jumlah LIKE yang banyak.


Rabu, 29 Januari 2014

21 Apabila kebahagiaanku adalah penderitaan buatmu

Lagu Bahagiamu Deritaku yang dicipta dan ditulis oleh LY dan Baiduri dan dinyanyikan oleh Hafiz Suip telah pun dinobat sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu Ke-28. Melodi lagu ni memang best, ditambah lagi dengan vokal suara nyanyian Hafiz yang tidak dapat disangkal lagi kepowerannya yang juga pemenang Vokal terbaik sebanyak 3 kali berturut sebelum ini.



26 Konflik perebutan wilayah di Laut China Selatan

Baru2 ni pasukan tentera negara China membawa 2 kapal perang kelas Destroyer dan 1 kelas amphibious landing craft meronda2 di James Shoal, sebuah tanah kecil 22 meter dari aras laut yang terletak hanya kira2 80km daripada persisiran pantai Sarawak, Malaysia dan 1800km dari tanah besar China. Namun, tanah itu dituntut China sebagai tanah miliknya yang paling selatan.


Selasa, 28 Januari 2014

31 Bakal pemimpin baru DUN Kajang dan negeri Selangor

Takde angin, takde ribut, tiba2 je seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat semalam. Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh yang menerima surat peletakan jawatan ADUN Kajang itu. Dengan kerusi DUN N25 Kajang telah kosong, maka pilihan raya kecil akan diadakan dalam tempoh masa 60 hari.



98 Macai MLM yang terpaksa pertahan penipuan produk

Lebih satu dekad yang lalu, masa aku masih belajar kat universiti, ada sorang member aku memang kaki MLM (bukan Maharaja Lawak Mega tapi Multi Level Marketing). Masa tu yang paling glamor Omega Trend, lepas tu Luxor, lepas tu ntah apa lagi ntah. Aku pernah dipaksa untuk jadi downline dia tapi aku tolak dengan baik. Sekarang MLM tu dah senyap ntah ke mana. Member aku tu pun sekarang ntah masih lagi aktif dengan MLM aku tak tahu. Tapi produk MLM ni bermusim, mula2 panas, beberapa tempoh lepas tu, senyap, tak lama kemudian keluar produk MLM lain, hot balik, lepas tu senyap, begitulah kitarannya. Dan sekarang ni MLM yang paling terhangat adalah Phyto Science Double Stemcell.



Isnin, 27 Januari 2014

11 Jalani latihan media elak kenyataan kurang bijak

Sekarang ini ramai pemimpin yang sering mengeluarkan kenyataan yang agak kurang bijak dalam semasa sidang media, ucapan, media sosial peribadi seperti Twitter dan Facebook, tidak kira pemimpin kecil atau besar, tapi bila pemimpin besar yang bagi kenyataan kurang bijak tu yang lagi sakit hati. Oleh itu ada laporan yang mengatakan menteri kini wajib menjalani latihan media agar kenyataan2 kurang bijak yang boleh menjadi bahan jenaka dapat dielakkan.



Ahad, 26 Januari 2014

22 Cara Macai Membuat Fitnah for Dummies

Kini nak memfitnah bukan lagi suatu yang sukar. Anda hanya perlu pandai guna Photoshop atau apa2 photo editor yang free atau yang ada secara online. Cara2nya, letak sahaja gambar orang yang nak difitnah atas background image yang dirasakan sesuai, tambah apa2 kenyataan yang kononnya ia memang dituturkan oleh orang tersebut dan save. Upload imej tersebut ke Facebook, Twitter, Instagram dan blog anda dan tadaaaa, beribu2 macai yang lain akan terus percaya bulat2.



Sabtu, 25 Januari 2014

29 Kurang subsidi demi ekonomi dan kebajikan rakyat

Kos sara hidup rakyat semakin meningkat. Dalam masa yang sama, perbelanjaan kerajaan semakin meningkat untuk mengurus tadbir negara, belanja pembangunan serta pemberian subsidi barangan. Dengan peningkatan hutang negara saban tahun, ekonomi juga perlu dijaga agar tidak jatuh merudum dan menyebabkan pelabur lari dan tahap inflasi meningkat teruk. So macam mana sesebuah kerajaan nak handle semua benda agar semua pihak puas hati dengan win-win situation?


Jumaat, 24 Januari 2014

25 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 11

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Maharaja Lawak Mega 2013 yang sudah masuk minggu ke-11  malam ini berlangsung di Dewan Wawasan Jitra, Kedah. Kini tinggal 6 peserta lagi di gelanggang MLM2013 yang mana aku sifatkan sebagai top2 gun. Mereka semua bagus, mereka semua lawak, cuma undian yang menentukan sama ada mereka kekal atau tersingkir. Minggu ni ada 2 pusingan iaitu Karoot Komedia dan Silent Comedy atau Komedi Bisu. Tak tau sama ada Sabri Yunus akan ada bersama2 untuk tema Karoot Komedia, yang pasti dikir barat ada. Bagi pelawak yang pernah join Karoot Komedia seperti Jep, Shuib, Yus dan Nabil, mungkin tema ini menjadi kelebihan buat mereka. Dan untuk Silent Comedy, dulu ia adalah makanan kumpulan Jambu dan Shiro, tapi untuk malam sama2 kita saksikan.


11 NAP 2014 bukan sekadar turun harga kereta

Sebelum ini aku pernah tulis pasal penurunan harga kereta menjelang tahun 2018 dengan pelaksanaan Dasar Automotif Nasional 2014 atau National Automotive Policy (NAP) 2014. Tapi sebenarnya dengan pelaksanaan NAP 2014 ini, ia bukan setakat menurunkan harga kereta sehingga 30%, tapi lebih daripada itu, termasuk pengecualian cukai, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, menggalakkan penyertaan syarikat2 Bumiputera dalam industri automotif dan lain2.


Khamis, 23 Januari 2014

14 Sikap rakyat yang sanggup bayar punca harga naik

Tahukah anda, kenaikan harga di Malaysia ni semuanya disebabkan oleh kita iaitu rakyat. Ya, bukan kerana kerajaan, bukan kerana peniaga, bukan kerana pembekal, tapi kerana kita. Harga gula naik sebab nak kurangkan penyakit diabetes, nilai hartanah naik kerana ia seperti nilai seorang wanita. Kenaikan harga tambang bas pun berpunca daripada ibu bapa sebab mereka sanggup bayar mahal.



Rabu, 22 Januari 2014

40 Demo boikot barang Jepun yang lawak dan memalukan

Kalau anda mahu membuat perhimpunan atau demonstrasi jalanan, pastikan anda bawa geng yang ramai dengan sepanduk2 yang mempunyai kata2 yang bermakna serta jelas dilihat. Jika tidak, anda hanya akan jadi bahan lawak sahaja, dan juga memalukan diri sendiri.



14 Jangan belok kiri jika tiada otak

Di Putrajaya ada satu undang2 jalanraya yang special sikit daripada tempat lain. Peraturan ini tak banyak ada kat Malaysia, setakat ini yang aku tahu hanya di Putrajaya, Kuantan, Kuching dan Kuala Lumpur. Siapa yang duduk atau selalu pergi ke Putrajaya pasti tahu peraturan ini, iaitu "Belok kiri jika tiada kenderaan dan pejalan kaki".



Selasa, 21 Januari 2014

29 Harga kereta bakal turun lagi menjelang 2018

Dengan Dasar Automotif Nasional 2014 yang baru sahaja diumumkan, harga kereta dijangka bakal turun lagi menjelang tahun 2018. Ini adalah berita baik untuk kita semua menukar kereta baru pada tahun 2018 nanti, tahun terakhir sebelum PRU14.



27 Bangga dengan filem Hollywood terbitan anak melayu

Akhir tahun lepas, hangat kisah pasal anak kepada DS Rosmah Mansor yang juga anak tiri kepada PM kita DS Najib Razak iaitu Riza Shahriz Abdul Aziz, 36 tahun, telah membeli kondo RM110 juta di New York. Sebelum ni ada orang suruh komen pasal benda tu tapi aku malas nak ambil port sangat sebab aku bukan tahu pun pasal dia, lagipun macam mana liku2 perjalanan dan cabaran yang dia pernah lalui dari dulu sehinggalah berjaya menjadi produser filem Hollywood serta co-founder dan CEO syarikat Red Granite Pictures tu aku pun tak tahu.



Isnin, 20 Januari 2014

28 Macai politik yang kurang matang dan gangster

Mula2 seorang ahli parlimen Machang Bubok dari PKR, Lee Khai Loon menganjurkan flashmob atau gimik pasal isu kangkung dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak sebagai protes terhadap kenaikan harga barang.



Ahad, 19 Januari 2014

6 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Peraduan Parodi

Sempena dengan Maharaja Lawak Mega 2013, pihak Astro telah mengadakan peraduan Parodi Maharaja Lawak Mega 2013 yang penyertaannya dibuka kepada semua peminat MLM2013 di luar sana bermula dari 6 Disember 2013 sehingga 17 Januari 2014. Video parodi yang dibuat perlulah menggunakan tema dari rancangan Betul ke Bohong, Karoot Komedia, Super Spontan, MLM2012, MLM2013, Sembang Teh Tarik atau mana2 muzik video dari artis Akademi Fantasi Astro seperti Hafiz, Adira, Stacy, Hazama, Aril, Akim, Shahir dan lain2. Hadiah2 yang ditawarkan seperti Mac Book Pro, Trofi dan Jaket MLM 2013.


Jumaat, 17 Januari 2014

29 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 10

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Minggu ke-10 tinggal hanya 7 peserta, namun setakat ni masih hanya kekal 1 pusingan, bermakna tempoh persembahan lawak setiap peserta menjadi semakin panjang. Tema minggu ni adalah Radio. MLM2012 tahun lepas pernah buat juga tema radio pada minggu ke-8, tapi masa tu lebih pendek sebab ada 2 pusingan persembahan. Dan dalam banyak2 peserta, ada beberapa orang pernah dan sedang jadi DJ Radio macam Nabil, Syuk SYJ, Jep Sepahtu, Shiro dan lain2, so sama ada ia akan jadi satu kelebihan buat mereka, kena la tengok nanti. Apa2 pun, harap jangan ada persembahan yang asyik terjerit2 sampai telinga bingit dan jangan la buat lawak orang tua sakit lagi, serious tak kelakar. Oh ya, jangan juga buat lawak kangkung, silap haribulan kena gam masuk TV.


23 Kehidupan manusia sentiasa penuh dengan ujian

Kita dari kecil lagi sudah diajar untuk hidup demi suatu ujian. Kita sentiasa diajar untuk bersungguh menghadapi ujian agar mendapat keputusan yang cemerlang. Dari tadika dan sekolah rendah, kita sudah diasuh untuk belajar dan bersaing dengan rakan2 yang lain dalam pelajaran, dan segala yang telah kita belajar akan diuji dalam ujian dan peperiksaan yang akhirnya kita mendapat markah, tahu keputusan ujian kita dan kedudukan kita di antara murid yang lain.



Khamis, 16 Januari 2014

28 Kaya di usia muda lebih cepat melalui hiburan

Patutlah budak2 zaman sekarang berlumba2 nak jadi artis, pelakon, penyanyi, belajar main gitar dan rakam video nyanyian, buat tarian bangang lagu Shae Sayang upload kat Youtube, malah ibu bapa pun banyak yang menggalakkan anak mereka masuk segala bentuk rancangan hiburan yang ada tak kira la Idola Kecil, Akademi Fantasia, Raja Lawak dan lain2 lagi. Yelah, mana tahu kalau bertuah dapat la jadi jutawan di usia yang muda macam 5 orang artis wanita ini.



Rabu, 15 Januari 2014

35 Macai politik yang kuat menipu dan mudah ditipu

Ada satu fanpage kat Facebook nama dia "1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib". Tengok nama memang macam fanpage pro-BN, siap dengan gambar DS Najib lagi. Jika anda seorang penyokong BN, pasti anda tidak teragak2 untuk Like fanpage ini. Akan tetapi walau kesemua status2 dia memang memihak kepada kerajaan BN dan mengutuk parti pembangkang, tapi kebanyakannya seperti disengajakan untuk membuatkan ia kelihatan terlalu bodoh dan sampah bagi menambah kebencian orang terhadap BN dan UMNO.



Selasa, 14 Januari 2014

33 Bila harga turun kenapa tidak puji kerajaan?

Kangkung. Semalam trending dengan #kangkung. Aku pun tak faham apa masalahnya dengan kangkung. Aku dah lama tak makan kangkung, dan tak tahu pun kangkung dah turun harga sampai la aku dengar sendiri dari mulut PM kita. Walau penurunan harga kangkung takde dalam manifesto BN, di mana kat dalam tu yang melibatkan penurunan harga hanya mengurangkan kadar tol dan harga kereta yang mana sampai sekarang masih takde khabar berita lagi, tapi sekurang2nya kita harus bersyukur kerana ada juga berlaku penurunan harga dan ia merupakan berita baik kepada penggemar2 sayur kangkung. Terima kasih kepada kerajaan kerana menambah subsidi menurunkan harga kangkung.



Isnin, 13 Januari 2014

44 Salah siapa budak2 bawah umur dah pandai beromen?

Tersebar kat alam maya gambar sepasang budak lelaki dan perempuan yang dikatakan baru tingkatan 1 atau 13 tahun walau badan nampak macam budak darjah 4 mengambil gambar mereka sedang bercium dan diupload di Twitter mereka sambil rakan2 Twitter mereka memuji2 dan cemburu dengan mereka.


Ahad, 12 Januari 2014

25 Sindrom aku sentiasa betul, orang lain semua salah

Aku ada seorang kawan. Dalam setahun je dah beberapa kali beliau tukar kerja. Tapi alasan yang diberi setiap kali beliau tukar kerja adalah kerana orang lain. Beliau sentiasa merasakan orang lain disekelilingnya yang problem dan bermasalah sampai memaksa beliau tukar kerja.



Sabtu, 11 Januari 2014

62 Mari membantu tanpa tuding jari kepada orang lain

Minggu lepas kita dikejutkan dengan kisah seorang murid perempuan tahun 1 yang baru masuk sekolah terpaksa bayar yuran guna duit syiling. Pelajar ini, kematian ibu sejak umurnya sebulan lagi. Bapanya dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja kerana sakit lutut kesan akibat jatuh ketika bertugas sebagai pemandu lori lama dahulu.



Jumaat, 10 Januari 2014

42 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 9

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Minggu lepas tiada penyingkiran, so masih ada 8 peserta yang bertanding. Tema untuk minggu ni Bebas. Biasanya kalau tema Bebas ni sama ada betul2 menjadi bila peserta ada idea2 baru dan mantap atau betul2 tak menjadi bila peserta hilang arah tak pasti dengan hala tuju persembahan lawak mereka. Aku harap dengan tema bebas ni takde lawak ulangan, lawak yang menyindir orang lain, lawak yang menyentuh sensitiviti atau lawak lucah. Aku nak tengok suatu yang baru, lawak geliga mungkin? Malam ini gelanggang MLM2013 bersiaran secara langsung di New Wing, One Utama.


39 Antara Sultan Melaka dan Raja Nusantara Langkasuka

Negeri Melaka kini bakal mempunyai Sultan baru iaitu Dymm Tuanku Raja Noor Jan Shah. Baginda mendakwa adalah pewaris keturunan Kesultanan Melayu Melaka Darul Islam yang sebenar. Dah lama sebenarnya baginda sultan berjuang untuk menjadi sultan. Sebelum ini baginda Tuanku Raja Noor Jan Shah pernah mendakwa bahawa baginda adalah waris kesultanan negeri Perak menjadikan baginda Sultan ke-35 Negeri Perak dan Sultan ke-44 Negeri Melaka. Cuma baru2 ni kisah baginda jadi hangat semula kerana menuntut semula takhta Kesultanan Negeri Melaka dan dikatakan turut mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Download tongku, sembah patik harap diupload!



Rabu, 8 Januari 2014

41 Kota islamik Putrajaya yang tiada Hard Rock Cafe

Beberapa hari lepas, Presiden Perbadanan Putrajaya iaitu Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh bin Haji Che Mat upload gambar dan status Facebook beliau minum pagi bersama Tan Sri Syed Yusuf Syed Nasir (anak kepada tokoh politik Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail, pemilik Hard Rock Cafe di Malaysia serta rakan perniagaan Sultan Selangor) dan rakan2 media lain untuk cadangan membina Hard Rock Cafe.



Selasa, 7 Januari 2014

52 Sikap generasi muda dalam bidang pekerjaan

Aku teringat lagi zaman aku baru lepas grad lebih 10 tahun lalu dan masa tu baru nak menempuh alam pekerjaan. Nak mintak kerja punya pasal, resume aku sampai 5 6 muka surat, walau masa tu aku belum lagi ada pengalaman bekerja tapi kalau boleh semua projek dan kerja freelance yang aku buat aku sumbat kat dalam tu. Tu belum lagi surat permohonan rasmi lagi memang ayat gila skema dan formal macam nak ambik kertas Bahasa Melayu SPM. Kalau minta kerja kat syarikat swasta, aku siap upah belanja kawan yang pandai English tolong karangkan surat untuk aku.



Isnin, 6 Januari 2014

50 Tahap pelacuran yang tinggi di sebuah negara Islam

Kita selalu klaim negara kita sebuah negara Islam. Ya, agama persekutuan dan rasmi kita adalah Islam. Ketua negara kita juga Islam. Majoriti rakyat kita juga adalah Islam. Semua orang Melayu di kad pengenalan mereka beragama Islam. Tapi kenapakah negara kita boleh tersenarai di tangga ke-8 negara paling ramai pelacur di seluruh dunia, malah lebih tinggi daripada negara Thailand yang dikatakan syurga pelacuran itu? Negara kita juga turut pernah tersenarai di tangga ke-7 negara paling horny atau gersang.


Ahad, 5 Januari 2014

22 Persekitaran kurang mesra golongan memerlukan

Satu benda yang di negara kita agak kurang mesra (bukan tidak mesra langsung) adalah persekitaran kurang mesra "golongan yang memerlukan" tak kira dari segi fasiliti dan kemudahan serta sikap dan kesedaran sivik kebanyakan masyarakat. Golongan yang memerlukan di sini adalah warga tua, ibu mengandung atau membawa anak kecil dan orang kelainan upaya (OKU).



Sabtu, 4 Januari 2014

34 Dihalalkan darah peserta demonstrasi yang bughah

Sebelum ini, Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria ada berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan BUGHAH (pemberontak)”.



Jumaat, 3 Januari 2014

15 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 8

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Dengan hanya tinggal 8 peserta di minggu ke-8, setiap peserta kini diberi masa 7 minit untuk setiap persembahan mereka. 7 minit tu boleh dirasakan sangat panjang kalau persembahan tak berapa nak lawak tapi dirasakan sangat pendek kalau peserta membuat persembahan yang outstanding dengan punchline kelakar yang tak henti2. Undian teratas kini nampaknya pertarungan di antara Sepahtu, Shiro dan Nabil.


Khamis, 2 Januari 2014

64 Budak sekolah tersepit kerusi rasa kelakar ke?

Hari kedua tahun 2014 merupakan hari yang bersejarah buat ramai ibu bapa yang mempunyai anak yang baru nak menjejakkan kaki ke sekolah sama ada sekolah rendah mahupun tadika. Pelbagai ragam budak2 pada hari persekolahan ini, ada yang menangis tak nak pergi sekolah, ada yang blur, ada yang teruja gila, ada yang terkencing dalam kelas dan macam2 lagi, memang antara hari2 yang mencabar buat ibu bapa dan para guru. Bukan mudah ye nak jadi cikgu sekolah. Namun hari ni aku dapati ramai yang kongsikan di Facebook dan Whatsapp sampai jadi trending pasal banyak kejadian murid tersepit kat kerusi sekolah yang dikatakan berlaku pada hari ini.



Rabu, 1 Januari 2014

33 Ambang Tahun Baru 2014 di seluruh Malaysia

Tahun 2014 telah pun muncul menggantikan tahun 2013 yang telah pun melabuhkan tirainya. Kedatangan Tahun 2014 ini disambut dengan pelbagai cara, ada yang menyambut dengan menonton pertunjukan bunga api, menghadiri konsert ambang tahun baru, mendengar ceramah agama, membaca kitab suci Al-Quran, berhimpun membantah kenaikan harga barang, tengok wayang, malah mungkin ada yang merempit dan juga tak ingat Tuhan menyambut bersama kekasih di hotel2 murah di ibu kota. Apa2 pun, jom kita saksikan antara gambar2 di ambang Tahun 2014 di sekitar negara.