Isnin, 27 Februari 2017

6 Cakap tidak kisah tapi masih bercakap tentangnya

Kita kalau tak kisah atau tak peduli dengan sesuatu hal, kita takkan cakap atau tulis pun pasal hal tu dan hanya akan buat tak tahu sahaja.

Tapi kalau kau cakap juga pasal hal itu tapi beritahu satu dunia betapa tak kisahnya kau, itu maknanya kau kisah tapi acah-acah tak kisah sebab nak tunjuk yang kau tu konon-kononnya sangat special dan lain dari yang lain.



Jumaat, 24 Februari 2017

2 Melayu Superior VS Melayu Inferior

Melayu... atau apa jua bangsa dalam dunia ini.

Orang yang berbangsa itu ada 3 jenis. Yang superior, inferior dan rasional. Dalam hal ini, aku gunakan contoh kaum aku sendiri iaitu melayu.



Selasa, 21 Februari 2017

5 Tragedi maut basikal lajak harus jadi iktibar

Pertama sekali takziah diucapkan kepada keluarga mangsa tragedi nahas jalanraya sekumpulan remaja berbasikal dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam, Johor yang berlaku pada jam 3.00 pagi hari Sabtu lepas sehingga mengakibatkan 8 remaja maut. Sekarang baru aku rasa nak tulis tentang isu ini selepas ia reda sikit sebagai menghormati keluarga mereka yang terkorban. Lagipun benda pun dah berlaku, tak guna untuk kita memaki, menghina dan menyalahkan siapa-siapa, yang penting kita mengambil iktibar daripada kejadian ini agar ia tidak lagi berulang dan dapat dicegah pada masa akan datang.



Ahad, 19 Februari 2017

3 Dulu langsung tak peduli, kini sembang kencang

Ada orang yang selama ini tak pernah kisah atau peduli pun pasal sesuatu hal, namun bila isu itu menjadi hangat, dengan tiba-tiba dialah orang yang kononnya acah-acah paling prihatin dan mengambil berat pada hal tersebut.

Sembang sikit punya kencang, bila timbul sesuatu isu baru la nak rasa sedih la kesian la marah la kecewa la, tapi selama ini dia juga yang tak pernah peduli untuk menyokong atau membantu pun.



Jumaat, 17 Februari 2017

12 Kenapa kakitangan kerajaan terlalu ramai sangat?

Baru-baru ini Bekas Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) yang juga bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd Kassim menyarankan agar kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam selagi mampu untuk berbuat demikian dengan pembuangan pekerja awam dibuat secara berperingkat-peringkat dengan menawarkan pelbagai insentif berbanding melakukannya secara tiba-tiba (memotong gaji dan pencen) apabila dilanda krisis seperti negara Greece.



Rabu, 15 Februari 2017

3 Jangan lupakan insan istimewa dalam masyarakat

Tiada orang mahu dilahirkan dengan kekurangan.
Namun tidak semua orang itu dilahirkan sempurna.

Maka janganlah dilupakan insan-insan yang istimewa, kerana mereka juga sebahagian daripada masyarakat kita. Bantulah mereka tatkala memerlukan.

Andai anda tidak mampu membantu, usahlah pula menyisih, memandang rendah dan memberi kesusahan kepada mereka dengan mengambil hak serta kemudahan mereka.

Berempatilah...

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Jangan Lupakan Aku oleh Elly Elias.



Isnin, 13 Februari 2017

6 20 Kritikan Sosial dalam filem 3 Abdul (P. Ramlee)

Filem 3 Abdul adalah antara filem P. Ramlee yang sarat dengan kritikan sosial.

Kritikan sosial yang berkait rapat dengan sikap, perangai dan mentaliti tipikal dalam masyarakat Malaysia (orang Melayu khususnya), malah mempunya perkaitan dalam pelbagai hal seperti kekeluargaan, pekerjaan, perniagaan, politk dan sebagainya. Walaupun filem ini sudah lama, namun segala isu yang dipaparkan dalam filem ini masih relevan sehingga kini dan boleh dijadikan pengajaran.



Sabtu, 11 Februari 2017

3 Perbuatan rogol tetap salah walau apa jua alasan

Selva Kumar Subbiah, 57 tahun, seorang perogol bersiri warga Malaysia yang melakukan jenayah tersebut di negara Kanada yang menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada atas 30 pertuduhan jenayah seksual terhadap wanita lebih dua dekad lalu telah pun dihantar pulang ke Malaysia baru-baru ini.

Ramai perempuan Malaysia yang menyatakan kegusaran dan ketakutan dengan kepulangannya. Ramai yang tidak bersetuju dengan kepulangannya, malah ada negeri yang terus menyekatnya daripada masuk seperti Sabah dan Sarawak.

Namun aku tak khuatir dengan lelaki ini, kerana kita sudah tahu dan sudah maklum akan wajah, identiti dan latar belakangnya. Apa yang aku lebih khuatir adalah kewujudan ramai lelaki di Malaysia yang cenderung untuk menjadi perogol yang kita langsung tidak tahu siapa, wajah, identiti dan latar belakang mereka.


Khamis, 9 Februari 2017

4 Berilah kebahagiaan walau hanya untuk sedetik

Ada orang mempunyai banyak peluang untuk mengejar dan memperoleh kegembiraan dan kebahagiaan.
Namun ada orang yang tidak mampu untuk mencapai kebahagiaan atas kekangan tertentu seperti masa, wang ringgit, latar belakang keluarga, penyakit dan sebagainya.

Maka berilah kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan walaupun hanya untuk masa yang singkat, terutama kepada orang yang tersayang. Setiap masa, wang dan tenaga yang kita sumbang dan korbankan demi untuk membahagiakan orang lain pasti amat bermakna buat mereka.

Setiap masa yang kita luangkan untuk bersama anak-anak yatim, walaupun seketika pasti amat bermakna buat mereka.
Setiap wang ringgit yang kita sumbangkan untuk orang miskin dan mangsa peperangan, walaupun sedikit namun pasti amat bermakna buat mereka.
Setiap tenaga yang kita korbankan untuk menyediakan makanan buat warga gelandangan, walaupun sekejap tetap memberi makna yang besar untuk mereka.

Dan setiap kasih sayang yang dicurahkan ibu bapa kepada anak, anak kepada ibu bapa, suami kepada isteri dan isteri kepada anak sehingga ke akhir hayat, pasti amat bermakna untuk selama-lamanya. Maka sayangi dan hargailah orang yang kita sayang dalam hidup ini.

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Sedetik Bahagia oleh Raqib.


Isnin, 6 Februari 2017

7 Untuk apa sebar gambar bayi maut dikelar ibu?

Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan sebuah kejadian yang menyayat hati di mana seorang bayi maut dikelar ibu sendiri. Maka ramailah yang memberi komen, ada yang rasa kasihan, ada yang mempertahankan ibu tersebut kerana dikatakan meroyan, ada juga yang mengecam dan mengherdik ibu tersebut, tidak kurang juga yang menyalahkan suaminya sekali. Orang Malaysia ni kalau tak berpencak di media sosial memang tak sah, semua nak jadi polis nak jadi pegawai penyiasat mengalahkan polis sendiri.

Namun turut menyedihkan apabila ramai orang tanpa rasa bersalah kongsikan gambar mayat bayi tersebut di Whatsapp, media sosial dan laman web tanpa sebarang tapisan. Tidak tahu siapa yang mula merakam dan menyebar gambar tersebut yang akhirnya telah tersebar di seluruh alam maya, sama ada yang telah ditapis atau dikaburkan mahupun gambar asal tidak bertapis.



Ahad, 5 Februari 2017

4 Berharta tetapi sentiasa tidak merasa cukup

Kehidupan manusia itu ada keperluan.
Manusia juga sentiasa ada kemahuan.
Namun semuanya bergantung kepada kemampuan.

Dalam hal mengurus ekonomi sendiri dan menampung keperluan, kemahuan dan kemampuan kehidupan kita seharian, manusia itu ada 4 jenis:



Khamis, 2 Februari 2017

2 Persahabatan itu (Realitinya) sangat berbaloi

Baru-baru ini dalam cuti semesta, masa saya baring seketika, mak saya terima satu panggilan. Wajah mak yang serius buat kerja tiba-tiba menjadi satu keriangan. Apabila diberitahu, mak terima panggilan telefon daripada kawan mak daripada UK yang terpisah setelah lebih 30 tahun. mak sangat gembira tatkala kawan lama mak ingin datang melawat mak di rumah. Bayangkan mak dan kami sekeluarga bertungkus-lumus kemaskan rumah dan buat persediaan.

Sebelum ini, amat sedikit mak ceritakan tentang kawan mak semasa mak belajar di UK. Kawan mak ini merupakan kawan serumah dan kawan sama jurusan. Apa yang saya ingat daripada cerita mak, kawan perempuan mak ini bercinta dengan lelaki sama jurusan. Kedua mereka Muslim tetapi berbeza budaya (perempuan berasal Bangladesh, lelaki asal Pakistan) jadi terdapat tentangan keluarga kawan perempuan yang ingin berkahwin dengan lelaki sekufu.



Rabu, 1 Februari 2017

0 Peluang kedua buat kemanusiaan dan diri sendiri

Adakalanya kita rasa ramai manusia di sekeliling kita amat mementingkan diri sendiri, tidak berhati perut, zalim dan kejam. Mereka hanya mengambil kesempatan di atas kebaikan kita, mempergunakan orang lain malah memijak kepala kita, hingga akhirnya ramai di antara kita yang berhenti membuat baik lalu menjadi salah seorang seperti mereka.

Namun usahlah kita tunduk dan jatuhkan martabat kita ke lembah hina sehingga taraf kita sama seperti mereka. Kita boleh menjadi lebih baik dari itu.

Janganlah kita menjadi virus perosak dalam masyarakat, sebaliknya jadilah pewaris dan penyebar kebaikan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Jika bukan kita yang memelihara kebaikan untuk kelangsungan ketamadunan dan peradaban manusia, siapa lagi?

Maka berilah peluang kedua kepada kemanusiaan, dan diri sendiri.

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Peluang Kedua oleh DrimZt.