Jumaat, 9 September 2022

0 100 ayat-ayat broken untuk memujuk hati

100 ayat-ayat broken untuk memujuk hati

1. Menjelaskan kesedihan itu tidak semudah mengukir senyuman.
 
2. Selagi kamu masih punya mata, jangan pernah menilai seseorang dari telinga.
 
3. Ku kira ujianku yang terlalu berat, ternyata sujudku yang terlalu singkat.
 
4. Terkadang pertemuan singkat itulah kenangan yang paling kita ingat.

5. Aku sangka kamu rumah yang memberikanku kesenangan, ternyata kamu hanya sekolah yang memberikanku pelajaran.
 
6. Jangan biarkan dunia mengubah senyumanmu, tetapi biarkan senyumanmu yang mengubah dunia.
 
7. Mencintaimu bagaikan bermain hujan. Awalnya aku gembira, akhirnya aku yang terluka.
 
8. Sebelum sedia untuk sebuah perkenalan, kita perlu sedia untuk sebuah kehilangan.
 
9. Berhentilah menangis untuk hati yang tak sudi, tapi bangkitlah untuk hati yang sedang menanti.
 
10. Ajari aku menghilang tanpa khabar, nanti aku ajari caranya menunggu dengan penuh sabar.
 
11. Aku selalu ada untuk kamu, sedangkan kamu sahaja merasa aku tiada .
 
12. Luka yang terpendam akan ku tutupi dengan senyuman yang indah.
 
13. Semalam aku bermimpi bersamamu, namun aku mengerti bahawa bersamamu itu hanyalah mimpi.
 
14. Kita sentiasa inginkan yang terbaik, tapi dalam tak sedar kita bukanlah yang terbaik untuk dia.
 
15. Jangan hadir kalau hanya untuk melukai, tapi datanglah kalau boleh sehidup semati.
 
16. Mungkin aku mampu sembunyukan sedihku dihadapan semua orang, tapi tidak dihadapan cermin.
 
17. Semakin kuat kau berharap, semakin kuat lah kau akan kecewa.
 
18. Dunia ini sudah cukup indah, tetapi tubuh badan dan jiwa ini sentiasa menangis.
 
19. Seribu kebaikan kita pasti akan dilupakan, andai satu keburukan kita membuatkan mereka kecil hati.
 
20. Tempoh hubungan tidak menjamin kebahagiaan, tetapi hanya menyerlahkan kelemahan yang berakhir dengan kenangan.
 
21. Melepaskan itu tidak semudah mendapatkannya. Melupakan itu tidak semudah melepaskannya.
 
22. Kita cuma 2 orang yang dipertemukan untuk berkongsi cerita.
 
23. Jika matahari pergi kerana datangnya malam, apakah kamu juga akan pergi jika datangnya yang sempurna.
 
24. Berusahalah agar tidak menyakiti hati mereka, walaupun hati kamu disakiti oleh mereka.
 
25. Lebih baik rasa sunyi, dari merasa kecewa mencintai orang yang tak pernah menghargai.
 
26. Ku sangka kemanisan berpanjangan, rupanya keperitan ditinggalkan.
 
27. Di saat aku menutup pintu hatiku, kau datang membawa harapan. Saat aku membukanya, kau pergi tinggalkan derita.
 
28. Jika pelangimu sudah datang, jangan lupa payung yang menemanimu di saat hujan.
 
29. Jika masih sayang, kenapa luka yang ditanamkan.
 
30. Duhai hati tolong tabah, walau aku hampir rebah. Duhai hati tolong kuat, walau aku sudah penat. Duhai hati tolong berani, walau aku bersendiri.
 
31. Manusia tidak akan kenal erti menghargai, selagi belum merasai erti kehilangan.
 
32. Aku berubah untuk kau, kau berubah untuk dia.
 
33. Bermula dengan kegembiraan, berakhir dengan kenangan.
 
34. Cinta itu tidak semestinya memiliki.
 
35. Bahagia tak seharusnya bersama. Bersama tak semestinya bahagia.
 
36. Aku tiada berdaya, tapi semua benda kena senyum. Kalau jatuh pun orang tak nak tahu.
 
37. Aku yang ajar kau berjalan, tapi mengapa dia yang kau ajak berlari.
 
38. Jangan berharap setinggi langit jika tak mahu jatuh sedalam-dalam lautan.
 
39. Putarlah satu dunia, kau akan menemui benda yang sama. Itulah yang akan membuatmu kuat.
 
40. Keinginan itu di dalam mimpi. Berjalan itu di dalam realiti.
 
41. Aku tidak gagal dalam mencintaimu, tapi aku gagal membuatmu merasa cukup dengan adanya.
 
42. Andai kau tahu sakitnya luka tanpa berdara, pasti kau tahu pedihnya sayang.
 
43. Penantian yang begitu lama itu sudah sangat biasa bagiku.
 
44. Mengapa harus diteruskan hubungan ini, sedangkan kesudahannya hanya saling menyakiti.
 
45. Aku sudah terlalu selesa berpura-pura bahagia, sehingga lupa cara untuk bahagia.
 
46. Tersenyum bukan bererti bahagia, namun terkadang itulah cara terbaik untuk menyembunyikan hati yang terluka.
 
47. Hadir mu bersama bahagia, pergi mu bersama redha.
 
48. Aku yang buat kau pulih, tapi dia yang kau pilih.
 
49. Melangkah pergi meninggalkan sesuatu memang mudah, namun meneruskan hidup tanpanya memang susah.
 
50. Meluahkan tidak mengubah apa-apa, memendam juga tidak menuntungkan sesiapa.
 
51. Kau hanya nampak kesenangan aku, namun tidak tahu pengorbanan aku.
 
52. Datang dengan seribu kemanisan, musnah oelah satu persoalan.
 
53. Luka di badan boleh disembuh, tapi luka dihati sukar dirawat.
 
54. Bukan aku tak mahu membalas khabarmu, tapi aku masih jauh di belakang untuk membalas khabar mu.
 
55. Kau mencari yang sempurna, sedangkan sempunya bukannya dicari tapi perlu dibentuk, antara kau dan aku.
 
56. Ketika mana aku mengejar kebahagiaan, kau tetap membawa kehancuran.
 
57. Aku ada nafsu yang pandai meminta minta, aku ada sengsara yang tak pandai bicara, aku ada mata yng kadang selalu terleka, maafkan aku jika tak mampu untuk setia.
 
58. Bagiku harapan adalah satu imaginasi bukanlah realiti.
 
59. Hari ini kau dapat semua yang kau nak, tapi hari ini juga kau hilang aku sebagai seorang sahabat.
 
60. Senja yang pergi biarkan berlalu, jangan ditagih jika tak mahu.
 
61. Bukanlah aku tidak minat, cuma hati ini terlalu penat.
 
62. Adakah kenangan masa lalu perlu hanya ada padaku, sedangkan kenangan itu antara kau dan aku.
 
63. Jalan hidup tidak semudah apa yang dirancang.
 
64. Cinta sukar diungkap dengan kata-kata, cukup sekadar untuk merasai di dalam jiwa.
 
65. Sakit dan perit apabila melihat bunga yang disayangi mekar di jambangan orang, namun aku masih terus mendoakan dia sentiasa subur dan mekar.
 
66. Kehadiranmu bukan untuk mengubatiku tetapi hanya untuk menyakitkanku.
 
67. Andai melepaskan dirimu akan membuat dirimu lebih bahagia, aku bisa terima segala kedukaan agar dirimu boleh tersenyum kebahagiaan.
 
68. Bermula dengan cinta buta, berakhir dengan buta hati.
 
69. Memang kau tidak ada di hadapanku, tetapi bukan di ingatanku.
 
70. Bukanlah aku yang menyakitimu. Kamu terluka kerana harapanmu sendiri.
 
71. Aku yang menunggumu, tetapi mengapa dia yang bersamamu.
 
72. Takdir itu tidak kejam, cuma ingin mengajar kita erit redha dan sabar.
 
73. Sedang menunggu tapi tidak tahu apa yang ditunggu, ibarat punya harapan tapi tiada kepastian.
 
74. Cukuplah hati yang berbicara. Terlalu pahit untuk diucapkan lidah. Terlalu sakit untuk didengarkan telinga.
 
75. Ku berjuang untuk mendapatkannya. Ternyata dia berjuang untuk mendapatkan orang lain dari ku.
 
76. Mencintaimu adalah hal terindah, namun memilikimu adalah hal yang mustahil.
 
77. Kalau kau pernah merasakan hujan saat langit tidak mendung, bererti kau tahu rasanya airmata turun saat bibir tersenyum.
 
78. Jika datang hanya ingin menyinggah, datanglah seperti tetamu. Akan ku hidangkan kopi, bukannya hati.
 
79. Terkadang yang indah itu cuma mimpi bukan realiti.
 
80. Mencintaimu adalah sakit yang ku sengajakan.
 
81. Jagalah hatimu untuk seseorang yang layak memilikinya.
 
82. Cukuplah mengejar seseorang yang kau suka, di saat dia mengatakan hatinya sudah dimiliki.
 
83. Cinta itu seperti melihat indahnya pantai tetapi tidak sehingga lemasnya di lautan.
 
84. Mencintai itu amatlah mudah, tapi untuk dicintai itu, susah ya.
 
85. Menyendiri bukan bererti sakit hati, tetapi sedang mengalami pahitnya hari ini.
 
86. Mana mungkin aku akan pulang ke tempat yang buat aku hilang.
 
87. Ingatlah suatu saat nanti jika aku sudah tidak lagi disisimu, janganlah kamu cari kerana aku sudah tidak lagi menjadi pondok untukmu berteduh.
 
88. Kehadiranmu seperti madu. Kepergianmu seperti masa lalu.
 
89. Wajahmu selalu membuat tidurku dengan mimpi yang indah, tetapi kini hanya menjadi mimpi buruk dan kenangan pahit buatku.
 
90. Berteman bukan bererti kamu harus segalanya, namun kamu selalu berada disampingnya disaat yang tepat.
 
91. Yang mendiamkanku itu bukan sikapmu, tapi kesedaranku untuk memilikimu.
 
92. Rasa seperti ingin kembali, tapi ke mana?
 
93. Berapa kali perlu aku bangkit untuk capai garisan akhir?
 
94. Kalau hari bisa berubah, kamu juga bisa berubah.
 
95. Dia seperti bintang yang bisa kulihat, namun tak bisa kumiliki.
 
96. Mencintaimu adalah keindahan yang hanya aku dapat dalam mimpi. Kerana itulah aku sering terlena hanya untuk memilikimu.
 
97. Jangan ditanya kenapa aku sudah berubah, jawapannya ada pada kau sendiri.
 
98. Pernah menjadi bayang, memahami setiap suka dukanya, tapi sayang dia lebih mencintai indahnya malam.
 
99. Aku hanya janjimu yang tak pernah kau tepati.
 
100. Payung yang melindungi disaat hujan belum tentu tak basah.



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):





tags: 100 kata-kata ayat-ayat broken untuk pujuk memujuk hati lara

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.