Isnin, 26 September 2022

1 Rasa diri tak guna bila lihat kejayaan orang lain

1. Bila seorang usahawan influencer kongsi perjalanan hidup dia dari umur 20 sehingga dia berjaya membina empayar bisnes pada umur 30, ada orang rasa down. Dia rasa hidup dia menyedihkan dan tak berguna sebab influencer tersebut yang lebih muda dari dia dah unlock pelbagai achievement. Dia rasa putus asa dan kuburkan impian dia atas faktor umur.

2. Dalam hidup ini kita kena faham beberapa perkara agar kita dapat hidup dengan lebih tenang dan bahagia. Pertama, jangan bandingkan diri dengan orang lain. Dengan kawan ke, adik beradik ke, sepupu sepapat ke, rakan sekerja ke, orang kat media sosial ke, tak perlu banding. 

3. Dalam dunia ni impian setiap orang berbeza. Kau kejar benda lain, orang lain kejar benda lain. Kau nak jadi polis, kawan kau nak jadi pelukis. Sebab tu kawan baik kau kat sekolah dulu pun, bila dah besar end up masing-masing bawa haluan sendiri sebab impian yang berbeza.

4. Timeline setiap orang berbeza. Kita semua bukan bermula di garis yang sama. Cabaran kau dengan orang yang lahir awal setahun atau lambat setahun pun dah banyak perbezaannya.

5. Nasib setiap orang tak sama. Ada orang lahir dari keluarga senang, dari keluarga susah, ada ibu bapa yang memahami, ada ibu bapa yang abusive, yang tiada ibu bapa, yang berpendidikan, yang kurang pendidikan, yang berkemahiran, yang broken family dan sebagainya.

6. Setiap orang boleh berusaha, namun peluang dan rezeki setiap orang tak sama. Ada yang berusaha akhirnya berjaya capai impian, ada juga yang tak capai walaupun dah usaha gila-gila. Ada yang tak perlu berusaha sangat pun berpeluang capai impian. Nampak macam tak adil tapi memang itulah cara dunia bekerja.

7. Semua orang ada peranan dalam dunia ini. Untuk dunia bergerak, kita tak perlu semua orang jadi usahawan, ahli perniagaan, menteri, doktor, jurutera, cikgu dan sebagainya. Kita juga perlu tukang masak, operator kilang, buruh, tukang, penghantar makanan, pemandu teksi dan sebagainya.

8. Jangan ukur kejayaan dengan wang ringgit dan populariti. Kejayaan itu subjektif bergantung pada individu. Kejayaan adalah apabila kita rasa puas dengan suatu pencapaian yang kita idamkan. Dapat tulis buku sendiri adalah satu kejayaan. Orang suka dengan masakan kita adalah satu kejayaan. Dapat bagi duit gaji pada ibu bapa juga adalah satu kejayaan.

9. Tenang. Hidup ini bukan pertandingan. Kau bukan bertanding dengan siapa-siapa pun. Kalau kau rasa kau hidup lebih berjaya dari si polan yang kat sekolah dulu duduk kelas depan dan rasa dapat kalahkan dia, kau dapat hadiah ke? Ada dapat piala ke?

10. Setiap orang ada impian. Setiap orang mempunyai peluang dan boleh cuba usaha untuk kejar impian masing-masing. Tapi saat kau berlari mengejar anganmu namun tak pernah sampai, ya sudahlah. Itulah hakikat dunia. Tak semua impian setiap manusia itu berjaya dicapai, dan tak perlu juga kita rasa down dengan impian orang lain. Sampai masa kita harus realistik dan terima, yang cukuplah sampai di sini sahaja, dan teruslah jalani hidup berdasarkan apa yang kita mampu.

11. Bak kata influencer Buruh Ladang, aok down ke tu? Lantak aok la. Down la aok sorang-sorang. Koi tak down. Koi ada pekerjaan. Biarlah orang nak cakap pekerjaan koi low class pun. Koi dapat beli beras. Aok dengar cakap-cakap orang tu dia ada bagi duit kat aow ke? Ada? Takde? Ha dah?? Layan sangat cakap orang buat apa? Apa faedah dapat aok layan sangat cakap orang?

12. Kerana akhirnya, apa yang kita mahu dalam hidup adalah kebahagiaan. Kalau kita kerja jawatan tinggi dan gaji besar sekalipun, tapi kerja stress, ada bos dari neraka, persekitaran toksik, balik rumah pun tak happy, apalah gunanya?

13. Sebab itu apa yang lebih penting dari semuanya, adalah sikap kita. Kita semua perlu ada sikap yang baik. Tak kisahlah orang tu jutawan ke, pangkat tinggi ke, pangkat rendah ke, berilmu tinggi ke, banyak followers ke, menteri ke, kalau ada akhlak dan peribadi yang buruk, takde adab, kurang ajar, mulut macam celaka, narsisistik, sentiasa rasa diri betul dan nak menang, selalu menyusahkan orang lain, sampai jadi mimpi ngeri pada orang sekeliling, tak guna juga.

14. Maka, jadilah orang yang baik, yang sentiasa memberi manfaat, membawa kebaikan dan memudahkan urusan orang lain.

Sekian.

Baca juga:

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: khairul aming life journey 10 tahun years video perjalanan hidup rasa down tak berjaya

 

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.