Selasa, 27 September 2022

0 Setiap fasa dalam hidup mengajar kita jadi manusia

1. Tahun 80-an, aku dibesarkan dalam keluarga yang agak privileged. Bukan kaya, tapi sederhana.

2. Mak ayah kerja gomen, jadi keluarga selalu berpindah randah. Zaman childhood aku ada 4 negeri. Johor, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

3. Ayah aku masa tu minat komputer, dia beli sebuah komputer hitam putih pakai disket besar. 

4. Mungkin sebab dari kecik dah didedahkan dengan komputer, aku agak advanced berbanding rakan lain kat sekolah. Cikgu pun selalu minta tolong aku bila pasal komputer. Rasa seronok jadi anak emas cikgu.

5. Sekolah rendah dulu kat kawasan luar bandar. Ujian selalu dapat nombor 1. Masa UPSR cuma 2 orang je dapat semua A. Rasa banggalah juga jadi budak paling pandai kat sekolah.

6. Sekolah menengah dapat masuk SBP. Rasa macam jadi insan terpilih sebab yang masuk semua budak straight A UPSR. Tapi setiap kali ujian, nak dapat Top 50 pun susah. Tiada lagi jadi anak emas cikgu. Baru sedar yang aku ni sebenarnya taklah sepandai mana dan ada ramai orang yang lebih pandai.

7. Lepas SPM masuk universiti. Ingatkan dulu sekolah SBP kira budak elit. Tapi dalam kuliah ramai je budak ex-SBP, MRSM, sekolah agama, sekolah teknik dan sekolah harian biasa. Baru sedar yang kat sekolah selain SBP dan MRSM pun ada ramai je budak pandai, dan kita ni sebenarnya tak lah seistimewa mana.

8. Masa zaman kita belajar, berbeza latar belakang pendidikan adalah suatu yang besar. Kelas diasing, klik terasing. Budak pandai geng budak pandai. Budak kelas belakang geng budak kelas belakang.

9. Perbezaan umur juga dilihat suatu benda yang ketara. Budak Darjah 6 kalau berkawan dengan budak Darjah 3 nampak tak matang. Budak Tingkatan 1 dilihat sekadar budak-budak bulian je oleh budak Tingkatan 5.

10. Aku ada abang. Dulu aku selalu mahu kejar dia. Dia masuk SBP, aku masuk SBP. Dia jadi one of best SPM student kat sekolah dan masuk universiti ambik course engineering, dan aku pun terus menjejaki bayang-bayang dia masuk universiti tapi ambil course komputer sebab aku minat.

11. Tapi pada masa dia tahun ke-3, dia mengalami depress, dah tak boleh bawa dan akhirnya drop out sebab course yang dia ambil tu sebenarnya dia tak minat. Masa ni aku belajar yang depress itu real, aku sedar yang orang pandai juga ada limitnya, dan penting untuk kita belajar apa yang kita minat.

12. Tamat je universiti masuk dunia pekerjaan. Aku jumpa lebih ramai lagi orang, yang kelulusan SPM, sijil, diploma dan degree. Ada orang yang lebih tua jadi anak buah. Ada orang yang jauh lebih muda jadi bos. Ada orang yang kelulusan lebih rendah tapi lebih pakar dari yang ada kelulusan tinggi. Ada orang pangkat rendah tapi hidup selalu gembira. Ada orang pangkat tinggi tapi selalu stress.

13. Kau akan nampak juga orang yang dulunya nobody boleh jadi somebody, yang sebelum zero boleh jadi hero, namun begitu juga sebaliknya. Dan kau juga akan biasa nampak yang ramainya orang yang hidup gembira dan bahagia tanpa perlu impian yang terlalu besar.

14. Setiap fasa yang aku lalui dari kecil sehingga dewasa ini banyak mengajar aku sesuatu, bak kata pepatah, pengalaman adalah guru terbaik. Masa ini aku sedar yang perbezaan umur, kelulusan akademik dan status is not a big thing. Kau boleh bercampur, bergaul, berkawan dan bekerja dengan sesiapa sahaja tak kira umur dan pendidikan mereka tanpa rasa asing, janggal dan judgemental. Masa ini aku sedar pentingnya menjaga kesihatan mental kita. Aku sedar pentingnya kita ada sikap empati terhadap orang sekeliling.

15. Kerana akhirnya, yang buatkan seseorang itu bernilai bukanlah umur, harta, pendidikan, status dan darjat, sebaliknya adalah sikap. Sebab itu penting untuk kita jaga hubungan dengan orang lain. Macam mana cara kita layan orang lain, macam mana sikap kita pada orang lain. Jika kau baik, ramai orang akan suka, selesa dan hormat kau. Jika kau teruk, tak kira lah kau tua ke, muda ke, pandai ke, tak pandai ke, T20 M40 B40 ke, orang tetap akan benci dan tak respek kau.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags:setiap fasa phase stage of life dalam hidup kehidupan mengajar jadi manusia pengalaman cikgu guru terbaik

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.