Khamis, 22 September 2022

1 Apabila pemangsa lebih dikasihani dari mangsa

1. Ada kes budak perempuan 19 tahun share kat IG dia gambar, rakaman audio dan pendedahan menjadi mangsa penderaan ayah tiri yang berusia 40-an.

2. Dia kena cekik, lempang, lempar, tarik rambut, pukul, pijak, tendang, sepak, hampir kena tetak parang dengan bapak tiri. Mata lebam, muka berdarah, badan bengkak.

3. Dari apa yang dikongsi di IG mangsa, dia dah kena abuse lama, tapi setiap kali beritahu mak, mak backing suami. Anak pula disuruh bersabar dan bertahan.

4. Bila buat report kat polis, polis backup bapak tiri suruh tarik balik kes sebab kesian bapak tiri kerja kerajaan kerja bomba, kesian kat mak nanti hilang suami.

5. Anak kena hambat, anak yang jadi mangsa, tapi pemangsa pula yang dikesiankan. Anak yang berdarah, yang luka, yang bengkak, tak kesian?

6. Dia benci kat mak dia yang lahirkan dia. Apa guna lahirkan dia kalau tak nak protect? Dia benci dan hilang respect kat orang dewasa sebab backing ayah tiri dia dan menyalahkan dia pula.

7. Susulan dari pendedahan dan penularan itu, pihak polis keluarkan kenyataan media dan menyatakan tindakan telah diambil.

8. Mungkin ramai di antara kita yang berpihak bapa tirinya. Mungkin ramai yang cakap jangan aibkan ibu bapa kat media sosial, walau macam mana pun itu ibu bapa kamu darah daging bla bla bla. Mungkin ada yang cakap kenapa tak lapor polis je tak perlu la tularkan?

9. Anak gadis itu tularkan bukan sebab nak popular, tapi sebab dia mahukan justice. Dia rasakan orang dewasa disekeliling dia tak membantu dan memihak pada dia, jadi dia terpaksa tularkan agar ramai orang diluar sana tahu dan bantu dia.

10. Ini bukan aib. Ini perbuatan jenayah. Zaman sekarang ada kalanya suatu kes perlu mendapat perhatian ramai barulah nasib terbela.

11. Bukan mudah untuk tangani trauma dan penderitaan akibat kena abuse. Walau 20 30 tahun telah berlalu pun, luka tu takkan dapat dilupa dan dipadam dari ingatan. Semoga gadis tersebut kuat untuk menempuh hari-hari mendatang.

12. Setiap anak berhak mendapat ibu bapa yang baik dan menyayangi mereka, tetapi tidak semua orang layak jadi ibu bapa dan ada anak.

Link IG gadis tersebut: https://www.instagram.com/d4hleea/
Pendedahan di Twitter: https://twitter.com/mighvv/status/1572439171909963776 


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: bapa tiri pukul dera anak gadis perempuan ibu mak tak tolong pertahan backing backup

 

1 ulasan:

  1. Allahu kesian kat anak tu. Betullah tu apalah daya dia kalau mak dan orang terdekat tak membantu dengan cara tularkan baharu dapat pembelaan. Kenapa tidak?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.