"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya pada Jumaat.
Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Gambar hiasan: Program Projek Petrol oleh Kindness Dot My |
Menurut Hasan, melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.
Katanya ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu juga sebaliknya.
"Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember.
"Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula Automatic Price Mechanism (APM)," katanya.
Melalui kaedah APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
Sumber Mstar.
Seperti biasa, ramai orang melenting dengan pengumuman kerajaan untuk menghapuskan subsidi minyak RON95 dan diesel, manakala RON97 selama ini memang sudah lama tiada subsidi dan harganya memang mengikut harga pasaran semasa dunia. Sebab itu baru2 ini harga runcit RON97 turun seiring dengan penurunan harga minyak dunia.
Disebabkan itu juga, ramai yang marah apabila RON97 mengalami penurunan harga jualan sebanyak 20 sen baru2 ini menjadikan harganya RM2.55 seliter manakala RON95 dan diesel dinaikkan harga sebanyak 20 sen pada awal bulan Oktober tempoh hari. Dikatakan kerajaan hanya mementingkan orang kaya kerana minyak untuk orang miskin iaitu RON95 naik harga manakala minyak untuk orang kaya iaitu RON97 turun harga.
Sebenarnya tiada istilah minyak untuk orang kaya dan miskin. Yang ada hanyalah minyak yang lebih berkualiti iaitu RON97 dan yang kurang sikit kualitinya iaitu RON95. Orang miskin boleh beli minyak RON97, orang kaya juga boleh beli minyak RON95 tanpa sebarang halangan. Dan jika dilihat dari sudut positifnya, dengan penurunan harga jualan minyak RON97, ia membolehkan lebih ramai mampu untuk menikmati minyak yang lebih berkualiti, malah aku juga tidak berkira sangat untuk isi RON97 sekarang kerana beza harganya dengan RON95 hanya 25 sen seliter.
Sumber |
Sekarang berbalik pula kepada isu pemansuhan subsidi untuk RON95 dan diesel. Persoalannya, kenapa ia dilaksanakan sekarang sedangkan dalam Program Rasionalisasi Subsidi, pengurangan subsidi dilakukan secara berperingkat dalam beberapa bulan dan tahun sehinggalah subsidi dimansuhkan sepenuhnya?
Ini kerana kemungkinan harga minyak pasaran dunia untuk RON95 dan diesel sekarang ini sudah pun ke tahap di bawah harga jualan semasa iaitu RM2.30 bagi RON95 dan RM2.20 bagi diesel, menyebabkan harga jualannya yang sebenarnya sudah tidak memerlukan subsidi kerajaan pun malah mempunyai lebihan keuntungan. Ini kerana untuk bulan November 2014, subsidi untuk RON95 dan diesel sudah terlalu sedikit pun sebenarnya iaitu masing2 sebanyak 13 dan 12 sen.
Sumber |
Memandangkan harga sebenar minyak pada bulan Disember 2014 mungkin akan menjadi sama atau di bawah paras harga jualan semasa, dan memandangkan subsidi sudah tidak diperlukan lagi maka inilah masa terbaik untuk menguatkuasakan dasar baru dengan memansuhkan terus sistem subsidi pukal terhadap minyak ini. Malah dengan pemansuhan sistem subsidi minyak ini, kerajaan tidak perlu pening2 kepala nak cipta cara pemberian subsidi minyak baru mengikut pendapatan dengan menggunakan kad subsidi, guna kad pengenalan dan lain2. Tapi jangan pula kerajaan pandai2 nak kenakan cukai minyak pula selepas harga minyak turun melebihi harga jualan semasa, memandangkan janji menurunkan harga kereta dalam manifesto PRU13 pun tak terlaksana lagi.
Bagi aku inilah yang sepatutnya dibuat. Tiada subsidi, tiada cukai. Lepas ni harga minyak apungkan terus ikut harga minyak dunia semasa. Kalau harga minyak dunia turun, turunlah harga minyak kat stesyen minyak. Kalau harga minyak dunia naik, naiklah harga minyak kat stesyen minyak. Kalau harga minyak naik terlalu tinggi hingga paras tertentu seperti RM3/seliter, barulah kerajaan kena kawal dan bagi subsidi, atau naikkan jumlah subsidi bersasar melalui pemberian BR1M atau Subsidi Minyak 1Malaysia
So dengan itu, bermula Disember 2014, harga minyak akan naik atau turun pada setiap bulan mengikut harga pasaran minyak dunia semasa seperti harga pasaran emas, saham dan lain2 seperti juga kebanyakan negara2 lain yang tidak mempunyai subsidi minyak dari kerajaan. Kalau turun maka untunglah kita, dan kalau naik maka sakitlah kita. Yang pasti, lepas ni kerajaan tidak boleh mengambil kredit bila harga minyak turun, dan kerajaan juga tidak boleh dipersalahkan bila harga minyak naik. Kerajaan hanya boleh dipersalahkan bab2 lain seperti ketirisan, salah guna kuasa, rasuah, kroni, projek yang gagal dan sebagainya.
Namun aku harap dengan mansuhnya sistem subsidi ini, bila harga minyak turun maka harga barangan akan turun juga selari dengan tindakan peniaga menaikkan harga barangan bila setiap kali harga minyak naik. Kalau setiap kali mereka bagi alasan "Harga minyak sudah naik maa" setiap kali mereka naikkan harga barangan, maka kita juga sebagai pembeli boleh cakap "Harga minyak sudah turun maa" bila harga minyak sudah turun tapi peniaga tidak mahu menurunkan harga barangan mereka.
Juga dengan tiadanya subsidi minyak pukal ini yang selama ini dilihat tidak adil, sistem pemberian subsidi secara bersasar kepada golongan berpendapatan rendah dan pertengahan menjadi lebih efektif dan ditingkatkan lagi nilainya melalui BR1M dan lain2 bentuk bantuan tunai. Mungkin ramai yang tidak menyokong pemberian BR1M termasuk juga Tun Mahathir, tapi bagi aku, itu jelah cara nak bagi bantuan bersasar kepada golongan yang layak. Dekat negara2 maju juga, mereka ada bagi elaun tunai kepada golongan yang memerlukan dan penganggur. Cuma selain menggunakan konsep pemberian ikan yang bersifat jangka pendek, kerajaan perlu memperbanyak dan memperkasakan juga konsep pemberian alat memancing kerana ia merupakan penyelesaian jangka panjang.
Akhir sekali, aku nampak kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib Razak sering ditembak dan dibantai kiri kanan terutama di media2 sosial setiap kali barisan kepimpinannya mengeluarkan kenyataan dan melakukan suatu tindakan, baik dari golongan yang pro-pembangkang, yang neutral, yang atas pagar, mahupun yang pro-kerajaan terutama di kalangan pro-Tun Mahathir. Malah ramai yang menyatakan kerajaan Najib adalah kerajaan yang gagal.
Bagi aku, kerajaan Najib tidak gagal sepenuhnya, tapi yang gagal adalah bagaimana cara dan kaedah mereka menerangkan dan menyalurkan maklumat kepada rakyat. Kadang2 apa yang kerajaan buat tu ada rasionalnya, tapi kenyataan2 dari pemimpin2nya sangat bodoh, angkuh dan syok sendiri menyebabkan ramai orang meluat dan tidak faham. Tambah pula bila mereka mengupah, maaf cakap, budak2 mentah untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat seperti admin2 fanpage Friends of BN - Barisan Nasional yang statusnya kadang2 sangat bodoh dan memualkan menyebabkan orang menyampah dan meluat kepada Barisan Nasional itu sendiri.
Tidak percaya? Cuba lihat berapa banyak mereka update cerita2 buruk pasal pembangkang berbanding cerita2 baik pasal pemimpin mereka sendiri. Adakah mereka rasa cerita pasal pembangkang tu lagi utama daripada cerita pasal pemimpin mereka sendiri? Dahla kadang2 up status ambil dari fanpage2 lain membuatkan aku fikir, ini fanpage yang mewakili suara BN atau fanpage hiburan lain macam PenMerah dan Sukan Star?
tags: subsidi minyak kenderaan ron95 diesel ron97 dihentikan mansuh henti hapus kpdnkk hasan malek kerajaan gagal salurkan maklumat dengan berkesan
fffffffffffffiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrrrrrrssssssssssssstttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamSetuju especially on
BalasPadamJangan kenakan cukai pada pertol
dan Jangan suka suki naik atau turun kan harga barang2 berdasarkan turun naik harga minyak....
kerajaan bn adalah yg terbaik di dunia!!
BalasPadam- remy suparman,
parit jawa, jdt.
Walaupun cadangan hapuskan subsidi pukal petrol tu baik, tp aku dapat rasa nanti ada rakyat yg kata 'kalau bukan kerajaan tolong ringankan beban rakyat, siapa lagi?'
BalasPadamsubsidi br1m tu bkn pertolongan dr kerajaan utk ringankan beban rakyat ke?
Padambukan la bodoh...itu rasuah laa bangang punye macai
Padamaku rasa najib dah bengang pasal rakyat duk kutuk dia dlm fb. so bila subsidi dah xda, ikut harga minyak dunia xda alasan lg rakyat nak kutuk najib. harga di tentukan oleh harga minyak dunia ...
BalasPadampasni dapat la merasa minyak ron97, minyak 95 kan lagi mahal dari 97 keh3...
Bersangka baik, DSN sedang memulihkan namanya.. Cuma, persoalannya sejauh mana kejayaan yang diraih dengan usaha dia? “reporter” dari yang berdaftar dengan yang tak berdaftar tak putus putus mencari kesalahan. Mereka seolah olah lupa kerja mencari kesalahan adalah sangat sangat tidak digalakkan sama sekali. Mereka(reporter) butakan mata mereka sendiri dari melihat usaha atas respon teguran teguran mereka yang terdahulu. Manakala “pembaca” atau orang penilai atau pengikut pula hanya menerima sebulat bulatnya dan ada juga yang menyangkal sebahagian dan juga ada yang meludah kesemuanya. Pucuk pangkalnya ianya adalah hasil kerakusan manusia itu sendiri dalam mengejar matlamat baik diilham diri sendiri mahupun diilham daripada orang lain. Fikir fikirkan “The people will believe what the media tells them what they believe”. Teruskan istiqomah.
BalasPadamko sembang apa haa... gila?
PadamDalam dunia ni, adalah wajar kiranya perkataan “selalu” diletakkan pada sikap manusia iaitu salah satu dugaan hidup pabila diri kita terus “dilabel” dengan perkataan perkataan yang seolah merendahkan diri kita. Maka adalah wajar juga untuk kita berhenti “melabel” orang lain. Berikanlah sesuatu yang baik semampu adanya sebagai cara untuk bersuara pada paksi kebenaran yang mana tersangat lah sesuai untuk diletakkan perkataan “jarang” pula. “rsgg dengInig
Padam231,
Padamko tanya soalan apa haa... gila?
apa citer ah mamat nih! menjenguk ke dalam diri dan melihat diri sendiri lantas meraasa taksub dengan kehebatan diri sendiri tapi malangnya apa yang dilihat cuma pancaran dari apa yang dirasa dan akhirnya dia menderita kerana dia memikirkan dialah segalanya tapi sebenarnya itu cuma lepasan angin yang tiada makna...
Padamamacam, antara mamat kat atas nih dengan aku siapa lagi gila? ha ha ha!
bagi aku harga minyak di apung atau tidak, hakikat kebenarannya aku terpaksa membayar harganya dan aku terpaksa berusaha lebih keras lagi walaupun aku belum lagi bekerja dan hidup terumbang ambing, Tapi aku malas nak ampu mahupun nak kutuk sesiapa sebab aku rasa..
anon 1:43, 2:31 dengan eddeved semua org gila
Padamaku da lame x pecaye yang minyak 95 ni ade subsidi..aku rase subsidi tu alasan kerajaan jek..ape yang aku takot kalau minyak ikut pasaran dunia ni aku rase macam xde yang tutun t mesti naik je..pecayelah
BalasPadamAah, aku pon tahu jugak pasal nih, adik aku pon tahu jugak. Masalahnya aku berusaha mencari duit lebih. Adik aku pulak tak habis2 'ambil tahu' kononnya soal isu semasa dan dunia yang tak pernah sudah. Sikap dia tu jadikan dia tak bermutu sebagai jentera diri. Fokus takde. Huh!
Padamsubsidi diberi sebab kita ada minyak, kawasan negara kita ada minyak...kita jual minyak kat luar dengan harga pasaran, masalahnya dulu masa pasaran tinggi mana hasilnya? owh lupa...hasilnya diguna untuk beli cincin 23 juta...ha ha ha! kalau kau nak rasionalkan subsidi kau letak kat mana pula subsidi tuh? Rasionalnya tanpa subsidi pun harga minyak sekarang nih ikut harga pasaran ialah RM1.50 aje...dalam tahun 80an harga minyak RM1.10, tapi semenjak tiga kali tukar PM dia naik separuh kali ganda...itu semua nak cover expense mubazir depa aje...minyak naik sebab masalah inflasi, mahathir dah fluctuate nilai duit RM...semua salah Mahathir nih!
PadamTahun 80an minyak pasaran dunia berlegar between USD10-20..so jualan kat malaysia rm1.10...kalau skrg USD 70-90 jual RM2.10-2.30
PadamSo, tahun 80an jual overprice? Even masa Anuar TPM pun minyak dunia still harga USD20++ setong. Masa pak lah minyak naik mendadak smpi USD140 setong...so xkan nak kekal mcm harga dulu.
Tp sy akui ada byk benda kita x tau yg maybe BN xnak org ramai tau. Tp kehidupan terpaksa diteruskan....even dah PRU pun xleh tukar gov.
http://www.youtube.com/watch?v=QWBYJh4KjgM
BalasPadamCuba dengar baek2 Ustaz dari Indonesia ni bitau.. cuba relate-kan dengan harga petrol dengan subsidi dan sistem yang kita amalkan sekarang. Sambungkan sel-sel otak kita supaya ianya dapat berhubung.. Jika boleh selesaikan persamaan Laplace dan Fourier, rasanya yang ni baru ditahap pengamiran calculus 1.
Semuanya nak kena mengadap yang Maha Esa. Nak selamatkan diri, atau nak selamatkan keluarga, atau nak selamatkan masyarakat atau nak selamatkan kerajaan? Terpulanglah..
Sy dah lama akan tau yg semenjak beberapa tahun ni harga minyak naik few cents beberapa kali sbb nak kurangkan subsidi minyak sbb konsep subsidi minyak lebih kpd org kaya yg isi banyak n menyeludupan berleluasa. Dan pada masa harga minyak tgh jatuh, masa ni harga ron95 rm2.30 yg ada tambahan subsidi sebelum ni boleh dihapuskan subsidi tanpa ubah harga semasa ron95. Maka pada bulan disember ini samada harga minyak kekal (tanpa subsidi) atau turun sikit mengikut harga pasaran. Tp risiko kelak...bila harga naik melonjak naik secara tiba2, mmg semua rakyat akan terasa.
BalasPadamCuma sy terfikir statement rafizi mengatakan better harga minyak tidak dikekalkan utk semua stesen minyak, buat persaingan terbuka di mana setiap stesen minyak menjual dgn harga masing2, supaya posibility utk jual harga yg lebih murah utk dpt pelanggan. Jika stesen minyak A jual RM2.30 seliter dan stesen minyak B jual RM2.20 seliter, even 10sen beza pun boleh buat stesen minyak A ttup kedai. Tp adakah konsep ini bagus atau ada benda yg berlaku disebaliknya?
rafizi sokong 'perniagaan' minyak kpd rakyat? ayam pon sokong? welcome,.. welcome to political thought in malaysia or the world maybe,.. where the media showing a shit and the people eat that shit!
Padamnoob, aku rasa hasan malek follower blog ko kot..ni mcm cadangan ko yg dulu2 tu je..hehe
BalasPadamDari dulu lagi aku suka kalau kerajaan tarik balik subsidi ron95. Lepas ni aku tak nak dengar lagi kerajaan mengungkit kebaikan yang dia dah buat siap suruh bersyukur bagai. Semalam kerajaan buat statement dalam paper mengatakan penarikan balik subsidi ron 95 boleh menjimatkan 20bilion wang negara. Ok, aku nak tengok 20 bilion tu kerajaan nak salurkan kepada siapa. Tunjukkan kepada rakyat.
BalasPadamBetul. Boleh kalau nak tarik subsidi minyak tu. Tapi bagi rakyat tgk apa yg rm20 bilion tu ubah kehidupan rakyat. Harga rumah, pekerjaan dan mcm2 lagi.jgn stakat 20 bilion tu masuk poket menteri je.
PadamBr1m ni patut di hentikn?
PadamBr1m sbnrnye patut ditambah jumlah. Pasal isu minyak tu... ya, mmg patut diturunkan, sbb jelas konsep membuli wujud disitu.
Kau nak tengok duit tu disalurkan kemana? kau cuma dapat tengok je, walau kemana pon duit tu pergi bro.. selagi sempat, kita cantas dulu peluang ahli politik nak menambah poket, enjoy sakan.
PadamAku tahu rakyat tak boleh buat apa. Kau volunteer bunuh diri sebagai tanda provoke pun kerajaan akan buat bodoh. Nampak macam takde hasil, tapi protester dekat hong kong tu majority semua teenagers sebab dorang tahu masa depan dorang diperjudikan kalau dorang tak bantah daripada sekarang. Aku tak cakap turun jalanraya tu bagus dan bermoral, tapi tepuk dada tanya laa hati. Yang penting aku dah boikot ron95, aku nak isi ron 97.
BalasPadamko boikot ron95 pakai ron97 ka ron99 ka minyak tanah ka.. kerajaan bkn peduli kat ko pun kahkahkah
Padamhahaa apa2 tah. semua org tahu ron 97 lagi baik(kualiti, lebih kilometer, lebih jimat. boikot?? huhuu.. turun demo?? huhuu... bila lah m'sia ni nak jd negara pencetus idea, tak sudah2 copy paste dari negara lain. huk aloh!
Padam