Khamis, 13 November 2014

13 Bagaimana generasi analog mengambil gambar

Aku rindu zaman analog. At least 10 tahun lepas a. Bagi aku itulah zaman kemuncak terhadap teknologi. Maksud aku itulah zaman dimana teknologi2 analog disempurnakan. Cakap je. Kamera, henpon, kereta. Semuanya sempurna dalam dunia analog. Everything just feels right. Dan dalam post kali ni, aku nak citer pasal kamera.


Baiklah adik2 jenerasi digital sekalian. Mungkin masa korang baru lahir bende ni dah start pupus kot. Tapi camnilah kitorang simpan gambar. Kalau zaman sekarang orang cuma tangkap gambar whether kat DSLR, VSCOCAM Camera 360, Iphone, surely korang left that picture rot. Aku bet 80/100 daripada korang yang tangkap gambar kat hp tu korang tak kemas kan album2 tu? Kalau DSLR tu mungkin boleh sembang a, pasal masuk kat fesbuk ofkos. Dan bila zaman fesbuk jatuh, korang dah tak tengok pun gambar2 tu. Biar reput je. Kalau kat twitter pulak lagi a.


So sekarang, adik2 boleh nampak yang jenerasi sekarang dah tak appreciate the moment the record. Aku ingat lagi zaman dulu. Masa tu walaupun pakai kamera point-and-shoot je, tapi at least zaman tu orang masih hargai nilai sesebuah moment. Mau xnya, mula kena beli filem dulu. Paling banyak pun 36 shot je. Pastu nak tangkap gambar pun bukan suka2 je boleh tangkap, cuma moment serta pose terbaik je akan terpilih untuk tangkap gambar. Takdenya nak selfie2 bagai. Dah lah tu kena pikir dua kali nak tangkap gambar, pastu kena pegi kedai cuci gambar, the beli album simpan.


Bila rasa nak tengok album, semua kenangan manis datang. Seolah-olah album tu bernyawa. As if album tu bercerita kat kita tentang betapa seronoknya kenangan tu. Zaman sekarang lain. Sume digital. Kalau terlajak sampan boleh undur. Siap boleh tangkap gambar sendiri lagi. Aku berbangga sebab aku hidup di zaman yang penuh dengan transition. Aku dah tengok camne dulu orang kalau nak tangkap gambar sendiri suruh orang lain tangkapkan.


Then bila zaman kamera henpon, ada pulak cermin tangkap gambar sendiri kat tepi lens. Bila Iphone keluar je(ishk!), dunia berubah. 360 darjah. Untuk kali pertamanya dalam sejarah, orang yang tak tau apa itu aperture, apa itu exposure, apa itu shutter tetibe layak digelar 'photographer'. Tetibe je budak sekolah rendah pandai tangkap gambar. Tetibe je gambar bukan lagi cara untuk berkongsi kenangan manis, tapi jadi bahan syok sendiri.

(selfie punca budak pmpuan suka syok sendiri buat muka mintak isap kotey)

Kalau tak masakan tidak wujudnya manusia macam Awek Legoland dan yang seangkatan. Buat video haprak pun jadi artis. Kalau 20 tahun lepas kau kena buat video at least ada gambar hantu a baru boleh buat duit. pfft. Maka dengan wujudnya instagram jugak, ramailah budak2 menyiarkan gambar2 tak masuk akal kat laman sosial. Then, ini menyebabkan aku bertekad. Aku nak balik kenangan2 jenerasi-Y. Ini jugak menunjukkan alasan kenapa aku beli kamera analog.

kamera analog aku, pentatak k1000

Apart dengan sebab2 kat atas tu, bagi aku orang yang master guna analog ialah cameraman sejati. Sebab die memahami segala element yang diperlukan untuk buatkan gambar jadi cantik. Jadi inilah die, kenapa aku rasa sebab jenerasi sebelum ni lagi matured. Dan it draw a conclusion: The more advanced the technology gets, the less human will do so. Aku rindu analog.

Selamat datang ke dunia hipster, Ahnaf Irsyad.





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Ahnaf Irsyad.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar the good old day the way we take a picture bagaimana cara generasi tua gen-y gen-x muda dunia analog mengambil merakam foto gambar

13 ulasan:

  1. aku baru je niat nak buat entri pasal ni jugak... pernah post kat FB pasal ni gak... rasa dah tak syiok dengan camera digital... dulu nak ambik gambar kena hati2... kalau tak cantik pun cuci jugak... ada jerawat pun dok dalam album gak... takde nak fake2 pon...

    ohhh dooonia teknologi sungguh sekarang ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat je la enty takde sapa kisah pun

      Padam
  2. Gambar dlm facebook boleh kata 80% fake. Lg2 gambar awek. Buh profile picture Gambar dh siap edit letak warna contrast nk bg nampak lawa. Dkt dunia realiti mcm antu mak limah. Gua tertipu beb huhua2 ..

    BalasPadam
  3. Nice entry....tp kdgkala Gambr yg spontan mcm selfie atau dlm insta yg lebih menonjol sbb manusia suka benda yg not mainstream n lain dr yg lain. Pas2 leh terus upload dgn pantas. So gmbr2 yg teknikaly byk skill diperlukan utk dpt yg sempurna mcm jrg dihargai sbb manusia suka kelainan, bkn kesempurnaan semata2

    BalasPadam
  4. oh ada pro n kons dan tengok dari segi utk pro punya atau utk suka2 saje. kalu suka digital lagi sesuai. hih

    BalasPadam
  5. serius la.. KF pun rindu zaman dulu2.. acewah padahal umur baru 20. tp masa kecik2 dulu mmg byk album boleh lagi tengok smpai skrng.zaman laa nii.. adoi.. bosan

    jemput dtg and komen jom http://travelog-dakwah.blogspot.com/2014/11/buang-masa-baca-buku-ilmiah-suka-baca.html

    BalasPadam
  6. aku plak tengok album lama ada pula gambar awek zaman sekolah dulu....tu yg bini aku cakap tak yah simpan album bakar je semua...

    BalasPadam
  7. Bajet hipsterlah penulis ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia bukan bajet hipster la bhaiii....kurang2 zaman analog budak2 zaman kami ni tak bergantung pada satu button, then dapat apa yg kita nak....contoh la...nak tukar channel tv pun kena bangun...sekarang dengan satu button bleh buat orang2 zaman sekarang jadi malas serba serbi....pakat2 la jadi hopeless generasi akan datang....

      Padam
  8. budak2 skrg semua benda dh mudah sgt.. dia xmerasa kepayahan generasi analog ni dulu, celik2 mata semua dh digital... mmg betul ia akan menjadikan generasi muda ni lebih pemalas & kurg berdikari

    BalasPadam
  9. eleh bising je nak salahkan generasi baru.
    yang generasi lagi tua korang plak salahkan generasi korang sebab generasi korang sibuk ambik gambar simpan dalam album menyemak.padahal benda teknologi ikut generasi la nak pakai macam mana pun.generasi time perang dulu salahkan generasi dewasa sebab takde ketahanan mental dan fizikal nak makan sedap sedap je.generasi dewasa plak salahkan generasi baru sebab tak reti merancang dan kerja memilih.generasi baru plak salahkan generasi Y sebab suka gadget dan lebih berterus terang..
    last,jadi la bangau oh bangau....negara melingkup sebab bukan nak didik generasi baru tapi sibuk menyalahkan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.