Selasa, 4 November 2014

31 Cadangan terdesak kerajaan mengutip duit rakyat

Harga minyak RON95 dengan subsidi yang dijual di stesen minyak terkini adalah RM2.30 Tapi berapakah pula harga minyak RON95 yang sebenar tanpa subsidi yang terkini? Jika dibaca dari artikel "Kisah minyak bersubsidi di Malaysia" yang ditulis oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bertarikh 3 Oktober 2014, harga minyak tanpa subsidi bagi RON95 adalah RM2.58 & diesel pula RM2.52. Ini bermakna, subsidi yang kerajaan BN (perlukah dinyatakan?) bagi pada hari ini untuk RON95 adalah RM0.28 seliter dan diesel RM0.32 seliter.

Gambar hiasan

Dari sudut matematikanya:

RON95 tanpa subsidi: RM2.52
RON95 dengan subsidi: RM2.30
Jumlah subsidi bagi RON95: RM0.28

Maka, berterima kasihlah kepada kerajaan BN atas subsidi tersebut.

Namun, apakah akan jadi jika harga minyak dunia turun lebih rendah dari harga yang dijual di stesen minyak iaitu RM2.30 bagi RON95? Ini bermaksud kerajaan tidak perlu membelanjakan apa2 lagi subsidi untuk menampung harga minyak kerana harga pasaran semasa sudah lebih rendah dari harga jualan dengan subsidi. So ini bermakna, harga minyak yang dijual kepada rakyat sepatutnya akan turun juga, bukan?

Ya, mari kita baca pula cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan jika harga minyak dunia mengalami penurunan di bawah. Sebelum itu, berita ini disiarkan oleh Bernama, bukan mana2 portal berita yang pro-pembangkang ya.
Kerajaan mempunyai dua pilihan sekiranya harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pilihan pertama ialah kerajaan boleh menurunkan harga minyak (RON95) sekiranya harga minyak dunia turun kepada serendah RM1.72 seliter dan mengenakan cukai jualan 58 sen.

"Pilihan kedua, kerajaan boleh menurunkan harga minyak sehingga ke paras itu (RM1.72) mengikut pasaran dunia dan tidak mengenakan cukai jualan, namun tidak dapat mengutip hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan negara," katanya kepada pemberita selepas melakukan upacara pecah tanah bagi pembinaan Balai Raya Mohamad Noh di Jelutong Laut di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan jika harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan.

Buat masa ini, harga minyak RON95 ialah RM2.30 seliter tanpa cukai.

Sehingga semalam, minyak mentah Brent turun di bawah US$87 setong berikutan kemungkinan kenaikan kadar faedah AS.

Sumber Bernama.


So cadangan beliau, jika harga minyak RON95 turun sehingga RM1.72 seliter:

Pilihan pertama:

Harga RON95 tanpa subsidi: RM1.72
Harga RON95 yang dijual di stesen minyak: RM2.30
Cukai jualan RON95 yang tiba2 wujud untuk kekalkan harga jualan RM2.30: RM0.58

Bagi aku ini pilihan yang bodoh. Ya, serius bodoh. Punyalah taknak turunkan harga minyak, siap kenakan cukai pulak tu yang sebelum ini tak pernah2 kena cukai. Guna jelah duit lebihan yang sepatutnya diperuntukkan untuk subsidi tu untuk buat pembangunan, nak kutip cukai apa lagi.

Pilihan pertama:

Harga RON95 tanpa subsidi: RM1.72
Harga RON95 yang dijual di stesen minyak: RM1.72

Bagi aku inilah yang sepatutnya dibuat. Tiada subsidi, tiada cukai. Lepas ni harga minyak apungkan terus ikut harga minyak dunia semasa. Kalau harga minyak dunia turun, turunlah harga minyak kat stesyen minyak. Kalau harga minyak dunia naik, naiklah harga minyak kat stesyen minyak. Kalau harga minyak naik terlalu tinggi hingga paras tertentu seperti RM3/seliter, barulah kawal dan bagi subsidi, atau naikkan jumlah subsidi bersasar melalui pemberian BR1M atau Subsidi Minyak 1Malaysia.

Cuma alasan Ahmad Maslan mengenai pilihan kedua...
"kerajaan boleh menurunkan harga minyak sehingga ke paras itu (RM1.72) mengikut pasaran dunia dan tidak mengenakan cukai jualan, namun tidak dapat mengutip hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan negara"
... ini sangat bodoh. Jangan nak guna alasan bodoh membangunkan negara untuk kutip lagi duit dari rakyat melalui cukai yang diada2kan. Selama ini tiada pun cukai jualan untuk minyak, malah bagi subsidi lagi, negara tidak membangunkah? Melalui penjimatan yang diperolehi melalui pemotongan subsidi minyak, masih tidak cukup lagikah untuk membangunkan negara? Malah jika duit rakyat diperah lagi melalui cukai jualan minyak, boleh jamin ke yang negara akan lebih membangun?

Ale utoooooooooooo!

Serius, aku nak tanya kepada semua macai dan penyokong BN, adakah korang juga menyokong kenyataan dan cadangan Ahmad Maslan ni? Adakah korang rasa Ahmad Maslan ni memang layak jadi menteri? Aku tak nak dengar jawapan dari pro-pembangkang sebab diorang dah tentu tidak akan setuju. Aku nak dengar jawapan dari penyokong BN adakah korang sendiri setuju dengan Ahmad Maslan kesayangan korang ni? Tolong jawab dengan ikhlas.




tags: ahmad maslan ale uto

31 ulasan:

  1. noob, nanti aku nak tulis pasal perbankan Islam, aku tgh cari statistik, carta, graf, turun naik kadar faedah dan pembuktian yang Bank Islam makan riba' lebih banyak dari Bank Konvensional @ Bank Kafir...nanti aku dah siap aku email kau...ha ha! Sampai sekarang Bank Negara tak berani nak jawab maki hamun aku...he he! kau tunggu nanti aku email bila dah habis...kasi celik akal sikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg la btol sbb bank perbankan islam skrng pn x ikut 100% yg islam tetapkn. Nk untung punya pasal bselindung di sbalik nama prbankan islam..jgn salahkn muamalat yg dtetapkn syarak..tp salahkn org yg putar belitkn sistem tu!

      Padam
    2. Eddeved.. ko boleh refer mamat Helmis (pilot syarikat mana ntah..). Telah banyak dia tulis pasal backdoor riba. Juga ada video translation lagi dari Imran Husein. Pada aku, aku dah jumpa apa yg aku nak tulis, tapi Helmis tulis lagi best giler dan tak bersalut emosi.

      Blog dia sudah mantap bro. Tapi kalo ko nak cambahkan lagi, silakan bro. Pemikiran dia mmg best. Bukan macam aku. Serupa kepalabutuh.

      Ni blog dia:http://syurgadidunia.blogspot.com/?m=1

      Ada banyak blog dia.blog bini dia. Nama2 pun lebih kurang saja. FB pun ada.

      Marilah kita kumpulkan harta riba untuk dibawa berjumpa Allah Taala. Kahkahkah..

      Padam
    3. thanks for the info. Aku nak ketengahkan pasal Rule of 78 yang dah tak boleh pakai even Bill of Rights US pun dah cuba nak haramkan perkiraan nih...The Honourable John J LaFalce dah letak dalam TILA 2000 dalam Kongres yang Rule of 78 nih memang jahanam...dia berat kepada penghutang bukan pemiutang...yang best bila tanya Bank Islam nih...ha ha! depa pakai lagi menatang nih...aku rasa sebab kita banyak dicemar dek riba' laa Malaysia nih dah nak jahanam...yang membawa pada berlakunya perkara penipuan kerajaan macam artikel kat atas nih...kita kena cantas dari basic nih..kena kasi tau ummat Malaysia...jauhi riba!

      Padam
  2. kenapa perlu sebut " namun tidak dapat mengutip hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan negara " pelik betul bina ayat mcm tu mcm geng2 merapu gak je? tanya aku memang patut la turun kan arge elok2 turun dia masih sama harga minyak lagi ape kejadah diorang? nmpk terang2 memang nak sedut perah gila2 duit orang? tapi...... HARGA BARANG SEMASA XDE NAK TURUN PUN KALAU MINYAK TURUN...... (-_- o0o

    BalasPadam
  3. woitt..korang tau tak CGPA Ahmad Maslan ni 3.85..dia bukan nye BODOH sangat..dia taulah ape dia buat..apelahhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha ko ingt bende tu menjamin ke? ntah2 dh pandai sngt tp pandai sbb nk trick dan perdayakan rakyat.

      Padam
  4. kimaknye admin nk sgt jd macai anuwar.. kalo anuwar jd menteri kewangan ntah2 lg byk minyak kena cukai.. tulah kalau dh buta kayu jd machai ikut sgt bontot anuwar, semua yg kerajaan buat sume nk dibangkang... dh berapa kerajaan bg subsidi kt rakyat kerajaan xprnh berkira, bila kerajaan br nk kenakn cukai bkn main berkira lg.. rakyat yg x mengenang jasa & x reti bersyukur mcm ko ni ptt dihalau duduk je kt negara indon, br ko tau langit tinggi rendah & sedar betapa beruntungnya ko ada kerajaan mcm bn.. admin kimak

    BalasPadam
    Balasan
    1. anwar x pernah memerintah pn..so fitnah la klu ckp mcm tu..bengong..

      Padam
    2. Brpa byk untung ko dh dpt spnjang bergelar macai umno ni.ko ni lembu kne cucuk idung,celik cket minda ko luas2..jgn nk kimakkan org sgt la.noob tulis artikel berasas.mane xbetul dia hentam je.ko ni tin kosong la anon620
      Pegi mampos ngn ko punya 'kalau' n 'ntah2' tu..

      Padam
    3. Wei buta kayu...Anwar pnh jd menteri kewangan la.masa tu ko xlahir lg ke.kalau nk tau byk cukai ke x,tgu tgk jd PM la..

      Padam
    4. Ade jugak manusia bodoh mcm anon 6:20..ptut la BN bleh menang

      Padam
  5. maslan jawa sedang cuba menipu.celah mana kerajaan tanggung subsidi jika harga minyak kurang rm2 tetapi dijual rm2.30

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn la guna jawa.... ko ni bangsat sgt... ini bukan pasal suku ngokkkk...

      Padam
    2. Woi sial. Yg ko terasa kenapa? Mana Ada aku kutuk jawa. Bodoh betul ko ni. Aku cuma nak specific kan sj.

      Padam
  6. kerah kerah cukai drpd rakyat utk membangunkan poket sndiri. ini sudah bagus!

    BalasPadam
  7. aku penyokong umno, tp dlm kes ini aku juga x setuju dgn kenyataan2 datuk ahmad maslan kebelakangan ni. harap dato seri najib dpt menegur & mengawal beliau dari terus memberi imej buruk kpd kerajaan bn & umno amnya

    BalasPadam
  8. Dalam kes ni, aku sebagai penyokong BN berpendapat harga minyak kita cukup murah. Kerajaan sudah banyak berbelanja untuk rakyat hinggakan isteri PM dan ramai isteri menteri-menteri pun berjimat tak mau pakai tudung. Pakai kain pun ketat-ketat hinggakan nampak lemak-lemak melilit di pinggang, di ponggong, di bahu dan di merata badan dan di kepala. Ada yang siksa diri dengan tetek tersembol sebab nak jimat dan gaji menteri-menteri sikit.

    Setakat RM2.30 tu, takdak mende la sangat. Aku setuju juga harga minyak dinaikkan lagi sehingga RM8.00 untuk kemaslahatan rakyat. GST dikenakan pun menguntungkan rakyat juga dengan 6%. Jika GST dikenakan 15% pun, rasanya langsung tak membebankan rakyat. Malah menguntungkan rakyat. Duit kutipan GST untuk rakyat juga. Sebagai rakyat yang prihatin, gaji PM pun tersangatlah murah.. sepatutnya gaji PM 5 juta sebulan. Ini tidak, setakat 20k-30k tu sangat memalukan. Gaji aku pun dah 45k sebulan.

    Kita patut terus bersyukur dengan kerajaan yang ada.. berbelanjalah berpada-pada. Bagi yang bergaji kecil, jangan malas.. usahalah dan belajar lebih tinggi untuk capai gaji RM20k. Pada aku tahap income rakyat sekarang seperti menteri JPM cakap itu hari adalah salah. Bukannya baru mencapai RM5800.00. Aku pun dah bosan dengan gaji sekarang, ada kawan aku keje Dubai, senang je dapat RM70k sebulan. Keje setahun, dah habis bayar rumah, kereta apa bagai.

    Pada aku, harga patut untuk minyak ialah RM10.00 seliter. Gula juga murah, RM2.85 sekilo, gula apa ini? Untuk elakkan diabetes, gula sepatutnya dinaikkan menjadi RM28.50 sekilo. Begitu juga harga beras, teramat murah. Kekadang berasa malu nak gi beli. Beras Basmathi Faiza 5kg baru RM60.00!!! Sungguh murah sekali. Sepatutnya harga beras ini 5kg ialah RM200.00. Ini baru harga untuk rakyat.

    Sesungguhnya rakyat Malaysia sekarang sungguh melampau. Semua harga barang terlalu murah hinggakan terasa tak ada kelas langsung nak gi membeli. Jika selipar FIPPER tu RM10.00, naikkanlah sikit jadi RM100.00 ka.. barulah terasa riak sungguh nak gi beli. Aku malu dengan harga-harga murah ni. Memang patut sesiapa yang membantah untuk harga murah ini untuk keluar saja dari Malaysia seperti yang dicadangkan oleh beberapa perwakilan UMNO semasa PAU yang lepas-lepas.

    Orang Melayumesti kaya. Jadi sesiapa yang merempat duduk tanah free kat Chubadak, Sentul, Kg Puah tu memang patut dihalau dan dirobohkan rumah tersebut. Mana boleh duduk rumah murah, tradisional dan free? Kita kene ikut citarasa Tun Mahathir. Rumah kita mesti besar, nak beli mestilah menggunakan sistem riba. Anak cucu buka kilang judi dan arak untuk menjadi kaya dan tambah pendapatan. Baru ada kelas. Memang lekeh sungguh beli kereta rumah tanah tak guna sistem riba..

    Lihatlah, para Sultan kita juga memiliki kilang arak, tempat-tempat perjudian demi menjana pendapatan anak cucu hingga hari kiamat. Harta-harta riba dan judi inilah kita akan bawa mengadap Allah Taala. PM kita pun ada juga saham aruah datuknya di Genting. Anak Tun Mahathir sudahpun memiliki saham kilang arak San Miguel. Kami Melayu UMNO cukup bangga dengan saham-saham judi dan kilang-kilang arak milik pemimpin Melayu Islam begini. Mungkin suatu hari nanti, orang-orang Melayu Islam patut berjudi untuk tambahkan pendapatan dan meminum arak untuk memajukan perniagaan arak Sultan-sultan kita beserta pembesar-pembesar kita.

    Majulah judi dan arak untuk memartabatkan bangsa Melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguh bangsat hujah2 anda dan aku like it. haha!

      Padam
  9. Nak jd menteri xpyh ada 1st clas degre. Spm ckup mkn pun lyk asalkan boleh keluar kenyataan bangang. Contoh nya harga sayur naik sila tanam sayur sendiri, harga kangkung turun kenapa xpuji kerajaan ...

    Brim sudah kasi skrg mau amik blk modal ...

    BalasPadam
  10. APa yg lagi sedih ialah ada orang yg terima cakap dia ni bulat2...

    BalasPadam
  11. ahmad maslan alee utoo flowerhorn

    BalasPadam
  12. Menteri ni asyik ckp & beranggapan rakyat kita senang diperbodohkan. Ckp je la nak kurgkan subsidi minyak supaya subsidi boleh pergi ke benda lain n kurangkn benefit lebih kpd golongan kaya dah cukup. Sape la pengundi parlimen dia ni....

    BalasPadam
  13. Mohon nood meluahkan melalui saluran yg betul. Bukanya melalui blog ini.
    Bukan dengan men ale uto kan menteri.
    Kita mempunyai saluran2 yg disediakan oleh kerajaan yg mendengar idea or rintihan rakyat.
    Mohon nood faham.
    Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. So, saluran mana yang betul?
      Talian 1MOCC? Telefon pegawai PTD kat Kementerian Kewangan atau KPDNKK? Wakil rakyat? Parlimen? Pejabat UMNO? Facebook DS Najib? Jumpa Najib secara direct? Yalah Saiful Bukhari pun boleh jumpa direct dengan Najib nak bagitau kena liwat dengan Anwar, apatah lagi masalah harga minyak ni kan, mesti dia sudi kalau rakyat marhaen lain nak jumpa direct dengan dia, ye tak?

      Lol

      Padam
    2. Mmg tak kemana suara kita.
      Hahahahaha
      :-(

      Padam
  14. Tak terer bab politik, sooooo no komen laa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life6 November 2014 pada 10:25 PG

      So jgnlah menyemak dkt sini!

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.