Khamis, 28 Februari 2013

123 Wahai wanita anda memang tak kisah ke?

Maaflah kalau ada orang terasa dengan entry ini.


Rabu, 27 Februari 2013

16 Prank arab yang gila sewel

Just for Laugh Gags, Wakenabeb, Boom Boom Bang dan lain2 rancangan prank masih tak boleh lawan prank arab yang gila dan kurang ajor dalam Ghalasa Show ni. Kalau buat kat Malaysia ni dah lama kena tikam. Layan jelah ye...



Selasa, 26 Februari 2013

132 Ulasan Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13

Pagi tadi semasa berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat, mereka telah melancarkan "Manifesto Pakatan Rakyat" untuk Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi. Untuk manifesto lengkap atau "Buku Jingga" boleh download di sini.



Isnin, 25 Februari 2013

66 Nama dipertahan tetapi hukum dilanggar

Apa nak jadi dengan pejuang2 agama masakini, bersungguh2 mempertahankan kalimah Allah, tapi hukum Allah tak berjaya dipertahankan.



Ahad, 24 Februari 2013

38 Kisah sebenar Fizz Fairuz putus tunang

Seperti yang sedia maklum, drama yang sedang hangat di pasaran sekarang bukanlah Sehangat Asmara, Setia Hujung Nyawa atau Cinta Qaseh yang penuh dengan kisah cinta romantik fantasi yang karut dan merapu2, tapi drama di dunia realiti mengenai kisah Fizz Fairuz.


27 Segmen Blog & Karier #8

Dah 2 minggu takde apa2 segmen. Sekarang ni agak sibuk dengan kerja dan hal peribadi, so sempat update entry harian je, itu pun curi2 masa sikit. Nak blogwalking dan baca paper untuk dapatkan bahan2 baru pun kurang berkesempatan sangat, apatah lagi nak buat segmen review blog karier, blog awek, game, filem dan manga pun tak berapa nak sempat. So how about korang bagi aku bahan untuk aku ketengahkan dalam ruangan segmen, dan aku akan bagi kredit dan backlink pada contributor.


So untuk Segmen Blog & Karier ni ada 5 lagi blogger2 berkarier yang aku sempat jumpa, silalah terjah kalau rasa nak terjah. Sapa2 yang ada tahu blogger2 berkarier yang boleh diketengahkan sila bagi cadangan di ruang komen, kredit dan backlink akan diberikan.


Sabtu, 23 Februari 2013

37 Siapa salah bila ditimpa bala bencana?

Beberapa hari lepas, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki akibat runtuh suatu ketika dahulu runtuh lagi, maka ramailah orang menyalahkan ia berlaku sebab pemerintahan kerajaan BN tiada lagi mendapat berkat dan petanda pemerintahan UMNO akan berakhir. Dua hari sebelum itu, berlaku banjir kilat di Puchong Selangor, maka bertempiklah orang kata ia balasan kepada kerajaan PR kerana banyak rumah urut di Selangor dan petanda pemerintahan kerajaan negeri PR akan tenggelam.



Jumaat, 22 Februari 2013

49 Saranan Rosmah kepada penjawat awam

PUTRAJAYA - Penjawat awam di negara ini wajar memberi penjelasan terhadap tohmahan dan serangan daripada pihak pembangkang sekiranya perkara tersebut berada di luar batasan kebenaran, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.



Khamis, 21 Februari 2013

70 Imej orang lain busuk kerana pencacai

Politik di Malaysia amat sensitif dan tak pernah matang. Demokrasi yang diamalkan sangat palsu. Ketaksuban kepada politik sahaja boleh menyebabkan suami isteri boleh bercerai, rakan2 boleh bertumbuk, adik beradik boleh putus saudara. Hanya kerana perbezaan ideologi politik, orang dihina2 dan dipulau2kan. Sebab itu sesetengah orang ada yang menyatakan sokongan mereka terhadap sesebuah parti politik secara terbuka dan ada juga yang menyokong mana2 parti politik secara tertutup. Kalau dulu aku ada tulis imej parti busuk kerana pencacai, kali ini imej orang lain busuk kerana pencacai.



Rabu, 20 Februari 2013

69 Harlem Shake dan melayu

Dua minggu lepas aku dah perasan ada satu trend baru di Youtube iaitu video Harlem Shake yang dipopularkan oleh orang2 US dan tanpa disangka2 ia menjadi meme dan viral di Internet.



Selasa, 19 Februari 2013

153 Bahasa Malaysia tidak bernilai di negara sendiri

Ini sebuah kisah yang aku pernah dengar dari seorang rakan suatu ketika dahulu. Dalam sebuah mesyuarat sebuah syarikat di negara Korea, seorang warga asing dari US telah dijemput untuk memberi pembentangan. Sebelum mesyuarat bermula, semua ahli mesyuarat yang berwarga Korea berbual dengan warga US itu dalam bahasa Inggeris. Namun bila bermulanya mesyuarat, ia dijalankan sepenuhnya dalam bahasa ibunda mereka iaitu Korea.



Isnin, 18 Februari 2013

43 Online scammer yang lahanat

Zaman internet ni rata2 ramai yang pernah membeli belah di Internet atau shopping secara online. Biasanya pembayaran atau transaksi wang menggunakan online bank transfer seperti Maybank2u, kad kredit atau PayPal dan barangan akan dihantar secara pos. Satu lagi kaedah lain pembeli sendiri berjumpa dengan penjual untuk mengambil barang yang dibeli dan bayaran pun dibuat secara cash atau COD (Collect on delivery). Tapi tahukah anda online shopping paling terdedah dengan penipuan atau scam?



Ahad, 17 Februari 2013

36 Hari yang Albert Einstein takut sudah tiba

Saya bimbang hari di mana teknologi akan mengungguli interaksi sesama manusia. Dunia akan dipenuhi dengan generasi yang bodoh - Albert Einstein E = MC².



Sabtu, 16 Februari 2013

39 Ketahian yang suka paksa orang

Benda paling aku menyampah bila pergi blog orang adalah popup nak suruh orang like blog dia kat Facebook kalau nak cepat baca blog dia, atau kena tunggu 30 saat baru boleh baca.



66 Kedai makan yang harus di"ban"

Bila time lunch, aku selalu pergi ke kedai makan, gerai atau restoran yang berlainan sebab aku tak suka makan benda yang sama tiap hari. Kebiasaannya kalau kedai tu OK, aku akan datang lagi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Namun ada beberapa kedai makan yang aku akan ban terus dan takkan datang lagi buat selama2nya.



Jumaat, 15 Februari 2013

68 Ubah pasangan mengikut acuan kita

Bila kita nak cari pasangan, pada awalnya kita tak kisah dengan gaya dan sifat pasangan kita, tapi lama kelamaan kita cuba membentuk dia mengikut acuan kita yang akhirnya mengakibatkan pasangan kita akan rasa stress dan terkongkong dan akhirnya menyebabkan konflik dalam hubungan.



Khamis, 14 Februari 2013

154 Budaya riak dan takbur tanpa disedari

Sekarang ini majoriti semua orang ada Facebook, malah budak sekolah rendah pun dah ada Facebook. Dan seperti dah menjadi budaya, ramai orang nak share atau kongsi semua benda kat Facebook, nak makan pun update status, nak berak pun bagitau, nak tidor pun sempat lagi tulis. Tu baru Facebook, belum lagi Twitter. Sekarang semua bajet nak jadi selebriti Internet jadi Twitfamous.


Rabu, 13 Februari 2013

47 Laporkan sebarang maksiat kepada Awie

Tahniah Awie, selebriti macam ni yang aku cukup kagum. Selain dari jadi role model kepada masyarakat dalam bidang lakonan dan nyayian, beliau juga menunjukkan contoh dan tauladan yang sangat mulia apabila dilihat bersungguh2 dalam membanteras gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat kita ini.


40 Hacked by Ahmad the Legend

BUASIR OTAK DAH KENA HACK!!!

PADAN MUKA KAU NOOB PUAS HATI AKU!!!




Selasa, 12 Februari 2013

27 Google Search kini bebas porno

Ya carian di Google kini bebas porno. Mungkin bukan bebas sepenuhnya, tetapi function Safe Search kini tidak lagi boleh ditutup atau disable bermula dari 12 Disember 2012. Secara default kini ia telah filter semua carian yang berunsur lucah dan anda hanya boleh jadikan ia lebih strict dengan enablekan "Filter explicit results" terutama dalam carian imej.


Isnin, 11 Februari 2013

53 Shila Amzah dan persembahan bernilai RM2 juta

Akhirnya Shila Amzah sudah ditemui! Bukan di Kemaman tapi di Rumah Terbuka BN sempena Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.


39 Tawaran banglo buat anak2 dara atau janda

Mana2 wanita yang masih anak dara atau janda, kalau rasa nak bolehlah terima tawaran dari seorang pelakon veteran yang telah uzur. Hanya perlu menguruskan kehidupan dan jaga makan minum beliau, anda bakal mendapat wasiat semua harta beliau termasuk rumah banglo yang dianggar berharga RM1.5 - 1.8 juta di Taman Keramat.



Ahad, 10 Februari 2013

46 Selamat Tahun Ular bagi orang Cina

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua kaum Cina.


Sabtu, 9 Februari 2013

47 Bahasa budak bangang hilang akal

Bagaimana bahasa SMS tercipta? Ini disebabkan telefon dulu2 masa zaman gaban dulu SMS hanya support 160 aksara atau character. Oleh itu kadang2 sebab nak tulis SMS dalam satu mesej kerana nak jimat duit, maka ayat dan perkataan yang ditulis akan diringkaskan namun masih lagi tidak lari dan jauh sangat dari perkataan asal, biasanya dengan membuang huruf vokal agar ayat yang dibina kurang dari 160 aksara.



Jumaat, 8 Februari 2013

59 Hiburan VS Ilmu pengetahuan

Semalam terdengar kat radio ada panggilan hangit, si DJ Faizal Ismail call sorang calon temuduga wanita untuk jawatan jururawat dialisis nak buat phone interview konon2nya. Aku rasa dia tanya soalan basic je kot, awak tahu tak dialisis tu apa, jururawat dialisis tu kerja macam mana? Wanita tu tergagap2 dan jawab mengarut2.



Khamis, 7 Februari 2013

24 Trailer filem remake Lion King dalam 3D

Aku membesar dengan cerita2 animasi Disney yang 2D. Masa tu tiada 3D, malah CD dan DVD tak wujud lagi, so nak tengok kartun2 tu pakai tape VHS pasang kat VCR. Filem kartun pertama Disney yang aku tengok adalah The Jungle Book, selepas itu The Little Mermaid, kemudiannya Beauty and the Beast yang aku sangat kagum dengan efeknya yang seakan2 grafik 3D pada waktu tu la. Lepas tu aku tengok Aladdin, dan The Lion King adalah filem animasi terakhir Disney yang aku tonton sampai berulang2 kali. Lepas tu aku dah stop follow kartun2 Disney ni. 



Rabu, 6 Februari 2013

34 Punca sebenar Nazmi Faiz balik Malaysia

Apakah yang sebenarnya menjadi penyebab dan punca sebenar Nazmi Faiz Mansor yang sebelum ini bermain di kelab bola sepak Portugal SC Beira Mar pulang dan balik ke Malaysia untuk bermain di kelab PKNS FC? Adakah kerana dikatakan mempunyai masalah kewangan kerana hanya menerima gaji 500 euro sebulan? Masalah kontrak dah tamat? Masalah percintaan dengan awek? Masalah mutu permainan? Masalah homesick? Masalah motivasi dan menjadi putus asa?



71 Pujian kami terima, kritikan kami tak terima

Kita ni manusia yang pelik. Bila orang lain mengiktiraf kelebihan kita dan cakap benda2 baik dan positif, terus kita setuju, bangga dan terus percaya. Tapi bila orang lain mengkritik dan memberitahu kekurangan kita serta benda2 buruk serta negatif, terus kita tak setuju, tak percaya dan kata itu tidak benar. Benarlah orang cakap manusia adalah sejenis makhluk yang suka dipuji sampai hidung kembang tapi tak suka dikritik dan akan cuba menidak dan menafikannya.



Selasa, 5 Februari 2013

77 Beromen sambil berbual di telefon (18SX)

Beberapa hari lepas member aku tunjuk kat aku dalam handphone dia ada satu video klip melayu 3gp, jangan ditanya apakah itu. Aku video2 3gp melayu ni aku memang tak layan sebab tak hingin nak layan pun, kualiti gambar dah la buruk dan hodoh. Tapi member aku suruh dengar apa yang ada dalam video tu, tak payah tengok video pun takpe.


Isnin, 4 Februari 2013

104 Sambut tahun baru Cina sambil ber"Gangnam"

Menurut akhbar The Star, penyanyi K-Pop terkenal iaitu Psy akan membuat penampilan dan persembahan di rumah terbuka anjuran BN sempena Tahun Baru Cina dan PM kita Najib Razak bakal menyaksikan persembahan tersebut.



Ahad, 3 Februari 2013

19 Segmen Blog & Karier #7

Disebabkan aku belum ada mood lagi nak cari blog2 awekz yang baru untuk dimuatkan dalam Segmen Terjah Blog Awekz, maka aku continue dulu Segmen Blog & Karier. Minggu ni tiada blog ahli politik, asyik ahli politik saja bosan pulak aku. Sapa2 yang ada tahu blogger2 berkarier yang boleh diketengahkan sila bagi cadangan di ruang komen, kredit akan diberikan. Btw lukisan potret Amer Akat sangat mantop, sapa2 rasa nak tempah potret buleh contact beliau.



Sabtu, 2 Februari 2013

46 Bunga berguguran di laman web JAWI

Semalam semua orang gomen yang kerja kat Putrajaya dengan KL cuti sampai esok, hari Isnin baru start masuk kerja balik. Aku tak tau bila kena tapi website rasmi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di http://jawi.gov.my/ kena hack la pulak oleh seorang hacker tempatan yang menggelarkan diri Sofea Hana, main page habis kena defaced dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus. Aku tak tahu bila orang Jawi akan sedar benda ni, tapi setakat aku tulis artikel ni masih lagi belum dipulihkan, so jangan lepaskan peluang tengok sekarang sementara masih ada, bukan selalu ada peluang tengok website kena hack secara live hahahaha.



42 Bapa setan yang lahanat

Kepada lelaki2 di luar sana, kalau anda ada keinginan seksual pada kanak2 perempuan atau pedophile, tolong jangan kahwin dan buat anak. Jangan sampai bila dah ada anak perempuan, korang cabul dan rogol mereka. Sialan punya bapak setan!



Jumaat, 1 Februari 2013

569 GiveAway Contest Gila #3: Komen Terakhir

Giveaway Contest datang lagi untuk siri ke-3 dan yang pertama untuk tahun 2013, kali ni aku nak buat contest paling senang dalam sejarah iaitu Komen Terakhir. Cara nak masuk senang, cara nak menang pun lagi la sangat mudah, pemenang pun kita dah boleh tahu sebelum aku umum lagi, malah kali ni kami tak terlibat pun dalam penentuan pemenang, tapi korang sendiri yang berlumba untuk menjadi pemenangnya.



43 Isyarat tangan yang paling annoying

Pilih isyarat tangan mana yang anda rasakan paling annoying?