Play video |
Cuma apa yang aku perhatikan, majoriti orang Cina di Malaysia memang tidak sokong BN. Tengok sahaja di media sosial, lebih banyak komen2 dari orang2 Cina yang mengutuk BN daripada memuji. Sebab itu aku tengok sejak kebelakangan ini Pengerusi Barisan Nasional DS Najib Razak kelihatan seperti sangat desperate untuk mengambil hati orang2 Cina. Sebelum ni aku pernah tulis pasal hak orang bukan melayu/islam lebih istimewa daripada orang melayu itu sendiri terutama orang2 Cina.
Untuk mengambil hati masyarakat Cina, Najib mencipta laman Facebook rasmi khas untuk beliau versi Cina iaitu Ah Jib Gor sedangkan beliau dah ada laman Facebook rasmi untuk semua rakyat Malaysia. Kenapa tak buat untuk versi India serta pribumi Sabah dan Sarawak sekali?
Menteri Pengangkutan DS Kong Cho Ha juga pernah bagi kenyataan AES takkan beroperasi pada Tahun Baru Cina seperti yang dilaporkan oleh surat khabar pro-kerajaan sendiri iaitu Berita Harian sebelum ditarik balik mungkin kerana respon dari orang ramai. Dan ya tak pernah pula aku dengar cadangan nak berhentikan AES pada musim Hari Raya Aidilfitri, yang aku tahu makin berlambak2 operasi adalah.
Najib juga berlakon dalam iklan Tahun Baru Cina. Kenapa time Hari Raya Puasa, Deepavali, Krismas, beliau tak pernah pun muncul dalam iklan? Malah rumah terbuka BN di Pulau Pinang pun dijemputnya penyanyi Psy walau pakai duit sponsor. Kenapa masa buat rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri takde jemput artis antarabangsa seperti Maher Zain?
Bagi aku lantaklah nak buat Facebook versi Cina ke, tutup AES ke, berlakon dalam iklan ke, Menteri Pelancongan nak menari Gangnam dengan Psy ke, serius aku tak peduli, yelah mereka juga rakyat Malaysia dan bayar cukai juga so mereka ada hak juga, tapi at least kena ada check and balance agar nampak lebih adil, ini nampak obvious sangat.
Btw baru aku perasan yang orang Cina ada perayaan kaum mereka sendiri tapi orang Melayu takde pun perayaan bersandarkan kaum Melayu, yang ada hanya perayaan yang bersandarkan agama Islam.
tags: selamat tahun baru cina chinese new year cny 2013 snake ular prosperity burger mcd iklan najib razak pukul gendang tarian naga ang pow pau keistimewaan kaum bangsa masyarakat hak ah jib gor facebook kong cho ha menteri pengangkutan aes tak beroperasi tutup jemput psy oppa gangnam style menteri pelancongan yen yen menari mca kutuk nik aziz tak kenal tak layak jadi pemimpin dap turun banner kain rentang bunting tak adil check balance
wohohoho
BalasPadamSelamat menyambut tahun baru melayu!
Padamxiexie
BalasPadamwo ai nie....
PadamDgr cite pilihan raya march ni.. lepaskn kemarahan disitu yeer..
BalasPadammelayu=islam
BalasPadamislam=melayu
so nak raya apa lagi?
lol
melayu x semestinya islam, islam x semestinya melayu....cuma dalam perlembagaan negara melayu adalah islam.....tapi x semua melayu mengikuti ajaran islam.....ada yg minum arak, ada yg jadi pelakon klip video 3gp, ada yg sembah berhala.....itu di malaysia, klau diluar malaysia, melayu menganut pelbagai agama....ada jgak yg xda agama.....
Padambtw, org melayu ada jgak sambutan perayaan kaum, iaitu sempena menyambut hari keputeraan raja2 melayu......
baru aku tahu hari keputeraan raja raja melayu tu sambutan perayaan kaum melayu.
Padamhabis, xkan org cina pulak yg sambut??
PadamOppa KakMah Style~~
BalasPadamBIG Mama Style.....!!
Padamtis the snake year indeed.....
BalasPadamnoob, ko tanya kenapa time cny boleh ada idea jemput PSY, boleh ada idea nak stop AES, boleh ada special fb for chinese, boleh ada iklan ucap gong xi fa cai, dan bakal boleh ada apa saja. tapi untuk kaum lain, takda semua tu.
BalasPadamjawapan aku mudah, undi orang cina lebih mahal berbanding undi kaum lain terutama malayu. orang cina pandai demand. suara mereka gomen dengar tambah tambah kalau dari pibg sjkc dong zong. kaum india pun pandai demand walaupun tak semahir orang cina. baru baru ni thaipusam, setiap kuil dapat cash 5k.
orang melayu tak demand. bersyukurlah apa yang ada. lol
org cina bersatupadu, org cina pandai carik duit, org cina kaya, org cina bnyak mnyumbang pada kemajuan negara......ini semua mnyebabkan kerajaan yg dikuasai org melayu tunduk pda org cina.....org melayu x kuat mcam org cina......org melayu kbnyakannya miskin.....dah miskin, berpecah-belah pulak......lagi pun org melayu rata2nya islam......islam menyuruh kita semua supaya bersederhana dan mengambil apa yg perlu sahaja......islam mengajar kita bersyukur dan tidak tamak mengejar dunia......mungkin saudara mecha 'lol' sebab saudara masih kurang ilmu agama islam.....
Padamape ko mengarut daa.. ada duit nak sarapan? nah limau sebiji.
Padamcina semakin kuat kerana sokongan dari pihak pembangkang, tgk la apa2 hal yang berkaitan dgn kaum cina sentiasa mendapat sokongan dari pihak2 pembangkang..sbb tu dorg semakin berani.lg satu dorg bangsa yg bersatu.pukul kiri,pukul kanan bangsa dorg jgk yg dorg utamakan.. kita? sentiasa berbalah untuk hal2 yg kecik2, sehinggk ,mewujudkan bangsa melayu yg berpecahbelah. antara individu yg paling bertanggungjawab dlm menyokong cina dan memecahbelahkan org2 melayu adalah dsai.. mesti korg x setuju kan.. tp tu la kebenarannya
Padamcina kuat kerana dsai? kerana pembangkang? kerana cina bersatu padu? kerana cina kaya? yang mana satu nih? habis tu pesal najib sibuk mengampu cina?
Padamjom ke bandar tun razak.
har har har
kalau ikut logik "cina kuat sebab pembangkang dan dsai", maka melayu dan india patut lebih kuat dari cina sebab dapat sokongan dari PM dan kerajaan.
Padamhar har har
mungkin saudara mecha adalah orang cina dan non-muslim......mohon belajar pasal islam.....taknak peluk islam pun xpa, asalkan saudara tahu mengenai islam dan saudara tidak membuat tuduhan membabi buta terhadap islam....
Padamye betul tu.....semua diatas adalah betul.....cina kuat sebab kaya, bersatu padu dan disokong oleh sesetengah pihak yg mempunyai agenda tertentu......semakin bertambah2 la kesombongan org cina.....mereka rasa mereka patut diberi penghormatan yg istimewa......
Padammelayu sama melayu gaduh, cina tepuk tangan.........cina bersatu padu memperjuangkan hak kaum mereka....tapi bila melayu cuba bersuara mengenai hak melayu, secara automatik melayu dicop rasis........kita menguasai tampuk pemerintahan negara, hakikatnya, bangsa melayu merempat atas tanah sendiri!
Padamharap saudara mecha dan kaum cina seluruh malaysia dapat menghormati kaum melayu.......jangan rasis sangat.........
Padamsatu soalan saya ingin tanya pada saudara mecha, kenapa non-muslim suka menghina muslim? padahal x pernah ada muslim yg menghina non-muslim...kaum cina suka menghina kaum melayu, tetapi jarang kita tengok kaum melayu hina kaum cina.....saudara mecha selaku non-muslim dan non-malay mungkin boleh jawab soalan saya...
Padam10:46..setuju dgn anda,bila melayu memperjuangkan hak melayu di tuduh rsis, yg lebih menydihkan lg bkn sj kaum cina yg menuduh sebegitu tetapi org2 melayu sendiri yg bersekongkol dgn kaum cina demi kepentingan dan agenda peribadi mereka sendiri, siapa org tu kan.. anda tahu jawapannya.
PadamPM terdesak utk meraih sokongan masyarakat cina? mungkin jgk, kerana apa? mngkin kerana org2 cina sudah rs selamat jika pembangkang memerintah negara ini, ini semua kerana janji2 yg dibuat oleh DSAI utk memberi sebnyak mgkn kelebihan kepada kaum cina,memnyebabkan org2 cina akan memilih PR pd PRU y akan dtg.. apa yg PM buat mungkin untuk menyedarkan masyarakat cina bahawa semua janji PR itu adalah palsu dan tidak tertipu dgn janji2 manis yg akan hilang andaikata pr berkuasa,cnth dah ada mcm kg buah pala n ijok.. msyarakat india dah semakin menyokong kerajaan kerana dah rs tertipu ngn janji2 DSAI...
Padamdalam perlembagaan--> hak melayu lebih dari kaum lain
Padamdalam realiti--> bila melayu tuntut hak,digelar racist
memang terbaikkk..
hmmm tengok dialog atas bukti semua nak berbalah^^^^ melayu sungguh berbincang dan bg point bukan tergantung ja cam habuk tarak dpt papa2 apa yg kau fhm
Padamtal tau lah nape, ape yang ko cakap tu, aku sokong ...
BalasPadamBila maioriti tpaksa menagih undi minoriti,jadi la mcm ni....
BalasPadamYeee...cuti panjang boss cina
habis semua kedai tutup.....xtau nak lepak kat mana.....boringnye tahun baru cina....
PadamSejarah Tahun Baru Cina
BalasPadamSejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.
mana copy paste ni? wiki? anyway, good info
Padam...
Padam"Btw baru aku perasan yang orang Cina ada perayaan kaum mereka sendiri tapi orang Melayu takde pun perayaan bersandarkan kaum Melayu, yang ada hanya perayaan yang bersandarkan agama Islam. "
BalasPadamperayaan org melayu xde sbb mungkin perayaan yg ada unsur animisma dan hindu-buddha. then again, mungkin org melayu x perlukan hari perayaan sebab hari2 biasa pun mcm raya
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Padamkau pun mereng la ahmad.kau sruh dia rilek,kau pulak yg meraung semacam.haha
Padamabis perayaan keputeraan agung tak kira ker? tu untuk melayu gak
PadamMelayu bila bersuara,
BalasPadamperang saudara caci-maki hina menghina,
tuntut hak dituduh mengada-ngada,
Sultan bertugu di atas takhta,
membatu tak bunyi suara,
menteri pusing ayat bikin propaganda,
sana tuduh sini,sini tuduh sana,
rakyat pun bersuara,
kononnya tahu siapa bangsat siapa wira.
Cina menyusup dicelah peluang,
mengaut apa yang telah terbentang,
kita bertikam lidah,dia gelak terlentang,
gaduh lagi gaduh lagi..aku nak tgk siapa menang,
hak kita,ganjarannya dia pegang,
bukan salah dia,kita yg asyik duduk terbungkang,
bila dah rugi,mula nak meraung isytihar perang.
Dalam negara sudah bertelingkah sesama sendiri,
kaum itu kaum ini,
parti itu parti ini,
hak itu hak ini,
itu belum masuk isu PATI yg masuk sesuka hati,
1 Malaysia..oh nehi nehi,
fikiran dah kotor dicemari,
rasist sudah tentu sana-sini,
kononnya percaya kepada illahi,
cubalah tanya diri sendiri.
Zaman moden,semua kata boleh dilafazkan,
Semuanya rasa diri sendiri yang harus jadi ikutan,
berpura-pura senyum,cakap bijak,berani ala-ala anak jantan,
dalam hati sebenarnya tertekan,
lagak seperti malaikat..hati seperti syaitan,
tanya apa yg kau mahu,apa yg kau perjuangkan,
kau tak akan bertindak bodoh jika kau tahu jawapan.
patut buat videoklip masuk youtube..
PadamSajak yg bagus... teruskan berkarya....
PadamNaga VS. Sang Kancil
BalasPadamcina sama cina sambut cny...india sama melayu pun kenyang mkn limau..best kan...
BalasPadambest sangat dapat jimak dengan amoi2 putih mulus.....
Padamsbb ape makin bosaaaan jek komenter2 kat BO ni yek???
BalasPadamzack mana kau???aku seru kau zack............
oit,jgn la.ahmad sorang pun dah berat nanang dah ni.kalau zack de jugak,kebabommm.
Padam