Isnin, 11 Februari 2013

39 Tawaran banglo buat anak2 dara atau janda

Mana2 wanita yang masih anak dara atau janda, kalau rasa nak bolehlah terima tawaran dari seorang pelakon veteran yang telah uzur. Hanya perlu menguruskan kehidupan dan jaga makan minum beliau, anda bakal mendapat wasiat semua harta beliau termasuk rumah banglo yang dianggar berharga RM1.5 - 1.8 juta di Taman Keramat.


Kajang: “Kalau semua anak dah tak peduli lagi, pak cik nak cari calon isteri. Tak kiralah umur berapa, wanita tempatan atau Indonesia, asalkan dia benar-benar ikhlas nak jaga pak cik, cukuplah. Jika sanggup (berkahwin), pak cik akan wasiatkan semua harta, termasuk sebuah banglo di Taman Keramat, kepada bakal isteri.”
Itulah tawaran dibuat Ibrahim Othman, 83, yang bercadang menamatkan zaman dudanya jika menemui calon isteri sesuai yang dapat menjaga makan minumnya.
Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara RM1.5 juta hingga RM1.8 juta.

Ibrahim, bekas pelakon drama radio pada 1970-an hingga 1980-an yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang, menjadi penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, di sini, sejak tiga bulan lalu, selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah saraf dan trauma.

Disebabkan tiada seorang pun daripada tujuh anak kandungnya datang menjemput selepas dia dibenarkan keluar dari wad, pengurusan hospital mengambil keputusan menghantarnya ke pusat jagaan itu selepas mendapat persetujuannya.

Ketika zaman mudanya, Ibrahim antara pelakon utama Kebun Pak Awang yang berjaya mengangkat populariti drama radio berunsur pembangunan terbitan RTM itu hingga mampu bersiaran selama sedekad. - Sumber Harian Metro.

Banglo pelakon veteran tersebut dikatakan telah disewakan sejak beberapa tahun lalu. Penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata dosa besar abai ibu bapa. Presiden Seniman Zed Zaidi kata mereka akan ziarah beliau. Anak2 Ibrahim Othman pula berkata ayahnya memang pandai buat cerita.


Benda macam ni buat aku terfikir, zaman sekarang ni walau ada 10 orang anak sekalipun belum menjamin mereka akan dapat menjaga kita waktu kita tua nanti. Ada anak2 yang pandai dan kaya raya pun belum tentu nak menemani kita sehingga akhir hayat. Ada rumah yang besar dan mewah pun belum tentu menjamin kebahagiaan bila di hari tua nanti kita duduk bersendirian di rumah sehingga terpaksa masuk rumah orang2 tua.


Mungkin bila aku dah tua juga nanti aku akan buat tawaran juga kepada mana2 wanita yang sanggup jaga diri dan makan minum aku serta sanggup menemani aku sehingga aku mati nanti, atau mungkin aku akan daftar diri ke rumah penjagaan orang2 tua juga, sapa tahu? Anak2 pun dah ada family sendiri, isteri/suami, anak2 sendiri, ada kerja dan urusan mereka sendiri, mana mungkin mahu tinggal lagi dengan kita apatah lagi menjaga kita.


Jarang kita lihat ada anak2 lepas mereka dah kahwin, anak dan menantu sanggup duduk serumah sebumbung dengan kita lagi atas alasan tiada privasi. Tapi entah kenapa aku tengok banyak orang Cina dan India beli rumah besar2 tapi atuk, nenek, anak, menantu, cucu, cicit, pakcik, makcik, sepupu sepapat semua duduk sebumbung. Yang orang kita beli rumah besar2 tapi yang duduk kat situ hanyalah suami isteri dan anak2 mereka temasuk orang gaji, itupun ketika anak2 masih kecil. Bila anak dah besar masing2 keluar rumah, tinggallah ibu bapa berdua sahaja, dan rumah hanya akan penuh balik bila tiba hari raya.

Teringat kisah tanggang moden yang pernah dilaporkan di akhbar dulu.






tags: nikah saya dapat banglo ibrahim othman pelakon uzur cari calon isteri banglo disewakan beberapa tahun lalu ayah memang pandai buat cerita harian metro seniman zed zaidi akan ziarah lihat keadaan Ibrahim rumah pusat jagaan rawatan orang tua warga emas kajang keluarga melayu cina india anak menantu nak privasi privacy ibu bapa isteri suami cucu cicit bantuan tanggang moden rumah besar mewah jamin masa depan bahagia

39 ulasan:

  1. kesian...mesti lonely kan atuk ni..xpyah kawin lagi lah, mari saja datang tinggal sama kami, sama2 jadi keluarga. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi....gatalnye....

      Padam
    2. tracy ni mesti nak sapu atok ni pnya harta........ajak tinggal sama.....ada udang di sebalik batu......

      Padam
  2. noob berkata :"Mungkin bila aku dah tua juga nanti aku akan buat tawaran juga kepada mana2 wanita yang sanggup jaga diri dan makan minum aku serta sanggup menemani aku sehingga aku mati nanti, atau mungkin aku akan daftar diri ke rumah penjagaan orang2 tua juga, sapa tahu? Anak2 pun dah ada family sendiri, isteri/suami, anak2 sendiri, ada kerja dan urusan mereka sendiri, mana mungkin mahu tinggal lagi dengan kita apatah lagi menjaga kita".

    ni Ayat putus harapan. mana bleh ckp camtu. berbini beranak pun ko blum lagi noob. bila ada anak ni ko bg lah didikan agama yg cukup. jgn bg dunia saja. insyaallah anak ko xkan lupakan ko.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalaulah apa yg ko bgtau itu begitu mudah...

      bagi didikan agama yg cukup belum tentu anak2 nak jaga weh. ini semua bergantung pada hati manusia. seorang yg pandai agama pun ada yg mengabaikan ibu bapa. bukan x ada. contoh cerita seorang ahli ibadat yg sgt kuat beribadat sampai x jawab salam mak beliau sebanyak 3 kali... ala, ko mesti tau apa kesudahan cerita ni.

      Padam
    2. kalau aku dah tua tapi takde anak2 nak jaga,aku tak kisah sangt.Apa yang aku sedih kalau aku dah meninggal,anak2 aku tak jaga mak diorang.Aku tak boleh bayang perempuan yang aku sayang dok sorang2 bila dah tua.sebab tu aku didik dari sekarang,kalau anak aku melawan mak diorang,aku yg akan bagi pelempang kat anak2 aku.Aku ni cuma kerja cari duit je.Langsung tak boleh lawan pengorbanan isteri aku yg jauh lagi besar.

      Padam
    3. Ni ler salah satu komen yang terbaik selama aku ikut blog noob ni....

      Padam
  3. Tanggang Bin Safi yang menunggang11 Februari 2013 pada 1:46 PG

    Itulah. Alasan orang tua tak nak duduk sebumbung dengan anak di bandar sebab mereka suka duduk di kampung. Lagipun, dah teruk dah tu sampaikan makan minum dia tak terjaga, boleh pulak anak dia kata ayah dia reka cerita. Memang dasar tanggang lah.

    BalasPadam
  4. part yg last tu saya setuju..bangsa cina india boleh tinggal sebumbung dengan keluarga besar mereka..yang melayu jarang ada macam ni..salah satu mungkin sebab nak jaga aurat..wallahualam..

    tapi kesian jugak kat pakcik ni..takde ke anak lelaki die yang sudi ambil jaga die..tanggungjawab anak lelaki kot untuk bela mak ayah yang dah tua..anak pompuan selalunya susah sikit sebab apa-apa kena mintak izin suami..hai..entahlah..semoga saya nanti berpeluang nak berbakti kat mak dan bakal mertua bile mereka dah tua nanti macam yang mak saya pernah buat kat arwah datuk dan nenek saya dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. uih,tak mungkin sbb nak jaga aurat.hukum Allah tak akan bawa kepada kesan buruk.

      Padam
    2. org melayu kita, biar banyak rumah, jgn banyak sekali serumah

      Padam
  5. Isu rumah tangga klw dh disebarkan mmg jd mcm ni...pelbagai versi pemahaman. Byk sbb knapa jd mcm ni,mgkin slh anak2,ada yg slh mak bapak dan ada yg sejarah silam yg mngajar anak2 tu. Kes ni wallahualam...
    Ingatla wahai lelaki,ketika khudrat masih kuat,otak masih cerdas,masa byk terluang,gunakan la kesempatan utk mjalankan tgjwb kat isteri anak2 dan ibu bapa. Kebanyakan kes,anak bdendam bila si ayah menginiaya si ibu dan gagal mjlnkan tgjwb kat anak2.dan, xtunjuk teladan menjaga org tua.anak2 semakin zaman skrg semakin pedendam. Jauhkan diri dr dadah judi dan ppuan.
    Klw kes mak pak dh baik,anak jenis si tanggang, nauzubillahminzalik la.
    Wlw apa pon,tunaikan tgjwb kat mak ayah,wlw mcm mn pon mereka. Dosa abaikan mak ayah ni,Allah bayar trus kat dunia...rezeki pon xberkat.

    Pengalaman dl,masa jadi sukarelawan utk rumah org tau2..mmg sgt sedih,gengster tahap shamsul yasoff haslam pon blh nangis tiap2 mggu.selain makpak yg ada anak2 penagih,ramai penghuni lelaki yg menyesal.

    BalasPadam
  6. apesal blog ni boring sejak akhir2 ni??

    BalasPadam
  7. kalau kahwin dengan saya pulak, dapat bangla percuma......buy 1 free 1........

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu bangla reti bikin roti canai ka?kasi sorang,saya mau sruh buat roti canai di restoran saya.pekerja lama sudah lari la..

      Padam
    2. kontol besi bertahta berlian11 Februari 2013 pada 9:33 PG

      zack gay....

      Padam
  8. to be fair la, aku x pasti samada betul atau x tok ibrahim ni cakap nak wasiatkan banglo dia tu. umur pun dah lebih 80 tahun, mungkin dia ni dah nyanyuk atau mengalami gangguan perasaan.

    kalaulah apa yg atok ni cakap betul, bukan senang nak dapat harta tu. anak2 dia mesti lawan utk dpt hak mereka. kita pun xtau cerita sebenar mahupun status harta atok tu. jadi berhati2 jika nekad nak kawin dgn tok ibrahim.

    secara jujurnya, kita tak boleh korbankan diri sendiri utk anak2 dan keluarga. sedikit sebanyak kita kena pentingkan diri.

    maksud aku, tugas mak bapak hanyalah membesarkan anak2 jadi manusia yg baik dan meneruskan keturunan manusia. itu saja. mak bapak x boleh harap anak2 jaga mereka bila dah tua dan sakit. itu namanya selfish. jgn salahkan anak2 pentingkan diri x jaga mereka bila mak bapak sendiri dah awal2 pk anak mesti jaga mereka.

    dalam agama dan t/jawab sosial mmg menegaskan anak2 kena jaga mak bapak tp itupun x boleh menjamin apa2. kita boleh ada pelbagai peraturan tapi in the end hanya manusia yg tentukan nak ikut ke x.

    cadangan aku noob, jagalah diri sendiri. sekalipun dah jadi mak bapak, simpan sebanyak mungkin utk hari tua. jaga kesihatan bermula sekarang supaya dah tua nt x sakit dan menyusahkan org.

    kalau mak bapak buang mentaliti harap anak2 jaga mereka bila dah tua, dgn izin Allah minda akan lebih tenang badan pun sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kes di sg petani kedah.pengusaha hotel park avenue.seorang tan sri berbangsa cina.dia diisytiharkan bankrup.perniagaannya yg lain semua ditutup dan yang tinggal hanya hotel tersebut.ahli keluarganya lari ke luar negara kerana takut dibebani masalah ayah mereka.cuma seorang yang setia bersama tan sri tersebut,iaitu pemandunya yang berbangsa melayu.tan sri tersebut sering sakit,mungkin akibat tekanan.tapi pemandunya setia menjaga beliau sehinggalah tan sri tersebut meninggal.sebelum beliau meninggal,beliau tukarkan wasiat yang sebelum ini kepada keluarganya ditukar sepenuhnya menjadi milik pemandunya.kini,pemandunya merupakan seorang jutawan dan memiliki banyak perniagaan.

      Padam
    2. mane dgr cte ni?? dr ceramah ek??

      Padam
  9. Kontol Besi Menggigit!!11 Februari 2013 pada 9:20 PG

    tapi atok ni walau dah uzur, tenaga batin beliau mengalahkan anak muda.........

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestilah power.tiap2 hari minum kucing galak 1.5 liter.perghhh!!

      Padam
  10. Kalau wanita yang kuat seks nak ke kawin ngan atuk ni..
    Hohoho..
    Karang terseksa pulak..

    Pakcik baik pakcik bagi tawaran kat rumah kebajikan lagi elok..
    mereka boleh sediakan jururawat atau pembantu lelaki bagi menguruskan pakcik ni..

    BalasPadam
  11. piya kontol kecik melancap guna gam gajah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni bodo btul la. pakai gam gajah bukan melincir, tp melekat adala.

      Padam
  12. assalamualaikum ... buatlah baik pada ibu bapa ... insya Allah anak akan berbuat baik pada kita juga .

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah pakcik ni dulu tak berbuat baik kepada ibu bapa dia
      hurm..

      Sebenarnye jangan berbuat baik kerana mengharap bantuan makhluk tetapi berbuat baik la kerana Allah S.W.T.

      kita buat baik pada orangtua ibu bapa atuk nenek moyang etc.. adalah kerana Allah jika ditakdirkan anak-anak kita jadi tangang pun dengan kebaikan kita Allah akan gantikan seseorang yang lebih baik yang dapat membantu kita dikemudian hari..

      Padam
    2. bising2 hak sendiri tak ditunaikan sedangkan masa muda2 dulu terlupa yg dia tak tunaikan hak org lain, ini boleh jadi balasan Allah S.W.T. nak bg nak uji...ujian

      Padam
  13. piya main x bagos, ada hati nak masuk skuad kebangsaan???? puih!! langkah mayat aku dulu!!

    BalasPadam
  14. Ada ke perempuan yang sanggup nak kawen dengan atuk ni ? Kalau ada pun, nampak sangat nakkan harta jer.. Ermm.. Dunia2..~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada tapi macam payah..

      pakcik ni carik isteri yang boleh jaga dia dah tentu seorang yang solehah.. kalau perempuan biasa rasanya tak tahan nak layan atau ambil risiko sebegitu.. lain la kalau pakcik ni raja yang ada dayang segala..

      tapi memandangkan dia cerita tak terurus rasanya macam pakcik ni duduk sebatang kaya dan tidak dipedulikan.. dan satu lagi boleh percaya ke pakcik ni punya banyak harta dan duit? ke kelentong aje..

      Padam
  15. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

    “Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pekiharaanmu, maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
    (Surah Al- Isra’-ayat 23)

    BalasPadam
  16. Memang ada orang tua macam gini. Sebenarnya atuk ibrahim ni dia da kategori nyanyok. Kenapa saya kata nyanyok sebab saya ade seorang atuk yg tinggal di seremban dan seorang nenek long yang tinggal di Singapura.

    Anak2 memang sanggup saja nk jaga makan minum mak ayah mereka tapi bila anak2 hendak berbuat baik. Anak-anak akan dituduh hendakan harta mereka walhal anak2 cuma mahu menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak sahaja.

    Itu bukan anak2 sahaja, malah ibu bapa mereka yang nyanyok menuduh anak2 mereka suka meminta2 duit mereka. Bila orang lain datang menziarah, mulalah mereka menceritakan keburukan anak2 mereka.

    orang luar x paham akan mula menuduh anak2 mereka.

    Memanglah kita selaku anak, sepatutnya pekakkan telinga dan butakan mata dlm menjaga kebajikan orang tua tapi kalau madu dibalasnya tuba? macam mana? Kita selaku anak2, pun ada hati dan perasaan yang perlu dijaga.

    Itu tidak termasuk, ibu bapa mereka memburuk2kan kisah lama anak2 mereka kepada cucu cucu mereka. Tidakkah jatuh maruah anak2 mereka di hadapan cucu mereka?

    Janganlah main menuduh tanpa mendengar kedua-dua pihak. Saya paham, keadaan anak2 en ibrahim ini kerana saya juga mempunyai atuk yang lebih kurang sama dengan keadaan en ibrahim cuma mak dan ayah saya tidak sampai hati nk masukan atuk saya ke Jagaan Orang Tua walaupun berkali2 atuk saya memaksa mak dan ayah saya hantar ke sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada manusia macam ni yang nyanyuk teruk
      Ini kerana keadaannya semasa mereka muda juga begitu.. Cuma masa muda mereka boleh kawal tetapi bila tua dan nyanyuk perangai mereka menjadi teruk.

      Jadi untuk mengelakan nyanyuk sebegitu beramal dan berbuat baik didik hati dan aqal kita sebaiknya. Supaya di masa kita tua kelak kita tidak menyusahkan keluarga dan juga orang lain.

      Padam
    2. betul kita selalu dengr org selalu puji kehebatan anak sendirikan, jadi jgn pelik bila ada jenis ibubapa suka cerita keburukan anak2 sendiri, sehingga org pun boleh salah fhm, tp paling ak lanci Media lancau olah cerita kasi sedap, baca bhgia sukan tgk keputusan bola lg senang hati

      Padam
  17. terharu melihat anak-anak yang menjaga ibu dan bapa ketika terlantar sakit di hospital..semoga kita jua begitu..insyAllah :)

    BalasPadam
  18. visit forum kopitiam at lowyat.net and u'll know that chinese families are more f**ked up than malays.there's a reason why some of em hate cny gathering

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum bang... Maaf, sy cucu kepada arwah atuk sy... Arwah ayh sy Norman b. Ibrahim...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.