Di kala kita mempunyai rumah yang selesa untuk berteduh, terdapat golongan yang menjadikan bawah jambatan itu syurga buat mereka. Di kala kita selesa mandi dengan air paip bersih yang telah ditapis dan dirawat, ada yang bermandikan air longkang. Di kala kita menjamah makanan yang sedap dan bersih, ada yang makan sisa2 makanan yang dikutip dari tong2 sampah.
Jumaat, 30 Mei 2014
Khamis, 29 Mei 2014
46 Kempen berhenti bayar pinjaman PTPTN
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Nampaknya, ada peminjam PTPTN yang masih tidak yakin dengan aku. Nah, aku letak kad pengenalan aku. Ingat aku takut? Sikit pun aku tak goyang lah. Sekarang, aku nak 1,000,000 peminjam berhenti bayar PTPTN pada 1 julai 2014 ini juga, tarikh di mana PTPTN ditubuhkan. Korang cuma perlu buat kerja mudah je iaitu untuk share post ini yang tak sampai 5 saat pun, boleh ?
Rabu, 28 Mei 2014
37 Siapa dah termakan coklat babi sila tukar darah
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Kepada yang dah termakan coklat Cadbury babi tu, sila sertu (atau samak mengikut pemahaman orang meleis) organ2 dalaman badan anda dengan menelan 6 kali air mutlak serta 1 kali air tanah. Jangan lupa pergi ke hospital2 yang berdekatan untuk menukar darah anda kerana DNA babi tersebut telah berada dalam darah daging anda.
Isnin, 26 Mei 2014
31 Apabila menteri bertukar menjadi Super Saiyan
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Ahad, 25 Mei 2014
10 Logik macai politik terhadap suatu fitnah
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Tulis kenyataan mengarut, letak gambar, tulis nama, orang terus percaya. Ya, cara ini masih lagi kekal sebagai teknik membuat fitnah paling mudah, cepat dan efektif kerana 2 sebab, satu kerana majoriti rakyat Malaysia taksub dengan parti politik, kedua kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang malas membaca, mengkaji kesahihan suatu benda dan rela diperbodoh dan ditipu.
Sabtu, 24 Mei 2014
12 Coklat halal yang mengandungi DNA babi
Tukang Merepek:
Prince of Noob
22 Mari Berdiplomasi Dengan Kungfu Panda
Tukang Merepek:
Unknown
Sebenarnya agak menarik isu Panda yang dipinjamkan oleh negara China kepada Malaysia ini. Gaya hubungan diplomasi dunia sudah sedikit berubah corak. Dahulu, kita berdiplomasi menggunakan manusia, kemudian patung batu seperti patung Statue of Liberty, kini menggunakan binatang. Dahulu kita diberi Hang Li Poh, kemudian patung Tugu Negara, kini kita diminta menaja hidup si Kungfu Panda. Cuma, mengapa tidak disekali dengan Master Oogway? Pasti lebih menarik.
Khamis, 22 Mei 2014
32 Sudahlah sedih, warga Internet tambah lagi derita
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Baru2 ni naik nama seorang lelaki dewasa yang bernama Fuad Charming kerana telah memuatnaik gambarnya menangis serta kata2 yang menggambarkan kesedihan yang teramat sangat di Facebook miliknya kerana cuba melupakan diri seseorang yang telah mempunyai banyak kenangan sewaktu bersama suatu ketika dulu. Ada yang memberi sokongan dan kata2 perangsang kepada beliau agar tabah, namun lebih ramai yang mengutuk, membahan dan membuat lawak jenaka terhadap beliau.
12 Kemalangan dahsyat dilanggar kereta Ketua Menteri
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Apa salah calon bebas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan sehingga dilanggar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) ni, sampai kepala terperosok di bawah kereta dan mengalami kecederaan di bahagian rusuk kiri dan kanan?
Rabu, 21 Mei 2014
17 Mahalnya segulung ijazahku
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Kalau ditanya senang ke nak genggam segulung ijazah , ada yang kata
senang ada yang kata susah . Pada aku ianya merupakan satu benda yang
sangat bermakna. Dari permulaan , pertengahan dan pengakhirannya.
Kerana aku mengalami detik detik yang aku katakan sangat sedih sehingga
sekarang , hanya syukur kepada illahi yang mampu aku ucapkan. Pada aku ,
segulung ijazah yang aku genggam sangat mahal nilainya tapi mungkin
tidak pada sesetengah graduan yang lain.
26 Kesamarataan antara kaum yang mustahil
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Dalam satu sudut, saya lihat ia agak positif selain pandangannya untuk tidak menyokong hudud. Mungkin Warga PAS masih gagal menjelaskan hudud sebenar kepada anak ini. Hujjah beliau sebelum ini ialah untuk penyatuan kaum namun UITM bukan satu-satunya pemisah. Mulakanlah dengan penghapusan sekolah vernakular (Sekolah Jenis) dan digantikan dengan sekolah kebangsaan yang menggunakan hanya 1 bahasa iaitu bahasa pengantar kebangsaan. Semua universiti milik rakyat dan saya yakin universiti tidak pernah mendoktrinisasikan politik sekalipun gerakan itu ada.
Selasa, 20 Mei 2014
25 Membentuk masa depan murid tidak bijak akademik
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Minggu lepas semasa sambutan Hari Guru, ramai yang kongsikan kertas soalan peperiksaan yang mengandungi jawapan2 lucu dan loyar buruk yang dijawab oleh murid2 sekolah di Malaysia yang bermacam2 ragam dan pasti memeningkan kepala guru2 masakini. Tapi setiap kali aku baca jawapan budak2 tu, aku tak rasa lawak pun malah sedih, sebab aku terfikir adakah mereka sudah bersedia dan dipersiapkan untuk menghadapi dunia luar setelah tamat zaman sekolah kelak?
Isnin, 19 Mei 2014
27 Pemimpin tidak perlu letakkan diri setaraf macai
Tukang Merepek:
Prince of Noob
27 Hero kami yang memberi cahaya
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik baru-baru ini bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan TNB terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit. Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana
Menteri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB. Selanjutnya di Berita Harian.
Jumaat, 16 Mei 2014
30 Awek melayu DAP, bikini dan mentaliti macai
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Awek berusia 27 tahun ini bernama Dyana Sofya Mohd Daud, seorang wanita Melayu Islam, berasal dari Ipoh, membesar di dalam keluarga yang pro-UMNO, kini merupakan ahli DAP merangkap Setiausaha Politik Lim Kit Siang, graduan jurusan undang2 dari UiTM, mungkin calon pilihan raya kecil Teluk Intan, lantang dalam membela hak2 kaum bukan Melayu dan kesamarataan dalam bidang pendidikan, dituduh sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Dan oh ya, ada gambar pakai bikini.
21 Cabaran guru dulu VS guru sekarang
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Rabu, 14 Mei 2014
24 Dahulunya pernah dibuli kini seorang jutawan
Tukang Merepek:
Prince of Noob
20 tahun yang lepas masa aku baru masuk tingkatan 1, aku dapat masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang tidak berapa nak glamer kat ceruk ulu kawasan jin bertandang. Murid2 lain yang dapat masuk ke sekolah tu pun rata2 berasal dari kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Walaupun yang masuk sekolah tu semua budak2 pandai UPSR dapat 4A, tapi perangai nakal tu tetap ada.
9 Krisis Politik Di Terengganu: Masalah atau Peluang?
Tukang Merepek:
Tanpa Nama
Malaysia kini heboh dengan isu pergelutan BN khususnya UMNO di Terengganu selepas bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said meletakkan jawatannya dan digantikan oleh Datuk Ahmad Razif. Terdengar pelbagai desas-desus seperti mengadakan semula Pilihan Raya khas, mewujudkan kerajaan campuran dan tiada perubahan kerajaan sedia ada. Ramai memperkatakan ini adalah masalah besar kepada UMNO tetapi bagi aku sebaliknya.
Isnin, 12 Mei 2014
27 Soalan ujian matematik dicemari unsur politik
Tukang Merepek:
Prince of Noob
16 Memang teman lelaki lebih penting daripada ibu
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Ya, memang teman lelaki itu lebih penting daripada seorang ibu. Memang boyfriend tulah yang lahirkan kau, menyusukan kau, tukarkan pampers kau, bagi kau makan, bagi kau tempat tinggal, hantar kau pergi sekolah, belikan kau buku dan permainan, belikan baju, seluar dalam, bra dan pad wanita kau. Siapalah ibu tu, menyibuk je dalam hidup kau kan? Nak jumpa boyfriend pun tak bagi, biar gaduh dengan ibu pun takpe. Yalah memang martabat teman lelaki tu lebih tinggi daripada seorang ibu kan?
Sabtu, 10 Mei 2014
17 Ibu dulu VS ibu sekarang
Tukang Merepek:
Prince of Noob
kita sebagai isteri dan ibu ni selalu rasa penat kan dengan kerja di rumah yang tak reti2 nak habis,
tambah pulak ibu2 yang bekerjaya..
kalau saya rasa penat dengan keja2 rumah yang bertimbun,
bukan penat saja sebenarnya malas pun ada jugak terpaut di situ.
.(tapi cakap penat la baru nampak rajin sikit) kekeke
saya selalu fikirkan ibu2 zaman dulu lagi letih saya rasa..
saya ambik mak saya sebagai contoh..
walaupun dia tidak bekerjaya,
tapi jadi ibu zaman dulu lagi banyak keje saya rasa...
tambah pulak ibu2 yang bekerjaya..
kalau saya rasa penat dengan keja2 rumah yang bertimbun,
bukan penat saja sebenarnya malas pun ada jugak terpaut di situ.
.(tapi cakap penat la baru nampak rajin sikit) kekeke
saya selalu fikirkan ibu2 zaman dulu lagi letih saya rasa..
saya ambik mak saya sebagai contoh..
walaupun dia tidak bekerjaya,
tapi jadi ibu zaman dulu lagi banyak keje saya rasa...
Khamis, 8 Mei 2014
31 Sebab2 mengapa lelaki itu harus ditinggalkan
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Anda sudah punya buah hati? Jika ada, Alhamdulillah…moga membuahkan bunga-bunga cinta yang bahagia. Masih single? Takpe, jangan risau, pasti suatu hari nanti anda akan menemui jodoh yang ideal. Pernahkah anda menyelidik dan mengkaji sikap pasangan anda? Ini penting untuk melihat masa depan sesebuah perhubungan.
Selasa, 6 Mei 2014
43 Alangkah indahnya dunia tanpa telefon pintar
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Kadang2 aku rasakan kat dalam dunia ini lebih baik jika teknologi telefon bimbit itu berhenti setakat Nokia 3310, atau Nokia sabun, atau sekurang2nya Nokia daun. Dunia di mana telefon bimbit hanya berfungsi untuk berbual dan berbalas mesej SMS dengan menggunakan keypad dan talian Internet hanya boleh digunakan di komputer. Dunia yang bebas daripada smartphone yang mempunyai kamera, touchscreen, Internet, Facebook, Twitter, Instagram, game, apps dan lain2. Dunia yang bebas daripada iPhone dan Anroid phone yang menyebabkan ramai umat manusia kini menjadi zombi telefon pintar.
Isnin, 5 Mei 2014
Sabtu, 3 Mei 2014
16 Muka macam ALIEN ada hati nak ngorat aku
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Ha2.. opssss.. ini bukan ayat teman yea.. ni ayat dari seorang rakan
teman yang brutal tapi jelitawan.. hi3.. Bila teringat hari ni hari
Jumaat, dok sorang2 teringat pulak citer masa kami 'dating' a.k.a jalan
berdua sambil window shopping kat sebuah Pasaraya.. Citer ni dah lama dah.. masa zaman teman lum kawen lagi.. heee.. saja
mengenangkan kembali nostalgia bersama sahabat brutal teman tu.. dulu
kami memang rapat.. cuma. sekarang kami dah tak serapat dulu..
biasalea.. masing2 ada komitmen dengan dunia masing2 kan..
Jumaat, 2 Mei 2014
37 Penerangan GST versi kerajaan dan pembangkang
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Masih lagi bercerita pasal GST (Goods and Service Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan) kerana isu ini sekarang ini sedang panas dan hangat, lebih2 lagi selepas perhimpunan bantah GST yang diadakan semalam. Ramai yang turun membantah pelaksanaan GST, buat protes, bawak sepanduk, maki hamun, kutuk kerajaan, tapi ada juga segelintir yang bila ditanya soalan paling simple mengenai apa itu GST, itu pun mereka tidak dapat jawab.
Khamis, 1 Mei 2014
37 Para awek dan srikandi perhimpunan bantah GST
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Ketika para pekerja menyambut cuti Hari Pekerja atau Hari Pekerja pada 1hb Mei dengan cara tidur di rumah, pergi shopping, tengok wayang filem Spiderman 2, kerja overtime gaji dengan double triple, ada sebahagian yang menyambutnya dengan menyertai perhimpunan Bantah GST atau Anti-GST atau May Day Rally di ibu kota yang dianggarkan seramai 50,000 peserta yang mengambil bahagian. Kronologi perhimpunan ini boleh dibaca di sini. Gambar2 dan video sekitar perhimpunan boleh dilihat di sini, sini dan sini. Yang ada di bawah ini hanyalah koleksi gambar2 para awek dan srikandi yang menyertai demonstrasi ini sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)