Nama Fatin Syahirah tiba-tiba menjadi bualan para netizen. Siapa Fatin Syahirah? Beliau bukan gadis yang terkenal kerana TikTok, tetapi beliau adalah wakil negara untuk sukan papan selaju atau skateboard kategori wanita dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, Indonesia. Beliau menjadi viral kerana persembahannya yang agak hambar dalam pusingan akhir acara "Women Street" yang menyebabkan beliau mendapat tempat terakhir dalam kalangan 8 peserta.
Khamis, 30 Ogos 2018
Isnin, 27 Ogos 2018
2 Hargai pengorbanan pejuang, syukuri nikmat merdeka
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila melihat wajah anaknya yang sugul.
“Janganlah pergi Abah. Siapa nak jaga Mira dengan Ummi?”, ujarku yang ketika itu baru berusia 8 tahun."
“Mira janganlah sedih. Mira kan dah besar. Mira kena kuat, kena jaga Ummi dan adik-adik. Abah pergi tak lama. Abah janji habis je tugasan, abah bawa kita semua pergi Zoo Negara.”, pujuk abahku.
Kata-kata abahku itu masih terngiang-ngiang lagi di telingaku sehingga kini. Satu janji terakhir yang tak mampu dia kotakan.

Isnin, 20 Ogos 2018
6 Punca rakyat tidak gembira dengan kerajaan PH
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan tempoh hari, banyak page di Facebook yang membuat undian untuk mengukur tahap kepuasan dan kegembiraan rakyat di alam maya atau netizen terhadap 100 hari pemerintahan kerajaan Malaysia hari ini. Hasil undian ini, rata-rata majoriti netizen tidaklah begitu gembira dan tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan hari ini selepas 100 hari.
Sabtu, 18 Ogos 2018
1 Kerajaan Pakatan Harapan selepas 100 hari
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Maka semalam genaplah 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sejak 9 Mei 2018. Seperti yang umum tahu, semasa PRU14 PH ada mengeluarkan manifesto 10 Janji 100 Hari dalam Buku Harapan. Selama 100 hari ini banyak yang telah kita lalui, dari hal-hal yang menggembirakan, hinggalah isu-isu yang mengecewakan.
Antara yang menggembirakan sudah pasti apabila kes dan skandal yang berkaitan bekas PM terdahulu Dato' Seri Najib Razak dibongkar satu persatu seperti kes 1MDB, rampasan duit dan barangan bernilai jutaan ringgit, penamatan dan peletakan jawatan pengurusan tertinggi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, penangkapan Dato Jamal, penyitaan kapal mewah Equanimity yang terkait dengan Jho Low dan sebagainya.

Selasa, 14 Ogos 2018
6 Perjuangkan hak OKU bukan golongan songsang
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Aku rasa isu yang paling hangat diperkatakan selepas kerajaan baru memerintah bukanlah isu tentang kos sara hidup, isu cukai, isu harga minyak, isu pemansuhan tol, isu 1MDB, FELDA, perpaduan kaum, pemantapan agama, sahsiah dan moral, sebaliknya adalah isu yang berkaitan dengan LGBT, dan bagi aku ini adalah suatu yang amat sedih dan mengecewakan.
Kalau dulu golongan songsang ini tidak ramai yang berani bersuara dan memunculkan diri, kini mereka sudah berani keluar dari gua, tanpa segan silu mengakui diri mereka gay atau pondan secara terang-terangan bukan sahaja dari kalangan orang bukan Islam tetapi dari mereka yang mengakui dirinya muslim.

Sabtu, 11 Ogos 2018
5 Buasir Otak: The Komik - Adrenaline
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Berita baik untuk semua! Setelah setahun kami tidak keluar dengan komik baru, kini dengan sukacitanya kami ingin maklumkan yang buku indie Buasir Otak: The Komik edisi ke-5 kami iaitu Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) telah berada di pasaran.
Buku ini mengandungi 16 buah cerita kompilasi dari beberapa komik pilihan dalam Cabaran Komik Online 2017 anjuran Matkomik serta beberapa komik-komik baru yang bertemakan Sukan dengan 188 jumlah muka surat kesemuanya.

Rabu, 8 Ogos 2018
5 Lepasan SPM dapat tawaran jurusan tidak digemari
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Seorang remaja yang baru mengambil keputusan kemasukan ke universiti awam (UPU) minggu lepas datang berjumpa aku, bertanyakan pandangan aku tentang tawaran yang diterimanya. Remaja ini ketika sekolah menengah berasal dari aliran sains, masuk matrikulasi pun aliran sains, namun ditawarkan jurusan yang lari jauh dari aliran sains iaitu Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, iaitu pilihannya yang ke-10 ketika dia mengisi borang UPU.
Jumaat, 3 Ogos 2018
3 Undi siapa untuk Pilihan Raya Kecil selepas PRU14?
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Tidak sampai 100 hari Pakatan Harapan memerintah, 3 pilihan raya kecil (PRK) bakal diadakan berikutan kematian penyandang kerusi di kawasan tersebut, iaitu
- PRK di DUN Sungai Kandis N49 (penyandang asal Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei dari Pakatan Harapan), yang akan berlangsung pada hari esok, 4 Ogos 2018;
- Diikuti dengan PRK di DUN Balakong N27 (penyandang asal mendiang Ng Tien Chee dari Pakatan Harapan) yang akan diadakan pada 8 September 2018;
- Serta PRK di DUN Seri Setia N32 (penyandang asal Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin dari Pakatan Harapan) yang belum diputuskan lagi tarikh pengundian.
Langgan:
Catatan (Atom)