Rabu, 8 Ogos 2018

5 Lepasan SPM dapat tawaran jurusan tidak digemari

Seorang remaja yang baru mengambil keputusan kemasukan ke universiti awam (UPU) minggu lepas datang berjumpa aku, bertanyakan pandangan aku tentang tawaran yang diterimanya. Remaja ini ketika sekolah menengah berasal dari aliran sains, masuk matrikulasi pun aliran sains, namun ditawarkan jurusan yang lari jauh dari aliran sains iaitu Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, iaitu pilihannya yang ke-10 ketika dia mengisi borang UPU.


9 pilihan pertamanya adalah kursus berkaitan sains seperti kejuruteraan, komputer, matematik, fizik dan sebagainya. Dia memilih jurusan komunikasi sebagai pilihan ke-10 sekadar untuk pelengkap borang memandangkan tak banyak pilihan yang dia ada berdasarkan keputusan akhir matrikulasinya, namun tidak menyangka jurusan itu yang ditawarkan kepadanya.

Agak kecewa dengan tawarannya, dia meminta pendapat aku adakah dia perlu menerima tawaran tersebut, memandangan dia langsung tidak minat dengan kursus tersebut, apatah lagi dia seorang yang introvert, sedangkan untuk mendapat kelebihan dalam jurusan ini pelajar perlu menjadi seorang extrovert. Dia sendiri tak yakin adakah dia boleh mengubah sikap dan sifatnya untuk berjaya dengan cemerlang dalam kursus tersebut.

Aku yakin, perkara macam ni bukan dia seorang yang hadapi, malah ramai lagi pelajar lepasan sekolah yang menghadapi masalah yang sama. Satu, mereka tidak tahu nak sambung belajar dalam jurusan apa. Satu lagi, mereka tahu mereka nak masuk kursus apa, tapi mendapat tawaran yang bukan menjadi pilihan mereka, lalu mereka menjadi keliru dengan laluan pendidikan dan kerjaya mereka.

Cuma kalau ikut pendapat aku, terima dulu tawaran tersebut walaupun kau tak suka. Bila dah masuk universiti nanti, cuba untuk belajar. Ada orang belum cuba belum tahu, tapi bila dah cuba dan belajar, barulah tahu yang rupa-rupanya minat dia memang di bidang itu. Tapi kalau tak boleh pergi jugak, boleh cuba mohon untuk tukar kursus lain di universiti yang sama.

Tapi kalau permohonan kau tak berjaya dan kau tetap mahu belajar dalam bidang yang kau minat, kau mohon balik kursus diploma dalam bidang yang kau suka. Biasanya nak mohon diploma dalam bidang yang kau suka lebih senang dapat dari degree.

Memang nampak macam downgrade, dari ambil degree turun ke diploma, dan mungkin akan lambat sikit dari kawan-kawan sebaya kau, tapi sekurang-kurangnya kau dapat juga masuk dalam bidang yang kau suka. Kalau kau ambil degree pun, kalau keputusan CGPA teruk tetap kena tendang, terpaksa bermula dari awal balik jugak.

Masa kau kat diploma, kau belajar la rajin-rajin sampai dapat keputusan cemerlang, lepas tu mohon pula untuk sambung degree kalau kau nak dapat degree. Jangan risau, biasanya kau mesti akan dapat sambung degree dalam bidang yang sama dengan diploma kau.

Contoh macam masa diploma kau ambik kejuteraan elektrik, mesti kau akan dapat sambung degree dalam bidang kejuteraan elektrik jugak. Jarang la masa diploma kau ambik bidang sains, tiba-tiba masa degree kau ditawarkan bidang seni.

Jangan risau kalau kau lambat dapat degree, lambat grad, lambat dapat kerja berbanding kawan-kawan sebaya kau. Setiap orang perjalanan kehidupannya tak sama. Tak perlu bandingkan diri dengan orang lain, takde point pun kau nak kejar kehidupan orang lain, yang penting kau sendiri dapat mencapai cita-cita yang kau impikan pada akhirnya. Malah belum tentu apa yang kau belajar nanti, kau akhirnya akan bekerja dalam bidang yang sama.

Kawan satu kelas aku ketika belajar jurusan Sains Komputer, selepas beberapa tahun kerja makan gaji dalam bidang IT, sekarang buka kedai dobi, ada yang buka kedai baiki handphone, ada juga yang sudah menjadi pembaca berita di TV.

Rakan sekolah aku yang belajar dalam bidang fizik, habis universiti terus jadi pakar motivasi bagi ceramah sana sini. Ada tu ambik degree engineering, sekali jadi sifu hartanah, yang buka kedai bundle pun ada.

Seorang kenalan aku keputusan SPM sangat cemerlang, mak ayah dia suruh ambil jurusan kejuruteraan macam mereka, masuk tahun 2 gagal tak boleh bawak. Last-last keluar universiti ambil diploma grafik. Tapi sekarang kerja buka kedai runcit.

Ada kenalan perempuan aku juga, dia minat seni dan nak sambung bidang seni dan animasi, tapi mak ayah dia paksa ambil jurusan kejuruteraan. Walaupun tak minat, mungkin sebab dia perempuan dan tak nak menghampakan harapan mak ayah, dia habiskan juga pembelajaran dia. Lepas grad, dia tak nak kerja dalam bidang yang dia belajar sebab tak minat, last-last kerja kedai buku dan printing.

Ada seseorang yang aku jumpa, belajar sikit punya pandai, belajar kejuruteraan kimia, masa kerja terjun bidang oil & gas. Gaji memang besar, tapi tak lama kerja, dia berhenti dan buat Uber/Grab sepenuh masa sebab mahukan kebebasan.

Dan aku yang belajar jurusan sains komputer, masih lagi bekerja makan gaji sehingga kini dalam bidang IT selepas 15 tahun tamat belajar. Memang aku dari dulu minat bidang komputer, tapi bila dah lama-lama sangat buat benda yang sama, nak kata boring tu ada lah jugak boring, sikit tapi bidang ni je yang aku rasa aku boleh pergi. Sambil-sambil tu buat la part time tulis-tulis blog, buat komik dan sebagainya untuk mengisi masa lapang.

Sebab itu kau belajar lah bidang apa pun, kau kerjalah sektor apa sekali pun, kau buatlah apa-apa pilihan untuk menentukan laluan dan haluan masa depan kau, namun akhirnya kau akan buat apa yang kau rasa betul dan perlu demi untuk menyara kehidupan kau dan keluarga.


Artikel-artikel lain yang harus dibaca lepasan SPM:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: pilihan lepas lepasan spm matrikulasi borang upu online semak keputusan universiti kursus jurusan diploma degree ijazah sarjana muda

5 ulasan:

  1. betul tu. baru baru ni permohonan upu saya ditolak untuk ke degree tapi bila saya buat rayuan, hanya ditawarkan kos yang kosong dan satu pun takde saya minat. saya tetap isi jugak rayuan tu... kalau tak dapat rayuan, saya akan tunggu untuk pengambilan seterusnya. terima kasih atas kata kata semangat

    BalasPadam
  2. betul tu noob. hadap je apa yang ada. macam aku. scorer masa SPM. dapat course engineering. degree. tak selesai sebab aku rasa tak minat. masuk diploma aircraft maintenance. tamat belajar dapat kerja kat airport. jadi technician. pastu lompat ke oil & gas. pastu naik pangkat jadi engineer operasi. sekarang banyak buat kerja pasal work safety. quite happy. ringkas cerita, hadap je apa yang tersedia kat depan. buat pilihan yang terbaik mengikut kemampuan di waktu tu. the rest usaha dan serah kepada Allah.

    BalasPadam
  3. Dulu dia ni budak yang tak bersalah (belum baligh).. bila besar dia jadi Ted.

    BalasPadam
  4. saya lagi pelik belum result spm dapat tawaran dphdu(dermasiswa diploma pengurusan haji dan umrah) ni pun tengah pikir nak terima ka dak sebab saya minat accounting and finance

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.