- PRK di DUN Sungai Kandis N49 (penyandang asal Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei dari Pakatan Harapan), yang akan berlangsung pada hari esok, 4 Ogos 2018;
- Diikuti dengan PRK di DUN Balakong N27 (penyandang asal mendiang Ng Tien Chee dari Pakatan Harapan) yang akan diadakan pada 8 September 2018;
- Serta PRK di DUN Seri Setia N32 (penyandang asal Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin dari Pakatan Harapan) yang belum diputuskan lagi tarikh pengundian.
Ketiga-tiga PRK ini melibatkan DUN negeri Selangor. Untuk rujukan, Selangor mempunyai 56 jumlah kerusi DUN kesemuanya. Pada PRU14 yang lepas, Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri Selangor apabila menang besar 51 buah kerusi DUN, manakala Barisan Nasional (BN) hanya memiliki 4 kerusi DUN dan PAS pula 1 buah kerusi.
Andai kata parti pembangkang di Selangor sama ada BN atau PAS memenangi ketiga-tiga PRK ini pun, ia sama sekali langsung tidak akan menjejaskan kuasa PH di negeri Selangor.
Maka siapakah yang seharusnya para pengundi pilih untuk kesemua PRK ini?
Adakah parti pemerintah, atau parti pembangkang?
Untuk PRK kali ini dan pada masa-masa akan datang pun, aku akn tetap berpandangan yang sama seperti sebelum, iaitu Undi Terbalik.
Dulu sewaktu BN menjadi kerajaan, aku sarankan untuk undi terbalik sewaktu PRU14 agar parti selain BN iaitu PH atau PAS menang. Maka kali ini, aku tetap sarankan undi terbalik untuk PRK agar parti selain PH menang, tak kira sama ada BN atau PAS, ikut mana yang bertanding.
Undi terbalik ini kita undi bukan sebab kita macai mana-mana parti politik. Kita undi PH waktu PRU14 dulu bukan sebab kita sokong PH, sebaliknya kerana kita mahukan suatu perubahan. Maka samalah dengan PRK kali ini pun, kalau kita undi BN atau PAS, bukan bermakna kita sokong mereka, sebaliknya kita hanya mahukan perubahan.
Malah dengan undi terbalik ini kita dapat beri signal kepada ahli politik bak dari sisi kerajaan mahupun pembangkang yang kita boleh undi siapa-siapa yang kita mahu tanpa mengira parti. Kita bukannya berhutang apa-apa dengan mereka sampai kita rasa terpaksa undi mereka sampai mati. Kita perlu beritahu mereka yang sebenarnya mengikut telunjuk kita, bukan kita yang mengikut telunjuk mereka. Kita ingatkan mereka yang kuasa dan jawatan yang mereka miliki terletak di tangan rakyat, suatu yang mungkin ahli politik ini sering lupa bila sudah pegang kuasa.
Kalau kau seorang penyokong PH pun kau boleh je undi terbalik, sebab jika parti selain PH menang PRK ini pun tak mengapa, PH tetap kekal menjadi kerajaan negeri di Selangor, BN masih tidak dapat membentuk kerajaan, dan DS Najib masih tidak menjadi Perdana Menteri. Maka tidak ada apa yang rugi pun kalau PH kalah PRK ini. Yang penting dengan undi terbalik kita dapat mengingatkan mereka pada segala janji-janji mereka sebelum PRU14 tempoh hari.
Lagipun sejak PH memerintah ini, berderet-deret isu yang melibatkan tadbir urus kerajaan dan kenyataan menteri yang tidak sedap didengar berlegar-legar di ruang berita dan media sosial, yang di antaranya isu kenyataan rasmi menggunakan Bahasa Cina, UEC, sejarah pendatang, sejarah komunis, harga tomato, pengiraan hutang negara, cadangan menara tertinggi baru, syarikat kereta nasional baru, sistem cukai SST, konsert Radiohead, pembatalan bonus raya dan kenaikan gaji tahunan kakitangan kerajaan, pemberhentian kakitangan kontrak, petugas RELA, syarikat milik keluarga pemimpin dapat kontrak projek, ahli politik dilantik dalam pengurusan tertinggi GLC, pembatalan dan penangguhan manifesto seperti pemansuhan tol, hutang peneroka FELDA, gaji minimum, pembayaran PTPTN dan sebagainya.
Memang tak dinafikan sebahagian isu itu adalah persepsi, spekulasi dan fitnah, namun tak semua isu itu tak betul, apabila laman media yang sebelum ini pro kepada PH pun turut melaporkan berita-berita tersebut.
Malah kalau sebelum PRU14, kita banyak didendangkan oleh PH dengan pelbagai kempen pilihan raya yang menarik hati rakyat seperti pemansuhan tol, penurunan harga minyak, pendidikan percuma, pemansuhan GST, penurunan kos sara hidup, menghapuskan rasuah dan salahlaku dan macam-macam lagi.
Tapi sekarang mereka nak buat kempen yang sama pun dah tak boleh, atau pun tak sesuai. Yelah, mereka dah jadi kerajaan, nak berkempen mansuh tol, turun minyak, pendidikan percuma, turun kos sara hidup apa lagi? Jangankan itu, nak sebut pasal skandal 1MDB pun dah tak sesuai.
Sebab apa?
Sebab mereka dah pegang kuasa, mereka dah sepatutnya melaksanakan apa yang mereka janjikan dalam kempen PRU14 sebelum ini. Kalau mereka nak bangkitkan hal berkaitan isu setempat seperti bandar kotor, longkang tersumbat, jalan berlubang pun tak kena, sebab mereka adalah kerajaan. Takkan calon pilihan raya PH, nak komplen pasal isu jalan berlubang kat kerajaan PH?
Last-last yang banyak kedengaran jadi modal dan bahan kempen PH Sungai Kandis ini adalah kritikan kepada parti PAS sebab tak bertanding. Bagi aku tak kisahlah PAS tak nak bertanding sebab nak bagi laluan kepada BN ke apa, tapi mereka tak bertanding kot, nak serang mereka buat apa lagi? Fokus kepada masalah rakyat sudahlah.
Maka Undilah Terbalik.
Bagi sedikit signal kepada kerajaan sekarang agar terus melaksanakan segala yang telah dijanjikan untuk kebaikan rakyat dan kurangkan cetus kontroversi dan persepsi negatif.
Lain-lain artikel berkaitan:
- Dengar apa yang dicakap bukan siapa yang bercakap
- Hilang tempat berpaut untuk membangkang kerajaan
- Utamakan janji pilihan raya, ketepi agenda lain
- Adakah rakyat terhutang budi pada pemimpin?
- Kenyataan rasmi dalam bahasa Cina suatu kesipuan
- Jurang kuasa antara golongan atasan dan bawahan
- Tindakan kerajaan baharu 3 minggu selepas PRU14
- Sebenarnya masih ramai yang sayangkan UMNO dan BN
- Rentetan peristiwa penting seminggu selepas PRU14
- Kerajaan baru sudah mula dihujani berita palsu
- Bagaimana kerajaan PH boleh kekal lama berkuasa?
- Bagaimana UMNO-BN boleh dapat kembali sokongan?
- Golongan yang harus bersikap neutral dalam politik
- Cabaran dan tanggungjawab rakyat selepas PRU14
- Bagaimana Pakatan Harapan akhirnya menang PRU14?
- Rakyat adalah majikan, ahli politik adalah pekerja
- Ringkasan Manifesto Barisan Nasional PRU-14
- Ringkasan Manifesto Pakatan Harapan PRU-14
- Ringkasan Manifesto Gagasan Sejahtera PRU-14
- Kempen undi rosak yang bodoh lagi sia-sia
- Mengundi di tempat tinggal bukan di kampung
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: prk pilihan raya kecil sungai sg kandis balakong seri setia meninggal sakit kemalangan undi terbalik siapa ph bn pas calon
Ok...ph ltk tunggul kayu pun boleh menang...🤗🤗🤗🤗😝😝😝😜😜🤑🤑🤑
BalasPadamӇ∉↳↳๏..
BalasPadamnak bisjut?
BalasPadam