Aku suka pada lawak jenaka. Aku boleh terima macam-macam jenis lapisan komedi. Tahap jenaka juga ada pelbagai jenis. Lawak jenaka yang high class adalah satira atau lawak jenaka yang lucu dalam masa yang sama menjentik minda dan sarat dengan mesej pengajaran. Jenaka yang biasa adalah jenaka yang kelakar tetapi tidak mempunyai apa-apa mesej, jenaka tersebut hanya untuk hiburan semata-mata.
Dan yang terakhir adalah jenaka low class, jenaka yang tak kelakar, jelek dan annoying malah menyakitkan hati orang lain, contohnya seperti lawak jamban, kotor, lucah dan mengguris sensitiviti sesetengah pihak. Tujuan komedi adalah untuk membuatkan orang gelak, maka kalau komedi itu tak membuatkan orang gelak malah membuatkan orang marah pula, ia tak layak digelar komedi tetapi sampah sarap, seperti contoh sebuah rancangan yang menjenakakan nama bekas pelari pecut negara Watson Nyambek ini.