Isnin, 24 April 2017

8 Komedi kelas rendah yang langsung tak kelakar

Aku suka pada lawak jenaka. Aku boleh terima macam-macam jenis lapisan komedi. Tahap jenaka juga ada pelbagai jenis. Lawak jenaka yang high class adalah satira atau lawak jenaka yang lucu dalam masa yang sama menjentik minda dan sarat dengan mesej pengajaran. Jenaka yang biasa adalah jenaka yang kelakar tetapi tidak mempunyai apa-apa mesej, jenaka tersebut hanya untuk hiburan semata-mata.

Dan yang terakhir adalah jenaka low class, jenaka yang tak kelakar, jelek dan annoying malah menyakitkan hati orang lain, contohnya seperti lawak jamban, kotor, lucah dan mengguris sensitiviti sesetengah pihak. Tujuan komedi adalah untuk membuatkan orang gelak, maka kalau komedi itu tak membuatkan orang gelak malah membuatkan orang marah pula, ia tak layak digelar komedi tetapi sampah sarap, seperti contoh sebuah rancangan yang menjenakakan nama bekas pelari pecut negara Watson Nyambek ini.



Rententan dari itu, Watson Nyambek menyatakan berang dan menyatakan kekecewaannya terhadap rancangan komedi yang menghina mendiang bapanya.

"Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan." tulisnya dalam Facebooknya.

Berita sepenuhnya di sini - Watson berang rancangan komedi hina bapanya.

Rentetan dari itu, pengacara tersebut iaitu Azizul Ammar Abu Hassan yang juga merupakan DJ di siaran radio Hot FM telah memohon maaf - Saya mohon maaf: Ammar.

Terdahulu, Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) mengeluarkan permohonan maaf kepada Watson - Hina ayah Watson Nyambek: Primeworks minta maaf.

Nasib baik dia bukan warga Singapura, kalau tak mesti Zed Zaidi dah marah dan ban dia dari keluar dalam rancangan TV Malaysia.

Sama ada permohonan maaf itu Watson dan netizen boleh terima atau tidak, nasik dah pun jadi bubur. Damage has been done. Apa-apa pun semoga ini jadi pengajaran kepada semua di luar sana. Tak perlu la nak ejek nama-nama orang sangat, apatah lagi orang yang bukan kawan kita dan kita tak kenal pun. Macam level budak-budak sekolah je ejek nama orang dan nama bapak ni, takde class langsung.

Sama macam kes tahun lepas seorang pelawak stand-up yang perlekeh negeri Kelantan - Persenda Negeri Kelantan Di Twitter, Ini Respon Netizen Buat ‘Pelawak’ Yang Serius Tak Kelakar Langsung!

Kalau suatu komedi itu bukan sahaja tidak kelakar, tidak membuatkan orang gelak, malah mencetuskan kemarahan ramai orang, adakah ia layak dipanggil jenaka, dan adakah dia layak digelar pelawak?

Kalau anda rasa kutukan, hinaan dan lekehan itu suatu jenis komedi dan semua orang patut berlapang dada menerima komedi tersebut, cuba ada orang hina mak kau atas nama kreativiti komedi dan kebebasan berkarya, aku nak tengok kau mampu gelak ke tak?

Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: ammar hot fm titan hina kutuk senda lawak jenaka komedi rancangan sukan tak sentral watson nyambek buat bunyi kambing haikal komediri

8 ulasan:

  1. Betul.. aku ada kawan jenis macam ni.. lawak2 dia memang tahap hampeh.. baru dari sem 1 diploma lawak2 dia ulang2 je sampai sem akhir degree..

    BalasPadam
  2. Nama Nyambek bagi orang Iban sangat mulia. Orang Iban usah dipermainkan sebagaimana rakyat Malaysia yang lain.

    Nampaknya kita mesti ajar orang ramai bagaimana nak jadi warga yang beradab bukan warga yang biadab seperti yang satu ni. Bukan warga yang bertuhankan politik dan sangat tunasusila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la Iban saja la usah dipermainkan sebagaimana rakyat Malaysia yang lain? Hina orang nampak..

      Padam
  3. Rancangan ini siaran langsung ke? Sampai terlepas siaran.. Tak kan tak ada seorg pun dlm produksi tu tak perasan yg perkara mcm ni (mengejek nama org) suatu yg sensitif? Bengong

    BalasPadam
  4. BODOH TAHAP GILA BABI...PELAWAK KITA BUKAN EDUCATED PUN SBTU BODOH SEMACAM JA

    BalasPadam
  5. Haaa ambik ni, buat pengajaran untuk para pelawak.

    BalasPadam
  6. rasakan, apasal digantung kerja je, patutnya dibuang kerja, baru kamik maafkan, KAMIK SAYA KITAK, PASTIkan ammar dibuang!

    BalasPadam
  7. Dah³ pasal nama je pon.. prooot!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.