Jumaat, 31 Julai 2015

101 Gaji mengikut jenis kerjaya dalam bidang ICT

Kerjaya dalam bidang Information Technology (IT/ICT) atau Teknologi Maklumat ada banyak bidang dan cabangnya. Seperti yang aku pernah tulis dalam artikel "Mitos dan realiti kerja dengan komputer" dulu, pengkhususan dan cabang IT sangat banyak sebenarnya. Aku pecahkan kepada 3 cabang bidang utama iaitu pengurusan ICT (ICT management), pembangunan (development) dan operasi teknikal (technical operational).



Khamis, 30 Julai 2015

11 Tunaikan janjimu, surat terbuka buat PM tersayang

Ke hadapan Tuan PM Najib Razak tersayang,

Sejak dua menjak ini banyak betul berita dan isu2 yang tidak sedap didengar berkaitan diri tuan. Pasal gaya hidup tuan, tuduhan 1MDB, penyingkiran TPM Muhyiddin dan sebagainya. Sejujurnya, saya malas sangat nak ambil port pasal isu2 yang membabitkan diri tuan tu, malah saya langsung tak peduli siapa pun tuan nak lantik untuk bersama2 bekerja dengan tuan.

Saya cuma lebih kisahkan pasal janji2 yang parti tuan taburkan dalam manifesto PRU13 dahulu yang antaranya masih belum ditunaikan. Daripada tuan sibuk melayan isu2 peribadi, apa kata tuan fokus dan lancarkan apa2 program dan dasar yang ke arah mencapai matlamat manifesto tersebut, dan jika pelaksanaan sedang berjalan, maklumkan kepada rakyat sudah berapa peratuskah manifesto2 tersebut yang telah selesai dilaksana dan berjaya dicapai?


7 Pekerjaan bergaji tinggi tanpa ijazah di Malaysia

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain

Memiliki ijazah bukanlah lesen untuk anda mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi di Malaysia. Tambahan pula dengan lambakan graduan setiap tahun, purata gaji fresh grad hanyalah sekitar RM2,000 ke RM3,000 sahaja. Malah ada juga majikan yang menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lebih rendah daripada itu atas alasan tidak  ada pengalaman bekerja.


Rabu, 29 Julai 2015

7 Gaji mengikut pekerjaan dan tahap pendidikan

Hari tu ramai orang bincangkan pasal slip gaji pekerja Bangladesh yang bekerja sebagai loader KLIA2 sebanyak RM5,000 lebih. Kali ini kita lihat pula purata gaji bulanan bagi pekerja Malaysia mengikut latar belakang dan tahap pendidikan mereka serta purata gaji permulaan bagi graduan yang baru bekerja mengikut jenis pekerjaan di Malaysia.



Selasa, 28 Julai 2015

9 Senarai penuh Menteri Kabinet Malaysia 2015 baru

Tanggal 28 Julai 2015, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan Kabinet dengan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009.

Selain Muhyiddin, empat menteri dan seorang timbalan menteri turut digugurkan setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.

Menteri yang digugurkan adalah Datuk Seri G.Palanivel yang menjawat jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin ( Sains, Teknologi dan Inovasi).



9 Walau dapat rezeki sama namun keperluan berbeza

Seperti sudah menjadi satu trend orang yang hidup senang mencela dan memandang rendah orang yang hidup susah, malah dengan bangganya menceritakan pengalamannya bagaimana mereka boleh berjaya dan memandang sinis kenapa orang lain tidak boleh berjaya sepertinya. Hakikatnya, keperluan kehidupan setiap orang itu tidak sama.



7 Kenapa sentap bila pekerja asing bergaji besar?

Kecoh di laman sosial Facebook dengan tersebarnya satu gambar yang dikatakan slip gaji pekerja Bangladesh di KLIA2 dengan gaji bersih sebanyak RM5,241 sebulan sehingga menyebabkan ramai netizen sentap dan butthurt kerana merasakan tidak adil kenapa gaji orang luar jauh lebih tinggi dari gaji rakyat sendiri.



Isnin, 27 Julai 2015

6 Teknik senaman ringkas mengempiskan perut boroi

Aduh perut semakin membuncit dan wajah pula sedikit tembam walaupun hampir sebulan menjalani ibadah puasa. Di mana silapnya? Adakah kerana selera makan yang semakin bertambah apabila melihat menu enak hari raya?

Ramai mengakui sukar menurunkan berat badan sebaik saja Ramadan sampai ke penghujungnya. Ini disebabkan selera makan yang semakin bertambah dua kali ganda tatkala melihat juadah enak hari raya. Akibatnya perut dan paha semakin membesar. Ada pula mengakui pakaian semakin sendat.



8 Berdoa mohon temu jodoh di Masjid Desa Temu Jodoh

Viral di Internet gambar beberapa orang Melayu sedang berdoa di pintu gerbang Masjid Desa Temu Jodoh yang berada di Chaah, Segamat, Johor sehingga mencetuskan pelbagai reaksi positif dan negatif para netizen di Facebook dan Twitter, malah turut dilaporkan di akhbar online dari Indonesia mengenai gelagat mereka ini.

Ya, aku faham diorang takde niat khurafat dan hanya mahu berlawak berdoa minta jodoh sebab nama masjid tu Masjid Desa Temu Jodoh, tapi bagi aku bab2 agama macam tak payah la buat2 lawak. Agama Islam tu bukan suatu bahan lawak jenaka untuk korang sehingga boleh menimbulkan rasa tidak selesa saudara seagama. Malah sebab benda2 macam ni la penganut agama lain mentertawa dan memandang rendah terhadap orang Islam sendiri.


Ahad, 26 Julai 2015

13 Bani Melayu yang menolak ilmu sains dan teknlogi

Pada minggu lepas, sebuah kapal angkasa Amerika Syarikat (AS) akhirnya berjaya melengkapkan misi ke planet paling jauh di sistem suria iaitu Pluto selepas menempuh perjalanan selama sembilan tahun enam bulan dengan jarak sejauh 4.8 bilion kilometer.

Detik bersejarah itu disaksikan beratus-ratus pegawai NASA, wartawan dan peminat Pluto di Makmal Fizik Universiti Johns Hopkins apabila kapal angkasa New Horizons memberi isyarat radio dan imej planet berkenaan tepat pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan.



Sabtu, 25 Julai 2015

9 Hentikan budaya sebar gambar mayat di media sosial

"Mak cik... Pak cik dah tak ada.."

Berderai air mata mak cik, mengatahui suaminya sudah tiada. Pak cik 70-an sudah terlantar di rumah 9 bulan akibat strok, datang ke hospital kerana radang paru-paru serius.

Kematian adalah perkara biasa dalam profesi kami. Setiap waktu pasti kami akan menghadapi kematian.

Berurusan dengan kematian, ada adabnya, ada santunnya. Dalam keadaan pesakit sudah tenat, kami bantu sedaya upaya kami, kami bisikkan syahadah (yang beragama Islam) di telinga pesakit, sudah meninggal, kami uruskan jenazah mereka dengan penuh hormat. Jenazah perlu dijaga sebaiknya.


4 Kisah Raya: Secebis memori manis di Hari Raya

Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila. Aku ingat lagi, masa tu bila balik kampung rumah atuk, aku akan berjumpa dengan sepupu2 yang lebih kurang sebaya dengan aku.



Jumaat, 24 Julai 2015

4 Kisah Raya: Kisah setia seorang sahabat

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.



Khamis, 23 Julai 2015

5 Kisah Raya: Aktiviti ziarah VS melepek depan TV

Masa dulu, awal pagi raya memang suasana yang sungguh syahdu. Pagi-pagi mandi, lepas tu pakai baju baru, cium tangan mak bapak. Lepas sembahyang, habis semua rumah jiran satu kampung kita serbu. Punya seronok walau pun masa tu satu rumah biasanya dapat seposen je.



Rabu, 22 Julai 2015

5 Kisah Raya: Kenangan bermain mercun

Memang tak nafikan sambutan Ramadhan dan Syawal setiap tahun kebelakang ni makin hambar, tapi mungkin saya sorang je yg terasa begitu kot. Mungkin bro2 yang lain ok je dan makin meriah. Saya boleh lihat budak2 sekarang pun dah tak bersemangat sangat menyambut Ramadhan macam saya masa budak2 nakal dulu2.



Selasa, 21 Julai 2015

11 Kisah Raya: Suasana raya sudah banyak berubah

Walaupun saya nih muda lagi, tapi zaman macam tu sempat gak rasa. Masih dalam zaman meriam buluh kalau kat kampung. Cuma saya tak tinggal kat kampung (jadi saya terlepas bahagian meriam buluh tu... Sedihnya... hehehe...). Tapi macam yang bro bwan cakap, kebanyakan ibu bapa zaman tu memang tak kasi anak2 kuar malam sangat.



Isnin, 20 Julai 2015

7 Kisah Raya: Sambut raya dulu dan sekarang

Pabila Ramadhan menjelma, saya akan mula mencari pelita minyak gas, mula memotong buluh untuk dibuat tiang dan dipacakkan disekeliling rumah. Semangat nak raya padahal baru saja bermula puasa. Dalam pertengahan bulan Ramadhan, kedai-kedai runcit mula menjual bunga api dan mercun. Dulu tak macam sekarang, jual mercun tak salah. Sanggup korek tabung dan mintak duit kat mak nak beli bunga api dan mercun. Malam ja, pakat dok main ramai-ramai. mercun apa yang tak pernah main, mercun lada, mercun papan, mercun telur naga, mercun mancis, mercun roket, mercun bunga, mercun gasing, mercun ayam, mercun lebah, mercun zig zag, mercun das, mercun payung terjun, dan mercun buatan sendiri. Semua saya dah pernah main...



Ahad, 19 Julai 2015

2 Kisah Raya: Seronoknya raya zaman kanak-kanak

Kata orang raya setahun sekali. Tapi setiap tahun keseronokannya berbeza bagi sesetengah orang. Ada yang makin seronok dan ada yang makin hambar barangkali. Terutamanya orang yang dah berumur macam saya. Anak dah dua tiga dan bajet pula banyak yang keluar nak balik kampung sendiri dan balik kampung orang rumah. Tapi, yang pasti, dalam agama, Ramadhan adalah penghulu segala bulan dan 1 Syawal pula adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang beriman.



Sabtu, 18 Julai 2015

7 Kisah Raya: Aidilfitri dulu dan kini

Ketupat dan rendang masih dijadikan hidangan utama, namun hari pertama Syawal yang sangat istimewa buat semua umat Islam sudah banyak berubah mengikut peredaran masa. Meskipun terdapat kelainan, ia tidak bermakna hubungan silaturrahim antara sanak-saudara dan sahabat-handai sudah kian renggang serta matinya sesebuah tradisi dan budaya masyarakat Islam di Malaysia. Sebaliknya, ia membuahkan bukti evolusi tradisi dan budaya itu.


LOKASI



Khamis, 16 Julai 2015

15 Selamat menyambut Hari Lebaran 2015

Aku mewakili geng2 Fools Syndicate, penulis di blog Buasir Otak ini ingin mengucapkan kepada anda semua Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 dan Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat segala salah silap, kekasaran bahasa, terguris perasaan dan sebagainya.



Rabu, 15 Julai 2015

13 Penjaga parking haram yang menindas kaum sendiri

Tadi aku pergi satu Uptown kat area KL. Baru je sampai, dah dapat satu parking baik. Dekat sangat dengan gerai-gerai. Masa ni dah happy sebab jarang dapat peluang parking mudah macam ni.

Tapi aku keluar je kereta, datang sorang mamat ni jumpa aku.

"Bang, RM5."

"Dah kenapa?" Aku tanya.

"Kalau parking sini kena bayar bang. RM5."

3 tahun aku lepak kat sini, dah dekat beratus kali aku datang, ini first time orang mintak bayar parking.



22 Tragedi Low Yat: Kronologi peristiwa dan konklusi

Suspek yang ditangkap kerana mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat pada Sabtu lalu, hari ini mengaku tidak bersalah selepas dibacakan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebentar tadi.

Tertuduh, Shahrul Anuar Abdul Aziz berusia 22 tahun yang juga merupakan seorang penganggur turut dibenar diikat jamin berjumlah RM3,000 dengan seorang penjamin oleh Majistret.

Majistret, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor kemudiannya menetapkan 14 Ogos untuk perbicaraan.

Ketika sebutan dibuat, Shahrul yg memakai kemeja-T hitam pada awalnya mengaku bersalah dan keadaan itu mengejutkan peguamnya, Shahruddin Ali.

Selepas diperjelaskan Majistret Nur Aminahtul Mardiah Md Nor, Shahrul kemudian membuat pengakuan tidak bersalah.



Selasa, 14 Julai 2015

14 Walau beza kaum dan agama, darah tetap sama merah

Ada tak bila kau pergi hospital, bila ada kes kemalangan atau nak buat pembedahan, pernah kau dengar pesakit atau waris buat permintaan seperti ini:

"Aku tak nak guna darah orang Cina sebab diorang makan babi."
"Wa tanak dalah olang Melayu, nanti wa jadi Melayu maa."
"Ana minta doktor guna darah orang Islam sahaja ya. Syukran ya akhi."
"I request to use Christian blood only for my operation."
"Jangan masukkan darah orang negeri lain kecuali darah bangsa Johor je".
"Buleh ko kawe nok mintok guno darah hok ore Kelate jah?"
"Untuk pembedahan saya ni saya minta jangan guna darah orang miskin, pastikan awak guna darah dari golongan bangsawan sahaja."



7 Ibu tunggal pesakit saraf yang memerlukan bantuan

Dulu aku pernah iklankan Serunding Asli homemade dari Kampung Laut Kelantan kat blog ni yang dijual oleh Puan Alia Haryani. Untuk pengetahuan anda, beliau juga merupakan seorang penghidap penyakit saraf Guillan Barre Syndrome. Sebelum itu, aku ingin kongsikan sedikit kisah hidup beliau yang pernah disiarkan dalam akhbar Harian Metro pada tahun 2012 yang lalu malah kisah beliau telah banyak dikongsikan oleh blogger2 lain sebelum ini.



Isnin, 13 Julai 2015

26 Tragedi Low Yat: Kita mempertahan orang yang salah

Akhirnya segala pertanyaan, persoalan dan teka-teki dalam Tragedi Berdarah Low Yat 13 Julai sama ada ia berpunca daripada kes kecurian telefon atau pun kes penipuan telefon telah pun terjawab setelah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar dan juga Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak memberi kenyataan media hari ini. 



29 Tragedi Low Yat: Jangan bakar lagi api perkauman

Rentetan daripada kejadian 7 orang Melayu menyerang kedai Cina di Plaza Low Yat kerana dikatakan ditipu ketika membeli telefon pintar berjenama Oppo, malam tadi dianggarkan lebih 200 orang Melayu bertindak merusuh hingga menyebabkan keadaan di pusat membeli belah berkenaan menjadi tegang dan panas sehingga menjadi tragedi.



Ahad, 12 Julai 2015

26 Punca sebenar Melayu serang kedai Cina di Low Yat

Pengunjung di Plaza Low Yat kecoh selepas berlaku pergaduhan antara sekumpulan lelaki dengan pekerja salah sebuah premis di kompleks berkenaan. Selain merakam gambar, mereka yang menyaksikan aksi bergasak turut memuat naik beberapa visual yang kemudian dikongsi di laman sosial. Banyak versi cerita yang disebarkan di media sosial, namun kisah dia yang sebenarnya macam ni.



26 Alasan untuk tidak bersetuju dengan ucapan Zahra

Sejak video Saya Zahra dan Saya Sayangkan Malaysia berkenaan seorang gadis muda yang meluahkan permasalahan dan realiti kehidupan anak muda lepasan universiti di Malaysia tempoh hari viral di media sosial telah mengundang pelbagai pandangan dan kritikan daripada warga maya terutama di Facebook. Ada yang pro-Zahra, namun dan ada juga yang tidak pro-Zahra, dan kritikan2 bijak pandai yang tidak pro-Zahra ini menjadi popular dan viral kerana telah menimbulkan banyak perdebatan di antara para pahlawan papan kekunci. Ada yang bersetuju, ada juga yang tidak bersetuju dengan mereka. Di sini aku kongsikan 2 penulisan yang tidak pro-Zahra yang paling popular di media sosial sehingga dikongsikan di portal TheVocket.



Sabtu, 11 Julai 2015

19 Malaysia negara ke-10 paling malas dalam dunia

Satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.



Jumaat, 10 Julai 2015

22 Tiada lagi peluk cium di filem dan drama tempatan

Nampaknya selepas ini adegan-adegan romantis di dalam drama seperti berpelukan, mencium pipi, dan sebarang aksi yang membangkitkan keghairahan tidak dibenarkan sama sekali ditayangkan kepada umum di kaca televisyen.

Menerusi satu pekeliling dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang dikongsi di media sosial sejak semalam, badan tersebut telah menggariskan peraturan rasmi dan setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia wajib mematuhinya.

Peka dengan rungutan orang ramai terhadap beberapa produk drama melayu yang disifatkan sebagai terlalu ‘keterlaluan’, LPF tampil dengan garis panduan ini.



6 Hubungan manusia dengan Tuhan dan sesama manusia

Sebagai seorang manusia dan hamba di dunia ini, ada 2 jenis hubungan yang sangat penting yang perlu dijaga iaitu hubungan dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia. Sepanjang aku hidup dari mula akil baligh, masuk alam remaja, belajar sekolah menengah, masuk universiti, masuk alam pekerjaan, masuk dalam masyarakat, ada 4 jenis golongan manusia Melayu-Islam mengikut hubungan mereka dengan Tuhan dan sesama manusia yang aku pernah jumpa dalam kehidupan yang serba fana ini.



Khamis, 9 Julai 2015

23 Anak muda meluahkan realiti kehidupan di Malaysia

Anak muda yang bernama Zahra ini telah diberi peluang untuk berbicara dan menyampaikan pandangan serta luahan hatinya mengenai realiti kehidupan di Malaysia terutama kehidupan anak2 muda yang baru hendak mula mencari arah dan hala tuju di hadapan pemimpin negara yang di antaranya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam majlis Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2015 yang bertajuk Laporan Sosio-Ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM).

Adakah anda mempunyai situasi yang sama seperti ZAHRA?



11 Subsidi dimansuh untuk perkukuh fiskal negara

Kerajaan merancang untuk memotong lebih banyak subsidi petrol, gas cecair petroleum dan minyak masak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Langkah itu dilakukan sebagai mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan biarpun langkah tersebut adalah kurang popular terutama dalam situasi di mana imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang tercalar akibat skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang berkata, turut akan dikurangkan ialah hutang perumahan kakitangan kerajaan yang jumlahnya berbilion ringgit.


Rabu, 8 Julai 2015

20 Apabila menegur tutup aurat dianggap gila seks

Seorang wanita, Peah (bukan nama sebenar) memakai pakaian yang terlalu seksi. Seorang kawan lelakinya yang bernama Yusof (bukan nama sebenar) cuba menegur dan memberi nasihat. 

Yusof: Pakaian awak ni tak sesuai lah dipakai di tempat umum.
Peah: Kau ni memang gila seks. Tengok perempuan seksi sikit dah bernafsu.

Seorang lagi kawan lelakinya Danish Haikal (juga bukan nama sebenar) menjeling Peah agak lama dari atas sampai bawah dan kemudian berkata;

Danish Haikal: Betul tu, biar je lah dia pakai apa dia nak, just be yourself la kan Peah. Kau tu Yusof asal tengok perempuan seksi tak boleh tahan nak tegur bagai. Control la nafsu kau tu.

(Danish Haikal dalam hati: Wau seksinya dia hari ni, rezeki mata ni. Tak payah lah kita poyo2 nak tegur, kalau lepas ni dia tak nak pakai lagi seksi2, aku jugak yang rugi.)



18 Drama Melayu dan corak mentaliti masyarakat

Mungkin pandangan saya ini sedikit bias kerana saya memang merupakan peminat drama Jepun. Namun jujur saya kata, fikiran dan jiwa saya lebih bermotivasi bila tonton drama jepun berbanding drama-drama tempatan. Malah cita-cita saya semenjak sekolah rendah juga banyak didorong oleh drama-drama Jepun yang saya tonton.

Jika dilihat, kebanyakan drama-drama tempatan lebih tertumpu kepada tema cinta atau korporat di mana jalan ceritanya lebih kepada unsur-unsur negatif seperti curang, kehidupan sosial yang teruk, hasad dengki dan cantas-mencantas.



Selasa, 7 Julai 2015

13 Majalah kartun tempatan mati dan terus mati

Saya mengikuti dunia kartun tanahair sejak kecil. Tidak siapa dapat nafikan kehebatan majalah kartun ketika era Gila-Gila meledakkan pasaran pada 1 April 1978 sehingga kemudiannya pasaran menerima lambakan majalah kartun. Gila-Gila seperti sebuah akademi yang melahirkan bintang-bintang. Kebanyakan kartunis era 80-90an atau berumur 30 tahun ke atas hari ini adalah produk Gila-Gila. Secara kasar kiraan saya ada tidak kurang 100 kartunis masih aktif hari ini. Tapi mengapa majalah kartun semakin mati dan kartunis pada hari ini hanya melukis karikatur di sudut kompleks, mall atau di majlis-majlis? Apa sudah jadi?

Gila-Gila masih hidup hari ini tetapi berapa jualannya setiap keluaran? Apa impaknya pada masyarakat? Berapa ramai pengikutnya dulu masih membeli? Atau berapa ramai masih sedar kewujudannya?



16 Robot gergasi US dan Jepun bakal bertarung

Pertandingan robot memang merupakan suatu yang sangat digemari oleh peminat2 robot di seluruh dunia. Sebelum ini sudah ada banyak pertandingan robotik dianjurkan di seluruh dunia seperti pertarungan robot, perlawanan sukan, tarian dan sebagainya dalam saiz dan scale robot yang kecil. Namun sehingga kini para peminat robot masih mengimpikan pertarungan robot bersaiz gergasi seperti yang banyak ditonton dalam filem, drama dan siri2 animasi sains fiksyen.

Kini, nampaknya penantian tersebut bakal berakhir dengan pertarungan di antara robot gergasi dari US iaitu Megabots dengan robot gergasi dari Jepun iaitu Kuratas pasti akan membuatkan para peminat teknologi dan robot  nerdgasm!



Isnin, 6 Julai 2015

9 Ambil hati minoriti tapi sindir pihak majoriti

Tahu tak kenapa BN akan terus memerintah sampai bila2 walau apa pun ketahian yang mereka buat? Sebab adanya pemimpin pembangkang yang perangainya macam tahi yang tak habis2 nak provoke dan timbulkan kontroversi murahan, terutama pemimpin dari parti DAP. Adakah korang harap majoriti rakyat Malaysia yang terdiri dari kaum Melayu akan sokong korang ke dengan sikap korang yang ntah apa2 ni?


30 Apabila budaya Melayu ditelan budaya Arab

Baru-baru ini penulis diberitahu sudah sukar bagi wanita Melayu untuk membeli baju kurung di pasaran menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Penulis diberitahu, mereka terpaksa menempah baju kurung di kedai-kedai jahit kerana kebanyakan kedai-kedai sudah tidak menjualnya disebabkan jubah menjadi pilihan ramai pembeli.

Perkara ini tidak memeranjatkan kerana apabila melihat jiran-jiran penulis dan kebanyakan wanita Melayu masa kini, mereka lebih gemar menggunakan jubah berbanding baju kurung.

Apabila pulang ke kampung berhari raya, kebanyakan adik beradik dan saudara mara sudah menggunakan jubah berbanding baju kurung.


Ahad, 5 Julai 2015

12 Tukar kerajaan amat berisiko dan beri kesan buruk

Suatu ketika dahulu, sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang diadakan pada bulan Mei 2013, PM Najib telah menyuarakan kekhuatirannya mengenai menukar kerajaan dan membuat perubahan mendadak dalam pentadbiran sesebuah negara akan beri kesan buruk dan menyebabkan beberapa risiko.



18 Tol terpaksa naik walau manifesto janji turun

Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi ketika ini, jika kadar tol tidak dinaikkan.
   
"Bayangkan jika kadar tol meningkat, wang ini (pampasan) boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan.
   
"Adakah kerajaan mampu untuk membayar pampasan? Itulah yang perlu diambil kira. Jika kami membenarkan kenaikan tol, kami juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang tidak mahu kenaikan itu dilaksanakan," katanya.



Sabtu, 4 Julai 2015

16 Tiada pilihan dan terpaksa tidak bermakna menerima

Dulu DS Hasan Malek pernah cakap "Aduan sudah kurang, rakyat sudah boleh terima GST" dan "Masyarakat Rompin mula terima GST" yang hanya berasaskan kepada andaian semata2 tanpa sebarang fakta dan hasil kajian. Kemudian DS Nazri Aziz pula dilaporkan yang "Rakyat tetap belanja raya walaupun GST". Namun hakikatnya, ada GST atau tidak, belanja memang tetap kena belanja.



Jumaat, 3 Julai 2015

22 Kawal gaji dengan tidak balik kampung waktu raya

Hari ini ramai pula orang kongsikan post ini di Facebook, berkaitan sebuah rancangan wawancara di TV mengenai pengurusan gaji. Antara yang dikongsikan oleh tetamu jemputan yang juga merupakan seorang pakar kewangan adalah bagaimana kita perlu mengubah persepsi mengenai kegawatan sekarang dan mengawal gaji kita, antaranya adalah cuba jangan balik kampung sewaktu musim perayaan kerana ia dapat menjimatkan minyak dan tol. Dan macam biasa, terus ramai melayu yang melatah dan maki hamun individu tersebut di Facebook.



10 Macai VS Hater: Elakkan diri daripada terjerumus

Apabila anda mahu berbicara, memberi pandangan dan kritikan tentang politik, semangat kenegerian, tentang masyarakat berbilang kaum dan agama, serta lain2 perkara yang sensitif, ada 2 benda yang perlu anda ingat. Perkara paling utama adalah sentiasa gunakan akal fikiran yang waras dan jangan terlalu gunakan emosi kerana dikhuatiri kemungkinan besarnya akan melepasi 2 garisan ini:

MACAI... dan HATER.

Ya, jangan sesekali membiarkan diri anda terjerumus ke dalam kancah MACAI dan juga HATER.



Khamis, 2 Julai 2015

11 Lagi kumpulan Melayu bergaduh di bazaar

Serius, aku ingatkan kumpulan gangster melayu bergaduh sesama sendiri cuma wujud acah2 dalam filem melayu je, rupa2nya memang benar2 wujud. Masuk ni dah berapa banyak kes melayu gaduh kat tapak bazar daaa. Menakutkan betul. Lebih baik aku membeli belah kat pasaraya cina dapig, sekurang2nya setakat ni takde la adegan melayu gaduh dengan melayu kat pasaraya atau supermarket.



11 Cara yang salah untuk hantar resume mohon kerja

Adab dan etika ketika memohon pekerjaan adalah amat penting. Harus diingat cara dan teknik mohon pekerjaan itu tidak sama macam mohon couple, mohon clash, mohon kahwin anak dara orang dan mohon share. Di zaman teknologi ini, ramai orang menggunakan email sebagai pengantara atau medium untuk menghantar resume dan juga surat permohonan kerja yakni cover letter.

Namun begitu, adab menghantar resume melalui email seharusnya masih sama dengan adab menghantar resume melalui surat atau pos. Aku kongsikan beberapa cara yang salah dalam menghantar resume melalui email yang dikongsi oleh seorang majikan di FBnya.


Rabu, 1 Julai 2015

10 Ukuran kejayaan bagi setiap manusia itu berbeza

Ramai yang menganggap tanda aras dan ukuran KEJAYAAN semua orang di dalam dunia ini adalah dengan berapa banyak duit dan harta yang dia miliki serta berapa tinggi pangkat dan gelaran yang dia perolehi.

Ada juga yang berkata, kau pasti akan cemburu bila lihat aku sudah berjaya kelak sebab kau tak mahu dengar cakap aku, ikut cara aku dan mencontohi aku.

Namun hakikatnya, definisi dan ukuran SEBUAH KEJAYAAN itu berbeza pada setiap orang.


23 KFC masih penuh walaupun harga minyak naik

"Minyak NAIK RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban di mana?"
Dipetik daripada sebuah FB dengan nama Ahmad Maslan malah dilaporkan juga di banyak blog.



9 Boss UK VS Boss Malaysia

Masa kerja kat Malaysia dulu kan saya jaga property kat Bank. Dan Boss saya sangat kuat kerja.
Disebabkan dia sangat kuat kerja saya pun anggap perkara datang check Pak Guard pukul 2am sebab nak tengok diorang tidur ke tak atau datang awal pukul 7am adalah sesuatu yang normal.
Kadang kadang bila orang call rumah tanya Ain hujung minggu.
"Boleh cakap dengan Nazali?"
"Nak cari dia kat opislah nampaknya. Ofis tu isteri pertama dia. Rumah ni isteri no dua"
Memang macam tu kerja kat Malaysia dulu.
Kadang kadang sakit dapat MC pun datang gak kat opis.