Isnin, 25 Februari 2013

66 Nama dipertahan tetapi hukum dilanggar

Apa nak jadi dengan pejuang2 agama masakini, bersungguh2 mempertahankan kalimah Allah, tapi hukum Allah tak berjaya dipertahankan.


Aku pernah tulis sebelum ini yang aku tidak bersetuju untuk membenarkan perkataan Allah digunakan dalam Bible di semenanjung Malaysia atas dasar perundangan negara. Tapi apa guna begitu beriya2 mempertahankan kalimah Allah tapi dalam masa yang sama ingkar pada perintah-Nya yang paling simple - menutup aurat.


Dan memakai baju dengan kalimah Allah? Korang begitu beria2 menentang kalimah Allah dicetak atas Bible bahasa Melayu, tapi korang siap cetak kalimah Allah atas baju siap ada logo lagi kat belakang tu. Aku cari hukum menulis kalimah Allah atas baju tak jumpa secara khusus, tapi kalau mengikut Majlis Fatwa, memakai baju yang mempunyai tulisan ayat Al-Quran:
Jawatankuasa berpendapat ayat-ayat al-Quran dan tulisan-tulisan bagi perkataan yang dimuliakan oleh Islam tidak boleh dijadikan lukisan pada kain untuk dijadikan pakaian kerana dibimbangi membawa kepada penghinaan dan sayugialah dicegahkan.  
Bagi aku sangat tak wajar tulis kalimah Allah atas baju kerana baju tu nanti korang akan buat masuk jamban, campak dalam bakul, masuk dalam washing machine, korang jemur, dah kering angkat, campak2 untuk lipat, masuk dalam almari, sampai satu masa bila warna dah pudar ntah2 jadi kain buruk atau kain lap kaki.


Tambah lagi dah la ada yang pakai baju ada kalimah Allah, yang pakai tu tak tutup aurat, seluar ketat, ada yang pakai legging, campur laki perempuan, ntah2 ada mat2 rempit dok bonceng minah2 rempit yang bukan muhrim. Bagi aku ini adalah penghinaan secara terang2an kepada kalimah Allah. Mohon PERKASA buat demo untuk membantah penghinaan ini.


Nak bantah mender, ini program PERKASA yang punya!!!


Oklah itu serpihan sahaja, ini adalah agenda utama Konvoi Bermotor Pertahan Kalimah Allah ini:

Konvoi bermotor
Berkumpul dan berhimpun
Perasmian program oleh anak Tun Mahathir a.k.a Ahli Parlime Jerlun, YB Dato’ Paduka Mukhriz
Acara pijak, tendang dan tibai patung Lim Guan Eng.

Suka betul Ibrahim Ali buat acara2 tibai ni. Ingat acara TIBAI  dulu?

Kredit to Blogserius, MalaysianGags, Amenoworld, SuaraGenerasiBaru, FB Pak Berahim Ali dan Mangga Utusan.




tags: kembara konvoi pertahan kalimah allah program anjuran  umno perkasa masjid zahir alor setar padang sera perlis kedah presiden ibrahim ali ahli parlime jerlun muhkriz mahathir rasmi kumpul himpun 8000 5000 peserta awek seksi tak tutup buka aurat legging pijak tendang patung lim guan eng ketua menteri pulau pinang dap isyarat kebangkitan rakyat gambar hukum baju tulisan ayat al-quran majlis fatwa

66 ulasan:

  1. kalau nak sokong, nak bantah biarlah berilmu. minah rempit manalah perkasa amik?
    memalukan ketuanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg dgn minah -minah tu, so called 'ayahanda' ker??

      Padam
    2. ada aku kisah... k, bye

      Padam
    3. kengkawan aku yang elit dari uitm suka dengan mukhriz pasal dia ada pemikiran konon2 nya elit.

      tapi dalam kes perhimpunan ni, korg ada rasa mukhriz ni menyampaikan ceramah penuh dengan ilmiah dan tarbiyah tak? aku rasa sangsi sikit.

      Padam
    4. betula kata member member ko biskut.memang si mukhriz tu elit. celik mata sebagai anak yb, anak pm. cuba tanya ayahnya si tun mahathir apa komen tunku masa mula mula tun mahathir bertanding jawatan dalam umno. tunku pandang ayah dia macai jer.

      Padam
    5. Aku pernah borak ngan wartawan pencen.. dia kata masa Tun Mahathir jadi PM ni Sultan Johor padnang macam machai je tu yang dia anti sangat dengan Sultan Johor dan start serang dan hapuskan kekebalan raja-raja..

      Padam
    6. betul la tu bro. sebab tun mahathir pernah ugut sultan johor nak bawa ke mahkamah kes caddy golf.

      Padam
  2. kalimah Allah tetap akan di pertahankan....
    klu nak guna jgk nama Allah..
    mohon guna utk semua bailal di dunia juga...bukan utk bailal dlm bahasa melayu shja..
    ini pndgan aku..

    BalasPadam
  3. hahahahahahahahahahahahahahahahaha prot.

    BalasPadam
  4. yg kes penggunaan kalimah Allah dalam bible tu, dengar2 kat sabah sarawak mmg dh lama guna sebenarnya. utk lebih terang, cuba dengar sendiri pandangan dan pendapat dr ulama yg membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible. dengar orang tengah ni kadang-kadang dah putar belit cerita.

    kalimah Allah dicetak pada baju? Tak patut langsung. sekurang-kurangnya bible tak dibawa masuk dalam tandas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kes nama Allah dalam bible lebih kepada hukum perundangan. sebab tu di borneo boleh guna dan di semenanjung tak boleh. ops, di negeri takde raja pun boleh macam wilayah dan penang.

      Padam
    2. yup memang dah lama guna pun di sabah sarawak. dan muslim di sana ok je. diaorang x cepat keliru mcm di semenanjung.

      Padam
  5. Kesian.. PERKASA Jaguh kg, dah habis modal macam tu la

    jom baca
    http://pemudattbc.blogspot.com/2013/02/bersabar-dengan-ujian-allah.html

    BalasPadam
  6. Orang kita hanya suka ikut ikutan tanpa menyedari apa dan siapa yang mereka ikuti.Orang kita hanya tahu berseronok tanpa menyedari bangsa lain lebih seronok melihat gelagat bodoh mereka...

    BalasPadam
  7. dengan hanya menghantar sepucuk surat kepada KDN, BN sangat berkuasa untuk mencegah cetakan kalimah Allah didalam kitab bible tanpa melibatkan campur tangan pihak pembangkang.. Tapi kenapa masih mahu menyalahkan orang lain? Kenapa perlu membesar2 kan hal yang jelas sekali boleh ditangani oleh mereka sendiri? fikir2 kanlah.. kita sering ditipu.. hanya hanya malas berfikir akan terus tertipu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bro. lagi satu aku hairan, kalau ada isu bab agama islam mesti wartawan tanya pemimpin pembangkang. kenapa tak tanya pemimpin umno? ker pemimpin umno bodoh agama?

      Padam
    2. Apa plak takda kan ada tanya najib muhyidin pasal hudud semua ...
      Owh lupa ko tak tgk rtm n tv3 lol

      Padam
    3. a'ah aku tak tahu dah berapa lama aku tak tengok rtm. so apalah kata najib dan muhyidin? nak gak tahu.

      Padam
    4. ada orang bubuh kat youtube Najib Muhyidin

      Padam
  8. Bhai Noob...

    What to say.... Dumb people always make a dumb moves.... hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haiyaaa.....dumb people make dumb moves....fix your grammar la pacik........

      Padam
    2. Baik cikgu
      Ni english oxford ke cambridge?

      Padam
  9. tu betul2 nak mempertahankan ke nak menjahanamkan? apa niat dorang ni sebenarnya? seems like this is for the sake of politik semata-smata ... aishhh stress aku tengok, ramai pulak tu... tu nanti ada la akn cakap, "kami tak bawak masuk toilet, kami pakai shirt tu atas baju lain, nak masuk tu nnt kami bukak ler simpan dlm beg, nmpak kan baju ketat kat dalam nie?" ... arghhh tak gune lawan cakap dgn puak2 ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. abis tu tak tutup aurat, seluar ketat mcm balut nangka busuk tu apsal plak??

      Padam
    2. hahahahaha... terel gile plain reka dialog.
      Yg pelik kenapa siap ikat2 baju tu kat pinggang. Baju pompuan sama jer dgn lelaki.
      Bajet baju labuh la.. tgk2 free hair.. adeh.
      ahahah...

      Padam
    3. @ anon 9.00pg,

      sbb tu lar aku kata tak guna lawan cakap ngan dorang tu LoL...

      Padam
    4. Memang nampak mereka menjaja nama Allah..

      Kesian semoga mereka mendapat hidayah..

      Tapi tulisan ALLAH. dlm bahasa dengan tulisan arab beza kot? Takpa buleh buat.. Tapi macamana yang khalimah ALLAH kat logo polis tapi polis terima rasuah? Ho ho ho

      Padam
  10. salam smua^^ nak tumpang lalu jerr...hehehe


    -mamat, kb bru9-

    BalasPadam
  11. aku nampak gak puak2 ni haritu kat aloq staq
    serius aku simpati

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan hang ada skali dlm gambar first tu ker??

      Padam
  12. tibai, tibai!! Yeah! kita gagah lagikan PERKASA, bebeh!

    BalasPadam
  13. ni perhimpunan pelawak2 murahan ke aper...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni perhimpunan anak2 perempuan tak cukup didikan agama.disertai oleh lelaki2 yg nak skodeng dan amik kesempatan.

      Padam
  14. ini mmg bangang abadi.....mempertahankan islam, tapi x menjage sensitiviti islam tuh sendiri....

    BalasPadam
  15. Memalukan....papepun BN atau PR 2x5 je....sbb politik byk konsep menghalalkn cara berlaku...

    BalasPadam
  16. Sabah Sarawak dah lama ade istilah Allah dlm bible. I've seen it myself masa kecik dulu.

    BalasPadam
  17. Ramai tak faham tentang menutup aurat bahkan tak tahu kewajipanya pun.. Sebab Al-Quran dalam bahasa Arab

    Tu tahu Allah kalimah mulia tapi tak tahu makna ALLAH itu sendiri

    BalasPadam
  18. Ramai tak faham tentang menutup aurat bahkan tak tahu kewajipanya pun.. Sebab Al-Quran dalam bahasa Arab

    Tu tahu Allah kalimah mulia tapi tak tahu makna ALLAH itu sendiri

    BalasPadam
  19. noob, aku guna sikit artikel kau kat apakes!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bkn noob punya kot..malaysian gag

      Padam
  20. hahahaha, tak faham ape kebenda yang tengah jadi tu...

    BalasPadam
  21. aku pun xtahu dah nak ckp apa.diorg nak pertahan kalimah Allah,tp apa sebenarnya cara & kaedah terbaik utk menunjukkan yg kita ni benar2 syg & cinta pada Allah?adakah dgn naik motor konvoi beramai2?adakah dgn memakai baju yg ada bertulis kalimah Allah?adakah dgn berhimpun beramai2 & memijak patung lim guan eng?

    kenapa tidak membuat program2 yg lebih ilmiah & yg menunjukkan betapa kita cinta pd Allah seperti ceramah,perbahasan spt yg selalu dr. zakir naik buat,program tadarus Al-Quran beramai2(bukan buat time bulan puasa je),kempen patuh hukum Allah spt tutup aurat & lain2.

    bak kata HaiZuL RaDZi kt atas tu,siapa yg pegang kuasa skrg ni?lim guan eng ckp la apa pun nk mtk guna kalimah Allah dlm bible,benda tu ttp xkan berlaku sbb yg pegang kuasa BN.yg diorg kecoh2 buat demo kenapa?kalau diorg betul2 ikhlas lah sgt nk berjuang pertahan kalimah Allah,selain dr patuh kpd perintah Allah spt tutup aurat,knp xguna kuasa utk haramkan penggunaan kalimah Allah dlm bible di sabah & sarawak?nmpk sgt buat semua hanya semata2 kerana agenda politik.

    dhla tentera asing masuk & mencemar kedaulatan negara kita kat sabah pun boleh lg runding2...bodoh betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saje seronok demo bila lagi nak bersosial.. merempit makan2 free makan angin lol.. Ditaja pulak tu bukan keluar duit sendiri.. :)

      Padam
  22. Inilah yang terjadi bila mereka nak melayukan Islam, bukannya nak mengIslamkan Melayu...

    BalasPadam
  23. walaupun saya ni bukan beragama Islam, tapi serius saya menghormati agama Islam. Pada pandangan saya Islam ni merupakan satu agama dan cara hidup yang paling baik dan aman. Tapi bila nampak macam ni, walaupun yang diterajang itu patung, perlu ke? mempertahankan kalimah Allah itu perlu ke sampai tunjukkan keganasan? Rasanya Allah pun murka dengan perbuatan begitu kot. Cara tidak menghalalkan niat yang cuba di sampaikan.

    BalasPadam
  24. mentaliti penyokong umno. parah gila. perkasa memang **** sondol.

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  26. hancur generasi muda zaman sekarang ni.tak berfikir sebelum bertindak.apa yg disogoknya pun tak tahulah.ingatkan ade pemimpin yang konon2nya boleh diharapkan, eloklah sikit pengikutnya.tapi, hmmmm tengok sendirilah gambar2 kat atas tu. apa penganut agama lain fikir nanti, bila tengok org iSLAM macam ni.inike Islam ajar? kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

    BalasPadam
  27. Saya berusia 68 tahun dan dah berkahwin. Sejak remaja hingga dewasa, saya aktif melakukan onani dan liwat, kadangkala lima hingga enam kali sehari.

    Kini saya terasa sakit di bahagian ‘vas deferen’ sebelah kiri selepas mengambil Bio Zink sebagai makanan tambahan. Saya juga kini kurang mendapat regangan di waktu pagi.

    Apakah puncanya dan adakah makanan tambahan ini mempunyai kesan sampingan kepada tahap kesuburan saya?

    BalasPadam
  28. Semakin dekat PRU. bukan orang politik rase bahang panasnya. NGO2 pencacai pun dah terlebih sasau. macam NGO skarang ade, TIBAI... CIBAI, BEBAL.... ERk ade ke

    BalasPadam
  29. Gmba edit pn krang caye...prøøøTtTTttttt dimuka bha¡ C++ KAH KAH KAH

    BalasPadam
  30. ish ish ish... *geleng paler*

    nnti kang ade yg jawab, "kami tak pakai tudung janji hati kami baik nak mempertahankan Islam." dan berpusing2 la alasan yg same..

    arrghhh. ckp je la saje je nk konvoi dpt bersosial laki pmpuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada alasan nak bersosial ;) bersosial secara bermanfaat lol

      Padam
  31. tak cun pun awek2 tuh hahaha.. :)
    awek mana la diorang kutip..

    BalasPadam
  32. Pompuan bandar kalah ngan pompuan desa. Tak padan dengan desa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. perempuan bandar mana ada masa nak join benda camni.diorang sibuk buat hal yg level lagi tinggi.benda cmni anak2 kampung boleh la join.bak kata org bandar "takde class gitu"

      Padam
  33. nie PERKASA ke PERKOSA.. hehuuuuuuuuuu

    BalasPadam
  34. dulu orang cakap,org bandar nie tak reti nak berpakaian..pergi kenduri boleh hentam pakai seluar tapi sekarang orang kampung mcam lebih2 pulak..boleh bantai pakai legging depan khalayak ramai..sedangkan legging tu pakai di dalam..

    rasa sedih pulak tengok keadaan kampung..yg sopan2 dah hilang...orang bandar pulak yg sopan..

    BalasPadam
  35. bila orang kata kapir marah, tapi diri sendiri perwatakan dah macam kapir. Skrang kalau pi bandar. tengok orang cina dressing sama je macam orang melayu Islam.

    Perkakas , ketua nya ibrahim ali. So pandai-pandai la nilai. Aku taknak cakap lebih.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.