Sabtu, 24 September 2022

0 Jadi ibu bapa bukan lesen buat suka hati pada anak

1. Anak remaja perempuan minat K-Pop, bapak bakar barang-barang hobi anak, mak pula rakam upload kat TikTok buat konten.

2. Aku tak pernah suka cara mendidik anak-anak muda dengan cara ekstrim macam ni. Janganlah kata "dulu lagi teruk dulu lagi teruk, kita relaks je". Tak, dulu kita nampak relaks sebab takde media sosial.

3. Dulu masa kat sekolah asrama tahun 90-an, aku selalu beli komik Dragon Ball dan Slam Dunk. Satu hari cikgu buat spot check rampas komik dan bakar depan kami.

4. Kejadian tu tak menghilangkan minat aku pada komik pun. Sebaliknya ia hanya sekadar meninggalkan ingatan pahit dan parut hitam dalam hidup aku, dan sampai sekarang aku tak boleh lupa dan tak suka cikgu tu.

5. Betul ke bakar barang hobi anak itu mendidik? Atau lebih kepada ego ibu bapa yang tak suka minat anak iaitu K-Pop? Mungkin kalau anak minat kumpulan Search, Wings, Metallica atau band sezaman lain yang diminati ibu bapa mereka, ibu bapa pun tak kisah malah menggalakkan pula.

6. Dan yang paling teruk lagi, adalah apabila ibu bapa jadikan aib anak sebagai konten. Kau buat anak sedih, lepas tu rakam, tulis ayat acah-acah sedih post kat TikTok.

7. Dah terdesak sangat ke nak buat konten sampai malukan anak kat Internet biar satu negara tahu dan kecam anak dia? Minat anak beria halang tapi mak sibuk minat main TikTok buat konten takpe pula?

8. Memang barang anak tu mereka beli dengan duit mak bapak, tapi ia tetap barang anak. Ibu bapa ada haknya, anak juga ada hak sebagai anak. Anak bukan hak peribadi ibu bapa yang boleh dilakukan sesuka hati. Anak juga ada perasaan, ada emosi, ada kegemaran.

9. Lepas bakar barang anak dan post video dia kat TikTok tu, rasa-rasa anak tu akan terus tak minat K-Pop ke? Tak, mungkin dia akan lebih berhati-hati dan sembunyikan minat dia dari ibu bapa.

10. Dia akan nyorokkan barang-barang di tempat yang lebih tersorok atau suruh kawan simpankan. Dia akan anggap ibu bapanya bukanlah rakan terbaik yang dia boleh bercerita dan berkongsi apa-apa. Lama kelamaan, secara psikologinya anak akan rasa semakin jauh dari ibu bapa.

11. Sebagaimana anak ada adabnya terhadap ibu bapa, ibu bapa juga ada adabnya pada anak-anak. Anak tidak sentiasa salah, ibu bapa tak sentiasa betul. Menjadi ibu bapa bukan lesen untuk berbuat sesuka hati pada anak. Ada cara yang lebih baik untuk mendidik, yang pasti ini bukan cara yang baik.

12. Alah korang semua pun macam lah tak pernah jadi anak, macam lah tak pernah jadi kanak-kanak dan remaja. Memang lahir-lahir semua terus jadi mak bapak dan orang dewasa ke macam mana sampai rasa semua benda kita buat tu betul?


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: barang kpop anak perempuan kena bakar bapa ayah ibu mak upload konten content tiktok malu aib

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.