Jumaat, 31 Januari 2014

34 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 12

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Nampaknya Maharaja Lawak Mega 2013 sudah pun masuk minggu terakhir sebelum ke final pada minggu depan. Dengan tinggal hanya 5 peserta iaitu Jambu, Nabil, Shiro, Bocey dan Sepahtu, persaingan di peringkat semi final ini pasti sengit. Sama ada hanya 4 peserta yang akan ke final ataupun tiada penyingkiran, malam ini penentuannya. Dengan tema Zaman Kolej dan juga bersama Artis Jemputan (Bebas), semua peserta perlu mempetaruhkan segala kekuatan dan kelebihan yang ada demi melayakkan diri dan menempah tiket ke pentas akhir nanti. Minggu ni bersiaran secara langsung di Stadium Bandaraya Johor Bahru. Peserta yang aku confirm akan ke final adalah Sepahtu, Shiro dan Nabil, manakala Bocey dan Jambu perlu berebut tempat sekiranya hanya 4 peserta yang akan ke final nanti.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 12 - Zaman Kolej dan Artis Jemputan (Bebas)

1. BOCEY

Zaman Kolej - (Laugh-O-Meter: LMAO)


Diorang belajar 9 tahun akhirnya konvo jugak. Antara punchline macam nyanyi lagu bila aku kaya versi jawa Parit Raja, grad pakai baju jubah arab, jual bunga, buat demo cara2 ambil sijil dari dekan. 

Rating juri: 4 bintang

Artis Jemputan (Hairul Azreen) - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Bocey buat parodi filem Gila2 Remaja, adik azroy datang naik motorcross nak gaduh. Lepas tu Azroy datang naik basikal sebab beli motor terus kendur. Bagi aku sketsa ni memang lawak gila, cuma aku agak annoying komen2 juri yang balik2 cakap minggu pertama saya tak yakin minggu pertama saya tak yakin. Dah la tu sekarang dah minggu ke-12 dah, malah dari minggu pertama pun diorang dah memang bagus.

Rating juri: 4 bintang

2. SEPAHTU

Zaman Kolej - (Laugh-O-Meter: LMAO)


Buat sketsa kat asrama lelaki bercerita pasal cerita hantu kat dorm sebelah nampak hantu naik basikal. Lepas tu diorang main spirit of coin, sekali betul2 hantu muncul. Tapi Shuib untuk kali ni langsung takde dialog.

Rating juri: 3 bintang

Artis Jemputan (Ebby Yus) - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Rahim dan Shuib jadi adik beradik berebut harta bapak yang baru mati, kemudian datang lawyer iaitu Ebby Yus nak uruskan wasiat dan pembahagian harta bapak termasuk saka. Jep pulak takde watak kejap menyamar jadi PA lawyer, kejap jadi cleaner sebab tak datang rehearsal. Karisma dan aura Ebby Yus memang banyak membantu sketsa ni.

Rating juri: 4 bintang

3. SHIRO

Zaman Kolej - (Laugh-O-Meter: LMAO)


Pun sketsa kat asrama putra, seorang pelajar senior buli pelajar junior beli nasi goreng kampung, kampung lebih dan beli air sirap. Lepas tu suruh buat tarian singa dengan gendang dan drum, last sekali ajak penonton buat chant Johor Luaskan Kuasamu.

Rating juri: 4 bintang

Artis Jemputan (Awie) - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Kumpulan Shiro jadi gangster, Lan Todak datang nak mintak hutang, lepas tu Ajak panggil abang long iaitu Awie. Ingat gangster betul datang sekali gangster bapok, diorang berlakon jadi gangster je, pernah pukul Syeikh Haikal dulu kecik sekarang dah bengkak.  

Rating juri: 4 bintang

4. JAMBU

Zaman Kolej - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Kumpulan Jambu buat pertandingan debat bahasa Inggeris antara universiti sains matematik 4x4 cecair sebagai pembangkang lawan universiti international sebagai pencadang dengan tajuk Holiday in Malaysia is better than Outstation. Banyak punya merepek diorang cakap bahasa Inggeris, paling tak boleh blah thank you charger.

Rating juri: 4 bintang

Artis Jemputan (Rosyam Nor) - (Laugh-O-Meter: LMAO)


Diorang pun jadi  gangster jugak, kali ni buat parodi filem KL Gangster 2 dengan Tailo, Rosyam Nor. Ingat Rosyam Nor serius rupanya dia pun masuk air jugak. Yang paling tak boleh blah diorang buat senaman yang iya-iyalah. Cuma sketsa kali ni aku kurang suka sikit sebab banyak sangat menjerit2 dan nampak kelam kabut.

Rating juri: 4 bintang

5. NABIL

Zaman Kolej - (Laugh-O-Meter: HEHE)


Nabil jadi pelajar dari Africa datang study kat Johor Bharu ambil business course jual jam. Ada parodi lagu Havoc, tapi banyak punchline tak sampai dan Nabil nampak agak kelam kabut sampai lupa skrip. Nabil ni aku pernah tulis dulu, dia tak berapa sesuai bawak watak orang lain, dia kena bawa watak dia sendiri jugak. Kalau dia sendiri cerita kisah dia waktu kat kolej dulu, pengalaman belajar ke atau dengan awek ke rasanya lebih OK.

Rating juri: 3 bintang

Artis Jemputan (Harith Iskander) - (Laugh-O-Meter: HAHA)


Nabil bawak adik dia Harith Iskander, komposer yang pandai buat lagu secara spontan berdasarkan fakta berkaitan juri2 sambil main gitar. Sebenarnya expectation aku tinggi ingat diorang nak buat stand-up comedy bersama, tapi nampak simple je persembahan diorang. Dan aku dah agak annoying dengan lawak2 yang asyik bahan juri sampai kaitkan benda2 yang agak sensitif pasal diorang macam gambar Luna Maya dan gossip percintaan Nora Danish. Tak taulah nak cakap camna tapi bagi aku minggu ini adalah persembahan paling worst buat Nabil. Nampaknya Nabil yang dulu bukan lagi Nabil yang sekarang.

Rating juri: 4 bintang

Peserta yang tersingkir: TIADA PENYINGKIRAN

Kesimpulan: 

Minggu ni walau semi final, tapi aku rasa minggu lepas punya persembahan rata2 lagi best. Minggu ni banyak persembahan peserta macam tak bersedia dan tak cukup rehearsal. Rasa agak kosong. Dan nampaknya tiada langsung penyingkiran, bermakna kesemua lima2 peserta akan masuk ke final. Cuma kalau ada jugak penyingkiran, berdasarkan persembahan hari ini bagi aku Nabil yang patut terkeluar. Bagi aku lawak dia minggu ni bukan standard dia, sangat mengecewakan.

Untuk minggu akhir nanti, aku harap semua peserta akan bagi persembahan yang terpaling mantap, dan takde lagi lawak2 ulangan, lawak lucah, lawak sindiran yang sensitif dan yang paling penting, takde lawak bahan juri dah. Ini dah minggu final dah, cukup2lah tu, tak perlu nak jadikan juri tu bahan lawak korang. Cari idea yang lebih kreatif dan bernas. Kalau Chef Wan yang jadi juri ni dah kena sound dah diorang ni macam masa Maharaja Lawak 2011. Lawak membahan orang kalau sekali memang kelakar, tapi kalau dibuat berulang kali sapa tak sakit hati.

Dan macam yang musim yang lepas2, sebelum gelanggang akhir ni aku akan recap balik semua rating persembahan peserta2 sejak dari minggu pertama sehinggalah sekarang. Sebelum itu semua ranking dan rating yang diberikan selama ini adalah berdasarkan pandangan peribadi aku, mungkin ada yang korang setuju dan ada yang korang tak setuju. Apa2 pun, berikut adalah prestasi keseluruhan kelima2 finalis dari minggu pertama sehingga sekarang. Korang boleh klik pada link2 kat tema tu untuk recap dan tengok balik persembahan mereka sebelum2 ini.

Minggu Tema Peserta
Sepahtu Shiro Nabil Jambu Bocey
1 Bebas ROTFLMAO LMAO ROTFLMAO ROTFLMAO LMAO
2 Cerita Rakyat LMAO LOL ROTFLMAO ROTFLMAO LOL
3 Cinta LMAO LMAO LMAO LMAO LOL
4 Spoof/Parodi LMAO LMAO LMAO ROTFLMAO LMAO
5 Bebas LMAO ROTFLMAO LOL ROTFLMAO ROTFLMAO
6 Loghat LMAO ROTFLMAO ROTFLMAO ROTFLMAO ROTFLMAO
7 Muzikal Komedi LMAO LMAO LMAO ROTFLMAO LMAO
8 Rancangan TV ROTFLMAO LOL LMAO LMAO ROTFLMAO
9 Bebas LOL LOL LOL ROTFLMAO LMAO
10 Radio ROTFLMAO ROTFLMAO ROTFLMAO LMAO ROTFLMAO
11 - 1 Silent Comedy LMAO ROTFLMAO LMAO ROTFLMAO LMAO
11 - 2 Karoot Komedia ROTFLMAO LMAO ROTFLMAO ROTFLMAO ROTFLMAO
12 - 1 Zaman Kolej LMAO LMAO HEHE ROTFLMAO LMAO
12 - 2 Artis Jemputan ROTFLMAO ROTFLMAO HAHA LMAO ROTFLMAO

Jadual di bawah merupakan bilangan rating yang aku beri pada setiap peserta berdasarkan prestasi persembahan mingguan. Boleh kata semua agak konsisten dari minggu ke minggu. Yang paling mendapat paling banyak rating tertinggi ROTFLMAO adalah Jambu dengan 10 kali, kedua adalah Bocey dengan 6 kali, manakala yang lain masing2 5 kali, cuma Nabil kelihatan lebih goyah kerana mendapat sekali HEHE dan HAHA di mana persembahan terburuknya adalah pada minggu ini.

Peserta Rating Jumlah Persembahan
HUH??? HEH HEHE HAHA LOL LMAO ROTFLMAO
Sepahtu 1 8 5 14
Shiro 3 6 5 14
Nabil 1 1 2 5 5 14
Jambu 4 10 14
Bocey 2 6 6 14

Jadual ini pula adalah kedudukan atau ranking yang aku bagi persembahan mereka setiap minggu.

Minggu Tema Peserta
Sepahtu Shiro Nabil Jambu Bocey
1 Bebas 2 6 3 1 5
2 Cerita Rakyat 3 5 2 1 6
3 Cinta 7 3 5 6 8
4 Spoof/Parodi 3 2 7 1 5
5 Bebas 6 2 9 4 3
6 Loghat 7 1 6 2 3
7 Muzikal Komedi 3 2 4 1 6
8 Rancangan TV 3 7 5 4 1
9 Bebas 4 5 6 1 3
10 Radio 1 5 4 6 3
11 - 1 Silent Comedy 5 2 4 1 3
11 - 2 Karoot Komedia 2 6 3 1 4
12 - 1 Zaman Kolej 3 4 5 1 2
12 - 2 Artis Jemputan 3 1 5 4 2

Aku memberikan ranking no. 1 kepada Jambu sebanyak 8 kali, manakala Shiro sebanya 2 kali, Bocey dan Sepahtu masing2 sekali, dan Nabil tidak pernah dapat no. 1.

Peserta Ranking Jumlah Persembahan
< 5 4 3 2 1
Sepahtu 4 1 6 2 1 14
Shiro 6 1 1 4 2 14
Nabil 8 3 2 1 14
Jambu 2 3 1 8 14
Bocey 5 1 5 2 1 14

So kalau mengikut prestasi peserta setiap minggu, berikut adalah pemenang pilihan aku:
  • Juara - Jambu
  • Naib Juara - Bocey
  • Tempat ke-3 - Shiro
  • Tempat ke-4 - Sepahtu
  • Tempat ke-5 - Nabil
Tapi kalau mengikut trend undian dan populariti, mungkin keputusan seperti berikut:
  • Juara - Shiro
  • Naib Juara - Sepahtu
  • Tempat ke-3 -Nabil
  • Tempat ke-4 - Bocey
  • Tempat ke-5 - Jambu

Ramai yang cakap aku favor Jambu sebab selalu bagi rating tinggi kat diorang. Ya, mungkin betul sebab lawak dia walau merapu dan merepek, tapi aku faham lawak dia sebab lawak2 dia lawak untuk dewasa yang budak2 tak berapa nak faham. Ayat2 yang tak masuk akal, muka selamba tak boleh blah, punchline yang tidak disangka2, memang itulah kekuatan Jambu selama dah 3 tahun kat pentas Maharaja Lawak ni pun. Memang macam orang lain juga ada turun naik, tapi mereka sangat konsisten bukan sahaja dalam Maharaja Lawak Mega 2013 ni je, tapi sejak Maharaja Lawak 2011 dan Maharaja Lawak Mega 2012. Berikut adalah komen di Facebook Maharaja Lawak yang paling terbaik untuk menceritakan kenapa kumpulan Jambu ni best.


Tapi masa Maharaja Lawak 2011 dulu, aku memang sangat favor Nabil. Sebab bagi aku lawak stand up comedy dan idea2 dia sangat intelektual dan bijak. Tapi ntah kenapa aku tengok Nabil macam dah hilang arah tujuan atau losing his touch. Aku mula kagum kat dia sejak Raja Lawak 2 yang mana mungkin ramai yang dah lupa raja komedi pada masa tu sehingga dia berjaya dinobatkan dengan Anugerah Bintang Paling Popular tahun 2008. Namun untuk MLM2013 ni aku agak kecewa dengan dia sebab tak seperti yang aku harapkan, dah tak macam dulu lagi.

Sepahtu, Shiro dan Bocey, kekuatan lawak diorang lebih kepada sketsa, skrip dan jalan cerita. Kalau jalan cerita, skrip dan ada punchline yang bagus, maka menjadilah lawak diorang. Tapi kalau takde jalan cerita dan skrip yang bagus, diorang akan lost. Dari segi jalan cerita, Bocey paling bagus dan Shiro kedua. Sepahtu kadang2 jalan cerita agak hilang arah dan balik2 menggunakan Rahim sebagai bahan sehingga makan berminggu2. Begitu juga dengan Bocey, kebanyakan punchline diorang dengan membahan Abam yang comel2 tu. Sebab tu dari segi brotherhood, kumpulan Jambu dan Shiro lebih baik sebab mereka tidak pernah membahan satu sama lain, diorang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Last sekali adalah replay value. Replay value bermaksud sesuatu yang mempunyai nilai yang orang akan ingat lama dan berbaloi untuk ditonton berulang2 kali. Rasa macam kalau tengok banyak kali pun susah nak jemu. Dan dalam banyak2 persembahan MLM2013 sepanjang 12 minggu ni, ada 3 persembahan je yang aku rasa replay value dia paling tinggi, iaitu persembahan Jambu minggu pertama yang lawak cecair dengan mata wang Langkawi tu, minggu ke-7 masa tema Muzikal Komedi yang mana aku sangat enjoy persembahan dia, dan juga masa minggu ke-11 untuk tema Karoot Komedia yang bagi aku paling kelakar dalam MLM2013. Bagi aku 3 persembahan ni memang sangat susah nak lupa, berbanding persembahan2 yang lain aku susah nak ingat dan kalau tengok balik ulangan pun, aku tak gelak dan enjoy macam masa aku pertama kali tengok.



Apa2 pun, jangan lupa menyokong peserta kegemaran anda di pentas final Maharaja Lawak Mega 2013 minggu depan.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 12:

Pusingan 1: Zaman Kolej

1. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
4. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
5. NABIL (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating juri: 3 bintang)

Pusingan 2: Artis Jemputan

1. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. JAMBU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
5. NABIL (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 4 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu dua belas minggu-12

34 ulasan:

  1. malam ni aku shift malam lagi...huhu...


    #mut4kajang

    BalasPadam
  2. Bagi aku pelawak yang konsisten dan mampu memuaskan hati seluruh rakyat Malaysia dengan lawak mereka adalah Bocey, Shiro, Jambu dan Sepahtu :)

    BalasPadam
  3. Bagi aku pelawak yang konsisten dan mampu memuaskan hati seluruh rakyat Malaysia dengan lawak mereka adalah Bocey, Shiro, Jambu dan Sepahtu :)

    BalasPadam
  4. harap2 tak ada penyikiran..semua deserve masuk final kot..

    "jauhnya datukkk-ayat jambu minggu lepas"..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nabil worst gila minggu ni..persembahan yg ke-2 macam sambilewa betul..

      Lawak bahan juri memang makin annoying..

      Padam
  5. Shiro macam syok sendiri plak malam ni... Tau la live kat JB... Hurmmm....

    BalasPadam
  6. Walaupun ni personal opinion ko tapi aku rasa tiap-tiap kali ko favor dengan jambu walaupun lawak dia sama je tiap-tiap kali. Lawak tu lawak tapi lama lama jemu.
    Sebab tu undian selalu rendah je sebab kelompok yang faham memang tak ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang nie kenapa... x nampakkah admin bagi blog nie kasih ranking ke empat bagi pusingan kedua.... dia x selalu kasi favor jambu... setiap opinionnya memeh betul la... apa yang kebanykan penonton rasa... begitu juga admin group nie bagi... kalo x puas hati ngan opinion admin blog nie.. x payah nak tgok log nie,.... SAYA SANGAT SOKO0NG SETIAP OPINION ADMIN... JAMBU MEMANG BEST... SHIRO, BOCEY DAN SEPAHTU JUGA BEST...

      Padam
  7. Yup replay value tu aku setuju sangat... cntoh mr bean... berapa tinggi replay value? Cerita lawak P.Ramlee brapa tinggi replay value? Bg aku sepah yg dulu replay value nya lbh tinggi.. mnakala shiro mmg bg aku dorang plg terbaik musim ini... dulu ajak ibarat adik kepada rahim r2.. tp kali ni 2 2 dh sama level... ajak leh jd feeder n killer... bg jambu pula.. dorang plg berpengalaman klu nk bndg ngn semua... chemistry mereka plg terbaik... lawak jambu nilai replay sngt tinggi... mmpunyai identiti sndiri tnpa mengikut mana mana kumpulan lawak yg ada... klu jambu tiada mmg maharaja lawak akan hilang seri nya... percaya la... sbb jambu punyai kelainan tersendiri yg tiada pada mana mana pelawak pon... ini yg buatkn replay value jambu tinggi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi kumpulan bocey pula boleh dinobatkan kumpulan baru paling terbaik setakat ini dh boleh menyamai atau melepasi tahap kumpulan lawak otai lain... sebab... kumpulan bocil dan achey adalah naib juara dan juara rancangan bintang mencari bintang (tv3) yg mmpunyai barisan juri yg sentiasa mmbina karacter dan potensi serta keyakinan dorang.. ditambah lg mereka adalah protege kepada boboi yg punyai pengalaman yg luas . Gabungan mereka sangat mnjadi dan mantap... ketiga mereka boleh mnjadi killer dan feeder... sebab tu punch line bocey ibarat peluru dari machine gun.. cuma mereka tiada nama... kalau ada nama confrm bocey juara.. bagi nabil pula.. karisma dan keyakinan lbh baik banding dulu.. tapi nabil lemah bila mnjadi orang lain ( bukan dirinya sendiri) atau melawak mggunakan prob berlebihan atau berlawak bersama org lain. Klebihan Nabil pada stand up komedi nya yang tidak boleh ditandingi oleh orang lain setakat ini... kalau ada pun mungkin zizan atau johan ( kita ingat lg 2 nama ini adalah peserta solo masa raja lawak 1.. Zizan pernah jadi solo masa MLM 12 sbb Johan sakit.. if MLM wajib solo... mgkin 3 nama ni akan jadi top 3... so Nabil ada kelasnya tersendiri... cuma Nabil tak boleh in character mcm Zizan dan Johan... klbhn Nabil melalui jalan penceritaan dan kepetahannya bercakap sbagai dirinya sndiri.

      Padam
    2. Kesimpulan nya... bagi aku pentas Akhir MLM kali ini lebih terbuka kerana semua finalist punyai sebab untuk menjadi juara dan saingan kali ini sangat sengit .. cuma populariti mnjadi nilai tambah kepada finalist.. sekiranya Jozan ada mgkin sepahtu tak akan selesa macam sekarang ni... Populariti Jozan Dan sepahtu berada dlm tahap tertinggi .. Ikut kosistensi bocey layak jd juara... kedua shiro dan ketiga jambu... cuma populariti mengatasi segalanya.... harap Sepahtu dpt mmberikan yang terbaik di pentas final nanti...

      Padam
    3. nak tulis panjang-panjang buat blog sendirilah mangkuk. aku bukak blog ni bukan nak baca penulisan ko

      Padam
    4. Amboi... garangnya admin... xsuka sila deleat

      Padam
    5. @ruzli
      Bukan saya yang balas komen awak. Itu entah sapa2 yang tulis.

      Padam
    6. anti-ruzli tu ahmad la doh. dulu aku mcm dia jgk suka sakat komen2 bodoh dlm blog bangang ni.

      Padam
    7. @abah noob
      tu bukan aku la...tu ntah sapa2 ntah....jangan2 ko x?? tuduh org pulak....

      Padam
    8. Betul tu...sebenarnya itu konapirasi terancang kroni2 UMNO-BN menyamar menjadi Anti-Ruzli supaya Anti-Ruzli membenci pada Parti Pembangkang...

      Padam
  8. rating saya bg kedua dua persembahan mlm td mengikut terhiburnya hati sayala; shiro-bocey-sepahtu=jambu-nabil.pada yg xsetuju jgn mare ye

    BalasPadam
  9. aku setuju dgn admin. mostly persembahan jambu mmg legend & ada replay value, tgk byk kali pun x bosan, bak kata mamat khalid, lawak jambu mmg internationalle. kumpulan lain lawak jugak, tp replay value kurang, kalau tgk balik dah rasa tak lawak dah. cuba korang bg persembahan kumpulan lain yg korang rasa ada replay value yg best ditonton byk2 kali, shiro, sepahtu, bocey & nabil... mana2 persembahan... cuba bagi, aku yakin korg pun xdpt jawab sbb mmg xde. so, votelah JAMBU utk jadi juara

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke? aq tgok sekali je xreplay2 pon. lawak Shiro dgn Bocey aq ulang byk kali adelah.

      Padam
  10. lawak nabil..berkaitan luna maya..beristigfar diri ini menontonnya..astaghfirullahal'adzim....
    inikah dinamakan lawak?
    terbaik buat sepahtu, jambu, shiro n bocey..all d bez utk final nanti

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Sebab tu dari segi brotherhood, kumpulan Jambu dan Shiro lebih baik sebab mereka tidak pernah membahan satu sama lain, diorang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

    Membahan tu sejenis gaya lawak. Sebab tu penonton boleh gelak dgn punchline membahan sesama sendiri Sepahtu & Bocey. Walaupun Jambu & Shiro tak pernah membahan sesama sendiri tapi selalu melawak membahan/membodek juri. Nabil pun. Kalau ade chef Wan mmg dah kena!

    Tapi aku setuju dgn pendpat kau ttg Jambu. Lawak merapu mmg identiti Jambu. Mmg Jambu legend dan terbaik punya!

    Tapi tak utk Shiro. Shiro takde originality. Takde identiti. Selalu curi idea pelawak lain. Kalau dulu takat Sepah je tapi dlm MLM2013 lawak Nabil, SYJ n obviously lawak Jambu di tirunya. Paling ketara lawak minggu loghat. Semalam pun tema artis jemputan idea sama dgn Jambu. Pa cita??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mana ko pasti sapa tiru sapa? Idea tu universal cuma cara pelaksanaan yg berbeza.
      Aku faham lawak merapu Jambu cuma bukan taste aku. Aku lg suka jenis storyline n ada punchline yg kelakar

      Padam
  13. Kepoyooan yg melampau
    Siap buat table
    Sape pun menang takde masalah
    Rezeki masing - masing
    Obviously brainwashing
    What were u thinking
    I thought they got to make the jokes
    Roftlmao haha

    BalasPadam
  14. Kesimpulan:
    Sepahtu : harap fames jep je
    Shiro : bagus tp x selalu outstanding
    Jambu : kaki merepek tp bukan fav pengundi
    Nabil : x konsisten, x layak juara, tp good effort as solo
    Bocey : good effort, tp same fate mcm jambu

    Mcm noob ckp..takut populariti yg menentu undi...mcm x fair sbb result 100% undi sms. Tp sy percaya sapa menang kalah ada hikmahnya...kita x tau, tuan badan saja yg tau...

    BalasPadam
  15. Jambu lawak bangang bg majoriti rakyat malaysia..this is fact..sbb tu tk ramai undi dia..

    BalasPadam
  16. rupanya mlm separuh akhir tu sepahtu dapat peratusan terendah...1.shiro 2.bocey 3.jambu 4.nabil 5.sepahtu...kl ada penyingkiran mmg sepahtu yg tersingkir

    BalasPadam
  17. Erm..aku rasa untuk jadual rate tu kalau kau warnakan mesti nampak lagi senang untuk lihat siapa cemerlang berbanding nak kira RTLMAO LMAO watever tu serabut lah...

    dan..one more thing..rate ni berdasarkan individual..pendapat kau seorang jer..aku pn tak kenal kau siapa...macam aku juga lah..boleh buat rate ni berdasarkan pendapat aku sendiri..my point is...does it matter?? aku suka nabil...macam aku suka bocey...dan point kau cakap nabil dulu tak macam sekarang is...well...seorang penulis pn akan hilang touch sometimes..jatuh naik turun..inikan pula pelawak...favoritism..it's too obvious.


    gustaf noren

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.