Khamis, 30 Januari 2014

20 Cara dan panduan untuk berselfie dengan betul

Budaya dan trend merakam gambar diri sendiri menggunakan telefon pintar atau kamera digital yang digelar sebagai 'selfie' bukan lagi suatu yang asing sejak kewujudan telefon bimbit yang ada kamera dan juga kamera digital seawal tahun 2000-an. Pada mulanya, kelakuan ini berlaku apabila ada seseorang yang mahu merakam gambar kenangan bersama latar belakang suatu pemandangan, namun tiada orang lain yang ada disekitar yang boleh membantunya mengambil gambar, atau terlalu malu dan tidak mahu menyusahkan orang lain untuk meminta bantuan mengambil gambar, maka disebabkan itu, dia memegang sendiri kameranya lantas menangkap sendiri gambarnya. Namun, kini perbuatan merakam gambar sendiri semakin popular dan ia bukan lagi semata2 kerana mahu mengambil gambar kenangan bersama permandangan, tiada orang lain yang boleh bantu atau kerana sifat malu, tapi kebanyakannya kerana mahu tunjukkan kecantikan diri, mahukan perhatian dan jumlah LIKE yang banyak.

Perkataan ‘selfie’ yang diiktiraf perkataan terbaik bagi 2013 dalam kamus Oxford kini semakin digemari pengguna telefon pintar terutama remaja bukan mengenai perkataan terbabit, tetapi perlakuannya. Menurut kamus terbabit, selfie adalah satu foto diri sendiri yang diambil menggunakan telefon pintar atau kamera yang kemudian dipindah naik ke laman sosial. Penggunaan perkataan selfie yang meningkat 17,000 peratus tahun lalu kini lebih digemari pemakai telefon pintar di negara ini.
Selfie pertama kali muncul dalam satu kemaskini forum di Australia pada 2002. Kini perkataan selfie antara yang popular digunakan dalam laman sosial seperti Instagram, Keek, Vine, Facebook dan Twitter. Dalam Instagram saja, perkataan selfie yang dilakukan dalam ‘hashtag’ foto kini mencecah sehingga 71.3 juta pos.
Bagaimanapun, sesetengah pakar psikologi berpendapat, perbuatan selfie itu sendiri menjurus kepada gangguan personaliti narsistik.

Laman web psikologi, PsychCentral yang diuruskan pakar psikologi memberi definisi gangguan personaliti narsistik sebagai sifat grandiositi dalam fantasi pelaku atau kelakuan sebenar yang memerlukan perhatian orang lain serta tidak memiliki sifat empati.

Individu yang mengalami gangguan ini biasanya merasakan mereka mempunyai kepentingan dalam hidup orang lain.
Namun, Pengarah Pusat Media Penyelidikan Psikologi, Pamela Rutledge dalam Psychology Today menafikan individu yang suka merakam foto selfie sebagai individu yang mempunyai karakter narsistik.

“Ia boleh disifatkan sebagai penerokaan identiti yang menjadi salah satu cara paling berkesan untuk mengetahui diri anda apabila orang lain melihat anda,” katanya.
Menurutnya, selfie menawarkan peluang untuk menunjukkan aspek diri anda tidak kira sama ada ia foto hodoh atau cantik yang memungkinkan kita belajar mengumpul maklumat mengenai diri sendiri dari semasa ke masa.

“Selain itu, ia (selfie) jelas mengenal pasti minat yang menguatkan lagi identiti sosial kita seperti selfie remaja melakukan aksi tertentu dari watak animasi atau filem,” katanya.

Baca lagi di Harian Metro dan juga sini.

Berikut pula adalah 5 cara ber'Selfie' seperti yang dikepilkan bersama artikel tersebut:
  • Pastikan tangan yang memegang telefon berada dalam keadaan stabil. Bagi memberi keselesaan, pastikan posisi tangan tidak terlalu menegak (45 darjah antara badan dan telefon)
  • Lakukan 'duckface' yang comel.
  • Pastikan foto dirakam dalam pencahayaan yang cukup.
  • Pastikan butang rakam mudah akses (guna 'timer' jika ada)
  • Elakkan gambar tangan terlalu berlebihan dalam gambar.
  • Kalau merakam foto depan cermin, pastikan jarak cermin dan anda tidak terlalu jauh.
  • Pastikan motif anda terlebih dulu sebelum ber'selfie'.



Artikel Harian Metro pasal selfie tu OK lah, cuma aku tak tahu sama ada cara2 berselfie yang ditulis tu sarkastik nak sindir orang yang suka buat selfie atau serius. Tajuk tulis 5 cara berselfie tapi kat senarai ada 7 cara. Tapi benda2 macam ni tak perlu kot ada cara2 dan panduan bagai. Seperti korang tulis cara2 nak sikat rambut depan cermin, cara2 nak ambil gambar makanan atau cara2 nak berak. Benda2 yang common yang orang boleh buat dengan sendiri secara natural dan tak perlu diajar pun perlu ke buat panduan. Dan perlu ke pastikan motif terlebih dulu sebelum berselfie dan juga buat duckface?


Baguslah, ajar dan galakkan la lagi remaja kita buat benda pelik2. Lepas ni bolehlah buat cara2 untuk jadi hotstuff pavi dan cara2 untuk jadi popular dengan buat video bangang, cara2 untuk mengemis like kat status Facebook. Mari lahirkan lebih ramai Bobo dan yang seangkatan dengannya.

Lagi mengenai selfie di artikel "Fenomena Selfie: Popular atau Kecelaruan Identiti?".




tags: fenomena selfie panduan kaedah cara manual tips yang betul popular atau kecelaruan identiti popular poyo batak like perasan cantik mahu perhatian camwhore perkataan terbaik tahun 2013 oxford

20 ulasan:

  1. 新年快乐 !!!!

    BalasPadam
  2. alolo..comel ke buat muka duckface?.jom buat selfie..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
      Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
      orang lain, maka komen akan dipadam
      untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  4. gambar awek tudung tetek besar ada tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bawak bertaubat la ahmad.

      Padam
    2. bawak bertaubat la ahmad.

      Padam
    3. bodoh sial tu bukan aku...

      Padam
  5. Pasal selfie ni jenis nak kemarul LIKE FB je...lgpun kebanyakkannya fake face....nmpk mcm cntik tp sebenarnya biasa je...kalau nak ambil gmby pun gambr yg spontan...bukan dgn dibesarkn mata,dimoncingkn mulut, ditebal mekap.

    fb skrg merosakkan umat manusia...mcm xde faedah, hmpir semuanya syok sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..betul tu..semua gambar dalam fb boleh dikatakan fake...guna saje kamera 360...bangla bleh bertukar mat saleh..

      Padam
  6. nanti tuhan tarik balik kecantikan tu.. jangan dibanggangkan sangat... anyway, #mut4kajang

    BalasPadam
  7. mohon buat artikel cara melancap dengan betul..

    BalasPadam
  8. selfie ni adalah hasil drpd konspirasi terancang UMNO-BN untuk menyusahkan rakyat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://www.youtube.com/watch?v=Td_i5vRC8Zg

      Padam
  9. menyampah dengan selfie..

    BalasPadam
  10. haha.. cara berselfie pon dah ada skunk.

    http://myartcrafting.blogspot.com/2014/01/januari-giveaway.html

    BalasPadam
  11. mugkin DBP perlu memasukkan selfie dalam kamus dewan dengan dibahasa melayukan..

    selfie = selfi..

    btw editor suratkhabar sekarang macam ramai yang pemalas untuk mengedit artikel yang wartawan tulis..kat bahagian sukan banyak gila salah..

    :-)

    BalasPadam
  12. selfie xkira tempat. malu gop kadang2. -.-'

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.