Selasa, 16 Ogos 2016

10 Suami berkongsi isteri dalam laman sosial

Kegiatan persundalan di negara ini bukan sahaja semakin licik bahkan sangat menjijikkan apabila sebuah laman sosial diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Cheongster yang membolehkan ahli-ahlinya bertukar-tukar pasangan seks.

Siasatan wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai ahli laman sosial itu mendapati selain menawarkan khidmat seks oleh gadis-gadis tempatan dan luar negara, peserta komuniti Cheongster juga semakin ‘sakit otak’ apabila menggalakkan ahlinya berkongsi pasangan seks sama ada teman wanita, tunang atau isteri.

Bagi mendorong lebih ramai ahlinya mengamalkan perkongsian pasangan seks, Cheongster menawarkan satu ruangan khusus iaitu ‘Exchange’.


Berdasarkan tinjauan Kosmo!, lebih 200 ‘posting’ mengenai pertukaran pasangan telah dimuat naik menerusi ruangan tersebut.

Siasatan selama hampir dua minggu itu mendapati, Cheongster yang sudah beroperasi sekitar dua tahun mempunyai lebih 500 orang ahli komuniti terdiri daripada lelaki hidung belang, wanita muda, ibu tunggal, wanita asing dan bapa ayam.

Malah, lebih mengejutkan, terdapat juga ruangan khas untuk golongan wanita terdiri daripada remaja dan penuntut institusi pengajian tinggi bagi mempromosikan perkhidmatan seks.

Uniknya, cara komunikasi ahli dalam laman sosial tersebut menggunakan kod rahsia khas berkaitan makanan bagi mewakili kaum tertentu seperti nasi lemak untuk wanita Melayu, bakso (Indonesia), capati (India), char kuetiau (Cina) dan tom yam (Thailand).

Berita ini dilaporkan dalam akhbar Kosmo! semalam.

Kita biasa dengar kes lelaki curang di belakang pengetahuan isteri, atau isteri curang di belakang pengetahuan suami, tapi yang ni lain macam sikit.

Si suami sendiri menyuruh isteri berlaku curang atau berhubungan seks dengan lelaki lain, sama ada di belakangnya, di depannya, atau bersama-sama sekali dengannya. Ada juga suami isteri yang saling bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri yang lain untuk mengadakan hubungan seks.

Aktiviti macam ni kalau di barat memang dah biasa. Mereka mempunyai libido dan fetish yang lain macam sikit, di mana mereka suka pasangannya berhubungan seks dengan orang lain.

Tapi kalau tanya aku, benda ni bukanlah suatu yang baru pun di Malaysia. Aku sendiri pun ada kenalan yang pernah terlibat dengan benda-benda macam ni dulu. Dah berkahwin 5 6 tahun, dah ada anak 1 2 orang, tapi suruh bini dia berhubungan seks dengan lelaki lain, dan dia pun berhubungan seks dengan perempuan lain.

Gila.... kalau di negara lain tu aku tak hairan sangat, tapi ini orang Melayu... orang Islam.

Aku tak faham. Kalau mereka sanggup mencari dan melakukan suatu yang haram, apa tujuan mereka berkahwin? Bukankah perkahwinan itu untuk mencari yang halal dan untuk menghalalkan apa yang haram sebelum bernikah? Maka jika kau dah kahwin pun kau tetap nak mencari yang haram...

APA POINT KAU KAHWIN BODOH???

Lebih baik la kau tak payah kahwin dan terus buat benda haram tu sampai mampus.

Kau dah ada anak, ada keluarga, tapi buat benda haram yang sangat terkutuk. Bayangkan kalau dah besar nanti anak kau tahu mak bapak dia pernah buat hubungan seks dengan orang lain, atau bapaknya yang sebenar adalah orang lain, kau bayangkan apa yang berlaku? Bayangkan apa perasaan mereka?

Si suami pula sanggup jadi dayus dan bangsat dengan menyuruh dan merelakan isteri berzina dengan lelaki lain. Si isteri pula sanggup jadi bodoh dan takde maruah dengan mengikut sahaja suruhan suami untuk berbuat maksiat dengan membabi buta. Kalau ikut hukum hudud, korang tahu ke apa hukuman untuk perbuatan terkutuk korang ni?

Mana pergi perasaan korang untuk menjadi seorang manusia yang bertamadun, mana hilang keinginan korang untuk menjadi seorang umat Islam yang mencari syurga? Memang dah takde langsung ke?

Serius... aku tak boleh brain. Mohon kita semua dijauhkan dari perkara-perkara mungkar dan jijik seperti ini.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: suami kongsi isteri di laman sosial komuniti gila seks cheongster cuckold swinger swing swap wife husband threesome gangbang orgy couple partner tukar pasangan tumblr melayu zina romen bersetubuh jimak seks sex teman wanita tunang girlfriend freelancer awek fl bohsia fetish melayu

10 ulasan:

  1. ish!! biar kebenaran?? sangup izinkan isteri sendiri bersama dengan orang lain? rasanya mereka ni terpengaruh dengan budaya orang luar nih! huhuhuhu..

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  2. eeew. yucks. gila betul orang zaman sekarang.

    BalasPadam
  3. No. No. No.No. THIS IS NOT OK!..... wtf celakak betul klu ada fetish ni!!!

    BalasPadam
  4. Welcome to the Real World.

    BalasPadam
  5. betul. welcome to the real world.

    BalasPadam
  6. sounds like heaven

    BalasPadam
  7. kena gi tarbiyah mrka yg sesat nih..

    BalasPadam
  8. ish3.. harap2 sindiket mcm ni dibanteras pihak berkuasa habis-habisan..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. MASA: dahulu dan sekarang
    2. Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.