Khamis, 4 Ogos 2016

3 Masalah percintaan kau usah babitkan orang lain

Al-kisah, ada 2 orang rakan sekuliah lelaki dan perempuan bercinta. Tak lama kemudian, mereka pun putus dan percintaan mereka berakhir. Selepas itu, satu kelas bagai berpecah menjadi dua kelompok, satu yang berkawan di pihak lelaki, satu lagi di pihak perempuan.

Orang yang masih berkawan dengan lelaki itu, kena sisih dengan perempuan itu dan rakan-rakannya. Orang yang berkawan dengan perempuan itu pula, kena pulau dengan lelaki itu dan rakan-rakannya. Hanya kerana masalah percintaan orang lain, habis orang lain yang takde kaitan pun tak pasal-pasal kena terlibat sama.


Mungkin ada di antara korang yang pernah alami atau berdepan dengan situasi bodoh macam ini kan?

Aku zaman belajar kat sekolah, kat universiti dah pernah melaluinya. Zaman tua dah kerja ni dah takde dah, mungkin kerana ramai orang dah semakin matang atau kawan-kawan di sekeliling aku sekarang tiada lagi orang yang mengalami masalah percintaan.

Aku tak faham betul dengan orang macam ni. Sebagai contoh, lelaki dan perempuan, kedua-duanya adalah kawan aku, dan aku kenal mereka pun sebelum mereka bercinta pun lagi. Bila mereka bercinta, aku tak cakap apa pun sebab diorang nak bercinta ke apa bukan hal aku.

Tapi bila mereka putus cinta, maka kenapa aku kena pilih untuk berkawan dengan salah seorang sedangkan kedua-duanya pun kawan aku malah dah jadi kawan aku sejak sebelum korang bercouple lagi pun?

Kenapa orang lain perlu terbabit sama dengan masalah cinta korang? Kenapa nak kena pulaukan aku dan jauhkan diri dari aku bila aku berkawan dengan ex masing-masing? Yang ex-boyfriend/girlfriend tu korang, tapi aku bukan ex-friend korang.

Tapi kalau kau tak nak kawan dengan aku juga sebab aku berkawan dengan ex kau, pergi mampus. Ada aku kisah? Tak luak pun tak berkawan dengan orang yang buang kawan hanya kerana masalah cinta kau dengan orang lain macam kau.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: couple awek pakwe makwe kapel boyfriend girlfriend clash putus cinta cerai pulau sisih kawan dingin rakan babit libat break up


3 ulasan:

  1. hehehe
    ini percintaan budak0budak darjah 6 ni biasanya.
    pengalaman yang lalu :)

    BalasPadam
  2. hehe pasal.. kalau ko kawan dgn ex aku..esok aku nampak muka ko mcm ex aku jugak..rase nak cincang ko jugak mcm mana aku rase nak cincang dia..so better jgn kawan dgn dia!
    pikiran bebudaklah...tapi kini da matangkan.. =)

    BalasPadam
  3. bende ni bukan jadi kat ex-gf/bf, taoi sesama kawan gk. Kalo kita gaduh dgn kawan kita, pastu kawan kita tu akan boikot sape2 je yg dekat dan bercakap dgn kita. aiii

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.