Jumaat, 5 Ogos 2016

5 Kisah nasi lemak RM1 dan nikmat sebuah keikhlasan

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali aku bertolak ke tempat kerja waktu pagi, aku akan singgah dulu di sebuah gerai tepi jalan ketika dalam perjalanan. Gerai tersebut menjual nasi lemak, bihun dan kuey teow goreng yang dah dibungkus siap-siap dengan harga RM1 sahaja sebungkus.

Selain harga yang murah, satu lagi tarikan yang membuatkan aku dan ramai orang lain beli kat gerai dia adalah kerana dia buat style drive-thru. Orang pesan je dari tingkap nak berapa nasi lemak dan dia hantar ke kereta, kita tak payah turun nak beratur panjang dan tunggu lama-lama pelanggan nak pilih lauk la, nak bungkus nasi lemak lagi. So untuk orang yang cheapskate dan simple macam aku yang jenis pemalas dan nak kejar masa, gerai ini memang menjadi pilihan aku pagi-pagi.

Gambar hiasan

Biasanya setiap pagi aku akan beli 3 bungkus, harga baru RM3. Kandungan dia tak lah banyak mana tapi bolehlah sekadar nak mengisi perut. Kalau rasa nak jimat, beli banyak sikit dalam 5 bungkus ke, boleh cover untuk makan tengahari sekali.

Cuma makanan kat gerai ni cepat habis, kadang-kadang baru pukul 8 pagi dah habis semua makanan, maka aku terpaksa berlalu pergi dengan perasaan kecewa dan layan roti tampal dan teh tarik kat kedai mamak.

So kepada mereka yang berminat nak berniaga nasi lemak pagi-pagi, mungkin boleh berniaga dengan cara ini juga sebab orang sekarang biasa tertarik dengan 2 benda je, murah dan mudah.

Namun pagi ini, ada satu kejadian yang benar-benar menyentuh perasaan aku.

Macam biasa, aku singgah kat gerai dia, pesan 2 bungkus bihun goreng dan 1 bungkus nasi lemak. Masa aku menghulurkan 3 keping nota RM1 kepada dia, dia menolak dan cakap "Tidak mengapa bang, dah ada orang bayarkan semua bungkus makanan untuk hari ini". Aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan berlalu pergi.

Alhamdulillah.

Maka hari ini aku makan bihun dan nasi lemak yang dibelanja oleh orang yang aku tak kenal dan juga tidak mahu dikenali. Itu baru aku seorang, berapa ramai lagi orang bertuah yang singgah ke gerai itu pagi ini dan tanpa disangka-sangka dapat makanan percuma? Kalau brader tu jual 200 bungkus makanan sehari, bermakna orang yang belanja itu telah membelanjakan RM200 hanya untuk belanja makan orang-orang yang dia sendiri tak kenal!

Subhanallah.

Ramai orang yang buat kebaikan.
Ramai orang yang buat amal jariah.
Namun tidak ramai orang yang berbuat kebaikan dan amal jariah tanpa rasa perlu untuk orang lain tahu pun, yang sanggup menggantikan namanya dengan gelaran Hamba Allah, yang merasakan cukuplah sekadar Allah sahaja yang tahu.

Walaupun peristiwa ini nampak kecil, namun kesan dan impaknya tetap besar dalam diriku, memberi aku pengajaran dan kesedaran, tentang betapa pentingnya membuat amal kebaikan, tentang betapa nikmatnya dapat memberi manfaat kepada orang lain tanpa mengharapkan suatu balasan, tentang betapa hebatnya sebuah keikhlasan itu.

Kepada Hamba Allah berkenaan, yang aku tidak tahu siapa diri anda dan di mana anda berada... jika anda terbaca nukilan ini, aku hanya mahu mengucapkan...

...JUTAAN TERIMA KASIH.

Semoga Allah merahmati dan membalas kebaikan yang telah anda lakukan.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: cerita kisah nasi lemak rm1 drive thru nikmat sebuah keikhlasan ikhlas kejadian peristiwa pengalaman

5 ulasan:

  1. zmn blaja slalu mkn nasi lemak singgit lps balik dr kls pagi

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Rezeki. Yang berniaga tu pun jujur.. 😃

    BalasPadam
  3. seronok dan bahagia ada insan yg baik hati cmnie. semoga org yg belanja tu murah rezeki. InsyaAllah. :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.