Gambar Hiasan |
MGTOW bukanlah cinta hubungan sejenis sesama lelaki yakni gay. Ia adalah definisi longgar seorang lelaki Herbivor yang tidak berminat kepada perkahwinan dan tidak berminat dalam mendapatkan teman wanita (Sumber sini). Boleh dikatakan , MGTOW adalah satu gerakan anti-feminism. Dan MGTOW menentang nilai-nilai tradisi seorang lelaki sepatutnya seperti maskuliniti, tanggungjawab terhadap wanita yang berlebihan, gentlemen dan lain-lain.
Banyak artikel, forum dan video berkenaan dengan MGTOW boleh didapati di Google. Dan bermacam pendapat dari pihak lelaki sendiri atau dari pihak perempuan.
Mungkin kerana bermacam idea dan konsep, MGTOW bermula dari idea memperjuangkan keberadaan lelaki sehingga menjadi medan tempat-tempat lelaki mencurahkan kekecewaan terhadap wanita.
Gender War.
Men from Mars.
Women from Venus.
Lebih teruk jika seorang lelaki menjadi misagony ( baca : mai-sa-je-nee) atau seorang perempuan menjadi seorang misandry ( baca : mee-sand-re) di mana kedua-dua mempunyai prejudis terhadap lawan jantina masing-masing.
Bagi aku, kedua-dua pihak punya pendapat masing-masing. Lelaki tidak komplikated. Perempuan tidak menyusahkan.
Yang memeningkan kepala adalah hubungan aka RELATIONSHIP. Sebab kita masing-masing berharap lebih dan akhirnya mengecewakan diri sendiri.
Aku bukan seorang anti-wanita.
Nope. Aku suka dikelilingi wanita. Banyak jenis wanita aku jumpa.
Ada yang deserve to be respect.
Ada yang menggembirakan.
Ada yang menjijikkan.
Ada yang menyedihkan.Aku faham. Ramai idealist di dalam Malaysia yang menyokong pergerakan feminis dan berjuta-juta lelaki yang tidak. Malaysia dah sedikit sebanyak mempunyai acuan Amerika itu sendiri dari segi misandry.
Negara Islam ? Ya.
Negara yang mengamalkan Islam ? Puii...
Bagi aku, selepas bermacam pengalaman yang aku kutip sendiri dan sekeliling aku, lelaki dah penat meminta maaf kerana menjadi lelaki.
Dihancurkan dari segi emosi, spiritualiti dan fizikal oleh Insan bernama WANITA.
Jadi berlaku, perceraian, poligami, isu pukul-memukul isteri, saman malu dan pelbagai kes-kes pelik akibat perkahwinan yakni perhubungan halal yang sangat digalakkan dalam Islam.
TAK.
Jangan salah sangka.
Ikatan perkahwinan dalam Islam sangat suci. Sangat bagus. Sangat digalakkan.
Kahwin dan Nikah adalah SUCI.
Manusia, lelaki atau perempuan TIDAK.
Walaupun tidak semua.
Jadi, mungkin MGTOW adalah jalan keluar yang lebih logik dan rasional yang difikirkan oleh lelaki-lekai yang mempunyai pengalaman buruk dengan wanita, baik ibunya sendiri, adik, beradik atau pasangannya. Dan banyak arikel-artikel menarik luahan rasa seorang lelaki yang mungkin mencari sedikit perhatian.
Dan bila dilihat dalam Youtube, kisah-kisah menjadi single, free dan independent telah menjadi trend dan banyak komedi-komedi sitcom yang memaparkan kelemahan lelaki dari bermacam segi.
keyword : Chris Rock, Bill Maher, Bill Burr
" Perempuan di dalam sitcom Amerika mahupun negara kita ,cantik, pandai dan independant dan lelaki digambarkan sebagai loser, tipikal dan bernasib baik dapat mengahwini perempuan tersebut."
Aku bukan seorang MGTOW.
Juga bukan seorang misagony.
Dan mungkin juga aku sendiri telah terpengaruh dengan MGTOW kerana semakin aku menghampiri insan bernama Wanita, semakin banyak perkara buruk yang aku jumpa. Tapi masih ada kebaikan insan bernama Wanita sebab , aku seorang lelaki normal.
Masih memerlukan sentuhan , kasih sayang dan cinta dari Insan bernama Wanita
MGTOW - Men Going Their Own Way.
owh maaa goddd~~!!! i fall in mgtow.... dont care..
BalasPadamAku pun rs mcm dah termsuk dlm mgtow skrg...
BalasPadamkena jadi alpha male
BalasPadamKita belajar inggeris melalui video MGTOW di youtube. Kita bukan terrer inggeris pun..cuma keinginan nak belajar tetap ada walaupun dah lama belajar tak pandai2 juga nak cakap orang putih.
BalasPadam