Isnin, 1 Ogos 2016

9 Nampak lebih hebat dengan ulang ayat orang lain

Ada orang suka betul sembang lebat tak ingat, semua benda dia tahu, semua benda dia nak bagi ulasan buat kesimpulan bagai, nak bagi supaya dia nampak hebat dan bijak dari orang lain, tak nak rasa kalah dengan orang lain, padahal dia cuma ulang balik je apa yang orang lain dah cakap dengan struktur ayat yang berbeza. Orang macam ni memang tersangat sangat sangatlah annoying.


Orang macam ni biasa kau jumpa bila dalam sebuah perbualan yang melibatkan beberapa orang seperti dalam sebuah perbincangan atau mesyuarat. Nak bagi orang lain nampak dia seorang yang bijak, banyak ilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan, dia akan sering menyampuk dan ulang semula je apa yang orang lain dah cakap, contohnya:
Chai: Saya cadangkan kita guna sofware A ni sebab ia mudah digunakan.
Duan: Kita kena guna software A ni, mudah nak guna ni.

Chot: Kita kena tetapkan polisi baru untuk sistem ini sebab yang lama dah tak sesuai.
Duan: Kenapa kita tak buat je polisi baru untuk sistem ni padahal yang lama dah tak sesuai?

Yeah we get it, kau tak perlu ulang balik ayat orang lain tu pun kita dah faham.

Janganlah jadi orang yang suka sembang lebat yang suka meniru dan mencedok semula percakapan orang lain. Kalau nak orang nampak hebat pun cubalah fikir idea dan ayat sendiri boleh tak?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: orang sembang lebat suka ulang balik semula percakapan idea tulisan orang lain

9 ulasan:

  1. Hmmm.. Bila bca sampai habis baru sedar. Ko citer psl diri sendiri ker nood? Smua benda ko belagak tau eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Tak semua benda aku tahu.
      2. Kalau aku tak tahu aku takkan cakap.
      3. Aku tak ulang balik apa orang cakap.
      4. Kalau aku nak cakap, aku akan study dulu, lepas dah tahu baru aku cakap.
      5. Kau faham ke tak benda yang aku nak sampaikan?
      6. Its noob not nood. Bapak jauh huruf b dengan d kat keyboard.

      Padam
    2. Noob is Noody...ha ha ha

      Padam
    3. Dia ckp dkt nood,yg si noob terasa buat apa2 Ogos 2016 pada 2:56 PTG

      Noob kuat sentap. Nak tisu x?

      Padam
    4. knoot knoot pingu

      Padam
  2. ak dulu pernah jumpe kwn jenis ni masa sekolah dulu la ni keje xpernh jumpe lagi orang mcm ni....

    BalasPadam
  3. pernah dulu time kerja, aku gi la pameran pasal peralatan kilang dan jentera...citer kat member pasal mesin itu..mesin ini...teknologi baru. dia tak pergi pun pameran tu.

    lepas 2-3 hari, aku dengar sendiri dari mulut bos aku yang member aku citer pada bos, dia yang pergi pameran tu, citer ende2 yang aku sendiri ceritakan pada dia dan dia claim yang dia pergi pameran tu.

    BalasPadam
  4. aku pernah tak pernah la....

    BalasPadam
  5. Ramai dah jumpa makhluk camni.
    Entahlah, maybe sebab dia tak berani nak suarakan pendapat, bila ada orang lain suarakan pendapat yang sama, dia pun baru laa nak keluarkan juga. Hahaha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.