Ahad, 31 Julai 2016

2 Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh: Bahagian 4

Sungguh, apa yang aku cerita ini klise seperti cerita lain yang korang baca di media.
Sama. Mungkin banyak sangat penyesalan yang aku tak boleh terima dalam hidup aku.
Mungkin korang tak tau, sebab aku sendiri pun tak tau.


Lepas konvo, aku cuma bekerja sambilan sebagai busboy di hotel-hotel terkemuka di KL. Aku sibukkan diri dan dekatkan diri dengan Allah.

Segala-gala yang berlaku pada masa lalu aku cuba lupakan, Tenang seketika hidup aku. Tak lama. Aku rasa dalam masa 3 tahun.
Tatkala ini Azrina sudah mahu berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya. Aku cuma hadir sebagai saudara rapat dan selepas kenduri kahwin, Azrina mengikut suaminya ke JB.

Aku teruskan hidup aku, bertukar-tukar kerja sambilan sehingga aku mendapat panggilan kerja di Putrajaya.

Putrajaya. Ini mungkin sinar baru dalam hidup aku. Kerja kerajaan.

How worse can it be?

Tak banyak benda berlaku. Macam kau tengok sekarang. Kisah hidup aku lebih kurang sama macam Murshid Merican dalam novel Amerika.

Kalau kau rajin membaca, kau akan faham. Lebih kurang macam itulah.

Sebelum aku pergi, PS..ini nasihat aku.

Sayanglah mak bapak kau. 
Sayangilah adik beradik kau.
Jangan lupa pada yang Maha Esa.

Dunia ini hanya sementara.

OK, lah, dah lama aku lepak dengan kau. Aku nak balik dulu. Jumpa lagi di sana.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Amerika by Ridwan Saidi


-------------------------------------------------------------------------------------------

Epilog

Azhan Ibrahim ditemui mati di negara jiran dengan sepucuk revolver dan dipercayai membunuh diri akibat tekanan hidup. Polis menemui sebuah nota dan proses penyiasatan akan diterukan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Azhan Ibrahim bukanlah nama sebenar beliau.

TAMAT.


Siri Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh:


2 ulasan:

  1. tajuknya Jejak Pembunuh tapi watak utama mati awal. siapa yg jadi pembunuh?
    i think the writer is having a mental block & decided to unwind, thus, killed the main (the only) cast. :-P

    do write more. i'm waiting.

    BalasPadam
  2. tajuk thrill tu saje je nak tarik pembaca. skill.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.