Really?
Kaji isu jemput imam Tarawih
Elak undang wakil dari negara bergolak agar tak timbul persepsi tak sihat
Idris menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal di Masjid Kampung Bukit Pegoh, Melaka, semalam.
Melaka Tengah: Tindakan mengundang imam dari negara bergolak seperti Mesir dan Palestin untuk memimpin solat Tarawih sepanjang Ramadan di negara ini perlu dikaji semula, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Haron.
Katanya, tindakan itu boleh menimbulkan persepsi tidak sihat dalam kalangan masyarakat yang mengikuti perkembangan dunia Islam ketika ini.
"Sepatutnya, kita (Malaysia) menghantar tokoh agama ke negara mereka untuk memimpin solat atau berceramah mengenai keamanan, bukannya mereka datang ke sini” Idris Haron, Ketua Menteri Melaka
“Kita bukan tidak mahu ilmuan agama datang ke negeri ini pada Ramadan, tetapi oleh kerana negara mereka sendiri sedang bergolak, adalah tidak wajar mereka meninggalkan negara masing-masing semata-mata mahu menjadi imam Tarawih di negara kita.
“Sepatutnya, kita (Malaysia) menghantar tokoh agama ke negara mereka untuk memimpin solat atau berceramah mengenai keamanan, bukannya mereka datang ke sini,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri peringkat Parlimen Kota Melaka di Masjid Kampung Bukit Pegoh, Telok Mas di sini, semalam.
Terima sumbangan
Lebih 400 golongan fakir, miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak yatim sekitar Parlimen Kota Melaka menerima sumbangan kerajaan negeri itu.
Hadir sama, isterinya, Datin Wira Fadilah Abdullah; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhammad serta Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Wira Latiff Tamby Chik.
Sepanjang Ramadan ini, Melaka menerima kunjungan dua imam, masing-masing seorang dari Mesir dan Palestin untuk memimpin solat Tarawih di negeri ini.
Imam dari Mesir itu ditaja seorang ahli perniagaan, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membiayai khidmat imam dari Palestin.
Selain itu, seorang imam dari Makkah, Mohamed Syariff Al-Imrani sudah berkhidmat di Melaka sejak 14 tahun lalu.
Idris yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) meminta Othman meneliti setiap permohonan mengundang imam daripada negara terbabit pada masa akan datang.
"Saya minta Datuk Wira Othman lihat dan kaji semula perkara ini. Pastikan tiada imam dari negara bergolak di Asia Barat seperti Mesir, Palestin, Syria dan Libya diundang ke negeri ini selepas ini (pada masa depan) kerana ia seolah-olah menunjukkan mereka mahu lari daripada masalah dalaman negara mereka ketika ini," katanya.
Sumber Berita Harian.
Mereka datang ke Malaysia ni sebulan je kot masa bulan Ramadhan, itu pun datang sebab kita jemput untuk jadi imam solat terawih, habis Ramadhan mereka balik negara asal mereka, takkan itu pun kita anggap mereka lari dari masalah dalaman negara mereka? Hari tu nak patenkan asam pedas, kali ni tak bagi undang imam dari negara Mesir, Palestin, Syria dan Libya pulak? Antara komen2 pelawat di berita tersebut:
Kalau rasa betul2 nak halang orang sangat dari datang Malaysia, baik halang penyanyi, artis2 barat dan K-Poop, PATI, warga afrika, pelacur dari China, Vietnam, penyeludup senjata api dan lain2 daripada halang imam dari negara2 Mesir, Palestin, Syria dan Libya masuk ke Malaysia untuk mengimamkan solat. Come on Datuk Wira, I know you can come up with better idea than this.
tags: kaji isu jemput imam solat tarawih terawih tarawikh dari negara arab asia barat timur tengah bergolak pergolakan mesir palestin syria libya lari dari masalah dalaman negara makkah mekah biaya taja undang bawa jemput ketua menteri melaka datuk wira idris haron halang masuk
betul. banyak lagi isu yang lagi besar untuk difikirkan. kenapa isu yang macam ni pulak yang diperbesar-besarkan?
BalasPadamtq yb. nasib baik tak halang metalica datang. kalau tak, nak kena ke seberang tambak johor la plak.
BalasPadambukan zamanya metalica dah... sekarang orang duk jemput Maher Zain duet dengan rabbani & hijjaz...
Padamitu ar..dalam bukan zaman dorg pun tiket free seating da habis. tinggal free standing depan stage jer. mau rabak rm500. nasib baik bukan zaman dorg, kalau tak langsung sold out.
Padamwahh laku eh tiket free seating concert metallica. ingat nak pi, tapi lars ulrich ni selalu ketuk dram tah pah per, lebih2 lagi dia punya double pedal.
Padamlaku bro..senior2 fan masih ada memori tu. sanggup bawa bini pun ada. fuuuu
Padam#mecha
la yea ke ini pon jadi isu..
BalasPadamperihatin betul YAB ni..
malam esok ada imam dari ghaza nak lead solat terawikh..
orang melaka memang cepat melatah agaknya hahahaha.... aku pun x paham ape yang dia perjuangkan dan nk buktikan.... ade sape2 boleh tolong tanyakan dia soalan ini tak.....
BalasPadammacam2 hal la sesetengah org ni, benda yg baik sengaja dijadikan susah, create mcm2 alasan nak halang... benda yg tak baik (tp menguntungkan/masyuk $$) pulak akan senang jer kasi lepas setelah dipermudahkan dgn bermacam2 alasan dan sikap double standard... manusia mmg mudah terpengaruh...
BalasPadamPersepsi tidak sihat dalam kalangan masyarakat yang mengikuti perkembangan dunia Islam ketika ini?
BalasPadamPersepsi tidak sihat macamana?
Adakah kalau negara kita bergolak kita pun akan ke luar negara menjadi Imam?
Rasanya lebih bagus jadi Imam dari jadi pengedar dadah masuk ke Malaysia ni lagi la tak sihat.
Dari hari ke hari makin teruk perkataan2 perkataan puak2 ni. yg terbaru fatwa mufti perak bkenaan syiah.. pas ni aku xtau lg apa yg diorang nk ckp...
BalasPadamOwh baru aku tau skrg... jemput imam org alim dari mesir syria utk imarahkan masjid dibulan ramadhan xboleh..
Yg boleh & halal adalah menjemput bapak maksiat k pop, shahrukh han penyanyi2 amerika yg tu dibolehkan..
Apa punya bebal otak diorang ni...bebal2 pun ada jugak orang yg bg undi dkt diorang ni utk jd pemimpin.. so sad..
inilah akhir zaman, soal2 kecil dibesarkan~ soal2 besar diremehkan~
Padam:)
maksiat terang2an dihalalkan~ sedangkan yang rosak sebab maksiat besar2an adalah ramai umat manusia~
maksiat kecil2an dalam hotel diterjah~ dirakam~ disiarkan~ sedangkan yang rosak sebab maksiat macam tu tidak melibatkan ramai umat~
bagi aku, tak jadi isu pun imam luar negara ni, bak kata anon kat bawah~
"Tanpa Nama27 Julai 2013 7:16 PTG
Iman local boleh pergi ke luar pulak la.. tukar-tukar pengalaman.. baru betul. Macam imam kat tempat aku dia dijemput pergi ke tempat lain pulak.."
terbaik~ barulah umat islam boleh bertukar2 pandangan & pendapat, bertukar2 cerita~ barulah bersatu umat~ (^_^)v
Pelik betul org umno ni ish2.. Kita jemput je tak da pulak paksa imam2 ni dtg Malaysia. Kalau mereka nak dtg, dipersilakan kalau tak nak tak da hal. Kdg2 itu perjuangan mereka jg dlm memberi kesedaran ttg pergolakan negara mereka agar kita dpr bersatu dn tahu apa penderitaan saudara seagama. Kalau nak harap media massa semata2 kdg2 berita2 diputar belitkan. Aku rasa org2 berkepentingan ni tak suka yg imam2 dtg sbb takut Israel dn usa tak nak kawan mesia lagi kui3
BalasPadamislam hadhari.
BalasPadamermm 2 pon jadik isu ke???mengarut betul la
BalasPadamhttp://www.sinarharian.com.my/semasa/dibogel-dicabul-ah-long-1.187233
BalasPadamnoob, aku respek la hang. aku ingatkan hang punya ayat la perenggan pertama tu. hehe. kipidap bro. moga Allah memberkati tiap amalan saudara. amin.
BalasPadamentah apa2 la ketua kampung melaka ni..eh ketua menteri melaka....tapi nape daya fikir die lg teruk dr ketua kampung?
BalasPadamsuku sakat ali rustam ni mmg x leh pakai le
jemput imam x ble, bagi dato kat shahrul khan bleh pulak.
BalasPadamaku x setuju trend jemput imam luar. kat malaysia ni dah takde imam yg bagus ke? kalau jemput imam luar pahala solat lagi banyak ke? jgn abaikan imam tempatan kerana sibuk nk jemput org luar. imam malaysia pun mau cari makan juga.
BalasPadamIman local boleh pergi ke luar pulak la.. tukar-tukar pengalaman.. baru betul. Macam imam kat tempat aku dia dijemput pergi ke tempat lain pulak..
PadamSokong anon 7:16 PTG, cmtu bru la X jd katak yg X abis2x syok sendiri sj kat bwh tempurung..lol
Padamstuju dgn komentar last skali, baik ketengahkan isu2 lain, buat ape bende remeh cmni nk jd isu. alhamdulillah la ada saudara dr jauh dtg nak menyambut dan meriahkan ramadan, alu2 kan la dorang. ni nak potpet potpet jadikan isu.
BalasPadambengong.
dkt malaysia ranking top 3 negeri plg lembu
BalasPadam1. melaka
2. johor
3. sarawak
wahwahwah..ini aku gelak gila babi la ranking ni.. spot on bro..
Padammohon datuk wira jadi imam terawih sekali tengok lulus ke tak..
BalasPadamYg tukang komen pun solat bjemaah pun seminggu skali time jumaat. solat subuh pun kantoi. ada yg xpnah kenal tangga surau tangga masjid termasuk para pakmenteri.
BalasPadamSo xpyh nk sibuk psl sapa yg layak atau xlayak jd imam..
kau kenal semua tukang komen kat sini ke??..jgn samakan semua org dgn diri kau sendiri.
PadamBgus bro...tanpa nama...terkedu aku hamba dibuatnya...haha
Padamkadang-kadang benda yang tak sepatutnya dibesarkan dah jadi trend sekarang untuk isu untuk bercakap. bagi Mat Jo, elok juga jemput imam lagi luar, bukan nak cakap imam tempatan tak bagus, bagus juga, cuma dengan ada imam luar, boleh imam tempatan timba pengalaman, mungkin Ramadhan tahun depan dah tak jemput imam luar, imam tempatan pula mengetuai solat-solat di masjid pula
BalasPadamwaa, semua datuk ada wira..
BalasPadam