Halaman

Ahad, 7 Julai 2013

Suatu iktibar terhadap konflik Mesir

Orang pertama yang dilantik menjadi Presiden Mesir secara demokratik setelah kejatuhan rejim Hosni Mubarak iaitu Dr. Mohamed Morsi akhirnya digulingkan oleh tentera Mesir. Beliau hanya sempat menjadi Presiden selama setahun sahaja. Itulah harga yang perlu dibayar dalam sebuah demokrasi kerana dalam demokrasi, yang ramai akan menang walaupun tak semestinya yang ramai itu memilih kebaikan dan kebenaran. Kalau majoriti menolak Islam, maka minoriti yang mahukan Islam terpaksa menerima.


Ada yang minta aku ulas mengenai isu ini, namun secara jujurnya aku bukanlah seorang yang tahu sangat pasal isu di Mesir dan aku juga bukannya berada di tempat kejadian untuk mengetahui apa yang sebenar2nya berlaku dan dialami oleh rakyat mereka di sana. Oleh itu korang boleh baca ulasan mengenai isu ini oleh yang lebih arif seperti Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan juga Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Juga boleh baca pandangan Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Razak yang mana mahu rakyat Malaysia ambil iktibar daripada peristiwa ini.
Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.
  
Perdana menteri berkata perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.
  
"Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja empat harinya ke London pada Khamis. - Selanjutnya di Sinar Harian.

Cuma apa yang aku nak tulis adalah andaian aku mengenai situasi yang sama yang berlaku di Mesir sekarang ini mungkin boleh berlaku di Malaysia pada masa akan datang. Sekarang ini perhimpunan atau demonstrasi besar2an pasti melibatkan penyokong PR dan anti-BN, kerana mereka adalah pihak yang kalah dan tidak menjadi kerajaan. Dan ramai juga dikalangan mereka yang tidak menyokong BN bukan kerana mereka sokong PR, tetapi kerana mereka memang dah benci sangat dengan BN seperti ABU (Asal Bukan UMNO) dan ABCD (Asal Bukan Calon Dacing), so tujuan mereka hanya mahu jatuhkan BN sahaja dalam pilihanraya.


Pada PRU14 pada tahun 2018, akhirnya Pakatan Rakyat menang majoriti mudah dengan memenangi 115 kerusi parlimen manakala Barisan Nasional memenangi 107 kerusi. Taburan kerusi yang dimenangi mengikut parti adalah PKR - 37, DAP - 38 dan PAS - 40 dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri. Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat, berlaku pelbagai perselisihan dan perbalahan dalaman terhadap suatu isu, keputusan, dasar dan polisi kerajaan. Pembangkang ketika itu iaitu Barisan Nasional pula mengambil kesempatan atas isu2 tersebut dan mereka pula menganjurkan perhimpunan dan demonstrasi jalanan besar2an yang disertai penyokong2 mereka di seluruh negara bagi membantah kerajaan semasa. Utusan Malaysia pada masa itu pula ada label - "Hanya untuk ahli UMNO sahaja".


Orang yang mengundi PR waktu PRU14 hanya atas dasar nak gulingkan kerajaan BN tapi masih lagi kuat dengan ideologi sekular dan liberal mula tidak berapa selesa dengan undang2 serta peraturan2 yang dibuat oleh kerajaan semasa yang dilihat terlalu Islamik dan akan mengongkong kebebasan mereka. Disebabkan itu mereka mula dilihat beralih arah dan mula menyertai perhimpunan2 yang membantah tindakan kerajaan dan seterusnya timbul gerakan baru seperti Asal Bukan Pakatan Rakyat atau Bersih/Blackout edisi mereka pula.


Setelah berlaku beberapa siri bantahan yang berpanjangan selama setahun, akhirnya 5 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mempunyai masalah dengan keputusan2 kerajaan yang dibuat oleh parti2 gabungan ini akhirnya meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas, manakala 3 lagi ahli parlimen melompat parti ke BN, menjadikan kerusi parlimen PR hanya tinggal 107 manakala BN bertambah kepada 110. Dengan perubahan itu maka peralihan kuasa kerajaan persekutuan berlaku dengan BN mengambil semula tampuk kepimpinan seperti yang pernah berlaku di Negeri Perak.


Walaupun pada ketika itu berlaku sedikit kucar-kacir dan pergolakan kerana ramai yang tidak puas hati dengan peralihan kuasa ini, aku tidak mahu mengandaikan kuasa tentera digunakan untuk mengambil alih dan membentuk kerajaan sementara. Dengan peristiwa ini, rakyat akan melihat bahawa perubahan kerajaan adalah suatu kesilapan yang mana PR telah gagal sama sekali untuk mentadbir dan mengurus negara. Kepercayaan rakyat terhadap PR juga telah hilang sama sekali, lantas menyebabkan BN terus berkuasa dan memerintah Malaysia buat selama2nya atau mungkin mood kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan hanya akan muncul semula dalam masa 50 tahun lagi.

Cerita aku kat atas ni hanya andaian dan rekaan semata2 namun kemungkinan dan logik untuk berlaku tu tetap ada. So aku harap kalau PR lepas ni nak menang pilihanraya dan terus mengekalkan kuasa di pilihanraya2 akan datang, susun strategi yang betul dari sekarang dan pastikan ideologi pakatan 3 parti ini boleh diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Kalau tidak, peluang yang diberikan oleh rakyat bila sekali gagal, orang akan susah lagi nak percaya untuk berikan peluang kedua kerana kebanyakan orang hanya berani untuk mencuba atau bereksperimen sekali sahaja sebab ramai yang berfikiran seperti "Kita cuba ubah sekarang, kalau tak ok jugak kita ubahlah balik".

Apa2 pun, semoga Islam kembali memperoleh kemenangan, diangkat dan dimartabat di Mesir, negara2 lain serta di Malaysia sendiri amnya.




tags: konflik presiden mesir dr mohamed morsi mursi jatuh guling tangkap tahan rampasan kuasa tentera general ketua demokrasi rejim hosni mubarak diktator tv3 ally iskandar gelar video pandangan pendapat ulasan dr agus yusoff ustaz zaharuddin uzar perdana menteri najib razak ambil iktibar situasi peristiwa gerakan islam ikhwanul muslimin muslimun muslim brotherhood hizbut tahrir raja arab saudi ucap tahniah turki tidak iktiraf kerajaan baru demonstrasi protes perhimpunan dataran tahrir

30 ulasan:

  1. memang ramai yang boleh membayangkan apa yang berlaku pada next PRU. sebenarnya pada saya, ia merupakan pengajaran pada kedua belah pihak. yang satu mesti segera alert dan jangan goyang kaki lagi, dan satu puak lagi mestilah menentang secara berhemah. bukan membabi buta sehingga melupakan tiang agama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. gue stuju! bisa beri nomor telpon ngak..gue kangen ada cewek manis..

      Padam
    2. lupa tiang agama? lol

      Padam
    3. lupa solat deh.. emamgnya ngak solat?

      Padam
    4. peraturan2 yang dibuat oleh kerajaan semasa yang dilihat terlalu Islamik...kalau dah bergabung gan DAP yg terang2 tentang tentang islam cmne nak islamik

      Padam
  2. gue mau ngomong apa sih..

    BalasPadam
  3. ermmm...ulasan admin rasional....

    BalasPadam
  4. tahniah bwat tentera mesir, kurang sorang sekutu america,lpas ni giliran sapa plak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg sekutu amerika tu bukan morsi,tp tentera mesir.morsi tu ikhwanul muslimin.bodoh punya komen...ni mesti org umno.sama la like najib like macai 2x5 jer,patutlah sokong tentera mesir agen yahudi & amerika

      Padam
    2. hanya kerajaan yang direstui tentera saja boleh jadi kerajaan? lol..
      lama-lama Mesir akan diperintah oleh tentera.. hahaha.. :)
      Sape perintah dan arahkan tentera Mesir rampas kuasa ni? Raja Mesir?

      Padam
  5. bro...inilah proses demokrasi. demokrasi itu bertahap dan berperingkat. chavez pun pernah kena doup d etat oleh tentera. tapi menjadi presiden semula. apa yang ko predict aku rasa susah nak jadi kat malaysia. even sebelum ni pimpinan umno sendiri buat penegasan situasi mesir tak sama dengan malaysia. so agak ironi bila najib nak suruh ambik iktibar dari mesir since the begining arab spring najib da tolak. iktibar yang najib saran bagi aku tak lebih nak bagi tahu jagan suka demo. lagi satu, malaysia punya demo sehari jer noob. dorang kat luar demo berbulan bai. so memang takkan jadilah. aku ingat lagi tun mahathir pernah ucap dalam satu dinner yang mana tun diminta ulas isu arab spring. kata tun mudah, rakan baiknya dimesir lupa nak make sure rakyat marhaen ada roti untuk makan malam atau tidak? kat malaysia? nak pilih menu pun take time sebab dah slalu makan. hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. coup d'etat la bai.....
      lahai lobot, lobot.......

      Padam
    2. robot la bai...ops. coup d' etat. kahkahkah

      Padam
    3. tentera juga yang berkuasa..
      otobot roll out..

      Padam
    4. mohon mecha mengarahkan robot2 nya termasuk robot autobot transform utk membantu diorang...

      ketua lobot autobot-

      Padam
  6. "Orang yang mengundi PR waktu PRU14 hanya atas dasar nak gulingkan kerajaan BN tapi masih lagi kuat dengan ideologi sekular dan liberal mula tidak berapa selesa dengan undang2 serta peraturan2 yang dibuat oleh kerajaan semasa yang dilihat terlalu Islamik dan akan mengongkong kebebasan mereka"

    Cam pelik jer... LGBT, kalimah Allah utk bukan Islam, pandangan Anwar tentang isu murtad lina joy, mungkin itu yang dipanggil Islamik... Apepon DAP takkan mudah bagi PR laksanakan hukum Islam...Manifesto nak dekat PRU je keluar mcm2 hudud dan lain2...

    Isu yg jelas kat sini bila dah menang PRU, yang menang akan memerintah, yang kalah kene terima kekalahan...Kata nak demokrasi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dap? fobia sangat dengan dap. gerakan pcm mca mic star pbb pbs nak ker hukum islam. alah..tak payah tengok jauh. umno sendiri yang bertunjang ketuanan melayu 50 pegang kuasa takde nak implement hukum islam pastu sibuk tanya dap yang belum perintah malaysia. lol

      Padam
    2. anon 7 julai 2013 4:51 PTG

      sebab ada kaum n agama lain la malaysia tak boleh nak buat hukum islam..

      Padam
    3. Sebenarnya Islam itu indah tapi pemimpin Islam sendiri tak paham hukum hakam agama Islam mana mungkin kaum dan agama lain nak paham... lol

      Padam
    4. anon 10.03 hukum islam utk org islam je lah.. asal nk kait ngan org bkn islam?

      Padam
  7. mesir mengamalkan demokrasi terpimpin..

    BalasPadam
  8. i found this.. the moment Dr Morsi was arrested.. sedih tengok.
    http://www.youtube.com/watch?v=E5k8lJMBU7w&feature=share

    Allahumma ansoral Islama wal Muslimin fi Surriyah wa fi Misri. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak2 kalau Najib yang kena tahan tentera macam tu ko sedih tak? Tentera pegang kuasa di Malaysia ni. Seterusnya Agong jadi pemerintah mutlak.. haha!

      Padam
  9. kalau majoriti ramai jauh dengan Allah S.W.T. mcm mana? demokrasi boleh dtg mudarat hmm..tu sebb dr awl kecil kena ajar benda elok2 tp hari ini idup dengan suasana jauh dr Allah, ajak rempit, ckp kotor untuk nampak cool dan merasa diri mcm dah besar...@&#*!&$*^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu sebab nabi suka umat dia ramai jadi majoriti jadi pendamai jadi penyelamat..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.