Halaman

Isnin, 5 Ogos 2013

Budak perempuan kena culik telah dijumpai

Aku tak tahu sejauh mana blog ni boleh membantu, tapi aku harap sedikit sebanyak dapat membantu jugak. Harap semua pembaca dapat tolong sebarkan kepada semua tak kira kat blog, Facebook atau Twitter. Kalau sesiapa yang ternampak budak perempuan yang sangat comel bernama Aisyah ini tolong maklumkan segera kepada polis kerana dia telah diculik. Mengikut maklumat terbaru dari polis, penculik menaiki kereta Perodua Viva Putih no plat BLC 1894 dan suspek berada di sekitar Rawang.





Sumber maklumat mengenai kehilangan budak ini - https://www.facebook.com/naomi.collections/posts/630923783598572. Facebook ibu kepada budan yang dikatakan hilang ini - https://www.facebook.com/cikgu.arbaiyah.


Sumber
Berikut adalah suspek lelaki yang dikatakan menculik Aisyah. Ada yang kata ia adalah bapa Aisyah, ada yang kata bukan. Apa2pun, ini hanya suspek yang dikehendaki untuk siasatan, bukan pesalah selagi belum dibicara.

Sumber

Aku bukan nak cakap apa tapi aku harap pihak polis dapat mengesan dan mencari budak ini kerana aku percaya Malaysia masih aman dan polis kita amat cekap dalam menyelesaikan kes2 jenayah. Orang ramai juga kalau sapa2 yang ternampak tu tolonglah terus laporkan kepada polis. Sama2lah kita berdoa agar budak ini akan dapat dijumpai semula dan kembali ke pangkuan keluarganya lebih2 lagi dah nak dekat hari raya nih.


UPDATED:


Dilaporkan mangsa culik, Wan Aisyah Wan Exzam, 3 yang dikatakan hilang pada 3 Ogos lalu telah ditemui. Maklumat tersebut berdasarkan daripada gambar seorang anggota polis wanita yang sedang mendukung Aisyah. Aisyah dikatakan ditemui di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta rakyat Malaysia yang sentiasa berusaha mencari dan berdoa untuk Aisyah.

Cuma ada cerita yang tak berapa nak bestnya seperti yang dilapor di akhbar The Star dan Sinar Harian, ibu kepada budak tersebut memang kenal dengan penculik malah telah merancang untuk berkahwin malangnya telah ditipu bulat2.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.

Arbaiyah yang merupakan seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya kepada suspek 30 Julai lalu, hanya selepas beberapa minggu mengenali lelaki tersebut.

Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.

Arbaiyah turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.

"Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.

"Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.

Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.

Masalah dia kena tipu dan perdaya lelaki tu cerita kemudian, tapi bila ada kes kecemasan macam ni terutama yang melibatkan budak2 kecil kita kena tolong dan utamakan dulu. Lepas dah setel korang nak bash mak dia terpulang. Cuma aku harap mak bapak tolong la jangan jadi bodoh sangat percaya pada orang lain yang ntah sapa2 baru kenal beberapa minggu dah boleh kasik pegang anak. Jangan disebabkan kedunguan mak bapak, akhirnya anak menjadi mangsa.




tags: budak perempuan kena culik rakaman cctv penculik penjenayah kenderaan perodua viva putih hilang jusco rawang polis mencari bantu mohon sebar aisyah fb facebook ibu cikgu arbaiyah anak ecah suami wanted sharizal yusoff #findaisyah foto adik selamat telah dijumpai polis wan aisyah wan exzam 3 tahun ditemui dukung teluk kumbar pulau pinang cikgu matematik

43 ulasan:

  1. Salam dari Sarawak

    moga budak ni dilindungi Allah Azzawajal. Semoga dilindungi sebagaimana Allah melindungi Yusuf as.

    BalasPadam
  2. tak abis2 lagi dgn kes penculikan kanak2. semoga parentsnya diketemukan dgn budak comel ni

    BalasPadam
  3. buka tingkap,takde perang... syukur malaysia masih aman. harap pdrm dan pihak kerajaan lebih ambil serius dgn kes2 jenayah kt dlm negara,jgn asyik sibuk dgn kes2 yg remeh spt tangkap perempuan sambut raya dgn anjing & filem apa nak kena ban.

    BalasPadam
  4. it pains me every time i see this kind of news... aku doakan semoga dia selamat kembali ke pangkuan parents dia dan si kidnapper/pedo tu kena belasah dan ditangkap secepat mungkin, amin...

    BalasPadam
  5. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152187302594572&set=a.393577579571.209827.331481044571&type=1&theater

    BalasPadam
  6. salam dr brunei..

    sama2 kita berdoa kehadrat Allah agar budak ni selamat.. mintak di jauhi dr sbarang pekara yg tak baik.. Aminn..

    -m84-

    BalasPadam
  7. bukan kes serius. yang culik ayah kandung sendiri. family problem.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mintak tolong bagi link mengatakan ayah kandung sendiri kalau ada....Ini kes nak raya kat mana la ni...

      Padam
    2. X nmpk mcm ayah sndiri pun??budak ni comel,yg culik tu plak.. err..

      Padam
    3. ada baca gak pasal tu. any link?

      Padam
    4. komen2 kat sini cakap bukan bapa dia

      http://khairulryezal.blogspot.com/2013/08/betulkah-penculik-aisyah-adalah-bapanya.html

      Padam
  8. hari2 kes tembak, hari2 kes culik, hari2 kes rogol, hari2 kes buang anak......syukurlah malaysia masih aman....TERIMA KASIH BN...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana pernah ada negara yang pure 100% aman... negara lain pn ada cuma tak masuk berita sbb dh common... dan kes2 jenayah ni mmg ada cume polis malas nak kecoh2 je sbb biasa kes jenayah... dan kes2 jenayah ni sme ada BN ataw PR perintah ttap akan berlaku... cume mgkin takde dengar la sbb mst nk kaver bek pnya... so kes jenayah takde kne mengena dgn BN ke PR ke, ini adlh bnda common dlm dunia yg makin moden... itu aje....

      Padam
    2. Sukati ko la mad

      Padam
  9. lainkali demo la lagi batalkan ISA dan EO tau
    tak perlu undang-undang pun sebab semua undang-undang ciptaan BN.
    apa yang dari BN semua kena tentang
    tak gitu bangsat PR?

    latefa koyak takmau backup ker

    BalasPadam
    Balasan
    1. butthurt macai detected!! ape kaitan ISA & EO ngan kes2 civil gini? mohon bg pencerahan sket..

      Padam
    2. apa babi kes civil. ini kes jenayah la pukimak.

      Padam
    3. "Butthurt macai detected"...Ini sume poyo

      Padam
    4. Sukati ko la mad

      Padam
  10. hadoiiii... malaysia semakin parah. kejadian pelik sentiasa berlaku.

    BalasPadam
  11. Salam Ramadhan

    saya doakan agar pencolik itu dilembutkan hatinya oleh Allah untuk memulangkan semula budak itu kepada keluarganya

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi bila tengok cara lelaki itu mengambil budak, macam bukan culik...hmmm

      Padam
    2. wahaha2 ak betul2 ak betul wahahaha2 lawak2

      Padam
    3. Apa yg ko merepek ni syiall?

      Padam
    4. Name je cahaja amanah tp komen mcm sikit pun xde sinar cahaya kebaikan..tukar je la nickname tu,pakai nick shayangshae ke,darjah_shiaaatu ke..

      Padam
  13. Salam

    harap pihak berkuasa dapat selamatkan budak ni dengan izin Allah. Amin

    BalasPadam
  14. terkini:

    Adik Aisyah selamat dijumpai di Teluk Kumbar Penang

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat mana ko baca tu??

      Padam
    2. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/05/Aishah-three-year-old-Raya.aspx

      Padam
  15. Nasib baik xde pape.berlaku. Apa sy dengar suspek yg culik budak ppuam itu ialah bakal suami kpd ibu adik perempuan tersebut. Mcm2 betul kes di Malaysia...kalau betul mereka bergaduh, x perlu nak culik ank org..kan dah masuk surat khabar mcm retis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bakal suami kpd ibu adik perempuan tersebut?
      Pakwe ibu dia?

      pulak dah gaduh ke apa culik anak orang.. nak ugut ibu dia ke ahaks

      Padam
    2. Isk jangan jadi fitnah pulak bulan puasa ni..
      Cikgu tu tak cerai lagi bakal suami apa pulak?

      dah la tu biar polis yang siasat..

      Padam
  16. Pasal komen saya "bakal suami kpd ibu adik perempuan"..sila rujuk di link:

    http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkb5RobA==

    BalasPadam
  17. Buka tingkap buka pintu xda tembak2 Syukur Malaysia masih aman. Gas naik, ayam naik, sayur naik? buka pintu Syukur Malaysia masih aman.. Eh3 tembak2 orang... buka pintu rumah. Syukur malaysia masih aman... marilah kita bersyukur pd kerajaan BN. Kak Mah idola kami...

    -ahmad-

    BalasPadam
  18. nasib la dijumpai selamat....aku tenung lama blog noob ni, terus budak tu dijumpai selamat.....hebat kan kuasa batin aku ni?? apapun mak budak tu memang suwey la....bodoh lahanat punya perempuan.....senang2 je ko bagi darah daging ko sendiri kat lelaki x dikenali.....aku memang x paham perempuan.....kenapa cepat sangat percaya pada lelaki???? kenapa????? kenapa???? btw, anon babi diatas x payah la menyamar jadi aku.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. lupa lak tulis nama...ekeke.....

      -ahmad original-

      Padam
    2. Lorh original. ingatkan ahmad the sewelman..

      Padam
    3. Ikut ko ar mad..ori x ori lantak ko la..

      Padam
  19. W#an Exzam?? Lol...!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti setiap kali amik exam,result msti power..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.